Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu
maybank miga-i vs Public Gold

Kelebihan Akaun Emas Maybank Miga-i dan Emas Public Gold

Posted on June 4, 2024June 23, 2024 by theaininsofia
Kelebihan Miga-i berbanding Akaun Emas GAP Public Gold
[Open][Close]
  • Kelebihan Miga-i berbanding Akaun Emas GAP Public Gold
    • #1 Spread Lebih Rendah
    • #2 Belian Minimum
    • #3 Baki Minimum
    • #4 Peratus Keuntungan
  • Emas Terbaik ialah Emas Fizikal
  • Kelebihan Emas Public Gold
    • #1 Kos Fizikalkan Emas
    • #2 Stok Emas Fizikal di Cawangan
    • #3 Syarat Jual Beli Balik
    • #4 Kepakaran dan Niche Berlainan
    • #5 Beli Emas dapat Emas dan Pembimbing Emas
    • #6 Servis 24Jam dari Dealer
    • #7 Support Group & Circle
    • #8 Simpan Emas Sambil Jana Pendapatan
    • #9 Website Telus & Apps User-Friendly
    • Jangan Percaya
    • Paling Penting

Sebelum ini, Ainin sudah kongsikan perbezaan antara akaun emas GAP dengan akaun emas Maybank iaitu Miga-i.

Artikel berkaitan:

  • Public Gold atau Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA) ?

Memang benar, ada kelebihan Miga-i berbanding Akaun Emas GAP Public Gold

Kelebihan Miga-i berbanding Akaun Emas GAP Public Gold

#1 Spread Lebih Rendah

Spread emas akaun Miga-i adalah sekitar 2-3% manakala spread emas Public Gold ialah sekitar 7-9%

Lebih rendah spread, maka, lebih cepat untung.

#2 Belian Minimum

Belian minimum Miga-i ialah RM10 manakala belian minimum Public Gold ialah RM100

#3 Baki Minimum

Tiada baki minimum yang diperlukan untuk withdraw akaun Miga-i manakala baki minimum akaun emas GAP ialah 1gram. Baki ini tidak beku, malah boleh dijual ataupun dikeluarkan.

Artikel berkaitan:

  • Rugi Kena Tinggalkan Baki 1gram di Akaun Emas GAP Public Gold?

Walaubagaimanapun, untuk belian secara terus emas Public Gold, juga tiada syarat baki minimum.

#4 Peratus Keuntungan

Miga-i memaparkan peratus keuntungan secara terus manakala Public Gold tidak memaparkan peratus keuntungan di apps atau website.

Peratus keuntungan emas ini dirujuk kepada gram emas yang ada dalam akaun.

Maksudnya, kita perlu kira secara manual peratus keuntungan kita apabila berlaku kenaikan harga emas. Ini kerana, Public Gold mengutamakan emas fizikal. Cukup gram di akaun, sebaiknya terus dikeluarkan, bukan disimpan lama-lama dalam akaun.

Emas Terbaik ialah Emas Fizikal

Walaubagaimanapun, pesan mentor Ainin, Tuan Zulkifli Shafie, harta yang terbaik ialah harta yang ada dalam simpanan kita. Emas terbaik ialah emas yang ada di tangan kita, yang ada dalam simpanan sendiri kita. Ainin kongsikan sebelum ini:

Artikel berkaitan:

  • Sikitnya Emas Azizi Ali!
  • Mana Lebih Baik; Emas Fizikal atau Akaun Emas GAP?
  • Adakah Akaun GAP Public Gold ialah Emas Digital?
  • Emas, Duit Ketika Perang
  • Jangan Simpan Emas di Akaun Emas GAP
  • Jika Perang Tercetus di Malaysia, Bagaimana Emas Saya di Public Gold?

Jadi, apabila kita simpan emas, pastikan kita dapat emas tersebut secara fizikal. Ini kerana, emas berfungsi sempurna secara fizikal.

Sebenarnya, kita simpan emas ni, kita nak keluar daripada sistem dan dalam masa yang sama, kita akan peroleh sekali kebaikan dan kelebihan yang lain seperti kenaikan harga emas.

Tapi bila kita simpan emas dekat bank, kita hanya akan dapat dapat kelebihan dan keuntungan kenaikan harga emas sahaja. Kita masih berada dalam sistem. Emas masih tidak berfungsi dengan sempurna.

Apa- apa terjadi, 

seperti bank shutdown ataupun krisis ekonomi ekstrem macam perang, 

harta kita tak ada dalam tangan kita.

Mahaguru emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim juga berkongsi tentang pentingnya emas fizikal. Inilah juga kekuatan syarikat Public Gold.

Kekuatan bisnes Public Gold
Kepentingan emas fizikal

Kelebihan Emas Public Gold

#1 Kos Fizikalkan Emas

Apabila difizikalkan, kos emas Miga-i dan Public Gold menjadi lebih kurang sama. In fact, harga emas Public Gold jadi lebih murah kerana Public Gold memang mengutamakan emas fizikal berbanding emas digital.

Redemption MIGA-iGold Premium PUBLIC GOLD
1g = RM25
5g = RM37.50
10g = RM65
50g = RM250
100g = RM350
1kg = RM1500
1g = RM10 / 15
5g = RM10 / 15
10g = RM15 / 30
50g = RM40 / 80
100g = RM70 / 140
1kg = RM250 / 500

Gold Premium PG lebih murah ✅

#2 Stok Emas Fizikal di Cawangan

Asas beli emas ialah dapat emas. Jadi, penting untuk kita dapatkan emas fizikal dengan mudah. Stok emas fizikal adalah faktor yang penting.

Penyimpan emas Ainin ada beritahu bahawa beliau lebih suka beli emas dengan Public Gold kerana stok emas fizikal emas Public Gold lebih mudah diperolehi.

Pengalaman Ainin membimbing lebih 1000 orang dalam empayar, kebiasaannya penyimpan emas akan menerima emas mereka sekitar lebih kurang 7 hari untuk postage berinsurans (emas bawah 21.25gram) manakala untuk emas di atas 21.25gram, mereka boleh buat temujanji di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

Lebih menarik, di Menara Public Gold dan menerusi mesin ATM emas Public Gold, boleh terus walk in dan boleh terus beli di sana dengan syarat berdaftar dan sudah ada pgcode. Walaubagaimanapun, harga di akaun emas GAP lebih murah.

Menara Public Gold
mesin atm emas Public Gold
mesin atm emas Public Gold di Mydin Tunjong, Kelantan

Artikel berkaitan:

  • Beli Emas untuk Hadiah di Mesin ATM Emas Public Gold: Mudah, Cepat, Segera!

Ada juga staff Maybank yang beritahu, bukan semua cawangan Maybank yang boleh redeem emas fizikal.

#3 Syarat Jual Beli Balik

Beli emas senang, nak jual balik susah. Ramai yang memilih emas hanya kerana harga murah pada awalnya tetapi rugi di kemudian hari.

Bukan hanya tentang murah, tetapi perlu semak 5 kriteria sebelum beli emas.

Artikel berkaitan:

  • Beli Emas 3 Juta tapi Rugi, Semak 5 Kriteria Emas Simpanan ini Sebelum Beli
  • Beli Emas Senang, Jual Balik Payah!

Nak beli emas, senang. Sebab banyak tempat yang jual emas.

Nak jual emas? Tidak banyak tempat dapat beli balik emas, sekalipun dari tempat yang kita beli. Jadi, sebelum beli, tanya dahulu adakah mereka dapat beli balik semula emas yang mereka jual. Apakah syarat-syarat yang dikenakan? Adakah mereka terima jika emas kemek, calar, resit hilang atau rosak?

Berdasarkan pengalaman, Maybank tidak terima emas yang kemek, calar, rosak atau terbuka seal, walaupun emas jenama mereka sendiri. Betulkan kalau saya salah.

Kijang emas yang calar

Sebaliknya, Public Gold tiada masalah untuk terima emas yang rosak ini. Takut-takut, beli di tempat lain, akhirnya jual di Public Gold juga.

Artikel berkaitan:

  • Boleh ke Jual Emas Jenama Lain kepada Public Gold?

#4 Kepakaran dan Niche Berlainan

Kepakaran bank ialah perkara yang berkaitan dengan wang atau pinjaman. Sebaliknya, Public Gold ialah syarikat pengeluar atau kilang emas terbesar di Malaysia. Kepakaran dan bisnes utama Public Gold ialah jual beli emas.

Seperti makan nasi ayam di food court dan makan nasi ayam di Chicken Rice Shop, servis untuk dapatkan nasi ayam di Chicken Rice Shop dan segala-gala tentang nasi ayam ada di kedai yang khas untuknya.

#5 Beli Emas dapat Emas dan Pembimbing Emas

Di Public Gold, kita beli emas bukan sahaja dapat emas, tetapi dapat pakej pembimbing emas.

Keistimewaan Public Gold ialah Public Gold ada sistem introducer iaitu pembimbing kita dalam urusan jual beli emas.

Kalau ada apa-apa isu atau soalan, kita ada tempat untuk bertanya.

Introducer boleh bimbing A-Z secara percuma sahaja, tanpa caj.

Introducer Public Gold sebagai pembimbing
Introducer Public Gold sebagai pembimbing

Apa yang menjadikan kita kaya sebenarnya ialah ilmu.

Tanpa ilmu, emas ialah logam biasa sahaja. Bila harga emas naik, orang lain jual boleh untung tapi bagaimana boleh ada orang yang rugi?

Teringat perkongsian rakan dealer Ainin, penyimpan emasnya bertanya tentang urusan akaun emas di bank. Mungkin pada masa itu, dia menghadapi kesukaran untuk dapat terus bertanya pada bank.

Katanya, “beli emas di bank, bila nak keluarkan memang banyak proses”. Lebih mencabar, tidak tahu siapa untuk dirujuk dan tiada siapa yang siap untuk bimbing.

Kredit foto: Sahabat dealer Tuan Hafiz Shafie

Inilah sebabnya rugi simpan emas Public Gold sendiri tanpa introducer.

Boleh sahaja kita simpan emas Public Gold tanpa introducer tapi kita sudah kehilangan keistimewaan adanya bimbingan percuma daripada introducer.

Artikel berkaitan:

  • Rugi Simpan Emas Public Gold tanpa Introducer

#6 Servis 24Jam dari Dealer

Jika ada apa-apa isu atau soalan tentang Miga-i, kita mungkin perlu bertanya pada staff Maybank atau perlu ke kaunter bank. Pastilah urusan terhad pada waktu office hour sahaja.

Sebaliknya di Public Gold, kita ada keistimewaan untuk bertanya dengan dealer setiap masa sebenarnya. Dealer tidak ada cuti khas. Penyimpan emas juga boleh bertanya pada hujung minggu. Penyimpan emas bebas bertanya 24jam 7hari seminggu! Cuma, bergantung juga kepada professionalisme dan adab. Mungkin jika soalan ditanya pada pukul 2pagi, jawapan akan diberikan pada keesokan harinya.

Fast reply sangat penting, lebih-lebih lagi untuk urusan yang perlukan jawapan yang segera.

#7 Support Group & Circle

Selain daripada pembimbing emas, kita akan bersama dengan pernyimpan-penyimpan emas lain yang sama matlamatnya untuk menambah simpanan emas.

Circle penyimpan emas.

Kalau sebelum ini, mungkin kita ada bersama group yang suka berbelanja atau group yang perlu menghabiskan duit, sekarang kita juga berada di dalam group yang berbelanja, tapi berbelanja emas.

Kumpulan yang menukarkan duit ke dalam bentuk yang lebih kukuh iaitu emas. Group yang sama-sama berusaha untuk mengukuhkan kewangan dengan emas.

Siapa circle kita, itulah masa depan kita. Kita boleh predict masa depan berdasarkan circle yang kita ada.

Jika kita beli emas dari kedai emas atau bank, ia sekadar touch n go. Tidak ada tempat reference, tidak ada circle.

“Show me your friends and I’ll show you your future.”

– John C. Maxwell is an American author, speaker, and leadership expert.

#8 Simpan Emas Sambil Jana Pendapatan

Bukan itu sahaja, kita berpeluang jana pendapatan sambil simpan emas. Ada program referral dan ada program dealership.

Ini khas untuk orang yang suka berkongsi tentang kebaikan emas kepada orang lain. Bukan sahaja dapat pahala kerana kita bantu orang lain kukuhkan kewangan dengan emas, tetapi juga dapat sedikit insentif.

Program referral adalah untuk penyimpan emas yang tidak jadi dealer dan tidak bersedia sertai training manakala program dealership adalah untuk penyimpan emas yang bersedia jadi dealer aktif dan sertai training (khas untuk team G100).

Artikel berkaitan:

  • Apa Fungsi Wealth Card Public Gold ?
  • Rugi Simpan Emas Public Gold tanpa Introducer
  • Bisnes Public Gold dan Pokok Durian
  • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
  • Apa itu Dealer Public Gold dan Kelebihan
  • Cara Jadi Dealer Public Gold
  • Promosi Bulanan jadi Dealer
  • Tutorial Jadi Dealer
  • Jangan Jadi Dealer Public Gold Sebelum Tahu Perkara Ini
  • Rugi Jadi Dealer Public Gold! Komisyen pun Sikit
  • Bukan sekadar insentif dunia, Bisnes Public Gold lebih daripada itu
  • Fokus pada Impian, Cabaran Jadi Kecil

Testimoni Dealership:

  • Travelog Pulau Perhentian: Pemandu Bot pun Bercuti ke Luar Negara
  • Kenapa Doktor Ini Pilih Simpan Emas & Jadi Usahawan Public Gold?
  • Selesai Galas Amanah sebagai Speaker Weekly Business Meeting; Percutian Mewah Public Gold
  • Selesai Amanah sebagai Speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Kuala Terengganu Oktober 2024
  • New Dealer Orientation October 2024; Selesai Galas Amanah sebagai Speaker 1
  • Terpilih untuk Sertai Trip Public Gold Leadership Seminar PGLS SEA Surabaya
  • Dulu Surirumah Active Income 4 Angka, Sekarang Surirumah Passive Income 4 Angka
  • Hadir Terima Anugerah di Awards Recognition Night (ARN) Public Gold FY 2022/2023
  • Hadir Terima Anugerah di Awards Recognition Night (ARN) Public Gold FY 2023/2024
  • Hadir ke Double Diamond Recognition Ceremony 2025
  • Hadir ke Founder Master Dealer Mid Year Forum

Paling penting, pilih dealer yang aktif dan team yang aktif supaya dapat membimbing kita dengan betul sebaiknya.

#9 Website Telus & Apps User-Friendly

Di website dan apps Public Gold, semua caj ditulis ketika lock order dibuat. Tiada caj tersembunyi.

Malah, harga akaun emas GAP dikemas kini setiap hari. Harga emas belian terus (outright purchase) dikemaskini setiap 20 minit berdasarkan harga emas dunia. Tidak ada website syarikat emas atau kedai emas mahupun bank yang mengemaskini harga emas mereka setiap 20 minit.

Public Gold juga mempunyai apps. Daftar secara percuma untuk buka akaun dan boleh install apps Public Gold. Simpan, pajak atau jual emas semudah hujung jari sahaja.

Jangan Percaya

Ya, jangan percaya saya. Mungkin saya berat sebelah kerana saya dealer Public Gold.

Tuan puan boleh buat kajian sendiri dan mungkin boleh ambil pengalaman dengan modal yang rendah. Boleh banding bezakan sehingga dapat emas fizikal di tangan.

Paling Penting

Tapi,

Yang paling penting, bermulalah. Simpanlah emas, iaitu emas fizikal.

Tak kisah di syarikat atau bank mana. Supaya kita tahap penyesalan kerana kita tidak bermula awal itu berkurang.

Semua fasiliti ini yang disediakan ini hanyalah untuk memudahkan kita menyimpan emas dan mengambil untung dengan simpanan emas, iaitu emas fizikal.

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Apa itu GAP

Ainin Sofia PG042006
27 Zulkaedah 1445H
4 Jun 2024

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Emas Public Gold, Kelebihan Public Gold, SIMPAN EMAS
  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d