Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Rugi Jadi Dealer Public Gold! Komisyen pun Sikit

Posted on April 16, 2024April 16, 2024 by theaininsofia

Jujurnya jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain kaya dengan emas.

Kali pertama saya tengok plan bisnes PG, saya tak berminat. Komisyen cuma 1% dan 1.5%?

Sedangkan sebelum tu saya jadi ejen produk direct selling, komisyennya boleh sampai 21%, dan margin keuntungan jualan runcit cecah 25%!

Tapi bila tengok komisyen dealer cuma 1% dan 1.5%, saya tak berminat langsung buat bisnes PG. Lambat kaya…

Bayangkan lepas layan customer dengan pelbagai persoalan, bila customer menabung emas RM100, komisyen cuma dapat RM1.00?

Nak kena ada 100 customer menabung RM100 pada sesuatu bulan, barulah dapat insentif RM100!

100 customer, maksudnya 100 tanggungjawab, 100 masalah nak kena selesaikan.

Bisnes PG lebih kurang sistem ejen lain juga. Apa-apa masalah pasal transaksi customer, dealer yang kena guide, bahkan bantu settlekan bagi pihak customer dengan PG.

Mudah tak? Ianya tak mudah, kecuali dealer yang rajin datang training dan dia sendiri obses menabung emas.

Sudahlah komisyen kecil, komisyen RM100 pertama, PG bayar masuk c-wallet PGMall – macam Shopee Coins. Kalau insentif bulan tu RM110, RM100 pertama masuk c-wallet, balance RM10 barulah masuk akaun bank?

Semangat tak?

Memang tak semangat langsung…

Sebab tu saya cakap, jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain supaya kaya dengan emas.

Bisnes PG ni macam tanam pokok durian.

Hanya mereka yang sabar bina bisnes jangka panjang macam tanam pokok durian sahaja yang berbaloi buat bisnes PG.

Memang penatlah seketika… Bahkan ada ketikanya penat kerja macam kerbau… Tapi bila dah berbuah, hasilnya boleh makan sampai ke anak cucu. InsyaAllah…

Kalau buat bisnes baru 2, 3 bulan tapi fikir nak buat duit besar dengan PG, pada saya jangan buang masa. Baik buat benda lain. Bawa Grab lagi cepat dapat hasil…

Busines PG bukan macam tanam sayur; tanam bulan ni, 2, 3 bulan dah dapat tuai hasil. Bukan…

Semua dealer PG yang nak berjaya, dia kena sanggup buat bisnes tanpa apa-apa income lumayan sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan.

Siapa sanggup join training (tiap-tiap minggu dan tiap-tiap bulan), buat konten, buat marketing, contact bakal customer selama 6 – 12 bulan tanpa apa-apa hasil, bisnes PG mungkin sesuai untuk dia.

Kalau tak, jadi sahaja penyimpan emas berilmu. Fokus menabung emas sahaja.

Bila ada ahli keluarga yang nak menabung emas, pass sahaja kepada dealer terlatih untuk bantu mereka mulakan tabungan emas.

Ahli keluarga kita happy dapat servis terbaik dari dealer terlatih. Dealer PG happy dapat tambah customer baharu. Kita pun happy tengok ahli keluarga kita pun sama-sama kaya dengan menabung emas tanpa sakit kepala nak settlekan masalah dia.

Pahala sebarkan kebaikan pun dapat. InsyaAllah…

Win-win

#TestimoniDealerPublicGold

Tuan Zulkifli Shafie

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: BISNES EMAS, Motivasi Bisnes, PGG100NETWORK, SIMPAN EMAS, Testimoni Dealer Public Gold

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d