Seringkali bila kita melihat orang lain berjaya, kita menyangka ianya adalah ‘overnight success’. Sedangkan ianya adalah kejayaan yang dibina bertahun-tahun.
Sehinggakan kita mengharap, kita juga memperoleh kejutan yang sama.
Tetapi,
“masa depan bukanlah kejutan”- Tuan Zulkifli Shafie.
rutin
Masa depan kita adalah impak kepada apa yang kita buat hari ini.
Sama juga dengan hari ini. Ianya adalah kesan daripada tindakan yang kita pilih untuk buat beberapa tahun lepas.
Tindakan yang kita pilih untuk buat berulang-ulang. Rutin beberapa tahun lepas menjadikan kita hari ini.
Maka,
rutin hari ini akan membentuk masa depan kita.
predict masa depan
Kata orang, kita boleh predict masa depan seseorang berdasarkan beberapa perkara iaitu:
- tengok dengan siapa mereka berkawan
- buku yang kita baca
- apa yang kita buat pada hari ini
bergerak ke arah kekayaan atau kemiskinan?
Siapa kawan atau circle kita harini?
Apa buku yang kita baca?
Apakah yang kita buat pada hari ini?
Semuanya akan membentuk cara fikir dan environment kita beberapa tahun akan datang.
Kerana,
masa depan bukanlah kejutan.
Jadi,
Adakah kita bergerak ke arah kekayaan atau kemiskinan?