
“Dah 20 tahun kerja, tapi belum ada saving”.
Tak, saya tak reka statement ini. Ini adalah pengakuan sebenar daripada seseorang yang menghubungi saya untuk menyimpan emas beberapa tahun lalu.
Yang tidak pun meneruskan niatnya untuk simpan emas dengan saya pada waktu itu. Saya doakan kewangannya baik buat masa sekarang.
Bukan Gaji Besar Yang Buat Kita Kaya, Tapi Berapa Yang Tinggal Hujung Bulan!
Dulu saya fikir,
bila gaji dah besar, semua masalah duit akan selesai. Bila gaji naik, mesti simpanan pun naik.
bila kita dah bekerja bertahun-tahun, pasti sudah banyak ada simpanan.
Sedangkan realitinya, bila gaji naik, gaya hidup pun ikut naik. Rumah lebih besar, kereta lebih mahal, makan di tempat lebih eksklusif. Maksudnya ia bukan soal berapa besar gaji kita. Tapi soal berapa banyak yang kita simpan sebelum sempat dibelanjakan.
“income is what you earn, wealth is what you keep”
Kita Rasa Terjamin dengan Gaji.
Ketika kita masih ada gaji, kita merasakan gaji atau kerja itu selama-lamanya. Kita rasa selesa. Belanja banyak pun, bulan depan masih ada.
Gaji besar, belanja pun jadi besar.
Maka, banyak kesilapan yang kita buat. Simpanan tiada tetapi hutang pula bertambah. Sebab itulah ramai yang jatuh terduduk apabila kecelakaan menimpa.
Pada masa itu, barulah tersedar,
Tiada jaminan untuk kita bekerja selamanya. Tiada jaminan kerja kita itu adalah milik kita selamanya.
Hakikatnya, income boleh berhenti bila-bila masa. Kerja boleh hilang. Bisnes boleh perlahan.
Macam pepatah Melayu, malang itu tidak berbau. Masa itulah baru kita sedar, masa untuk bersedia sudahpun terlepas.
Kayakan Diri Sendiri Dahulu
Apabila berbelanja, kita sebenarnya kayakan orang lain,
Apabila menabung, kita kayakan diri sendiri.
Jadi, sementara masih ada gaji, kita fokus bina tabungan, tambah harta dan langsaikan hutang. Kita kayakan diri kita sendiri dulu. Barulah cashflow kita positif, barulah kita bergerak ke arah kekayaan.
Payung: Kita Beli Sebelum Hujan Turun, Bukan Bila Dah Lencun!
Simpanan Itu Seperti Payung Sebelum Hujan
Bila nak sediakan payung? Masa dah hujan lebat? Tentulah tidak. Kita sediakan ketika langit masih cerah.
Bayangkan kita bawa kereta tanpa tayar ganti. Selagi jalan elok, kita tak rasa apa-apa. Tapi, bila tayar pancit tengah malam, barulah kita menyesal kita tak sediakan.
Begitu juga dengan tabungan, ia perlu ada sebelum kecelakaan menimpa. Saya dapat lihat, bagaimana mereka yang bersedia lebih tenang menghadapi ujian, walaupun seseorang itu tidaklah bergai besar.
Menabung Bukan Sekadar Simpan Duit Lebihan, Tapi Bina Benteng Masa Depan
Kadang-kadang, orang menabung kerana sesuatu matlamat.
Tapi hakikatnya, ada simpanan sebenarnya beri kita satu kebebasan. Freedom, ketenangan fikiran, lebih-lebih lagi apabila berlaku apa-apa.
Kita tidak sepatutpun hanya menabung kerana sesuatu perkara atau barang.
“the biggest value the money can give is freedom, knowing we can do something with the money when we actually need it“.
Lebih kurang begitulah quote dalam buku The Psychology of Money.
Simpan Duit Rasa Nak Belanja, Simpan Emas Rasa Nak Tambah
Cuma, cabarannya ialah,
simpan duit bukan tentang soal disiplin sahaja, ianya juga tentang emosi. Rupanya ramai yang kalah dengan emosi apabila melihat duit simpanan yang makin bertambah depan mata.
Tambahan pula, jika kita simpan di tempat yang mudah diakses, senang pula nak ambil dan senang pula nak dibelanjakan.
Masalah simpanan kita bukan pasal tak tahu simpan, tapi pasal emosi kita yang susah nak ditahan.
Di sinilah, ramai yang berjaya mengatasi cabaran ini dengan tukarkan dalam bentuk emas.
Bila dah jadi emas, kita tak nampak baki di skrin setiap hari. Godaan pun jadi kurang. Padahal, emas juga adalah duit, cuma dalam bentuk yang lebih kukuh.
Kenapa duit tunai cepat sangat hilang? Sebab ia sentiasa senang dicapai. Semakin senang dicapai, semakin senang dihabiskan.
Duit tunai tu macam ais krim dalam beg di tengah panas. Kalau tak cepat disimpan, ia cair tanpa kita sedar. Emas pula macam peti sejuk beku yang jaga nilainya.
Simpanan kita lebih bertahan lama daripada bocor.
Ketika Masih Lagi Ada Gaji dan Income, Beringatlah.
Beringatlah sebelum terngadah.
Hadiahkan diri kita sendiri yang penat bekerja dengan simpanan.
Kalau tak dapat simpan duit, usahakanlah simpan emas. Dengan kemudahan akaun emas GAP, kita boleh asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji dalam bentuk emas.
Paling berkesan, subscribe GAP autodebit supaya bank buat potongan automatik setiap bulan. Setiap bulan, auto bertambah tabungan kita.
Kasihankan diri kita jika sudah bertahun-tahun kerja tapi masih tiada simpanan. Hutang pula bertambah. Nauzubillah.
Semoga pengurusan gaji kita lebih terurus. InshaaAllah.