Bebas hutang jahat luar biasa,
Bebas hutang baik? Fuh, lagi luar biasa!
Ini perkongsian sahabat saya memanfaatkan simpanan emas beliau untuk bebas hutang rumah.
Langsaikan Hutang Rumah, Dari 28 tahun ke 5 tahun
Ini perkongsiannya:
Throwback: Saya Langsaikan Loan Rumah Dari Tempoh 28 Kepada 5 Tahun Hasil Tabungan Emas.
Hari ini saya nak share kegembiraan saya hasil menabung emas. Semoga ia menjadi inspirasi dan memberi manfaat kepada semua.
Pada tahun 2019 (beberapa bulan sebelum COVID 19 melanda) saya telah membeli sebuah rumah pelaburan selepas membaca buku Misi Bebas Hutang tulisan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Lepas beli saya tak senang duduk. Terus set target untuk kumpul emas banyak-banyak supaya dapat langsaikan pinjaman perumahan seawal mungkin.
Rumah ini rumah pelaburan yang sudah ada penyewa yang baik dengan sewaan RM 850 sebulan. Sentiasa bermain-main dalam fikiran: Kalau buat full settlement akan dapat full positive cashflow!
Jumlah Loan : RM 161,400
Amaun Bulanan : RM 834.26
Tempoh Pinjaman : 28 tahun (336 bulan)
Income Sewaan Sekarang : RM 850
Jika saya ikut saja jadual bayaran selama 28 tahun saya perlu sediakan jumlah bayaran penuh sebanyak RM 280,311. Secara kasar bank mengenakan keuntungan RM118k kepada saya.
Bagi saya rutin ini merugikan dan meletihkan. Macam-macam boleh buat dengan RM118k tu.
Dengan ilmu menabung emas panduan dari buku Wang Emas serta dari tabungan kami suami isteri sedia ada, akhirnya berjaya boleh ‘kejar’ jumlah tersebut.
Bagaimana saya buat:
- Minta statement bank untuk kenalpasti baki pokok loan rumah.
- Convert kepada jumlah gram harga semasa untuk ketahui berapa jumlah diperlukan secara kasar.
- Maksimumkan wang pendapatan untuk ditukarkan kepada emas dengan gigih sehingga capai 336 gram ini.
- Bila hampir capai gram, emas sudah naik. Saya buat kiraan. Rupa-rupanya saya perlu tunggu emas naik cecah at least RM450 saja. (Sambil menabung sambil tunggu emas naik)
- Tanggal 11 Feb 2025 emas mencanak naik kepada RM 454/g . Dan kami tak fikir panjang lagi. Bergegas ke branch PG untuk buyback emas dalam GAP dan fizikal ditangan.
- Dapat duit terus pergi ke bank dengan senyuman.
Komitmen loan ini bermula pada 30 Jun 2019 dan nampaknya kali terakhir bayar ialah pada 30 Jan 2025. Itulah tarikh akhir saya bayar loan rumah.
Tempoh asal selesai hutang: 28 tahun.
Ditamatkan pada tahun ke 5 (5 tahun 8 bulan). Hari ni dah boleh stop auto deduct di bank. Alhamdulillah
👉 Deposit rumah dan kos fully furnished dalaman rumah ini menggunakan hasil dari tabungan emas saya juga.
👉Kini saya ada lebihan RM 850 sebulan
-Saya akan guna lebihan untuk ganti balik emas ini
👉Kini loan eligibility (LE) semakin meningkat
-Saya berpeluang tambah rumah yang lain
👉 Kini tak perlu bayar interest bank lagi. Hari mendatang semakin memberi kegembiraan dan ketenangan.
👉 Kalau saya jual hari ini rumah ini RM250k dalam genggaman.
Jika sebelum ini saya bebas ‘hutang jahat.’
Hari ini saya bebas ‘hutang baik.’
Syukur Alhamdulillah.
Emas untuk Capai Matlamat
Kita bukan nak simpan emas sampai bila-bila, tapi kita nak ambil manfaat dengan simpanan emas.
Kisah ini adalah salah satu bagaimana kita manfaatkan emas iaitu bebas daripada hutang.
Sebab itu, penting untuk kita ada matlamat dan target apabila kita mulakan simpanan emas.
Supaya, kita bukan simpan emas sebab terikut-ikut trend atau terikut-ikut orang, atau diistilahkan sebagai FOMO, tetapi kita simpan kerana matlamat kita.
Antaranya ialah, simpan emas untuk
- bebas hutang
- hartanah
- dana kahwin
- haji atau umrah
- dana pendididikan anak-anak.
- kalis bocor
- persaraan
- bisnes
Didoakan kita semua dapat manfaat daripada tabungan emas.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)
Ainin
3 Zulkaedah 1447H
21 April 2026
Terengganu