Ingat lagi dulu, masa Ainin nak bermula simpan emas 999 dengan Public Gold, Ainin bermula dengan dinar. Sebab dinar yang paling murah, around RM 700 lebih.
Ya, betul tu.
1gram goldbar belum ada (yang berharga RM 350 sekarang), GAP yang boleh bermula dengan RM100 pun belum ada. Bayaran mudah 4x dan 10x pun belum ada. Memang Ainin tiada pilihan.
GAP hanya wujud sekitar tahun 2015. Syarikat emas pertama yang asaskan akaun pengumpulan emas fizikal.
Apa itu Akaun Emas GAP
Hanya Salah Satu Kaedah Miliki Emas Serendah RM 100 di Public Gold
GAP adalah salah satu cara nak beli emas di Public Gold.
Ada 4 cara semuanya untuk miliki emas di Public Gold.
Kalau kita rasa tak selesa dengan kaedah GAP, boleh pilih lagi 3 cara.
Dari Duit kepada Gram Emas
Kejap. GAP sebenarnya apa?
GAP atau sebenarnya ialah initial kepada Gold Accumulation Program, sebenarnya adalah salah satu kaedah kita beli emas dengan beli Public Gold. Sebelum ini, hanya bank sahaja yang ada akaun emas fizikal sebegini iaitu Bank Kuwait. Tapi, nak bermula buka akaun emas Bank Kuwait lebih mahal dan perlukan modal yang lebih besar. Bank lain ada? Jangan tersilap dengan Akaun pelaburan emas. Itu paper gold.
Menabung Emas sikit sikit dan keluarkan Emas Fizikal
Analoginya, kalau nak senang faham, macam kita simpan duit di bank juga. Kita simpan sikit sikit. Cuma dengan emas, kita simpan gram sikit sikit.
Kalau dengan cash dan simpanan duit, kita boleh transfer dan keluarkan simpanan.
GAP pun begitu. Malah, kita boleh keluarkan emas fizikal, bukan paper gold seperti di bank. Paper gold itu hanyalah simpanan di atas kertas, bukan emas fizikal. Kalau harga emas jatuh, kita tiada gram emas di tangan. Sebaliknya emas fizikal, kalau emas jatuh, kita ada fizikal di tangan.
Bila cukup gram, kita boleh keluarkan emas fizikal di branch atau terus pos ke rumah kita.
Contohnya,
bila ada 1gram, kita boleh keluarkan 1gram. Bila kita ada 5gram, kita boleh keluarkan 5gram. Tapi, sebaiknya, kita kumpul sehingga dapat keluarkan emas yang bersusut nilai rendah.
Dengan kata lain apabila anda membeli emas, duit akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.
Simpanan emas GAP sesuai bagi anda yang ada bajet sekitar RM100 – RM1000 untuk menyimpan emas dan tidak mahu terikat dengan apa-apa komitment bulanan.
Ia juga sangat sesuai bagi anda yang belum bersedia untuk simpan sendiri emas fizikal yang di beli ini kerana simpanan emas di akaun emas GAP adalah percuma tanpa sebarang yuran simpanan.
Simpanan emas GAP adalah simpanan emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.
Siapa yang bermanfaat dengan Akaun GAP?
Akaun GAP menjadi pilihan kepada banyak golongan. Iaitu:
- Bakal penyimpan yang mempunyai bajet kecil
- Penyimpan yang takut simpan sendiri
- Penyimpan yang ingin miliki aset dengan bajet yang kecil
- Penyimpan yang tinggal di luar negara ataupun yang tinggal jauh dari cawangan Public Gold
- Bakal penyimpan yang nak belajar buat simpanan paksa.
- Ibubapa yang nak sediakan dana pendidikan anak. ( Ada akaun GAP junior!)
- Penyimpan yang mahukan simpanan persaraan
- Penyimpan yang mahu kumpulkan hantaran perkahwinan (simpanan boleh ditukar kepada dinar atau goldbar)
Dua jenis Akaun GAP
1. Akaun GAP (Biasa)
Akaun emas ini adalah untuk 18 tahun ke atas. Daftar percuma di sini
2. Akaun GAP Junior
Akaun emas ini adalah untuk bayi seawal 7 hari dan bawah 18 tahun.
Syarat dan Kelebihan GAP
Kemudahan GAP
- Boleh beli emas online 24/7
- Boleh jual emas online 24/7
- Boleh pajak emas online 24/7
- Pengeluaran emas fizikal di mana mana cawangan Public Gold bila bila masa sahaja.
- Semakan akaun online (belian, jualan, transfer)
- Penyata akaun (history) selama 3 bulan. (Recent 3 months)
5 Perkara Anda Tak Tahu tentang GAP
- Perkara pertama ialah tuan puan perlu daftar untuk buka akaun dahulu. Jangan risau, langkah ini hanyalah percuma dan tiada komitmen.
- Selepas anda mendaftar akaun Public Gold , anda akan menerima temporary username dan password untuk login akaun GAP samada melalui website atau aplikasi public gold.
- Anda boleh membuat pembelian pertama serendah RM100. Selepas itu terpulang kepada anda untuk membeli emas berapa pun asalkan RM100 keatas pada bila-bila masa.
- Selepas belian pertama, tuan puan akan dapat pgcode sebagai username. Perlu gunakan pgcode ini sebagai username untuk belian seterusnya.
- Tiada had simpanan, tiada upah simpan, tiada tempoh matang dan tiada tarikh luput.
- Anda boleh keluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) melalui akaun GAP apabila baki terkumpul telah mencukupi.
- Anda boleh jual atau pajak emas di dalam akaun secara online tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut.
- Kita boleh buat GAP autodebit bank untuk simpanan automatik ke akaun GAP setiap bulan. Autodebit RM 200, berpeluang menang lucky draw emas yang dijalankan setiap bulan.
- Walaubagaimanapun, Akaun GAP tidak ada komitmen, tidak wajib simpan setiap bulan.
- Harga emas GAP dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam . Sebagai contoh, harga emas pada 17 Jun 2023 adalah RM312/gram.
- Jadi, jika anda membeli emas RM312 pada hari berkenaan, maka anda akan terima 1 gram emas.
- Jika anda beli RM100 , anda akan terima 0.3205 gram.
Soalan Biasa tentang Akaun Emas GAP
Artikel berkaitan:
- Apa itu GAP?
Gold saving account. Masuk kertas keluar emas. - Simpan banyak mana?
Ikut suka. Paling sikit 100. Nak simpan lebih lagi orait. - Dapat emas apa nanti?
Emas jongkong. Dinar pun ada. Tulen dia 999.9 - Boleh ambik bila?
Bila bila stok dah ready. Asal baki ada 1gram. - Ambik di mana?
Mana mana. Dari utara sampai selatan. Dari Singapura hingga Jakarta. 20 branch semuanya. - Takmau ambik boleh ke?
Boleh. Peram je macam pekasam. Free no charge. Nak ambik jer, roger branch. - Nak jual balik macam mana?
Bawak pi branch. Jual dan tunggu duit masuk bank. Nak jual online pun no hal kalau emas masih dalam akaun. - Jual ada tolak apa apa ke?
Ada. Susut nilai 9% paling tinggi. Lagi berat lagi rendah. - Susah ke nak gadai?
Dak aih. Usung pi ar rahnu diterima belaka. Cuma lain ar rahnu lain la harga dan lain cara. - Tak simpan tiap tiap bulan takpe ke?
Takpa. Bukan leh paksa. Sendiri punya akaun sendiri la jaga. Nak bagi penuh atau nak bagi kosong, terpulang. - Tak jadi apa ke simpan dalam akaun?
Insuran ada. 15juta dan makin meningkat. Kalau rasa tak boleh tidoq malam, ambik jer simpan bawah bantal
Bacaan lanjut:
Berminat mahu mulakan simpanan emas GAP? Ikuti langkah ini:
Langkah Mudah Mula Simpan Emas dengan Public Gold
Step 1: Daftar Percuma
DAFTAR SEKARANG
Step 2: Pengesahan Akaun Public Gold
Selepas selesai pendaftaran, anda akan menerima mesej melalui SMS dan Email anda.
Klik link pada SMS dari Public Gold ATAU klik ‘VERIFY MY ACCOUNT’ pada email yang anda terima (salah satu).
Step 3: Download Mobile App
Download aplikasi ‘PUBLIC GOLD’ ke telefon anda.
Login menggunakan:
Username : Nombor kad pengenalan
Password : Nombor kad pengenalan
Lepas belian pertama, anda akan menerima PG Code sebagai username baru dan boleh tukar password baru.
Step 4: Pembelian Pertama
Pembelian emas melalui akaun GAP boleh dilakukan melalui bayaran online (FPX)
Jumlah pembelian emas adalah 100% terpulang pada anda tetapi mestilah sekurang-kurangnya RM100 atau lebih.
Bayaran anda akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa.
Rujuk langkah-langkah dibawah untuk buat belian melalui bayaran online atau tonton video dibawah.
Video Tutorial
Kelebihan Menyimpan Emas Bersama Ainin
Percuma
Tuan Puan akan peroleh semua bimbingan dan support group dengan percuma. Tuan puan juga bebas bertanya saya sebarang soalan bila-bila masa tanpa rasa bersalah kerana tanggungjawab saya memang untuk beri bimbingan kepada kumpulan penyimpan emas saya.
Ainin juga akan berikan bonus handbooks yang bernilai RM199 kepada penyimpan-penyimpan emas saya.
Rugi Tanpa Introducer
Sangat ramai penyimpan emas yang tiada introducer dan introducer tidak aktif datang kepada Ainin, bertanyakan soalan-soalan yang mereka tidak jelas.
Kadangkala mereka tidak tahu tentang perlunya introducer atau mereka daftar akaun tanpa buat pilihan terlebih dahulu.
Akhirnya, mereka juga yang rugi di kemudian hari. Mereka akhirnya terkapai-kapai dan kemudiannya mencari introducer atau dealer orang lain untuk bertanya.
Yang paling merisaukan, takut mereka buat tindakan yang tidak bijak dalam jual beli emas lalu menyalahkan intrumen emas pula. Sedangkan kita yang kurang tahu mengenai emas.
Risiko Introducer Tidak Aktif
Ada juga penyimpan emas yang bertanyakan soalan-soalan asas kepada Ainin kerana introducer mereka tidak lagi aktif atau tidak tahu banyak tentang emas atau Public Gold.
Dengan pengalaman Ainin sejak 2014 dalam jual beli emas serta Ainin juga ialah salah seorang Master Dealer di bawah team G100, dengan mentorship tuan Zulkifli Shafie, inshaaAllah Ainin cuba bantu penyimpan emas di bawah bimbingan Ainin sebaiknya.
Circle Penyimpan Emas
Kita boleh menyimpan emas sendiri-sendiri. Kita boleh menyimpan emas dengan bank contohnya atau dengan Public Gold sendiri contohnya.
Tapi, simpan emas dengan Public Gold bersama kumpulan Ainin khususya dan bersama team G100 umumnya, kita berpeluang berada dalam kumpulan/circle orang-orang yang mahu baiki kewangan dengan emas serta orang-orang yang mahu menyimpan emas.
Kadang-kadang kita juga kalah dengan nafsu dan tidak berdisiplin dengan emas.
Lihat orang berjaya tambah dan simpan emas, kita juga tumpang bersemangat dan kekal berdisiplin untuk menabung emas menuju matlamat tabungan emas kita.
Peluang Grow bersama G100
Bagi AInin, ini yang paling penting.
Jika suatu hari penyimpan emas ingin upgrade jadi dealer, kita berpeluang berada dalam team G100.
Dengan team G100, perjalanan dealership lebih mudah dengan sistem dan kemudahan yang disediakan seperti toolset, training dan sebagainya.
Kesimpulan
Langkah pertama untuk menyimpan emas ialah yang paling berat.
Tak perlu faham semua, mula dahulu dengan bajet yang kecil untuk tetapkan benchmark harga pertama kita.
Dalam jangka masa pendek, harga emas memang sentiasa naik dan turun, tetapi jangka masa panjang, harga emas memang sentiasa naik kerana susut nilai wang kita serta inflasi.
Dengan akaun emas GAP, kita berpeluang untuk mula dengan bajet kecil iaitu RM 100 yang akan ditukarkan ke dalam gram emas.
Nak simpan hujung bulan ni? dan install apps Public Gold untuk explore dahulu. Boleh mula apabila bersedia.
Artikel ini dikemaskini: 14 Ogos 2024
Artikel berkaitan:
- Berpeluang Menang Jongkong Emas dan Dinar dengan Gold Accumulation Program Public Gold Auto Debit!
- 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Public Gold
- 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
- Mana Lebih Baik; Emas Fizikal atau Akaun Emas GAP?
- Rugi Simpan Emas Tanpa Introducer
- 5 Sebab Perlu Introducer
Tutorial:
- Cara keluarkan emas fizikal dari GAP
- Pajak emas dari akaun GAP
- Mudahnya Cara Jual Emas dalam Akaun Emas GAP
- Tutorial Akaun Emas GAP Autodebit Public Gold
14 thoughts on “Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli 2024”