Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

1 gram Akaun Emas GAP Public Gold atau 1 gram Emas Fizikal Limited Edition?

Posted on July 24, 2022July 24, 2022 by theaininsofia

1gram di Akaun Emas GAP atau 1gram Emas Fizikal Public Gold?

Ramai juga yang bertanyakan perbezaan antara dua perkara ini.

Yang mana lebih baik untuk bermula?

Sebenarnya keduanya adalah perkara yang sama tetapi hanya lain kaedah dan cara. Kedua-duanya ada kelebihan. Sama tetapi tidak serupa.

Table of Content
  • 1gram di Akaun Emas GAP atau 1gram Emas Fizikal Public Gold?
  • Akaun Emas GAP
    • 1 gram Akaun Emas GAP juga Emas Fizikal.
      • Pelbagai Design Juga Boleh Dikeluarkan ‘Withdraw’ dari Akaun GAP
      • Lebih Murah
        • Kenapa 1 gram emas Akaun Emas GAP lebih murah?
      • Boleh Kumpul, Target item Emas Spread Rendah
      • Syarat Pengeluaran dan Syarat Akaun GAP
      • Kos yang Terlibat
        • Jika Terus Nak Withdraw 1gram Fizikal:
        • Jika Kumpul dan Tabung Dahulu:
  • 1 gram Emas Fizikal Public Gold
    • Lebih Mahal jika terus Beli Cash (Tanpa Kaedah GAP)
    • Pelbagai Design dan Limited Edition
    • Membentuk Kumpulan Gold Design Collector
    • Harga Boleh Naik Lebih Tinggi Bergantung Kepada Kehendak, Bukan Harga Semasa
    • G100 Talkshow: Diskusi ‘Pengumpul Item Koleksi Emas, Apa Kelebihannya?’
    • Ringkasan
    • Kesimpulan
      • 1. Mazhab penyimpan.
      • 2. Mazhab collectors item.
      • Jadi,
      • Secara peribadinya,

Akaun Emas GAP

1 gram Akaun Emas GAP juga Emas Fizikal.

Pelbagai Design Juga Boleh Dikeluarkan ‘Withdraw’ dari Akaun GAP

Pertama sekali, jangan salah faham.

Akaun Emas juga ialah emas fizikal yang kemudahannya disimpan oleh Public Gold. Bukan hanya akaun emas, bukan emas digital.

Baca:

  • Adakah Emas Akaun Emas GAP ialah Emas Digital
  • Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli

Emas di akaun GAP bersandarkan emas fizikal. Kita juga boleh keluarkan 1 gram emas fizikal yang berbentuk kad tersebut daripada akaun emas GAP.

Baca:

  • Cara Keluarkan Emas daripada Akaun Emas GAP

Akaun emas GAP hanyalah salah satu cara ataupun kaedah untuk membeli emas daripada Public Gold. Kemudahannya untuk individu yang limited bajetnya, boleh mula walaupun dengan modal RM 100. Apabila ditukarkan kepada gram mengikut harga semasa, anggarannya lebih kurang 0.3 gram.

Jumlah ini masih lagi tidak cukup untuk keluarkan 1 gram, jadi penyimpan emas boleh menyimpan sehingga cukup gram untuk withdraw emas daripada akaun.

Lebih Murah

Sebab pertama jika Ainin sarankan untuk bakal penyimpan emas untuk memilih akaun emas GAP berbanding 1 gram emas fizikal Public Gold, ia adalah kerana harga emas jika disimpan dengan akaun emas GAP ialah lebih murah.

Contohnya

hari ini harga semasa emas 1gram dengan kaedah GAP ialah RM 264

Harga fizikal goldbar 1 gram dengan pelbagai design limited edition pula kadang-kadang mencecah RM 380 atau RM 400! Mahalkan untuk 1 gram emas? Nanti Ainin terangkan kenapa.

Walaubagaimanapun, jika kita penyimpan emas biasa yang hanya fokuskan gram emas, lebih berbaloi untuk kita pilih emas dari akaun emas GAP.

Kenapa 1 gram emas Akaun Emas GAP lebih murah?

Untuk GAP, kita beli GRAM, bukan ITEM. Masa beli tu kita belum pilih nak keluarkan item apa.

Contohnya beli 1 gram 1 bulan.

Bila cukup 10g dalam akaun GAP, kita boleh pilih untuk keluarkan samada; 1g x 10 keping atau 10g x 1 keping.

Item emas fizikal yang kita keluarkan tu tetap sama. Cuma kaedah belian saja berbeza.

Harga gold bar 1 gram memang mahal sebab kos pembuatannya lebih mahal. Boleh bandingkan harga gold bar 1 gram sekeping dengan mana-mana kedai emas.

Kalau pergi kedai emas, tanya nak beli gold bar 1 gram sekeping, berapa dia jual. Harga cash n carry.

Cuma PG bagi kita harga murah bila beli melalui GAP.

Boleh Kumpul, Target item Emas Spread Rendah

Kelebihan ketara akaun emas GAP juga ialah kita boleh kumpul sikit-sikit dan fleksibel mengikut bajet dan keselesaan kita.

Jika kita ada rezeki, targetlah item emas yang mempunyai spread yang rendah dan nipis untuk memaksimumkan keuntungan dengan emas simpanan kita.

susut nilai emas Public Gold
spread atau susut nilai emas Public Gold (kotak ketiga)

Apa itu spread? (boleh baca di link ini)

Apa pula kaitan spread dan untung?

Lebih rendah spread, lebih untung.

Jadi, dengan akaun emas GAP, kita berpeluang untuk mengumpul lebih banyak gram, target dan withdraw item emas yang berspread lebih rendah.

Contohnya,

item emas goldbar 20gram lebih rendah spreadnya berbanding goldbar 10gram atau 1 dinar.

Syarat Pengeluaran dan Syarat Akaun GAP

Walaubagaimanapun, akaun GAP punyai syarat yang kita harus pastikan baki di akaun GAP ialah minimum 1 gram.

Ini adalah syarat untuk memastikan akaun GAP kita kekal aktif. 1 gram ini kita boleh keluarkan ketika kita nak tutup akaun di masa depan. Jika kita keluarkan awal dan mahu mula kembali simpan emas dalam akaun emas GAP, kita dikenakan penalti sebanyak RM 50.

Jadi, untuk kita keluarkan 1gram contohnya, kita kena pastikan ada baki 1 gram.

Kos yang Terlibat

Jika Terus Nak Withdraw 1gram Fizikal:

kita kena beli emas 2 gram dalam akaun emas GAP dan boleh withdraw 1 gram.

Contohnya harga emas semasa GAP RM 264

Jadi kos untuk keluarkan terus 1 gram emas ialah:

  • 2 gram emas + gold premium + delivery (Gold in Transit)
  • (RM 264 x 2) + RM 10 + RM 10

Jika kita tidak mahu beli 2 gram (yang berharga RM 264 pergram (contoh harga semasa) dan terus mahu simpan 1 gram emas fizikal, kita boleh pilih untuk terus beli emas 1 gram fizikal yang berharga RM 350.

Jika Kumpul dan Tabung Dahulu:

Kita boleh beli 1gram (contoh harga semasa RM 264 pergram) atau boleh mula dengan RM 100 dan ditukarkan ke 0.3 gram emas mengikut harga semasa. Kita kumpul dan simpan emas dahulu, Apabila mencapai

  • 2 gram, kita boleh keluarkan 1 gram
  • 3.125, kita boleh keluarkan setengah dinar 2.125 gram
  • 5.25 gram, kita boleh keluarkan 1 dinar 4.25 gram
  • 6 gram, kita boleh keluarkan goldbar 5 gram.

Fleksibel dan memudahkan, kan?

1 gram Emas Fizikal Public Gold

Pelbagai design kad emas 1gram Public Gold
Pelbagai design kad emas 1gram Public Gold

Lebih Mahal jika terus Beli Cash (Tanpa Kaedah GAP)

Ainin bagi contoh,

Harga GAP 1 gram RM 264
Harga goldbar 1gram retail biasa ialah RM 350


Ada juga yang berversi limited edition pula boleh mencecah di antara RM380 hingga RM 400+!

Mahal kan 380 atau 420 untuk emas yang hanya 1 gram?

Harga ini sebenarnya sangat mahal untuk individu dan penyimpan emas yang memandang dan fokus kepada gram emas.

Tapi kenapa ada juga orang yang beli? Mereka tak tahu ke?

Ini kerana mereka menyimpan dan mengumpul bukan sekadar gram emas tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya mengumpul design.

Pelbagai Design dan Limited Edition

Walaupun harga 1gram goldbar fizikal mencecah RM 350, RM 380 atau RM 400+ dan ke atas, goldbar 1 gram limited edition ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Salah satu kelebihan goldbar 1 gram limited edition ini ialah mempunyai design yang cantik dan pelbagai.

Membentuk Kumpulan Gold Design Collector

Ini dapat memupuk bukan sahaja ingin mengumpul gram emas tetapi ingin mengumpul design pula. Nama lain emas pelbagai design ini ialah emas koleksi. Secara automatik, gram emas pun bertambah.

Lebh menarik, ini membentuk niche dan pasaran pengumpul limited edition yang tersendiri.

Seperti kumpulan pengumpul hot wheels contohnya.

Harga Boleh Naik Lebih Tinggi Bergantung Kepada Kehendak, Bukan Harga Semasa

Apabila design jadi limited di masa hadapan, harga goldbar 1 gram limited edition ini juga akan naik lebih tinggi! Tidak bergantung kepada harga emas semasa lagi. Mungkin harga boleh mencecah RM 500 ke atas per 1 gram apabila design sudah jadi limited.

Ini kerana para pengumpul juga mahukan design limited edition tersebut. Situasi ini sangat variable dan sangat bergantung kepada keadaan supply dan demand serta kehendak pengumpul emas (collectors).

Contoh harga 1 gram emas koleksi yang telah mencecah harga RM 510 kerana limited edition.

Dengan syarat, proses jual beli ini berlaku dalam niche dan pasaran kumpulan pengumpul (collectors). Hanya golongan ini yang tahu nilainya, bukanlah golongan pengumpul gram emas.

Bukan sahaja harga jual balik ini boleh jadi tiada spread malah dapat maksimakan keuntungan.

Jadi Ainin cadangkan,

Item emas koleksi 1 gram limited edition, lebih-lebih lagi yang harganya mahal seperti RM 400+ ini sesuai untuk individu yang suka mengumpul; collectors.

G100 Talkshow: Diskusi ‘Pengumpul Item Koleksi Emas, Apa Kelebihannya?’

Tuan dan Puan boleh mengikuti diskusi ini yang dibawakan khas oleh team G100 yang bertajuk, ‘Pengumpul Item Koleksi Emas, Apa Kelebihannya?’.

Speakernya ialah Tuan Nazim yang sangat berpengalaman dalam pasaran pengumpul dan collectors. Beliau merupakan pengumpul hot wheels sebelum kenal dengan emas 999.

Berikut ialahh perkongsiannya di facebook:

Kisah saya menjual Hot Wheels pernah 2 kali diviralkan. Pertama sekali pada awal PKP bulan April tahun lepas, saya jual 15 biji kereta mainan 3 inci itu dengan harga RM59,999. Paling murah harga sebiji kereta Hot Wheels itu adalah RM3,300 sebiji. Hari ini harga kereta tersebut kian meningkat harganya. Bukan collector kata saya gila jual harga mahal, ada yang samakan dengan roti Gardenia. Tapi lot besar itu terjual juga, bolehlah buat belanja waktu PKP.

Kali kedua saya diviralkan apabila menjual sebiji kereta Hot Wheels yang keluaran dunia hanya 5,000 untuk item tersebut. Saya jual dengan harga RM15,000 sebiji. Kos saya dapatkan di Ebay secara bidaan pun dah cecah 6 angka. Apa yang menjadikan ia mahal adalah nombor sirinya 1 digit iaitu nombor 00003/05000. Bagi orang kebanyakan, ia hanya melihat Hot Wheels sekadar kereta mainan 3 inci biasa. Bagi colectors, setiap item pasti ada nilai tersendiri.

Apabila Public Gold mengeluarkan item limited edition, saya sangat teruja. Paling menarik adalah yang dinamakan ‘Fantasy Combo’. Set yang menghimpunkan 4 design iaitu design Wakanda, Avengers, Frozen dan Tom and Jerry. Belian combo ini akan membolehkan kita dapat nombor siri yang sama untuk keempat-empat design. Bagi penyimpan emas biasa tiada apa yang istimewa, tapi bagi collector ia sangat istimewa.

Nilai emas special edition ini terletak pada 3 benda;

1. Nilai emas itu sendiri, yang jangkamasa panjang akan meningkat harganya.

2. Nilai design kad yang sangat limited. Kad ini biasanya dikeluarkan 10,000 unit sahaja seluruh dunia.

3. Nilai nombor siri di kad tersebut. Nombor siri cantik harganya akan lebih tinggi.

Sebenarnya nombor siri bagi collector umpama nombor plat kenderaan bagi sesetengah orang. Nombor cantik pasti harga bidaannya lebih tinggi. Walau nombor biasa, tapi kalau 4 buah kenderaan kita bernombor plat hampir sama, ia pasti akan menjadi tarikan dan bualan orang lain.

Untuk item collectors ini, boleh didapati di PG Mall. Harganya berbeza dengan harga emas biasa atau harga GAP Public Gold, tapi masih kategori murah berbanding jenama lain yang designnya tidak segempak design dari PG.

Apa yang menyebabkan harganya lebih tinggi adalah kerana sebagai jenama yang sudah establish, PG tidak mencetak kad emas secara sembrono. Setiap design terhad seperti Wakanda, Batman, Avengers dan lain-lain ini dibuat secara legal dan ekslusif. PG akan membayar yuran perlesenan yang menyebabkan kos PG meningkat.

Kad ini mungkin bagi orang biasa harganya mahal. Tapi bagi collector, harganya masih masuk akal. Konsep mudah, beli mahal dan jual mahal. Sebagai contoh kad design Wakanda, waktu mula keluar harganya RM350 sekeping, sekarang harganya adalah RM390 sekeping walau ia baru dikeluarkan tahun lepas. Nilai emas sekarang makin turun harga, tetapi nilai kad limited edition ini kian naik harga.

Kalau emas biasa dianggap sebagai investment, kad collector ini juga sebenarnya investment yang membolehkan kita dapat 2 kali keuntungan. Ada kad keluaran PG yang sudah dihentikan produksi pada tahun 2017 sekarang harganya mencecah RM500 sekeping walau harga emas baru berada pada harga RM265/gram.

Menyimpan emas limited edition ini juga pelaburan jangkamasa panjang. Makin lama, harganya akan makin meningkat. Meningkat kerana harga emas makin naik, dan meningkat kerana ia sudah jarang ditemui, dengan kata lain; MAKIN RARE!

Tuan Nazim Badruddin
Beli 1 gram emas Fizikal Pelbagai Design di PGMuseum

Beli 1 gram emas Fizikal Limited Edition di Aurora Italia

Ringkasan

1 gram Akaun Emas GAP1 gram fizikal Limited Edition
Juga boleh keluarkan/ withdraw 1 gram fizikal limited edition/ hanya berbeza kaedahPelbagai design limited edition, kumpul koleksi design
Harga pergram lebih murah (ikut harga semasa)Harga pergram lebih mahal (RM 350 dan ke atas)
Boleh kumpul dan target item emas yang berspread lebih rendah untuk maksimakan keuntunganmembentuk kumpulan pengumpul design emas
Harga beli balik boleh naik tidak bergantung kepada harga semasa bergantung kepada pembeli

Kesimpulan

Jadi sebenarnya, penyimpan emas ini ada banyak golongan dan mazhab. Dalam perkongsian ini:

1. Mazhab penyimpan.

Fokus pada gram emas. Harga emas direct pada intrinsicnya.

2. Mazhab collectors item.

Fokus pada keunikan emas tersebut.

Contohnya,

Limited edition, design, serial number dan lain-lain.

Harganya bukan lagi tertakluk pada nilai intrinsic emas, tapi subjektif pada keunikannya.

Jadi,

Kalau nak keuntungan dalam masa yang cepat, pilih mazhab no 1.

Kalau mazhab no 2, boleh jadi lambat sikit kerana spread dia tinggi.

Contohnya,

Kalau decide beli emas untuk mazhab no 2, jika jangka masa panjang, katakanlah 10 tahun.

Okaylah.

Dengan harapan pada masa tu harga dah tinggi sangat dan kita tak kisah berapa spread masa tu.

Tetapi, katakanlah kalau kita tiba-tiba bulan depan desperade nak guna duit, nak tolak jual balik item rare pada PG, agak-agak berapa harga buy back PG ambil.

Melainkan kita jual balik pada 3rd party pada harga semasa, jadi kita boleh senyum.

Secara peribadinya,

Ainin ialah pengumpul gram emas bukan pengumpul emas koleksi/design. Jadi cadangan Ainin mungkin bias kepada pilihan sendiri.

Jika kita ada bajet, Ainin cadangkan target item emas yang lebih besar gramnya, yang nipis spreadnya dan kumpul dari akaun GAP. Bila cukup gram, keluarkan emas kita dan simpan harta kita.

Tetapi ada ketikanya design emas koleksi Public Gold sangat indah dan memukau contohnya design Mekah dan Masjidilharam. Pada masa ini, jika kita simpan untuk kenangan dan koleksi, apa salahnyakan.

Ainin sendiri ada juga emas koleksi yang Ainin simpan kerana nombor sirinya. Kebetulan, designnya juga jadi limited edition. 3 kali untung, alhamdullilah.

Walaubagaimanapun, jika Ainin kongsikan update promosi di telegram channel dan kepada para penyimpan emas Ainin, Ainin lebih suka kongsikan item emas biasa, promosi GAP, dinar dan goldbar biasa kerana keuntungan gram emas dan spreadnya yang lebih nipis. Lagipun, emas koleksi limited edition pun boleh dikeluarkan daripada akaun emas GAP.

  • Harga emas koleksi ni dijual pada harga lebih tinggi berbanding emas pelaburan biasa macam Akaun Emas GAP.
  • Kalau nak pajak atau jual balik kepada PG, memang rugi berbanding gold bar biasa.

Supaya kalian dapat manfaat dan faham beza antara keduanya.

Jika berminat mahu mulakan simpanan emas serendah RM 100, boleh daftar PERCUMA dan whatsapp untuk bimbingan serta 5 ebook percuma. Ainin bantu sebaiknya.

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: AKAUN EMAS GAP, ARTIKEL EMAS, CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD, Emas Public Gold, SIMPAN EMAS, Tips Mula Simpan Emas

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d