- Elak Scammer Emas, Beli dengan Ilmu
- Jangan Main Beli Sahaja, Asal Murah!
- Semak Kriteria secara Pakej
- 5 Kriteria Memilih Emas Simpanan
Elak Scammer Emas, Beli dengan Ilmu
Alhamdullilah, Ainin sudah menyimpan emas sejak tahun 2014 lagi.
Pada masa tu, Ainin direzekikan terjumpa blog tuan mentor Tuan Zulkifli Shafie dan direzekikan dengan pilihan emas yang betul. Yalah, tahun itu sedang gempak dengan kes-kes scammer emas seperti Tok Belagak dan sebagainya.
Pada masa itu, kita tak perasan dan tak tahu pun bahawa yang scammer itu adalah scammer. Bila dah terkena barulah menyesal.
Agak ramai juga kenalan terdekat yang terkena.
Apa yang Ainin boleh katakan, ilmu dan kefahaman sangat penting sebelum kita bermula menyimpan emas lebih- lebih lagi dalam jumlah yang besar.
Jangan Main Beli Sahaja, Asal Murah!
Jangan juga hanya bandingkan harga belian yang murah sahaja tetapi banyak faktor yang harus diambil kira.
Ni sebenarnya sharing yang paling asas semua penyimpan emas kena tahu. Sebab banyak kes beli emas, tak dapat emas. Beli emas, company tak terima bila nak jual emas. Beli emas, susut nilai terlalu tinggi!
Apabila Ainin nak berkongsi tentang kriteria-kriteria ini, Ainin jadi teringat tentang perkongsian rakan dealer Ainin iaitu Tuan Hafiz Shafie:
Teringat balik masa 3 tahun lalu, masa baru start berkongsi ilmu di blog.
Ada seorang kakak ni wassap saya, dia tanya
“Kenapa saya beli emas 3 tahun lalu, dan saya kira-kira kalau nak jual sekarang. Rugi duit saya! Sebab emas tu orang ambil murah. Susut nilai hampir 30%”
Saya tanya balik kakak tu,
“Kakak nak jual barang kemas ke?” Dia cakap “Bukan! Emas dinar lah!”
Aduih risau pulak saya. Saya dah rasa pelik. Apa yang saya tahu, jongkong emas Public Gold susut nilai paling tinggi hanya 9%.
Saya tanya lagi
” Kakak nak jual emas Public Gold ke? Berapa dinar?”
” Bukan Public Gold tapi emas XXX. Tapi ejen emas tu cakap dapat bayar harga RM722 je” Jawab kakak tadi.
Owh. Kalau emas 1 Dinar Public Gold RM786 sekarang (pada masa itu) . Spread 9% je
Saya pun pantas ambil calculator. Tengok harga emas di www.publicgold.com.my. Dan kira spread!
Fuhh. Spread dinar emas pun sampai 25%. Patut la kakak tu marah2 dengan emas.
Saya pun rasa lega. Sebab bukan emas Public Gold yang kakak tu beli.
Saya terangkan satu per satu. Tentang 5 kriteria penting kakak tadi perlu tahu sebelum beli emas.
Saya ajar kakak tadi baca harga emas di website www.publicgold.com.my. Tunjuk mana harga PG Buy dan PG Sell.
Dan tolong kirakan susut nilai emas Public Gold.
Alhamdulillah. Kakak tadi dah cooldown sikit sebab baru faham mana silapnya dia sebelum ni.
Dia main beli saja. Ingatkan emas ni sama je semua.
Inilah kerja saya hari-hari. Saya guide siapa sahaja yang nak menyimpan emas.
Saya ajar cara mana yang paling mudah dan murah untuk beli emas ikut keselesaan dan kesesuaian masing-masing.
Saya ajar cara mana yang paling mudah dan murah untuk beli emas ikut keselesaan dan kesesuaian masing-masing.
Semoga bermanfaat.
Tuan Hafiz Shafie
Begitulah emas.
Orang yang membeli tanpa ilmu pun boleh untung dengan emas, inikan pula penyimpan emas yang membeli dengan ilmu.
Tidak semua emas sesuai dijadikan simpanan dan pelaburan. Hanya jongkong emas (goldbar; empat segi) dan dinar (bulat) sahaja yang sesuai dijadikan simpanan.
Barang kemas juga tidak sesuai dijadikan sebagai simpanan dan pelaburan, tetapi lebih sesuai kepada perhiasan wanita. Baca perkongsian Ainin:
Semak Kriteria secara Pakej
Emas dan Calon Isteri
Jadi, belilah emas dengan ilmu.
Pilih yang murah, tetapi spread tinggi pula.
Jangan kita tertipu dengan harga belian yang murah sahaja tetapi ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira secara pakej. Kira secara keseluruhan.
Macam kita nak pilih kriteria calon isteri berdasarkan hadis Nabi SAW. Nabi minta kita pilih berdasarkan empat kriteria, bukan satu kriteria sahaja iaitu:
- Keturunannya
- Kecantikannya
- Agamanya
Kadang-kadang, calon isteri yang paling cantik bukanlah yang terbaik kalau agamanya tidak baik. Tapi, pilihlah secara pakej, yang baik ketiga-tiga kriterianya.
Begitu juga dengan emas.
Apa-apa jenama emas sekalipun, pilihlah berdasarkan tujuh kriteria ini, nilai SECARA PAKEJ.
Kriteria-kriteria inilah yang akan memaksimumkan keuntungan kita dengan simpanan emas kita.
5 Kriteria Memilih Emas Simpanan
Ini adalah 5 kriteria apabila kita nak pilih emas mana yang patut kita beli dan simpan.
- Harga yang berpatutan
- Spread yang rendah atau nipis
- Cawangan jual beli banyak
- Stok tiada had
- Syarat jual balik tak cerewet
Kriteria #1 Harga yang Berpatutan
Semak Harga Per gram
Rasanya kita semua pro untuk menyemak kriteria ini.
Bandingkan sahaja harga pergram emas di antara pengeluar dan syarikat emas, terutamanya di laman web syarikat. Pastikan laman web syarikat dikemaskini dan up-to-date.
Apabola membezakan harga pergram, bezakan emas 999 dengan emas 999, bukannya bezakan bezakan emas 999 dengan emas 916. Ramai juga yang berbuat seperti ini.
Memanglah kadang kadang harga pergram kedai emas A lebih murah, rupa-rupanya itu ialah emas 916 (barang kemas). Kita nak bandingkan emas 999. Jadi, pastikan betul-betul sebelum membandingkan emas yang kita nak beli itu.
Pilij harga yang lebih rendah kerana kita akan memperolehi lebih banyak gram emas dengan jumlah wang yang sama.
Di Public Gold, semak harga harian pergram di website Public Gold
Semak Kos Tambahan
Selain itu, hati-hati dengan hidden charge ataupun kos tambahan.
Contohnya kedai emas, harga emas pergram yang dipaparkan belum termasuk kos upah.
Jadi, semak sekali caj-caj lain seperti caj premium, caj penghantaran ataupun kos upah.
Atau terus tanya caj tambahan yang terlibat.
Di Malaysia, ini adalah antara website jual beli emas yang kita tahu:
- Public Gold (www.publicgold.com.my)
- Kijang Emas Maybank (www.maybank2u.com.my)
- Kuwait Finance House (www.kfh.com.my)
- UOB Bank (www.uob.com.my)
- Hello Gold
- Maybank MIGA
- Quantum Metal
Di Public Gold, caj- caj tambahan yang terlibat untuk emas simpanan 999 ialah:
- Caj gold premium (rujuk kotak di bawah)
- EPP Premium (untuk kaedah EPP)
- Kos Penghantaran Gold in Transit (RM 10)
Kriteria #2 Spread Value atau Susut Nilai Rendah
Kedua, semak nilai ‘spread’ atau susut nilai.
Istilah: Susut Nilai bukan Depreciation
Ramai yang salah faham istilah ‘susut nilai’ sama macam ‘depreciation’ iaitu kejatuhan nilai.
Bukan.
Istilah Inggeris rasanya lebih tepat iaitu spread sebenarnya spread margin.
Spread ini bermaksud beza antara harga jual dan harga beli, macam kita berurusan dengan money changer semasa kita nak tukar wang.
‘Harga jual’ juga bermaksud harga syarikat emas menjual emas tersebut kepada kita.
‘Harga beli’ pula ialah harga syarikat emas membeli semua emas bila kita nak jual balik. Ini juga dipanggil harga buyback, iaitu harga belian balik emas.
Di website Public Gold, akan ada dua kotak dengan dua harga iaitu ‘PG Sell’ dan ‘PG Buy’.
Bila kita nak beli emas, semak harga ‘PG Sell’ kerana itu harga jual emas syarikat PG kepada kita.
Bila kita nak jual emas, semak harga ‘PG Buy’ kerana itu harga belian balik emas syarikat PG kepada kita.
Jangan tertukar pula.
Cara Kira Spread
Untuk mengira kadar spread, kita perlu mengira sendiri berdasarkan formula ini.
Contohnya item dinar:
Harga jual: RM 1130
Harga beli: RM 1029
Jadi, berdasarkan formula yang diberi, susut nilai item 1 dinar ialah 9%
Pilih Emas yang bersusut nilai 10% ke bawah sahaja
Pilih emas yang rendah kadar spreadnya. Lebih rendah lebih baik. Spreadlah yang akan menentukan dan memaksimakan keuntungan apabila harga emas naik.
Lagi rendah nilai spread, lagi cepat untung.
Pesan mentor, spread emas simpanan dan pelaburan yang baik mesti berkadar 10% ke bawah sahaja.
Jika spread lebih 10%, usahakan untuk memilih emas lain yang berkadar lebih rendah.
Kebiasaan Kedai Emas
Kalian perasan tak, kedai emas selalunya menunjukkan atau memaparkan satu harga sahaja di kedai mereka iaitu ‘Harga Jual’.
Mereka selalunya tak publish ‘Harga Beli’. Ini kerana pembeli barang kemas biasanya membeli barang kemas untuk perhiasan, jarang beli untuk jual balik macam emas simpanan atau pelaburan.
Bila nak jual balik barangg kemas, pekedai emas biasanya tolak 25% hingga 40% berbanding harga semasa! Terlalu tinggi kerugian yang ditanggung jika kita hendak jual barang kemas. Barang kemas sangat tidak sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan.
Nilai dan Kadar Spread ialah Tetap.
Buat pengetahuan kita, kadar spread adalah tetap walaupun harga emas naik dan turun.
Walaubagaimanapun, kadar spread boleh berubah jika berlaku perubahan signifikan dalam pasaran emas. Contohnya perubahan harga drastik atau pelaksanaan GST.
Kadar spread juga sebenarnya ialah kadar kadar keuntungan penjual emas. Itulah juga yang digunakan untuk membiayai kos operasi syarikat pengeluar.
Kriteria #3 Cawangan Jual Beli Banyak
Kriteria ketiga yang mesti diambil kira ialah cawangan jual beli yang banyak.
Faktor ini penting untuk kemudahan jual beli penyimpan emas terutamanya apabila kita mahu menjual atau memajak emas itu nanti.
Walaupun syarikat emas itu mempunyai ejen, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ejen kerana komitmen ejen tidak menentu. Ramai ejen boleh menjual emas tetapi tidak ramai ejen yang boleh membeli balik emas disebabkan modal yang terhad. Bukan itu sahaja, mungkin ejen juga boleh menjadi tidak aktif.
Tapi, ini tidak menjadi isu dengan syarikat Public Gold.
Istimewanya Public Gold, ejen Public Gold tidak menjual emas secara langsung tetapi hanyalah pemudahcara penyimpan emas dengan syarikat Public Gold.
Saya lihat ini lebih memudahkan proses pajak dan jual emas kerana cawangan Public Gold yang banyak di seluruh Malysia. Tambahan pula, pelaksanaan sistem Gold in Transit (GIT) atau penghantaran emas berinsurans untuk pembelian semua emas di bawah 21.25gram banyak menjimatkan kos petrol, tol dan kos masa.
Ambil kira semua faktor ini apabila memilih jenama emas. Pastikan senang untuk dibeli dan senang untuk dipajak atau dijual.
Public Gold adalah pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia. Mempunyai lebih 18 cawangan seluruh Malaysia. Satu cawangan di Singapore dan satu cawangan di Jakarta, Indonesia.
Selepas PKP di Malaysia, semua pembelian emas dari syarikat Public Gold mestilah berurusan dan diuruskan secara online, tiada lagi walk in.
Jika Tuan Puan berminat untuk menyimpan emas, daftar percuma di link di bawah dan whatsapp saya untuk bimbingan.
Walaubagaimanapun, untuk urusan pajak dan jual emas, boleh terus walk in dan pergi ke cawangan Public Gold berdekatan.
Kriteria #4 Kesediaan Stok
Ainin pernah terima whatsapp daripada penyimpan emas Ainin, mengatakan yang kedai emas berhampiran rumahnya tidak jual emas apabila harga emas jatuh.
Perkara ini memang biasa terjadi.
Banyak pengeluar emas boleh supply emas apabila harga emas naik tetapi tiba-tiba tiada supply pula apabila harga emas jatuh. Katanya, “tidak ada stok”.
Jika kita nak beli juga, kita kena tunggu harga naik balik. Sepatutnya, pada masa harga emas rendahlah kita mahu membeli emas dengan lebih banyak untuk maksimumkan keuntungan!
Di Public Gold, syarikat dapat menyediakan stok yang secukupnya untuk penyimpan emas. Walaupun ketika fasa gold rush pada tahun 2020, emas lambat sampai ke tangan pelanggan kerana permintaan naik mendadak tetapi pada akhirnya semua pelanggan menerima emas masing-masing.
Point paling penting dalam jual beli emas ialah; beli emas dapat emas, bukan semata-mata nombor dan angka di atas kertas.
Lebih menguntungkan, Public Gold menggunakan sistem lock harga. Ini dapat memaksimumkan keuntungan lebih-lebih lagi apabila harga turun mendadak.
Misalnya harga turun mendadak pada waktu malam pada pukul 1 pagi, kita boleh booking dan lock harga untuk beli mahupun jual (ketika harga tinggi) secara ‘real time’, tanpa perlu ke cawangan Public Gold pada waktu tengah malam! Seterusnya, boleh selesaikan bayaran atau jualan pada hari yang seterusnya.
Kriteria #5 Syarat Jual Beli/ Pajak Tak Cerewet
Tak Semua Syarikat Jual Emas, Beli Balik Emas
Tak semua orang tahu yang tak semua syarikat emas yang jual emas akan beli balik emas yang mereka jual, apatah lagi emas yang kondisinya sudah rosak ataupun kehilangan sijil emas.
Mereka dakwa mereka hanya jual emas, tidak membeli emas walaupun emas tidak rosak.
Bagi Ainin, kriteria ini sangat penting untuk kita menyimpan emas at ease.
Emas Rosak
Emas boleh rosak ke? Bukan ke kalau emas rosak pun masih laku?
Yang dimaksudkan rosak sebenarnya ialah kondisi emas itu. Lebih-lebih lagi emas yang berseal, (berbentuk kad).
Emas yang rosak bermaksud:
- emas patah
- emas tercalar
- emas dibuka seal
Kejadian ini boleh berlaku apabila penyimpan emas memajak emas dan kedai pajak membuka seal emas tersebut untuk menguji ketulenan emas.
Apabila emas rosak, emas ini berisiko untuk tidak diterima ataupun diterima dengan susut nilai yang tinggi daripada harga semasa.
Pihak bank selalunya tidak menerima jualan balik emas yang rosak. Apabila bank tidak terima, kita terpaksa menjual emas di kedai emas.
Jika kedai emas terima, mereka biasanya akan menolak harga jualan balik emas lebih kurang 25% hingga 40% daripada harga jualan semasa!
Baca artikel Ainin:
Walau bagaimanapun, berbeza dengan Public Gold. Public Gold jamin 100% untuk membeli balik emas Public Gold yang kondisinya rosak (tercalar, patah atau terkoyak seal) dengan kadar spread 10% sahaja! Emas lain biasanya 25%.
Kadar 10% ialah kadar tolakan paling murah di Malaysia bagi emas dengan kondisi yang rosak begitu.
Syarat Belian Balik
Semasa memilih emas, semak syarat belian balik syarikat emas. Ini penting!
Ini kerana ada syarikat yang hanya menjual emas tetapi tidak membeli semula. Ada juga yang beli semula dengan pelbagai syarat. Contohnya:
- mereka membeli balik dengan syarat kondisi emas masih kekal elok sebagaimana asal tanpa sebarang kerosakan samada pada emas ataupun pada seal emas (untuk emas yang ada seal).
- Kalau ada defects, mereka tidak akan beli semula atau mereka terima dengan susut nilai yang tinggi!
- Ada juga kes yang tidak terima jualan balik emas dalam jumlah yang besar, bermaksud syarikat tidak ada modal yang besar untuk membeli semula emas. Jadi, kita juga perlu semak kekukuhan dan reputasi syarikat sebelum membeli emas.
Sekiranya syarikat asal tidak terima, kita terpaksa jual emas ke kedai emas dengan susut harga yang juga tinggi di antara 25% hingga 40%!
Beli Emas 3 Juta tapi Rugi, Jangan Pilih Sekadar Murah
Kongsi mentor Tuan Zulkifli Shafie, ada seorang penyimpan emas membeli emas dengan nilai RM 3 juta daripada salah satu pembekal emas Malaysia kerana harga emas tersebut adalah yang paling murah.
Malangnya, selepas dua tahun ketika beliau hendak menjual semula emas beliau, syarikat emas itu tak beli balik.
Jadi, dia terpaksa menjual emasnya kepada pekedai- pekedai emas dengan spread 25%!
Ini sangat mengecewakan dan merugikan.
Jadi, bukan semua syarikat emas menjamin untuk beli semula emas yang mereka jual.
Emas yang terbaik ialah syarat belian baliknya tidak cerewet oleh pengeluar dan syarikat emas tersebut.
Istimewanya Public Gold, Public Gold menerima pajakan atau jualan balik emas Public Gold (ataupun emas jenama atau keluaran syarikat lain) walaupun emas tersebut dalam kondisi yang rosak; patah, calar atau terbuka seal.
Dalam kes sijil emas hilang pun, Public Gold terima pajakan dan jualan balik emas di mana kebanyakan Arrahnu sudah tidak menerima lagi kes kes sebegini.
Jaminan belian balik oleh sesebuah syarikat emas sangat signifikan dan penting supaya kita dapat menyimpan dengan tenang tanpa cemas beranggapan emas tidak laku bila kita nak jual balik nanti.
Pilih Dengan Ilmu
Jadi, semak 5 ciri-ciri ini ketika kita sedang pening mahu memilih emas brand atau keluaran syarikat mana untuk disimpan.
Pilihan ini penting untuk memaksimakan keuntungan emas simpanan kita. Kita tidak mahu menyesal di kemudian hari.
Mana-mana emas pun baik, asalkan memenuhi semua lima syarat dan kriteria emas terbaik sebagai simpanan.
5 thoughts on “Beli Emas 3 Juta tapi Rugi, Semak 5 Kriteria Emas Simpanan ini Sebelum Beli”