PUBLIC GOLD BY G100 NETWORK
Ultimate Financial Freedom Begins Here
G100 adalah network dealer Public Gold yang terbesar dan paling cepat berkembang.
G100 telah diasaskan dan dipimpin oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie, pernah dinobatkan sebagai “The Fastest Growing Master Dealer”. Tuan Zulkifli Shafie juga merupakan penulis buku pelaburan emas popular di Malaysia, iaitu #BukuWangEmas,
Misi G100 ialah membantu mereka yang berpendapatan supaya mempunyai simpanan yang kukuh, bebas masalah kewangan, dan mencapai Financial Freedom (“tak kerja pun ada duit”).
- Ultimate Financial Freedom Begins Here
- DEALER PUBLIC GOLD
- JANA PENDAPATAN PASIF SAMBIL MENABUNG EMAS
- POTENSI KERJAYA DEALER PUBLIC GOLD BERSAMA G100
- ROADMAP BISNES PUBLIC GOLD BERSAMA G100
- KELEBIHAN DEALER PUBLIC GOLD G100
- 3 ULTIMATE REWARDS
- #1 Financial Freedom & Time Freedom
- #2 VVIP Trip Fully Sponsored
- #3 Bisnes boleh diwarisi
- TESTIMONI KEJAYAAN G100 DARIPADA PELBAGAI LATAR BELAKANG
- Kelebihan Lain Bisnes Public Gold:
- KENAPA G100?
- ANUGERAH UNTUK DEALER
- CARA JADI DEALER
DEALER PUBLIC GOLD
Dealer Public Gold tidak jual emas. Sebaliknya, syarikat Public Gold yang jual emas.
Jadi, apa tugas dealer Public Gold?
Dealer Public Gold hanyalah penyimpan emas tegar yang gigih mengambil tanggungjawab menyampaikan ilmu kepada masyarakat tentang simpanan emas yang betul.
Sebagai penghargaan, Public Gold menghadiahkan pelbagai ganjaran untuk dealer-dealer yang aktif membimbing penyimpan emas dan menyampaikan ilmu emas yang betul.
Sambil simpan emas, sambil jana pendapatan!
JANA PENDAPATAN PASIF SAMBIL MENABUNG EMAS
POTENSI KERJAYA DEALER PUBLIC GOLD BERSAMA G100
Potensi pendapatan pasif lebih RM50K sebulan, hanya 3-5 tahun dari sekarang!
Walaupun dealer Public Gold keluaran G100 baru sahaja berdaftar hari ini, dealer baru berpeluang menjana pendapatan pasif RM50k setiap bulan dalam masa 3 – 5 tahun (mengikut roadmap dan support system yang disediakan G100)
G100 menyediakan tuan puan program dan bimbingan premium daripada segala sudut untuk kita sama-sama berjaya dan berkembang, mencapai setiap checkpoint dalam jangka waktu ditetapkan.
ROADMAP BISNES PUBLIC GOLD BERSAMA G100
CAREER PATH DEALER PUBLIC GOLD
Option 1
Option 2
NOTA : Ini hanyalah prediction berdasarkan pengalaman Founder G100 membina bisnes. Berapa cepat bisnes kita berkembang sangat bergantung kepada berapa cepat kita belajar (tentang PG1S (Public Gold One System)) dan bertindak, serta berapa cepat kita pastikan proses DUPLICATION berlaku dalam kumpulan kita.
KELEBIHAN DEALER PUBLIC GOLD G100
- Simpan emas, untung! Tapi pandaikan orang lain tentang simpanan emas (sambil anda menyimpan emas), jauh lebih untung!
- Kalau simpanan emas dapat membantu meningkatkan tahap kewangan anda, maka sampaikanlah manfaat tersebut kepada orang lain.
- Tuan puan berpeluang mendapat pendapatan pasif sambil menyimpan emas!
- Tuan puan berpeluang mendapat PAKEJ HONEYMOON percuma macam mereka (rujuk video dibawah)!
3 ULTIMATE REWARDS
#1 Financial Freedom & Time Freedom
Kejayaan dalam bisnes Public Gold menawarkan pakej bebas kewangan dan bebas masa. ‘tak kerja pun ada duit’ dengan cara yang betul. Ini kerana bisnes boleh berjalan dengan automatik melalui sistem yang disediakan G100.
Ianya istimewa berbanding kejayaan kerjaya di luar sana yang kebanyakannya semakin berjaya semakin sibuk. Terperangkap! Ini kerana kebanyakan kerjaya bersifat pendapatan aktif. Kerjaya menjanjikan pulangan yang lumayan tetapi kita perlu membayarnya dengan masa.
Sebaliknya, model bisnes Public Gold bersifat pendapatan pasif dan menawarkan jalan menuju kebebasan kewangan dan masa (financial freedom dan time freedom) dengan cara paling murah, paling cepat dan paling ‘senang’.
Berdasarkan road map kami, tuan puan boleh mencapai level Founder Master Dealer (FMD) dengan pendapatan pasif RM5,000 – RM10,000 sebulan, dalam masa 24 bulan dari sekarang.
Pencapaian tersebut sudah meletakkan ‘sebelah kaki’ untuk mencapai Financial Freedom.
Testimoni Financial Freedom & Time Freedom
🔴
#2 VVIP Trip Fully Sponsored
Tuan Puan juga berpeluang menyertai PAKEJ HONEYMOON VVIP percuma setiap tahun tajaan Public Gold 100%, seperti mereka! (rujuk video dibawah)
Testimoni Trip Public Gold Leadership Seminar (PGLS)
#3 Bisnes boleh diwarisi
Bisnes Public Gold menjanjikan bayaran berbentuk royalti seumur hidup atas setiap pembelian dan jualan emas oleh penyimpan emas yang didaftarkan.
Iaitu setiap kali selagi mana penyimpan emas bimbingan kita menyimpan emas dengan Public Gold serta selagi mana dealer-dealer kumpulan kita membimbing penyimpan emas bimbingan mereka menyimpan emas dengan Public Gold, seterusnya menghasilkan jualan.
Bisnes yang kita bina ini boleh kita warisi kepada anak-anak keluarga kita walaupun kita sudah meninggal dunia.
Testimoni Bisnes Boleh Diwarisi
Pesara Mahasiswa
“Legasi bisnes terus diwarisi Ummi”
Hasil usaha kerja keras arwah berkongsi ilmu kepada orang ramai tentang kepentingan membuat simpanan dalam bentuk emas 999.9 selama beberapa tahun sejak usianya 19 tahun lagi, akhirnya beliau bergelar “pesara mahasiswa” – habis belajar sudah ada income yang kukuh.
Impian arwah untuk bawa ibu melancong ke luar negara dengan hasil bisnes beliau dalam Public Gold tercapai setelah beliau meninggal dunia pada usia 25 tahun.
Legasi bisnes diwariskan kepada ibunya dan diteruskan oleh kakaknya, Cik Saiyidah Ismail. Dengan struktur empayar yang kukuh, ibunya mewarisi pendapatan pasif 4 angka setiap bulan dan tiket percutian VVIP tajaan penuh Public Gold di Hokkaido tahun 2023 dan Switzerland tahun 2024.
Allahyarham Abdur Rahman Al Amin Bin Ismail
Pesara Mahasiswa Jurusan Kewangan, Universiti Utara Malaysia / Double Star Founder Master Dealer
Mohd Zulkifli Shafie & Najdah Mohammed Hussain
Akauntan dan Surirumah / Diamond 5 Star Founder Master Dealer/ Pengasas G100 Network
Kehidupan kami sekeluarga sungguh selesa. Mempunyai kebebasan masa dan wang. Kami boleh buat apa yang kami suka pada bila-bila masa tanpa dikongkong oleh sesiapa. Setiap hari adalah hari cuti bagi kami. Tak ada beza bagi kami antara hari Ahad, hari perayaan atau Isnin (hari bekerja) sejak tahun 2014.
Selain daripada pendapatan yang lumayan dan mempunyai kebebasan masa, apa yang lebih penting ialah kami mendapat jaminan pendapatan. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, bisnes ini boleh diwarisi kepada isteri dan anak-anak saya.
“Pendapatan Meningkat Walaupun Saat Musibah”
Ianya telahpun terbukti di mana telah terjadi musibah kepada saya selama 2 tahun, iaitu saya dipenjarakan gara-gara sedekah RM200. Selama 2 tahun, saya dan isteri langsung tak dapat menjalankan bisnes. Itu adalah tempoh paling perit dalam hidup kami.
2019 dan 2020 adalah tahun kesedihan bagi kami.
Walaupun begitu, bisnes yang kami bina sebelum itu tak hilang begitu sahaja. Bahkan ia berkembang berlipat-kali ganda saiznya, dan pendapatan pasif kami meningkat di luar jangkaan kami. Walaupun dilanda kesusahan dan kesedihan, kami tak mempunyai masalah dari sudut kewangan.
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki dari jalan yang tidak kami sangka-sangka.
Tahun musibah sudah pun berlalu, Tahun 2021 adalah fasa baru dalam kehidupan kami suami isteri. Kami memasang cita-cita untuk melahirkan 1,000 Master Dealer (mencapai Financial Freedom) menjelang tahun 2024, insyaAllah.
Mohd Zulkifli Shafie & Najdah Mohammed Hussain
Akauntan dan Surirumah / Diamond 5 Star Founder Master Dealer/ Pengasas G100 Network
TESTIMONI KEJAYAAN G100 DARIPADA PELBAGAI LATAR BELAKANG
Pesara Jurutera
“Kini, ini bukan lagi Part-Time bisnes”
Saya bermula membina bisnes ini pada usia saya 20 tahun ketika masih belajar di Australia.
Kini, ini bukan lagi “Part-Time” bisnes bagi saya kerana saya sekarang sudah bersara sepenuhnya daripada kerjaya Jurutera pada usia saya 28 tahun. Syukur, kini saya sudah “full time” menjadi PGBO yang mempunyai 55,000 empayar penyimpan emas. Bisnes ini adalah masa depan saya dan keluarga.
Walaupun pada awalnya belum nampak hasil, tapi saya terus dan terus buat perkara yang betul dengan sabar. Jika kita faham bagaimana cantiknya pendapatan pasif, kita tak akan sia-siakan peluang yang terbentang luas dihadapan kita.
Muhammad Syarifuddin Bin Mohd Jamil
Pesara Jurutera / Jade Triple Star Founder Master Dealer
Professional
“Rasai Time and Financial Freedom”
Daripada seorang yang sangat boros, saya berjaya menyediakan simpanan yang membolehkan saya berkahwin dan beli rumah pertama melalui simpanan emas.
Dalam merasai kebaikan simpanan emas, saya juga mencari perniagaan yang boleh beri saya ‘Time and Financial Freedom’. Dalam kesibukan bekerja, saya cuma nampak Public Gold sahaja platform untuk saya capai impian saya ini. Ya, hanya Public Gold.
Alhamdulillah hari ini pendapatan pasif sebagai PGBO telah melebihi gaji kerja hakiki saya. Saya percaya lebih ramai anak muda juga mampu berjaya malah jadi multi-millionaire melalui platform Public Gold dan support dari team G100 Network jika mereka serius fokus jadikan bisnes ini sebagai exit plan. InsyaAllah.
Kapten (Dr.) Mu’az Mahadzir
Pegawai Perubatan (Tentera) / Pearl Triple Star Founder Master Dealer
Professional
“Kesibukan bukan penghalang”
Sifat boros saya adalah pendorong kepada saya mencari alternatif simpanan lain selain duit, iaitu emas.
Saya mulai mengenal Public Gold sejak 2017, bermula dari penyimpan emas kemudian berhijrah kepada pembimbing emas.
Dalam kesibukan kerja seharian saya sebagai seorang doktor, tidak menghalang minat saya yang mendalam dalam bidang emas bersama Public Gold ini.
Alhamdulillah, kini saya telah melahirkan 18 orang Master Dealer, 8 Founder Master Dealer dan mempunyai rangkaian penyimpan emas lebih 30,000 orang. Terima kasih Mentor En. Zulkifli Shafie!
Dr. Mohd Syafiq Bin Roslan
Pesara Doktor Perubatan / Jade Triple Star Founder Master Dealer
Pemilik Perniagaan
“Banyak peluang untuk bantu orang”
Saya merupakan ‘founder’ kepada AiSuka Bazaar, penyedia tapak niaga mudah dan murah sejak 10 tahun dahulu.
Secara dasarnya, bisnes saya ini telahpun menjadi auto pilot dimana ia hanya berjalan 2 hari seminggu dan diuruskan sepenuhnya oleh staff tanpa saya perlu ke lokasi tapak niaga. Saya sudah lama punya kebebasan tanpa bebanan hutang dan saya sentiasa bebas ke sana kemari tanpa perlu mengira masa bila saya hendak bercuti.
Ditakdirkan adik saya diberhentikan kerja. Untuk membantu beliau, saya bersama-sama beliau hadir satu seminar tentang bisnes Public Gold. Apabila pulang dari seminar, saya rasa gelisah. Saya tahu tentang emas, tetapi tidak bersungguh ajak orang simpan emas. Akhirnya saya buat keputusan untuk serius buat bisnes Public Gold. Setelah 68 hari saya serius buat bisnes Public Gold, saya berjaya mencapai Club 100. Dan selepas 70 hari dari tarikh saya capai Club 100, saya berjaya mencapai 300 orang frontline untuk melayakkan saya menjadi Master Dealer.
Sesungguhnya apabila saya masuk ke dalam bisnes Public Gold, saya nampak semakin banyak peluang saya ada untuk bantu orang. Kita boleh bantu orang menyimpan emas, kita boleh bantu dealer berjaya dalam bisnes Public Gold dan seterusnya mencapai impian financial freedom.
Mohd. Nazim Bin Haji Badruddin
Founder AiSuka Bazaar / Double Star Founder Master Dealer
Ahli Perniagaan
“Hidup bebas tanpa terikat dengan ‘rat race’ ”
Perjalanan saya sebagai penyimpan emas bermula pada 2014 apabila saya mencari hobi mengumpul yang baru. Pada pertengahan 2015, saya mengambil keputusan untuk menjadi Normal Dealer dan beberapa bulan kemudian saya upgrade menjadi Priority Dealer.
Asbab menyebarkan ilmu emas dengan betul, serta pendapatan dari Public Gold yang saya terima secara konsisten itu melebihi gaji hakiki saya, maka saya membuat keputusan untuk berhenti kerja pada Mei 2018.
Alhamdulillah dengan membuat bisnes Public Gold sepenuh masa, saya hidup lebih bebas tanpa terikat dengan ‘rat race’, mencapai matlamat bebas kewangan dan mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik.
Md Haris Bin Abdul Halim
Bekas IT & Web Technical Support / Double Star Founder Master Dealer
Pesara Jurutera
“Jalan paling cepat untuk capai impian”
Saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011, ketika bergelar seorang pelajar. Pada November 2014, saya mendapat jawatan sebagai jurutera kilang kelapa sawit di sebuah syarikat GLC, dan dihantar ke Sabah. Manakala, isteri bekerja di Kelantan. Kami terpaksa hidup berjauhan dengan jarak beribu kilometer memisahkan kami. Kami rasakan masa depan keluarga sukar dirancang dengan baik.
Jadi, kami mencari apa sahaja sumber pendapatan yang membolehkan kami hidup bebas dimana tempat yang kami suka, tidak terhad dengan masa. Kami belajar tentang hartanah dan cuba memulakan bisnes membuat keropok dan menjual jersey murah dari Kelantan. Memandangkan kami sendiri memang sudah menyimpan emas, kami dapati, bisnes Public Gold adalah jalan paling cepat dan mudah untuk kami mencapai impian kami.
Syukur, setelah 4 tahun kami membina bisnes Public Gold, akhirnya pada 31 Ogos 2020 saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang jurutera dan menjadi bapa sepenuh masa.
Mohamad Hafiz Shafie
Pesara Jurutera Mekanikal / Pearl Double Star Founder Master Dealer
Guru
“Ternyata ini adalah exit plan yang tepat!”
Saya mula berkerja sebagai guru di Johor. Pada penghujung tahun 2014, saya terbaca artikel dari blog mentor saya mohdzulkifli.com. Saya mula mengikuti beliau dan selepas lebih 6 bulan, saya memulakan simpanan emas pertama.
Emas adalah kaedah paling berkesan mengubah tabiat boros berbelanja saya sehingga saya boleh menjayakan majlis perkahwinan saya tanpa membuat pinjaman satu sen pun daripada bank. Hanya dari simpanan emas sahaja. Setelah setahun saya menyimpan emas, saya dapati ramai kenalan berminat nak simpan emas. Selepas berjumpa dengan mentor saya pertama kalinya di pada April 2016, saya mula serius berkongsi tentang kebaikan menyimpan emas pada orang ramai.
Namun saya diuji apabila saya dipindahkan ke daerah Marudi di Miri, Sarawak. Cawangan Public Gold pun belum ada disana. Jaringan internet juga tiada ketika disekolah. Cabaran itu tidak mematahkan semangat. Saya sentiasa consult dengan mentor. Dari situ, saya mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Simpan Emas yang disampaikan oleh mentor di hotel sekitar Bandaraya Miri.
Platform Public Gold dan G100 Network banyak membina diri saya dan mengubah diri saya menjadi lebih baik sejak 5 tahun lepas. Ternyata Public Gold adalah exit plan yang tepat saya gunakan untuk mencapai financial freedom dan time freedom. Segala apa yang saya usahakan sejak 2016, bukan sahaja berkembang dengan pesat bahkan memberi pendapatan pasif sehingga 5 angka sebulan.
Cikgu Steven Blanda
Guru di Sarawak / Double Star Founder Master Dealer
Suri Rumah
“Semuanya sudah tersedia, tak pening!”
Semuanya sudah tersedia, saya tidak perlu pening-pening nak buat poster, urus pasukan dan juga meluaskan empayar. Dengan adanya sistem ini, saya berjaya capai Master Dealer dalam masa 58 hari untuk cukupkan 300 Frontlines dan juga RM300K personal sales.
Pada awalnya saya rasa tidak yakin untuk melakukannya, tapi ternyata ia berjaya dicapai. Target saya ini dicapai sebulan lebih awal. Terima kasih semua committee tim G100 Network. Pasukan dealer dibawah empayar saya sepenuhnya menggunakan tools dan hadir semua business school yang G100 dah sediakan. Saya yakin untuk terus berada dalam bisnes ini dan melahirkan 50 Master Dealer pada tahun 2024, insyaAllah.
Nur Suaidah
Suri rumah bekerjaya Anak 3 / Star Founder Master Dealer
Kelebihan Lain Bisnes Public Gold:
- Online : Bisnes boleh beroperasi 100% secara online, 24 jam sehari, di mana-mana sahaja di dunia.
- Evergreen: Produk emas sentiasa evergreen, tidak terpengaruh mengikut trend semasa
- Zero fee Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Hanya perlu membuat belian emas sahaja.
- Zero stock Tak perlu menjual stok. Hanya perlu memperkenalkan dan membimbing pelanggan tentang simpanan emas dan cara berjual beli terus dengan Public Gold
KENAPA G100?
Kelebihan bermula dalam team G100 ialah, G100 menyediakan support group premium yang membantu bisnes kita berkembang. Ianya merangkumi:
- ILMU – belajar proven formula daripada achievers yang sudah ada proven result (core programme)
- SUPPORT TEAM – join circle yang mendorong untuk berjaya, bekerja secara interdependent.
- TOOLSET – gunakan resources dan platform yang disediakan G100 untuk bina customer base, team dan protect bisnes (telegram, handbooks, facebook)
- MENTORSHIP – dibimbing dan dipantau secara terus dari mentor yang sudah mencapai financial freedom.
Core Training
Support tools dan platform yang kami sediakan untuk membantu anda capai Financial Freedom!
• Nota Mentor
• Gambar Emas
• Poster Emas, Poster Testimoni, Poster Event,
• Bank Posting
• Skrip Dealer
• Skrip Teleprompter
• Video Marketing Emas
• SOP Step by Step process
• 5 Minit Emas
• Gold in 5 minutes
• Customer Handbook
• Dealer Handbook
• Master Dealer Handbook
• GAP Booklet
• PGMall Handbook
• PG Trifold phamplet
• Public Gold Brochure
• G100 Weekly Business Meeting
• PG G100 Dealers
• PG G100 Pre-MD
• G100 Master Dealers
• G100 Gold-Property Pairing Project
ANUGERAH UNTUK DEALER
- Bungalow Fund
- Diamond Bonus
- Champion of the Year
- Public Gold Leadership Seminar
- Mini SIP Public Gold
- Club 100
- Club 365
- Club 1000
- Club 3000
- Top Recruitment Performer
- Master Dealer
- Founder Master Dealer
- Superstar Producer
- Million Producer
- Monthly Producer
- Quarterly Producer Reward
- Qbonus
Kelayakan:
- Monthly Producer: Anugerah yang dianugerahkan kepada dealer yang mencapai jualan yang memberangsangkan pada setiap bulan
- Bronze: Jualan peribadi sebulan yang mencapai RM 25,000 dan ke atas.
- Silver: Jualan peribadi sebulan yang mencapai RM 50,000 dan ke atas.
- Gold: Jualan peribadi sebulan yang mencapai RM 75,000 dan ke atas.
- Platinum: Jualan peribadi sebulan yang mencapai RM 100,000 dan ke atas.
- Quarterly Producer Reward: Insentif untuk 3 bulan berturut-turut pencapaian Top Producer
- Q-bonus: Jualan peribadi sebulan yang mencapai RM 250,000 dan ke atas.
- Club 100: Pendaftaran 100 orang penyimpan emas dan ke atas dalam satu financial year Public Gold
- Club 365: Pendaftaran 365 orang penyimpan emas dan ke atas dalam satu financial year Public Gold
- Club 1000: Pendaftaran 1000 orang penyimpan emas dan ke atas dalam satu financial year Public Gold
- Club 3000: Pendaftaran 3000 orang penyimpan emas dan ke atas dalam satu financial year Public Gold
- Master Dealer:
- Jualan peribadi melebihi 300,000PV dalam satu tahun kewangan
- Minimum 300 orang pelanggan langsung
- Ratio aktif 50% daripada jumlah pelanggan
- Jualan 12 bulan ke belakang
- Founder Master Dealer
- Jualan peribadi melebihi 500,000PV dalam satu tahun kewangan
- Minimum 500 orang pelanggan langsung dalam satu tahun kewangan
- Minimum 300 orang pelanggan aktif
- Jualan 12 bulan ke belakang untuk pertama kali
- Kelayakan semula setiap tahun kewangan
- Superstar Producer
- Jualan peribadi melebihi 600,000PV dan bawah 1,000,000PV
- Pendaftaran 100 orang pelanggan baharu setiap tahun kewangan
- Minimum 300 orang pelanggan aktif
- Million Dollar Producer
- Jualan peribadi 1,000,000PV dan ke atas
- Pendaftaran 100 orang pelanggan baharu setiap tahun kewangan
- Minimum 300 orang pelanggan aktif
CARA JADI DEALER
1. Belian Emas-Tanpa Promosi
Beli emas (dalam jumlah tertentu), free jadi dealer.
* Jumlah gram emas minimum perlu dibeli dalam 1 invois (beserta dengan Wealth Card RM300) untuk layak menjadi dealer.
2. Belian Emas- Dengan Promosi
Berita baiknya, Public Gold sentiasa buat promosi untuk jadi dealer dengan jumlah belian emas yang rendah, promosi semasa (+ pembelian Wealth Card RM300 + hadir training PLT & NDO) di dalam seminar/talkshow yang dijalankan setiap minggu.
Semak promosi terkini di bawah.