“Ainin, apa kelebihan jadi dealer Public Gold?”
Bila ada yang bertanyakan soalan seperti ini, Ainin terkedu sekejap untuk menjawab. Sebab terlalu banyak kelebihan bila jadi dealer Public Gold! Jadi, Ainin buat keputusan untuk berkongsi hanya sebahagian daripadanya. 12 kelebihan jadi dealer Public Gold.
Sebenarnya apabila penyimpan emas bertukar kepada dealer, insentif introducernya berkurang 200%!
Jadi kenapa Ainin masih berkongsi jika Ainin akan rugi?
Pesan mentor’ ” Fikir poket customer, bukan poket sendiri. Fokus memberi nilai, fokus memberi nilai dan kebaikan”.
Ya memang pada poketnya akan rugi, tetapi menambah bilangan pendakwah emas dalam keluarga team Ainin adalah membahagiakan dan merupakan aset dunia akhirat Ainin inshaaAllah.
Bila ada bajet besar simpan emas, sebenarnya kita akan terus auto layak menjadi dealer jika ada promosi dan dengan belian wealthcard. Tiada belian hangus. Semua emas adalah emas kita. Semuanya simpanan kita. Semuanya hak kita.
Tapi apa kelebihan bila jadi dealer?
Salah satunya ialah dapat komisyen dengan simpanan emas diri sendiri walaupun tak berbisnes.
Itulah sebab ainin jadi dealer dulu.
- Kisah Saya Jadi Dealer
- Resit Pembelian Pertama
- Kenapa Memilih Bisnes Emas Public Gold
- 1. Insentif belian dan jualan diri sendiri
- 2. Pasif Income; Insentif atas Belian dan Jualan Pelanggan
- 3. Bebas Masa Bebas Kewangan
- 4. Berkongsi
- 5. Thrifthy, Frugalism dan Minimalism
- 6. Cashback Shopping Barang Keperluan
- 7. Insentif; Dua Kali Gaji!
- 8. Kisah Suami kena Scam Emas
- 9. Emas; High Value Item dan Ajak Orang Simpan Duit, Bukan Habiskan Duit.
- 10. Bisnes yang Tidak Perlu Pegang dan Urus Stok Sendiri, Bisnes Yang Mobile
- Contoh A
- Contoh B
- 12 Kelebihan Dealer Public Gold
- Kelebihan 1: Komisyen dengan Belian Emas Sendiri
- Kelebihan 2: Komisyen dengan Jualan Balik Emas Sendiri
- Kelebihan 3: Komisyen Introduce Penyimpan Emas
- Kelebihan 4: Beli Emas pada Harga Diskaun & Simpan
- Kelebihan 5: Beli Emas pada Harga Diskaun & Jual
- Kelebihan 6: Komisyen Overriding Dealer
- Kelebihan 7: Buka Kedai Emas Tanpa Kos
- Kelebihan 8: Percutian Ditaja Public Gold
- Kelebihan 9: Bisnes Boleh Diwarisi
- Kelebihan 10: Miliki Pasaraya Sendiri dengan PGMall;
- Insentif apabila Berbelanja (belian sendiri)
- Kelebihan 11: Affliate dan Dropshipping dengan PGMall;
- Insentif apabila Penyimpan Emas atau Customer Berbelanja (belian customer)
- Kelebihan 12: Rewards Top Produc
- Kelebihan Dealer Team G100 Public Gold
- Time Freedom dan Financial Freedom bersama Public Gold
Kisah Saya Jadi Dealer
Mac 2014, Ainin sebenarnya tengah mencari tentang bagaimana nak double simpanan yang kita ada, macammana nak maximise simpanan yang kita ada.
Terima kasih mak, sebab ajar Ainin ilmu kewangan yang membolehkan Ainin menyimpan sejak dari sekolah hingga ke zaman universiti.
Setiap kali terima biasiswa JPA setiap sem, terus simpan dahulu baru belanja. Bukan belanja dahulu baru simpan.
Okay. Sambung cerita.
Lepas tu, Ainin terjumpa perkongsian mentor Ainin Tuan Zulkifli Shafie tentang kewangan dan simpanan emas. Alhamdullilah, Ainin bersyukur Ainin dapaf celik kewangan dan celik emas, melalui perkongsian ilmu mentor.
Banyak pengajaran yang Ainin dapat, antaranya tentang hutang kereta yang banyak dilakukan oleh anak muda yang banyak buat kita jadi lambat kaya.
Dan ainin telah alihkan sebahagian besar simpanan ainin dalam bentuk emas tanpa risaukan harga sebab ainin dah faham tentang fakta emas ialah wang sebenar.
Kalau kita simpan emas tapi kita masih takut takut dengan harga emas, maksudnya kita masih belum faham tentang emas. Kalau kita masih nampak emas tu macam saham, maksudnya kita masih belum faham tentang emas.
Jadi, pada masa itu,
Ainin terus bermula dengan 24 keping dinar untuk terus jadi dealer. Dulu tiada promosi murah untuk jadi dealer dan memerlukan bajet besar.
Tapi sekarang, dah banyak promosi untuk jadi dealer, bahkan tanpa bajet pun boleh jadi dealer! Rujuk perkongsian Ainin Cara Jadi Dealer Public Gold.
Dulu juga , dinar Public Gold tiada dinar 999. Yang ada dinar 916.
Sebenarnya dinar Public Gold dah banyak evolvement. Dinar 916. Dinar 999 LBMA, Dinar 999 Local dinar.
Pada masa itu juga, item paling murah Public Gold ialah dinar iaitu yang berharga RM 619. Tiada item goldbar 1gram dan tiada kaedah Gold Accumulation Program yang boleh bermula serendah seratus.
Resit Pembelian Pertama
Ya, 1 dinar pada tahun 2014 ialah RM 619. Hari ini, 1 dinar pada tarikh 18 julai 2021 ialah RM 1126. Almost double!
Jadi untung ke untung simpan emas ni daripada simpan duit?
Kenapa Memilih Bisnes Emas Public Gold
1. Insentif belian dan jualan diri sendiri
Ainin memilih untuk terus upgrade untuk jadi dealer pada masa tu sebab nak dapat komisyen dengan belian dan jualan diri sendiri.
Ainin dah niat untuk konsisten dengan simpanan emas. Jadi, kalau Ainin aktif menyimpan atau menjual, at least, dengan simpanan diri sendiri pun, kita akan dapat komisyen. Okaylah daripada tak dapat apa apa kan?
Tapi, Ainin rasa selfish pula bila tak berkongsi. Maka, setahun selepas tu, Ainin berkongsi tetapi tak konsisten dan tak bersungguh. Hanya sekali dua. Lagipun, pada tahun 2014, syarat untuk aktifkan status dealer ketat iaitu mesti hari program JLT.
Disebabkan Ainin ada halangan untuk hadir kursus JLT anjuran Public Gold dan status dealership takdapat diaktifkan (syarat dahulu), jadi sepanjang tahun 2015 sehingga tahun 2020, Ainin dah buat banyak bisnes selain Public Gold.
Pada tahun 2020, ketika pandemik melanda, syarat dealership telah dilonggarkan, tidak perlu hadir JLT kerana JLT tidak dapat dianjurkan kerana mematuhi SOP. Jadi trend berubah kepada kelas online dan training online. Ainin tekad untuk ambil peluang kembali aktif dalam bisnes Public Gold.
2. Pasif Income; Insentif atas Belian dan Jualan Pelanggan
Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, Ainin berjaya introduce dua orang kawan sekolah untuk mula simpan emas. Salah seorangnya ialah Mia, seorang pelajar medik Mesir.
Maka Mia pun bermula dengan 1gram GAP pada tahun 2015. Nak tengok tak berapa harga 1gram pada tahun 2015?
Tadaaa
Dan Mia ni adalah penyimpan emas yang konsisten sampai sekarang.
Selama beberapa tahun sehingga tahun 2020 di mana Ainin kembali aktif semula, Ainin diberikan insentif tanpa gagal oleh Public Gold di setiap belian dan jualan Mia!
Bila kita introduce kawan kita, setiap belian dan jualan dia, kita akan dapat komisyen. Jadi penat hanya sekali, tapi untung berkali-kali!
Itulah dia passive income dalam Public Gold!
Banyak sangat beza antara active income dan passive income.
Berbeza antara active income RM 5000 vs RM 100 passive income. Passive income RM 100 nilainya lebih besar dan bernilai!
Dan potensi pendapatan passive income ni sangat besar, boleh tonton perkongsian daripada Mentor Ainin, Tuan Zulkifli Shafie.
Tapi kenapa bisnes emas Public Gold?
Kerana Ainin faham tentang rahsia passive income yang Ainin ceritakan tadi. Penat sekali, hasilnya berkali-kali. Walaupun pada awalnya passive income nampak sedikit daripada active income, tetapi active income mendambakan tenaga dan masa kita.
3. Bebas Masa Bebas Kewangan
Sepanjang 2015 hingga 2020, Ainin telahpun berbisnes selain daripada Public Gold.
Antaranya ialah
- sPalacebyAinin ; Mobile Spa
- Kelas Hypnotis
- Shaklee
- Luxeframe Illustration
Tapi Ainin pilih Public Gold sebab Ainin nak beli masa. Income Public Gold bersifat passive. Kita buat sekali, hasilnya berkali kali. Kita tak bekerja, hasilnya tetap masuk.
Sebaliknya, bisnes yang Ainin buat selama ni, walaupun lumayan sehingga ada yang mencecah RM 4000 sebulan, tapi ia bersifat active income, one off. Kita buat kita dapat. Kalau kita tak dapat buat, contohnya sakit dan sebagainya, hasilnya juga tak menentu.
Selain itu, jika terlalu banyak tempahan yang masuk, kita terikat dengan masa dan tenaga yang terhad.
For the current time being pun, ada juga kawan kawan yang ajak join untuk buat bisnes lain tapi Ainin decide untuk ultrafocus dengan bisnes Public Gold.
Basically semua bisnes pun boleh buat duit. Walaubagaimanapun, kebanyakan bisnes lain consume banyak masa dan tenaga walaupun untung pun banyak. Makin busy makin consume masa dan tenaga.
Sebaliknya, bila wang kita semakin bertambah, kita nak ada lebih masa untuk family dan untuk perkara yang kita suka.
Jadi Ainin replan. Buat sungguh sungguh.
4. Berkongsi
Ainin pilih bisnes emas Public Gold sebab sharing sangat dekat dengan Ainin. Dan Ainin buat keputusan untuk fokus perkongsian tentang kewangan dan emas sebab Ainin sendiri sangat menjaga kewangan peribadi.
Jadi Ainin sekadar berkongsi pengerahuan yang selama ni Ainin amalkan.
Mentor selalu pesan, bila berkongsi, niat untuk menyampaikan kebaikan. Ramai orang di luar sana tak tahu pasal emas, tak tahu pasal Public Gold. Dan ramai kena scam.
Dan dealer Public Gold berdosa kalau tak sampaikan ilmu sehingga ramai orang kena scam!
5. Thrifthy, Frugalism dan Minimalism
Sejak dari dulu lagi, Ainin sangat suka topik tentang frugalism, minimalism, personal finance, financial independence and retire early (FIRE).
Bila baca dan tonton video tentang topik-topik ini, automatik rasa nak berjimat, hidup bersederhana dan menjaga kewangan.
Jadi, ainin nak jadikan frugalism dan minimalism ini cara hidup, seterusnya sama sama berkongsi dengan ramai orang yang tak tahu mengurus kewangan dalam hidup.
6. Cashback Shopping Barang Keperluan
Dalam Public Gold, ada online shopping platform seperti Shopee dan Lazada iaitu PGMall.
Kelebihan PGMall berbanding Shopee dan Lazada ialah cashback yang diperolehi dengan setiap belian kita dan customer yang kita introduce. Selain itu, kalau kita registered as seller di PGMall, income kita akan datang daripada barang yang dijual dan dari cashback customer kedai kita. PGMall boleh buat duit secara aktif dan pasif!
Secara pasif satu, Ainin suka shopping barang keperluan di PGMall. Shopping barang keperluan, tapi dapat insentif! Bukanlah dealer PG berkempen untuk lebih banyak shopping, sebab shopping adalah kewajipan kita, cuma kita hanya tukar platform belian kita. Contoh barang barang wajib setiap bulan ialah topup, barang dapur dan sebagainya.
Setiap bulan, antara barang keperluan yang Ainin akan beli dari PGMall ialah
- barang dapur; beras, spagheti, beehun,
- topup phone,
- barang keperluan anak; pampers, toys
Sebagai isteri, berbelanja ialah kewajipan kita setiap bulan. Jadi, pembelian berulang seperti ini sangat menguntungkan bila kita berbelanja di PGMall.
Lebih menjimatkan, apabila insentif dikreditkan ke PGMall, barang-barang keperluan ini dibeli menggunakan wang insentif, langsung tidak menyentuh portion wang dari bank!
Ini antara perkongsian Ainin mengenai pembelian Ainin dari PGMall
- Beli Hadiah Suami Percuma di PGMall
- Pengalaman beli Goldbar 1gram dari PGMall
- Topup Barang dapur dari PGMall.
- Beli Inner Pot Pressure Cooker Philips (MMX), lebih murah dari Shopee!
- Beli essential oil jenama SoapCart dari PGMall
- Beli Kereta Mainan untuk Anak dari PGMall.
- Beli Dishwasher Giselle dari PGMall.
Secara pasif dua, Ainin juga akan dapat insentif daripada belian customer PG Ainin yang shopping di PGMall.
Secara aktif, Ainin akan berkongsi referral link apabila Ainin menerima barang yang dibeli. Bila ada customer yang register menggunakan link yang diberi, kita akan menerima insentif daripada segala belian customer seumur hidup!
Boleh daftar akaun di sini dan anda layak mendapatkan bimbingan daripada Ainin.
7. Insentif; Dua Kali Gaji!
Alhamdullillah, mestilah sebab insentif dan income.
income tak pernah gagal daripada Public Gold sejak dari 2014.
Income daripada Public Gold Marketing ialah setiap 20hb, RM100 pertama dikreditkan ke C-wallet PGMall, selebihnya dikreditkan ke bank masing-masing.
Income daripada PGMall ialah setiap 24hb
Banyak lagi insentif; insentif reward, insentif overriding, insentif introduce customer, insentif leadership dan seterusnya.
Ini contoh Insentif Top Producer yang Ainin terima bila dapat kekalkan awards Top Producer selama 3 bulan berturut-turut. Dahla masa kredit ni ialah hari raya. Jadi, double hari raya!
Best kan?
8. Kisah Suami kena Scam Emas
Pada tahun 2014, banyak syarikat emas tumbuh bagaikan cendawan.
Pada tahun itu, ramai kenalan Ainin yang teraniaya dengan scammers emas, termasuklah bakal suami Ainin. Salah satu contoh syarikat yang terkenal pada masa itu ialah Tok Belagak. Padahal pada masa itu juga, Ainin telah pun jadi dealer Public Gold tapi tidak aktif berkongsi.
Jadi, Ainin rasa sangat berdosa dan bersalah jika kita tidak sampaikan ilmu yang betul sehingga orang lain ditipu kerana tiada ilmu. Ainin bertekad, kali ini kita lakukan dakwah emas dan kewangan betul-betul.
Tips penting untuk mengelak daripada scammers emas;
- Kalau ada syarikat emas yang janjikan returns, lebih-lebih lagi returns yang tinggi, sila lari jauh-jauh!
- Pastikan check list syarikat emas dari list Bank Negara Malaysia (BNM)
9. Emas; High Value Item dan Ajak Orang Simpan Duit, Bukan Habiskan Duit.
Berbanding dengan bisnes-bisnes lain yang ‘mengajak orang habiskan duit’, tetapi bisnes emas mengajak komuniti menyimpan wang melalui aset emas.
Ainin ialah seorang yang menjaga cashflow; keluar masuk wang. Jadi Ainin sendiri tidak suka berbelanja perkara yang tidak menjadi aset, inikan pula mahu mengajak orang lain berbelanja perkara yang tidak perlu.
Jadi, bisnes emas ini kena dengan jiwa dan hati Ainin.
Selain itu, simpanan emas bersifat evergreen. Orang tidak akan pernah berhenti daripada membeli dan menyimpan emas, kerana emas akan bernilai sampai bila-bila, hatta hingga ke syurga!
10. Bisnes yang Tidak Perlu Pegang dan Urus Stok Sendiri, Bisnes Yang Mobile
Sejak Ainin berkahwin dan sambung belajar, Ainin memang banyak travel follow outstation suami. Begitu juga bila anak dah seorang, alhamdullillah Ainin direzekikan dapat jaga anak sendiri.
Bisnes Public Gold sangat memudahkan Ainin dan tidak menghalang Ainin untuk travel follow outstation suami ataupun balik kampung.
Sebab tak perlu pegang dan urus stok, 24 jam berjalan. HQ yang uruskan stok emas, tugas Ainin hanya memudahkan urusan penyimpan emas dengan HQ.
Ainin sangat bersyukur kerana kelebihan ini meningkatkan quality of life, mengurangkan stress urus stok dan sangat time-flexible. Ainin rasa lebih bebas dan tidak terikat.
Jadi itulah kisah dan perkongsian peribadi Ainin.
Memang banyak sangat kelebihan jadi dealer Public Gold. Lebih lebih lagi dealer Public Gold team G100.
Ainin nak simpulkan, ada 12 kelebihan bila bergelar dealer Public Gold.
12 Kelebihan Dealer Public Gold
Untuk jadi dealer, check perkongsian Ainin tentang cara jadi dealer Public Gold atau Whatsapp Ainin untuk rebut promosi dealer.
Komisyen akan dikreditkan mengikut tahap dealership iaitu Normal Dealer atau Priority Dealer dan mula diterima pada bulan kedua pembelian.
Kelebihan 1: Komisyen dengan Belian Emas Sendiri
“Saya taknak berbisnes”
Jangan risau, sebab pada mulanya Ainin jadi dealer pun sebab nak dapat komisyen dengan belian sendiri. Kalau kita bertekad untuk menyimpan emas secara konsisten, dapat komisyen setiap kali menyimpan emas memang berbaloi.
Komisyen akan diperolehi pada belian kedua dan seterusnya.
Status Dealer | Komisyen Belian | Komisyen Jual Balik |
Normal Dealer (ND) | 1% | 0.3% |
Priority Dealer (PD) | 1.5% | 0.3% |
Master Dealer (MD) | 2% | 0.3 |
Contohnya jika kita membeli emas dengan harga RM 1000, ND akan memperolehi insentif sebanyak RM 10.
Jumlah insentif akan bertambah mengikut tahap dealership masing-masing.
Ini baru belian dan simpanan sendiri!
Kelebihan 2: Komisyen dengan Jualan Balik Emas Sendiri
Bila kita sudah capai target atau ingin menikmati keuntungan emas apabila harga emas tinggi, kita boleh menjual emas kita kepada Public Gold. Public Gold menjanjikan belian balik dengan kadar yang tinggi.
Bila kita jual emas kita kepada Public Gold, wang jualan kita dapat, komisyen daripada jualan emas pun kita dapat!
Komisyen jualan balik untuk ND, PD dan MD adalah sama iaitu 0.3%
Kelebihan 3: Komisyen Introduce Penyimpan Emas
Bisnes adalah tentang berkongsi kebaikan.
Ramai orang yang mempunyai isu dalam kewangan, simpanan bahkan simpanan emas! Tak ramai yang tahu tentang manfaat emas dan yang lebih membimbangkan, ditipu oleh pihak yang bertanggungjawab.
Bila kita berkongsi kebaikan dan manfaat emas dengan ramai orang, kita sebenarnya boleh mengubah hidup ramai orang. Do not underestimate the power of sharing!
Jadi bila kita rajin berkongsi, keluarga dan kenalan akan mula bertanya kepada kita. Mereka akan memandang kita sebagai orang yang berilmu, bukan penjual. Jika kita kerap menjual, risiko orang menjauhi kita sangat tinggi. Tetapi jika kita rajin berkongsi ilmu dan memberi kebaikan, rakan-rakan kita akan memperoleh sesuatu daripada kita. Yang penting, sabar menuai hasil. Elakkan berkongsi sebab nak buat sales.
Alhamdullilah, apabila ramai kenalan Ainin yang mahu mulakan simpanan emas, Ainin ambil tanggungjawab sebagai introducer mereka yang aktif. Penting untuk memilih introducer yang betul dan aktif, lagi penting untuk memilih team sebagai support system yang menyediakan kita environment untuk kita grow.
Tuan puan pun boleh aktif berkongsi, membantu dan membimbing kenalan dalam simpanan emas. Ramai orang nak simpan emas tapi tak tahu bagaimana untuk bermula. Jangan sampai mereka tersalah join company scam! Jadi kita kena cepat-cepat bantu mereka.
Bila kita membantu dan guide mereka dalam memulakan simpanan emas, Public Gold akan membayar kita royalti atau komisyen atas setiap orang yang kita introduce mengikut tahap dealership kita, seperti jadual di atas.
Didik dan bimbing mereka menjadi dealer yang berilmu dan berjiwa merdeka yang pandai menyimpan dan menjual emas secara berdikari. Setiap kali customer menyimpan emas, setiap itulah kita akan dibayar komisyen, sampai bila-bila, hingga anak cucu kita sekalipun. Itulah passive income yang akan dijana.
Kelebihan 4: Beli Emas pada Harga Diskaun & Simpan
Apabila kita mempunyai ramai penyimpan emas, Dalam jangka masa yang panjang, penyimpan emas kita akan ada yang mahu menjual emas mereka.
Mereka boleh menjual kepada kita dengan harga PG BUY!
Harga PG BUY boleh dirujuk di laman web Public Gold. Harga PG BUY ialah harga yang sudah ditolak spread, mengikut item yang ingin dijual.
Penyimpan emas kita sebenarnya ada pilihan untuk menjual di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia atau kepada kita, dealer Public Gold. Dealer juga mempunyai pilihan untuk membeli atau tidak. Harga pun mestilah sama dengan harga PG Buy di website Public Gold.
Pembeli yang suka jual emas mereka kepada dealer biasanya mereka berada dekat dengan kita atau mereka mahu duit on the spot. Jika jual di pejabat Public Gold, wang akan dikreditkan dalam masa 1 hari bekerja.
Apabila kita beli emas dengan harga PG Buy, bermaksud kita beli emas dengan harga diskaun! Jika kita ke Public Gold dan ingin membeli emas, dealer pun akan dikenakan harga PG Sell, tetapi apabila kita membeli emas daripada penyimpan emas yang ingin menjual emas mereka, kita dapat harga yang lebih murah!
Kelebihan 5: Beli Emas pada Harga Diskaun & Jual
Berlanjutan daripada contoh tadi, apabila kita beli dengan harga PG Buy, tapi kita berpeluang untuk jual semula dengan harga PG Sell!
Kita boleh iklankan kepada penyimpan-penyimpan emas berdekatan atau di group facebook yang dipercayai.
Kelebihan 6: Komisyen Overriding Dealer
Apabila kita kerap berkongsi tentang kebaikan dan manfaat emas, pasti kita akan bertemu dengan ramai penyimpan emas yang akan menyimpan emas dalam jumlah yang besar, seterusnya melayakkan mereka menjadi dealer.
Penyimpan emas seperti ini faham bahawa wang kita tidak dihabiskan ketika membeli emas ebaliknya hanya bertukar bentuk kepada aset yang lebih kukuh. Hakikatnya, emas ialah wang yang sebenar. Bila memerlukan wang, boleh pajak atau jual sahaja emas tersebut.
Maka, apabila penyimpan emas tersebut menjadi dealer dan turut sama berkongsi manfaat emas kepada orang-orang sekelilingnya, keluarga dan kenalan, Public Gold akan menghadiahkan kita overriding commission.
Contoh A
Ainin ialah Priority Dealer kepada Encik Ahmad. Apabila Encik Ahmad upgrade dealership kepada Normal Dealer, Ainin akan memperolehi
- 1.5% pada belian pertama Encik Ahmad ketika Encik Ahmad upgrade dealership
- 0.5% pada belian Encik Ahmad yang seterusnya.
Contoh B
Ainin ialah Priority Dealer kepada Puan Zahra. Apabila Puan Zahra upgrade dealership kepada Priority Dealer, Ainin akan memperolehi
- 1.5% pada belian pertama Puan Zahra ketika Puan Zahra upgrade dealership
- 0.15% pada belian Puan Zahra yang seterusnya.
Kelebihan 7: Buka Kedai Emas Tanpa Kos
Pengakuan daripada Puan Azwani iaitu seorang dealer Public Gold yang juga seorang tauke kedai emas fizikal, menjalankan bisnes emas Public Gold jauh lebih mudah berbanding menguruskan jual beli di kedai emas beliau.
Buka kedai emas, kita perlukan modal yang sangat besar, urus stok, bayar gaji pekerja, branding, marketing dan sebagainya.
Sebaliknya, melalui Public Gold, kita simpan emas sendiri dan kita automatik berstatus dealer secara percuma. Tiada apa-apa yuran dan bayaran hangus. Jumlah yang kita bayar Public Gold semuanya kita terima dalam bentuk emas.
Menjalankan bisnes emas Public Gold ibarat kita buka kedai emas tanpa kos!
Kelebihan 8: Percutian Ditaja Public Gold
Bukan itu sahaja, Public Gold akan menghadiahkan kita percutian yang percuma apabila kita bersungguh-sungguh mengembangkan empayar bisnes kita. Ini termasuklah percutian dalam negara dan luar negara.
Percutian yang telah ditaja sebelum ini ialah ke Balkans, Iceland dan sebagainya.
Kelebihan 9: Bisnes Boleh Diwarisi
Impian semua orang untuk mewariskan harta kita kepada anak-anak dan generasi kita. Ini adalah impian yang besar. Harapan semua pemilik bisnes inginkan bisnes mereka berterusan, dan disambung oleh keturunan mereka.
Apabila kita bersungguh-sungguh membina empayar, kita tidak mahu hasil kerja kuat kita terhenti di situ.
Kebanyakan bisnes, apabila kita berhenti kerja atau tidak bekerja, income kita juga akan terhenti kecuali kerja kerajaan yang dijanjikan wang pencen. Itupun hanya dimiliki oleh pekerja tersebut dan bukannya oleh anak keturunannya. Apabila meninggal, wang pencen pun akan turut terhenti.
Sebaliknya, bisnes emas Public Gold boleh diwarisi. Hasilnya akan dinikmati oleh keluarga dan keturunan selagi penyimpan emas di bawah empayarnya menyimpan emas. Passive income ini seperti wang pencen dan ianya lebih baik kerana ia tidak terhenti pada dealer Public Gold itu sendiri.
Buktinya kisah Ainin yang tidak aktif berkongsi dari tahun 2016 hingga 2019, tetapi insentif tetap masuk daripada penyimpan emas yang Ainin daftarkan pada tahun 2015!
Bukti lain ialah kisah mentor Ainin sendiri, Tuan Zulkifli Shafie. Ketika Tuan Zulkifli Shafie berada di dalam penjara selama dua tahun akibat difitnah, empayarnya dan insentifnya berganda, diterima oleh isteri serta anak-anaknya. Isterinya tidak bekerja manakala beliau mempunyai 8 orang anak. Insentif yang diterima beliau sangat banyak untuk menanggung keseluruhan keluarga.
Bisnes emas Public Gold bukan bisnes main-main. Buat sungguh-sungguh dan buat betul-betul. Kita akan dapat hasil yang betul-betul dan sungguh-sungguh.
Fokus untuk mendidik dan berkongsi ilmu secara konsisten tanpa jemu. Kita tidak rugi apa-apa, tiada modal yang dikeluarkan pun.
Kelebihan 10: Miliki Pasaraya Sendiri dengan PGMall;
Insentif apabila Berbelanja (belian sendiri)
Di bawah Public Gold, terdapat banyak sub-company termasuklah PGMall. PGMall ialah online shopping platform di bawah Public Gold. Apabila kita menjadi dealer Public Gold atau Public Gold Business Owner, kita memiliki semua yang dimiliki oleh Public Gold termasuklah PGMall.
PGMall ibarat shopping complex atau kedai kita sendiri. Sebelum membeli di online shopping yang lain, PGBO disarankan untuk mengutamakan berbelanja di PGMall. Dapat insentif dari Public Gold, berbelanja (keperluan) di PGMall (juga akan dapat cashback/insentif), ia akan menjadi sebuah ekosistem yang bagus untuk kita sebagai PGBO.
Apabila kita berbelanja di PGMall, senang untuk kita berkongsi pengalaman dan review kepada orang lain, seterusnya menjana pendapatan dari PGMall pula daripada belian orang lain yang mendaftar melalui referral kita.
Terdapat 3 tahap shopper di PGMall, dan insentif dikira mengikut tahap dealership dealer dalam Public Gold.
- Elite Shopper: Master Dealer
- Premium Shopper: Priority Dealer
- Super Shopper: Normal Dealer
- Shopper: Customer
Ketika membeli untuk diri sendiri (own purchase),
- MD (Elite Shopper) akan terima 2% insentif
- PD (Premium Shopper) akan terima 1.5% insentif
- ND (Super Shopper) akan terima 1% insentif
- Customer (Shopper) akan terima 0.5% insentif
Di platform online shopping lain atau di kedai fizikal, kita tidak terima cashback atau insentif seperti inj.
Kelebihan 11: Affliate dan Dropshipping dengan PGMall;
Insentif apabila Penyimpan Emas atau Customer Berbelanja (belian customer)
Bukan sahaja dapat insentif daripada belian sendiri, tetapi kita juga akan memperolehi insentif daripada belian penyimpan emas dalam empayar kita atau customer yang mendaftar menggunakan referral kita.
Semua penyimpan emas Public Gold akan auto ada akaun PGMall. Mereka boleh log masuk akaun PGMall menggunakan PG code yang diperolehi semasa mendaftar akaun Public Gold.
Jadi, penyimpan emas yang kita introduce juga akan berada empayar kita di PGMall. Setiap kali mereka berbelanja di PGMall, mereka dapat insentif dan kita juga akan dapat insentif! Bukan one-off tapi selama-lamanya!
Walaupun tidak menjadi dealer, penyimpan emas kita pun boleh berkongsi referral link mereka dan menjana pendapatan mereka sendiri. Bukankah ini dipanggil bisnes affliate atau dropshipping? Cuma kelebihan affliate dan kelebihan dropship di PGMall ialah, kita mempunyai akses untuk menjual SEMUA barang yang ada di PGMall.
Konsep ini dipanggil konsep consumerchant, di mana kita consumer tetapi dalam masa yang sama, kita adalah merchant.
Apabila customer membuat belian, kita akan menerima sebanyak 0.5% daripada jumlah belian customer kita.
Contoh notifications bila customer empayar kita membuat belian. Padahal pada masa tersebut kita tidak buat apa apa belian. Pasif income!
Biar sedikit tapi konsisten. Inilah yang dikatakan paip wang. Dan inilah kelebihan dealer Public Gold, online shopping platforma masuk notifications terima duit! Bukan habiskan duit.
Peluang menjana duit dari PGMall sebenarnya sangat besar dan lebih besar. Ini kerana kita mungkin jarang-jarang buat belian emas. Dalam sebulan, mungkin beberapa kali.
Sebaliknya, kita berbelanja barang-barang keperluan dan kehendak, almost hari-hari!
Disebabkan insentif akan diperolehi oleh Public Gold Marketing (belian emas) dan PGMall (belian bukan emas), kita akan menerima ‘gaji’ dua kali sebulan!
Gaji pertama sebagai dealer, gaji kedua sebagai shopper. Shopper pun ada gaji! R
Dato Wira Louis Ng mengambil inisiatif ini sebagai membina multiple stream of income kepad
Kelebihan 12: Rewards Top Produc
Sebenarnya banyak lagi peluang untuk memperolehi komisyen dan insentif menerusi bisnes emas Public Gold. Antaranya ialah
- Rewards Top Producer
- Speaker Public Gold atau PGMall
- Bungalow Fund
dan seterusnya.
Ini antara insentif yang dikreditkan kepada Ainin atas penghargaan memperolehi Top Producer Awards selama tiga bulan berturut-turut.
Kelebihan Dealer Team G100 Public Gold
Apabila kita telah membuat keputusan untuk menjadi dealer dan berkongsi manfaat emas, sangat penting untuk kita memilih introducer dan team yang bakal memberi sokongan kepada kita.
Ainin berada dalam naungan team G100 atau PGG100Network, di bawah mentorship Tuan Zulkifli Shafie. Jika kita serius membina bisnes, team G100 akan memberi sokongan yang sangat-sangat kuat dan berterusan.
Paling penting, modul dan sistem pembelajaran yang disediakan oleh team akan membentuk dan mengasah mindset, skillset dan toolset seorang PGBO untuk menjalankan bisnes dengan berimpak tinggi dalam ekosistem persaingan sihat.
Antara kelebihan yang disediakan ialah;
- Weekly Business Meeting (WBM) setiap malam Ahad
- Weekly Group Coaching (WGC) setiap malam Ahad (selepas WBM)
- PGG100Network Leadership Training
- New Dealer Orientation
- Support Tools; Video, Poster, Skrip, SOP dan Tutorial yang siap diguna untuk dealer G100 yang baru!
Jadi, jika kalian menyimpan emas menggunakan kod introducer Ainin, kalian layak mendapat segala akses premium kepada support system yang disediakan percuma oleh team.
Bukan itu sahaja, kalian layak mendapat coaching secara terus dengan Penulis Buku Wang Emas Tuan Zulkifli Shafie setiap minggu ketika Weekly Group Coaching.
If you want to walk fast, walk alone,
If you want to walk far, walk with G100!
Time Freedom dan Financial Freedom bersama Public Gold
Semua orang berimpian untuk bebas masa dan bebas kewangan, di mana wang bekerja untuk kita iaitu wang tetap masuk walaupun kita tidak bekerja secara aktif. Di mana kita boleh buat perkara yang kita suka tanpa memikirkan bebanan wang.
Dengan Public Gold, perkara tersebut sudah terbukti menerusi living proof iaitu kisah mentor Tuan Zulkifli Shafie.
Realistically, apabila kita berjaya mengajak 1000 orang penyimpan emas dan mereka konsisten menyimpan emas, kita akan menerima insentif sehingga ke keturunan kita, InshaaAllah.
Orang tidak akan berhenti menyimpan emas, kerana simpanan emas bersifat evergreen sejak dari dulu sehinggalah ke masa hadapan kerana emas ialah safe haven dan matawang yang sebenar! Emas sesuai untuk semua orang dan emas tiada tarikh luput, tidak seperti bisnes-bisnes yang lain.
Mari sebarkan kebaikan bersama, mungkin insentif sebagai dealer Public Gold dapat membantu kalian mencapai banyak impian dan dapat pencen lebih awal.
Bagi Ainin, passive income yang bernilai RM 100 lebih berharga berbanding active income yang berjumlah RM 1000. Sangat berbeza! Jika kita kehilangan upaya, passive income tetap berjalan seperti biasa. Sebaliknya active income sudah terhenti kerana kita sudah tidak boleh bekerja.
Benar,
Perkara ini tidak mudah.
Tapi jika selama ini kita gigih mengkayakan orang lain (dengan gigih bekerja untuk syarikat orang lain), kenapa kita tidak boleh extra gigih untuk kita kayakan diri sendiri dan masa hadapan kita?
Ramai orang boleh jadi dealer, tapi tak ramai yang mampu konsisten. Di sinilah environment, support system dan mentor sangat memainkan peranan. Sentiasa hadir training untuk menambah ilmu, mengasah skill, plug-in system dan tiru cara orang yang sudah berjaya.
Sebagai dealer, kita mengajak masyarakat menyelamatkan harta mereka ke dalam bentuk yang lebih kukuh, bukannya mengajak mereka menghabiskan duit mereka. Kita mengajak mereka membina aset keluarga mereka iaitu emas, bukannya menambah liabiiti dan hutang mereka. Ramai orang yang tidak punya ilmu pengurusan kewangan, inikan pula ilmu emas.
Sentiasa betulkan niat untuk kita sentiasa mahukan kebaikan. Konsisten dalam mendidik dan berkongsi ilmu emas kepada masyarakat.
Didoakan semoga muamalat dan usaha kita dalam bisnes emas ini menjadi aset serta saham akhirat pada kita juga, bukan terhenti pada dunia.
Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006