Ibubapa yang bijak sangat mengambil berat tentang kewangan dan simpanan anak- anak. Mereka akan bersifat amanah dan berdisiplin dalam mengadakan simpanan untuk masa hadapan anak-anak.
Biasanya apabila ibu bapa celik kewangan, anak-anak juga akan terikut sama, alert dan aware dengan keluar masuk wang walaupun usia mereka masih kecil atau remaja.
Didikan Awal dari Ibu Bapa
Sebelum Ainin bersalin lagi, Ainin sangat bersemangat nak buat akaun emas untuk anak. Sebab masa Ainin kecil dahulu, Ainin tiada akaun emas. Awareness tentang emas pun kurang.
Walaubagaimanapun, terima kasih mak,
Sebab mak buatkan Ainin akaun Tabung Haji, simpan wang dari kecil sampai besar.
Mak asingkan duit gaji mak, setiap bulan, untuk masukkan ke dalam setiap akaun anak-anak. Adik beradik Ainin ada 9 orang kesemuanya.
Setiap kali hari raya, atau semua wang dalam tabung pun akan dimasukkan dalam akaun Tabung Haji.
Sehingga Ainin besar dan terima biasiswa JPA, mak sentiasa pesan untuk simpan almost separuh dalam akaun bank.
Macamtulah didikan mak tentang kewangan dalam hidup Ainin, yang Ainin bersyukur sampai sekarang.
Walaupun sebenarnya kita tiada pendidikan formal, anak belajar daripada apa yang kita buat, bukan apa yang kita beritahu.
Ramai orang berhadapan dengan isu pengurusan wang, tak kiralah bila menerima jumlah wang yang sedikit atau banyak. Faktor besar yang memainkan peranan ialah didikan awal daripada kecil. Didikan awal membentuk tabiat.
Tabiat itulah yang akan membentuk peribadi kita dari kecil hinggalah bila kita besar panjang.
Kenapa Kena Simpan untuk Anak?
Wang Milik Anak dan Amanah Ibu Bapa
Sebab yang pertama ialah, anak masih kecil untuk simpan sendiri wang mereka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita mestilah amanah dengan wang milik anak.
Contoh yang paling biasa ialah wang yang diberikan kepada anak kita pada hari raya ataupun wang yang diberikan ketika bayi kita lahir.
Kita mesti asingkan dan simpan semua wang anak ini. Utamakan simpanan Tabung Haji untuk pendaftaran haji. Seterusnya, boleh consider untuk simpankan emas untuk anak sebagai simpanan jangka masa panjang.
Dana Pendidikan
Simpan wang untuk anak sebagai dana pendidikan mereka. Ainin perasan ramai orang Cina yang sangat pentingkan simpanan wang untuk anak mereka khususnya untuk dana pendidikan.
Mereka suka simpan dalam bentuk insurans, mengikut info yang Ainin baca dalam Buku Generasi Jutawan.
Bila anak ingin menyambung pengajian, anak-anak tidak perlu mengambil hutang pendidikan, malah boleh memilih jurusan yang mereka idami sekiranya mereka memiliki dana pendidikan yang cukup.
Dana Perkahwinan
Selain itu, sekiranya anak-anak bernasib baik untuk ditajakan biasiswa, simpanan untuk anak dapat dijadikan dana perkahwinan mereka.
Walaupun ada banyak pendapat yang bercanggah supaya elok mereka berusaha untuk memulakan hidup mereka sendiri, tetapi tidak salah untuk ibu bapa mudahkan urusan perkahwinan mereka dengan simpanan wang mereka sendiri.
Tidak guna banyak, guna sedikit sekadar memudahkan urusan majlis. Ini kerana, selepas majlis, banyak lagi jumlah wang yang kita mahu gunakan. Majlis hanya sehari, tetapi urusan pembinaan keluarga yang sebenar takes place after.
Kitalah sebagai ibu bapa harus menyedarkan mereka agar berjimat cermat dan bersederhana untuk majlis, bukan semakin membebankan anak-anak.
5 Tempat Simpan Wang untuk Anak
Terdapat pelbagai pilihan untuk kita simpankan wang anak.
Dalam video di atas, Ainin kongsikan 5 tempat untuk simpan wang anak iaitu;
- Tabung haji
- SSPN-iplus
- ASB
- Pru-BSN Aspirasi
- Emas
Kelima-lima platform simpanan ini ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri.
Mentor Ainin, Tuan Zulkifli Shafie berkongsi pengalaman dan pendapatnya menerusi artikel beliau mengapa beliau mengutamakan emas sebagai platform simpanan untuk wang anak-anaknya berbanding takaful dan tabung haji.
Bukan itu sahaja, dalam Buku Generasi Jutawan, penulis pun berkongsi tentang emas sebagai cara untuk kita simpankan wang untuk anak-anak.
Di bawah ini, Ainin kongsikan 5 kelebihan simpan harta anak melalui emas.
Walaubagaimanapun, kesemua platform simpanan ini sebenarnya melengkapi antara satu sama lain.
Kalau ada yang tanya Ainin, mana lagi bagus antara SSPN ke tabungan emas ke,
Ainin jawab DUA DUA,
sebab DUA DUA pun bagus.
Even takaful, ASB dan sebagainya.
Yang tak bagus tu yang tanya tapi tak simpan mana-mana!
Yang paling baik, kita DIVERSIFY.
Dont put all your eggs in one basket.
5 Kelebihan Simpan Emas untuk Anak
Masa kita kecil-kecil dahulu, awareness tentang emas pun kurang. Tidak ada kemudahan simpanan akaun emas di bank.
Bila anak Ainin lahir sahaja, Ainin sangat excited buka akaun untuk dia. Bila dah dapat nombor surat beranak atau MyKid, sudah boleh daftarkan dan buka akaun emas untuk anak.
Sebenarnya, apa kelebihan simpankan emas untuk anak?
1. Lebih Mudah Disiplinkan Diri
Emas memiliki auranya yang tersendiri. Magnet kekayaan.
Bila kita mula menyimpan emas, kita akan mahu menyimpan lagi dan lagi. Emas membentuk tabiat menabung yang bagus.
Fitrah wang untuk dibelanjakan. Fitrah emas untuk disimpan.
Apabila kita menyimpan wang dalam bentuk duit kertas, emosi kita terganggu dengan angka-angkanya. Kita dipengaruhi untuk membelanjakannya.
Sebaliknya, apabila kita menyimpan wang simpanan dalam bentuk emas, kita dipengaruhi untuk menambah gramnya.
Jadi, lebih mudah untuk kita disiplinkan diri menabung melalui kaedah simpanan emas.
2. Kos Pendidikan Menurun
Ya, kos pendidikan menurun jika dikira dalam bentuk emas!
Dahulu, syiling lima puluh sen mempunyai kuasa beli yang cukup besar. Murid-murid di sekolah boleh beli sepinggan nasi dan air. Sekarang, mungkin hanya sebiji kuih.
Dahulu, kita boleh beli tiga biji karipap dengan syiling lima puluh sen. Sekarang, mungkin hanya satu. Itulah yang dinamakan wang kita hilang nilainya dimakan inflasi!
Sebaliknya, emas kalis inflasi.
Dahulu, seekor kambing nilainya ialah satu dinar. Sekarang pun nilainya 1 dinar!
Itulah bukti jelas bahawa emas memegang nilai dan mengekalkan kuasa beli.
Jadi, jika kita menyimpan wang kita dalam bentuk emas, nilai wang kita dapat dikekalkan untuk jangka masa yang panjang. Nilai lebih bertahan dengan emas.
Jadi, inilah kelebihan simpan dana pendidikan dalam bentuk emas kerana simpanan ini berlaku suatu jangka masa yang lama.
Lebih-lebih lagi, anak kita masih kecil dan seiring dengan masa berjalan, nilai emas akan menaik dan kos pendidikan menurun apabila dikira dalam bentuk emas.
Di bawah ini, dibandingkan antara nilai yuran pendidikan dengan kos kenaikan harga emas serta amaun emas:
Pada Tahun 2000, nilai yuran pendidikan dianggarkan lebih kurang bernilai RM 75 ribu. RM 75 ribu pada tahun 2000 bersamaan dengan 2 ketul emas 1 kilogram.
Pada tahun 2020, nilai yuran pendidikan dianggarkan lebih kurang bernilai RM 120 ribu. RM 120 ribu pada tahun 2020 bersamaan dengan 2 ketul emas 250 gram.
Eh?
Yuran semakin tinggi, tapi gram emas semakin rendah pula!
Kalau dilihat harga semasa emas hari ini (31 Julai 2021), 1 kilo emas bernilai RM 263 ribu manakala 2 kilo emas berjumlah RM 526 ribu!
Bermaksud jika kita menyimpan emas sebanyak itu pada masa dahulu, yuran pendidikan yang dibiayai lebih daripada cukup.
Juga bermaksud, sekiranya kita menyimpan yuran pendidikan anak kita dalam emas mulai sekarang, yuran pendidikan malah menurun! Ini kerana emas dapat menyimpan nilai harta dan simpanan kita dalam jangka masa panjang.
Sebaliknya, jumlah yuran pendidikan dalam wang kertas atau angka akan meningkat kerana penyusutan kuasa beli dan inflasi.
Contoh lain yuran pendidikan semakin menurun jika dikira dalam kos amaun gram emas;
Menarik bukan?
Bukti hidup bahawa emas memegang dan menyimpan nilai ialah nilai 1 dinar yang bersamaan dengan seekor kambing. Sejak zaman Rasulallah, seekor kambing boleh dibeli dengan satu dinar. Sehingga sekarang pun, seekor kambing boleh dibeli dengan nilai 1 dinar, bersamaan dengan harga RM 1 ribu lebih.
Jadi, tidak rugi untuk kita menyimpan simpanan anak kita yang bersifat jangka panjang tersebut dalam bentuk emas. Kita tidak menghabiskan duit apabila kita membeli emas, sebaliknya nilai wang kertas kita disimpan dalam bentuk yang lebih kukuh.
3. Elak Kebocoran oleh Ibu Bapa Sendiri
Selain itu, menyimpan simpanan anak dalam bentuk emas boleh mengelakkan kebocoran oleh kita sendiri.
Apabila duit raya anak berada di tangan atau di bank, risiko untuk kita terpinjam duit anak adalah tinggi. Lebih buruk lagi, kita lupa untuk menggantikannya.
Sebaliknya, jika kita menyimpan emas, kita terus menukarkannya kepada gram emas. Dengan emas, kita ada tempoh bertenang sebelum menukarkan gram emas kepada wang kertas. Selalunya, kalau bukan untuk hal-hal penting, kita akan ada perasaan sayang kepada emas.
Jadi, risiko untuk menukarkannya kepada wang menjadi lebih rendah dan mengelakkan kita daripada meminjam wang anak-anak kita.
Ini testimoni akaun emas anaknya susah bocor oleh seorang ibu.
4. Didik Anak tentang Kewangan
Menyimpan emas juga dapat mendidik anak kita tentang kewangan dan nilai emas sejak dari kecil. Tukar duit raya, hadiah dan penghargaan anak-anak kita kepada emas 1 gram contohnya.
Jika kita menghadiahkan mereka gajet atau permainan, perkara ini hanyalah kesenangan sementara dan lebih berisiko untuk menjadikan mereka leka. Hadiahkan wang pula, mungkin akan mendorong mereka berbelanja perkara yang tidak perlu.
Sebaliknya, menghadiahkan emas sangat memupuk ingin mengumpul lebih banyak gram emas seterusnya mendidik anak menabung secara tidak langsung. Bukan itu sahaja, seiring dengan masa, nilai emas akan semakin bertambah. Sebab itulah emas magnet kekayaan.
Lebih-lebih lagi, ada banyak design goldbar 1 gram limited edition Public Gold termasuklah kartun. Kongsi salah seorang ibu penyimpan emas yang menggunakan trick ini, anak-anaknya menjadi minat untuk mengumpul goldbar, seperti kita mengumpul setem pada zaman dulu-dulu!
5. Biasakan Anak dengan Emas
Secara automatik, kita telah biasakan mereka mengumpul dan membina aset khususnya aset emas.
Sebelum ini, anak perempuan memang orang orang kita sudah biasakan dengan rantai dan gelang tetapi tidak dengan anak lelaki.
Sekarang, kita boleh biasakan anak lelaki dan juga anak perempuan dengan goldbar dan dinar. Alih sebahagian besar simpanan mereka ke dalam bentuk emas atau tukar hadiah kecemerlangan mereka dalam bentuk emas, ianya adalah hadiah yang sentiasa sentimental, bernilai dan evergreen.
A gift that will always giving!
Bila kita biasakan mereka dengan aset emas, harapan kita supaya mereka dapat sedar dengan kepentingan aset berbanding iabiliti. Selain itu, harapan kita juga supaya mereka dapat membina aset mereka sendiri dalam usia yang muda contohnya tanah, hartanah dan sebagainya.
Akaun Emas untuk Anak
Untuk anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah, akaun emas dinamakan akaun emas junior.
Ya, ibu bapa boleh mulakan akaun emas bayi mereka seawal bayi memperoleh surat beranak dan MyKid. Maksudnya, Ibu bapa boleh menjadi penjaga kepada akaun anak sehingga anak berusia 18 tahun.
Ibu bapa boleh jual beli emas online atau menukarkan emas kepada bentuk fizikal serendah 1 gram. Apabila anak berusia 18 tahun, akaun boleh ditukar nama kepada anaknya.
Mentor Tuan Syukor Buka Akaun Emas seawal 7 hari
Ini testimoni Mentor Tuan Syukor Hashim membuka akaun emas untuk anaknya seawal 7 hari.
Testimoni Kak Ita Konsisten Menyimpan 73 gram Emas untuk Anaknya
Testimoni seterusnya diinspirasikan oleh Kak Ita yang menyimpan emas 1 gram setiap bulan untuk anaknya secara konsisten selama 6 tahun!
Mentor Ainin, Tuan syukor Hashim compilekan perjalanan simpanannya tahun demi tahun yang penuh disiplin di dalam laporan khas di bawah:
Testimoni Anak Kecil Konsisten Menyimpan Emas
Ini pula kisah anak lelaki Ummi Su, siap meminta ibunya simpankan duitnya dalam bentuk emas.
Itulah hebatnya apabila anak-anak menyimpan dalam emas dan faham tentang kepentingan menyimpan.
Testimoni Ainin Bukakan Akaun Emas untuk Anak
Alhamdullilah, Ainin juga diberi peluang untuk membuka akaun emas untuk anak Ainin sebelum usianya memcecah 1 tahun.
Refer posting asal:
Sebenarnyaaa Ainin adakan simpanan untuk Muhamad Haq sebelum bersalin lagi. Tapi masa tu takdapat lagi nak bukak akaun emas untuk dia sebab baby perlukan nombor MyKid dulu baru boleh bukak akaun untuk baby.
Jadi Ainin masukkan simpanan untuk baby dalam akaun emas Gold Accumulation Program Ainin dulu. Sebab lepas bila dia dah ada akaun emas, boleh transfer je gram emas tu. Kalau nak beli emas fizikal untuk dia pun boleh jugak tapi sebab GAP murah lagi dan tak perlu fikir nak simpan katmana jadi letak jela dalam tu.
Ainin ingat lagi, masa beli gold dekat dia masa tu sekitar tahun 2019, harga emas sekitar RM 210-RM 230. Masa tu, memang rasa mahal! Sebab masa tu rate sekitar RM 190, jadi harganya macam tengah naik jugak.
Tapi Ainin simpan saja tanpa hiraukan harga sebab kita pentingkan gram. Seeeee tak sampai few years pun, just few months pun harga dah semakin naik kan?
Dan alhamdullilah sekarang ni di usia Muhamad Haq lima bulan nak masuk enam bulan, Muhamad Haq pun dah ada beberapa grams dahhhh.
Tahun depan mungkin kita tak nampak lagi, tapi bayangkan tujuh tahun atau 20 tahun kemudiannn. 🤑🤑🤑
InshaaAllah bonda dengan papa usahakan yang terbaik untuk Muhamad Haq.
Yang dah mulakan dengan simpanan yang lain seperti SSPN, ASB, Tabung Haji pun bijak jugak. Tahniahhh celik kewangan semuanyaa tapi kalau supplimented dengan akaun emas kan pun lebih hebat kan! Jadi sesiapa sini geng mommies daddies bijak yang nak join bukak akaun emas anak boleh roger Bonda Ainin ni okay!
Apabila anak besar, contohnya apabila berumur 20 tahun, bukan saja gram bertambah emas, tapi nilai emas juga bertambah!
Sebagai ibubapa yang bijak, kita semestinya mengambil peluang untuk menyimpan sebahagian simpanan anak dalam bentuk emas.
Langkah Mudah Buka Akaun Gold Accumulation Program Junior
Langkah Pertama (Fahami dan Akses)
- Boleh baca mengenai Gold Accumulation Program pada perkongsian ainin sebelum ini.
- Semak harga semasa di website Public Gold.
Langkah Kedua (Daftar di Website)
Nota: HANYA DAFTAR AKAUN EMAS GAP JUNIOR APABILA BERSEDIA MEMBUAT BELIAN DALAM TEMPOH 24JAM ATAU AKAUN AKAN DIBEKUKAN‼️
Cara satu:
Whatsapp Ainin maklumat di bawah untuk Ainin bantu guide dan bantu daftarkan. Tekan icon whatsapp di bawah atau tekan sini.
- Nama Penuh Anak (seperti dalam ic) :
- No. IC/No. MyKid Anak :
- Emel Anak (pastikan setiap anak guna emel berbeza) :
- Nama Penuh Ibu/Bapa :
- No. IC Ibu/Bapa :
- No. Telefon Ibu/Bapa atau Anak :
Cara dua:
Daftar sendiri di link ini. Seterusnya login menggunakan PGcode yang diperoleh dan ikuti step yang Ainin explain di bawah.
Langkah Ketiga (Login dan Buat Belian)
Selepas mendaftar, tuan/puan akan menerima PGcode dan emel pengesahan.
Seterusnya, ikuti langkah ini:
1. Akses website Public Gold
2. Klik MYGAP
3. Klik “go to new site”
4. Klik buy GAP now (untuk belian emas) atau buy SAP now (untuk belian perak).
5. Selepas itu, klik “Pay Online (FPX) untuk bayar secara online.
6. Seterusnya, di page Purchase,
- Sekiranya kita mahu membeli emas mengikut RM, kita isikan ruang Purchase Amount (MYR) dahulu
- Sekiranya kita mahu membeli emas mengikut gram, kita isikan ruang Purchase Quantity dahulu.
Seterusnya, klik Place Order.
7. Kita akan dibawa ke paparan ini. Klik make payment.
8. Pilih bank dan klik: proceed & pay.
9. Resit akan dipaparkan menandakan proses berjaya.
Tahniah kerana anda telah bermula dengan simpanan emas! Baki emas di dalam akaun mengambilmasa 1-2 hari untuk dikemaskini dan dipaparkan di dalam akaun.
Pada classic site, baki gram yang kita beli tadi dipaparkan di ruang ‘floating’. Pada new site, gram yang dibeli hanya akan dipaparkan setelah dikemaskini di ruang ‘available’.
Ini contohnya:
Buat penyimpan emas yang menggunakan link Ainin berikan, boleh whatsapp Ainin untuk sebarang pertanyaan dan bimbingan. Ainin bantu sebaiknya.
Untuk lebih senang, kita boleh install app GAP untuk belian seterusnya.
Artikel akan datang
- Cara jual emas GAP online
- Cara pos emas GAP ke rumah menggunakan servis GIT
Artikel berkaitan:
Simpan emas dengan ilmu, Ainin nak bagi ebook percuma tentang emas. Sila download dan baca dengan senyuman:)
1 thought on “5 Tempat Simpanan Anak dan 5 Kelebihan Akaun Emas Anak”