Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Bimbingan Saya buat Penyimpan Emas
    • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Ini Sebab Saya Tidak Risau Harga Emas Turun Naik

theaininsofia, October 29, 2026October 29, 2026

Kepercayaan biasa, kita anggap emas itu pelaburan.

Kita ‘treat’ emas macam saham. Nak ‘buy low sell high’. Sebab itulah kita asyik tunggu harga rendah baru nak beli, dengan niat bila harga naik, kita nak jual.

Saya pun sama. Sebab itulah sekitar tahun 2015 dan 2016 iaitu ketika harga emas bergerak sideways, saya juga tidak tambah-tambah gram emas saya dan menanti masa untuk jual emas saya kembali.

Dan bila kita melihat harga emas jatuh dan terus jatuh, kita panik. Kita merasakan tabungan kita semakin hilang nilai.

Begitulah, bila simpan emas tanpa kefahaman yang tak betul.

Dana Kecemasan 3-6 Bulan Gaji Tak Cukup Lagi?

Sebenarnya, dari satu sisi yang lain, emas juga adalah simpanan.

Jika dana kecemasan kita pun masih tidak cukup lagi iaitu 3 hingga 6 bulan gaji, berhenti anggap emas sebagai pelaburan. Jadikanlah emas sebagai simpanan dahulu.

Emas Bukan Macam Saham

Hakikatnya, emas bukan saham. Ia bukan kertas yang boleh jadi sifar dalam masa semalaman.

Emas itu aset fizikal yang nyata. Apa-apa jadi, emas ada di tangan kita. Jika berat emas 1 gram, emas tetap beratnya 1 gram jika harganya jatuh.

Harga boleh bergerak, tapi gram kita tak hilang. Kita hanya rugi di atas kertas dan kita tidak betul-betul rugi selagi kita tidak jual.

Rugi itu jika kita jual ketika harga rendah tanpa apa-apa keperluan.

Selagi tak jual, ianya cuma angka di atas kertas.

Peraturan mudah: simpan dulu, jangan panik.

Berbeza dengan saham. Jika saham jatuh, kita berputih mata, tiada apa-apa.

Fokus Gram, Bukan Harga Harian

Ada orang monitor harga setiap hari, lepas tu rasa takut dan rasa rugi. Kenapa beli semalam, kenapa tak beli hari ini?

Ada pula orang tengok gram setiap bulan, lepas tu rasa gembira dan tenang. Emosinya lebih stabil.

Yang mana satu kita nak jadi?

Bila kita mula kira gram, kita berhenti risau pasal harga hari ini.

Kita mula tanya, bulan ini kita dah tambah berapa gram?

Harga turun pun, kita nampak peluang tambah lebih banyak gram.

Harga turun bukan musibah, tapi peluang kumpul lebih banyak, peluang tambah tabungan emas dengan harga diskaun.

Harga Emas Naik dalam Jangka Masa Panjang

Dalam jangka masa pendek, harga emas memang naik dan turun.

Tapi, kita simpan emas bukan untuk jangka pendek, tetapi jangka panjang iaitu 2 tahun ke atas.

Jadi, harga emas naik hanyalah persoalan masa sahaja.

Ini kerana, jika kita lihat sejarah harga emas dalam masa 20 tahun ini, kenaikan harga emas ialah lebih 10%, lebih tinggi daripada ASB dan Tabung Haji

Duit dan Emas adalah Alat

Macam yang saya kongsikan sebelum ini,

emas ialah salah satu alat untuk kita capai matlamat kita.

Jadi, tetapkan matlamat kita. Kita akan lebih jelas dalam perjalanan tabungan emas kita.

Nak simpan untuk persaraan? Sasaran kita 2kg emas.

Nak pergi umrah? Sasaran kita 20g emas.

Nak pergi haji? Target 50gram emas.

Nak jadikan maskahwin? Target 5 dinar

Sasaran dalam gram lebih mudah kita pegang. Jadi, fokus pada target gram emas kita, bukan harga harian.

Dan sebenarnya, bila harga emas turun, inilah peluang besar untuk kita tambah gram emas kita lebih banyak, lebih cepat untuk kita capai matlamat kita.

Alhamdullilah, saya sendiri rasa puas melihat penyimpan emas saya yang berjaya tunaikan haji asbab emas, berjaya capai tabungan lebih banyak asbab emas dan sebagainya.

Didoakan catatan ini bermanfaat buat kita semua.

Ainin Sofia
29 Oktober 2016
17 Jamadilawwal 1448H

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading…
SIMPAN EMAS harga emasharga emas murahharga emas turun

Post navigation

Previous post

Leave a ReplyCancel reply

Profil Saya

Puan Ainin Sofia

Ainin Sofia. Dealer Aktif Public Gold (kod PG042006).

Baca selanjutnya >

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL KEWANGAN

  • Ketika Masih Ada Income, Bersederhana & Bina TabunganKetika Masih Ada Income, Bersederhana & Bina Tabungan
  • self reward tidak semestinya mahalself reward tidak semestinya mahal
  • masa depan bukanlah kejutanmasa depan bukanlah kejutan

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • Jujur, Saya Hampir Tolak Jemputan Jadi Speaker M1JP Sebab Rasa Tak Layak,Jujur, Saya Hampir Tolak Jemputan Jadi Speaker M1JP Sebab Rasa Tak Layak,
  • Ada duit, tambah ilmu dan skill.Ada duit, tambah ilmu dan skill.
  • Jadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmuJadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmu

Recent Posts

  • Ini Sebab Saya Tidak Risau Harga Emas Turun Naik
  • Ketika Masih Ada Income, Bersederhana & Bina Tabungan
  • Jual Emas Terpakai di Public Gold, Pelanggan ini Mampu Penuhkan Akaun Istitoah dengan Emas!
  • Warganegara Brunei pun Boleh Simpan Emas Public Gold!
  • Jujur, Saya Hampir Tolak Jemputan Jadi Speaker M1JP Sebab Rasa Tak Layak,

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d