Macam tak percaya juga lulus bila cakap nak bawak masuk bibik Giselle dengan proposal pertama π
Unboxing d
Terima kasih suami! Terima kasih PGMall, semalam shipped, harini dah sampai.
, ingatkan kecik tapi boleh tahan juga besar, sesuai untuk family kecik 3-4 orang.
Dishwasher ni bukan Malaysian thing. Kesian Amar Baharin kena condemn bila review dishwasher haritu sebab Malaysian tak biasa, tapi lately viral pulak sebab ramai ibu ibu wfh yang invest.
Bajet
Giselle ni antara yang mesra poket juga sebab bawah seribu.
Harga RM 905, shipping fee RM 37.50
Selalu well known brand dishwasher around dua tiga ribu.
Installation
But first and foremost, Ainin pilih yang ni sebab easy installation. Suami tadi lepas siap kerja ingat nak tolong pasang, tiba tiba mesin dah siap jalan sebab ainin dah pasang sendiriπ ainin cakap easy installation tu sebab ada dua cara water inlet dia.
Satu plumbing. Sambung wayar paip pun boleh. Macam mesin basuh jugak.
Dua manual, isi air dekat atas, so tak perlu banyak wayar. ainin letak around 5 jug macamtu. Water saving sangat. So takperlu la consider nak letak tepi sink ke apa, cuma perlu fikir drain outlet dan power source jelah.
Besar, boleh muat inner pot pressure cooker 6L or 8L tapi kena susun elok elok dalam dia. Kuali dan periuk depends pada saiz tapi tak sesuai masuk dalam ni, kena manual sental luar.
Elektrik
Ramai dalam group kata, dishwasher tak significant sangat penggunaan elektrik, lagipun style load banyak banyak, basuh sekali round je. Ni style omputih nih.
Sabun
Sabun kena guna sabun special. Ainin pilih brand clean n fresh jenis tablet sebab lagi murah daripada brand finnish. 50pcs around dua puluh ringgit ke atas.
Masa
Masa paling pendek mode Quick dalam 25minit. Mungkin ramai yang kata baik basuh manual je dua tiga saat dah siap. Betul juga.
Depends pada masing masing. Cuma keadaan semua orang berbeza. Ainin nak berdiri dekat sink lima minit pun tak lepas sebab budak kecik dekat bawah tu tolak- tolak. Bila ada masa free pulak, tenaga dan masa yang berharga ainin pilih untuk fokus buat kerja bisnes. Ainin seorang yang rajin basuh pinggan π tapi invest untuk masa yang lebih berharga hah gitu
PGMall
Lepastu Ainin pilih PGmall sebab ofcourselah dapat cashback lepastu shipping dalam tigapuluh ringgit lebih. Shopee dahla harga RM 949 pastu shipping dalam RM 949.
Installment pun ada, dalam 6 or 12 bulan pun boleh.
Cari dekat
Bukan nak racun tapi review yang berguna untuk yang sedang seek info πβπ»
1 thought on “Dishwasher Giselle Table Top Pelaburan Menjimatkan Masa!”