- Pilihan Akaun Simpanan Emas
- Perbezaan Antara Public Gold vs Hello Gold vs Bank Muamalat -iGold
- #1 Minimum Belian
- #2 Caj Belian
- #3 Caj Simpanan Tahunan
- #4 Caj Insurans
- #5 Spread (Susut Nilai)
- #6 Caj Premium
- #7 Berat Minimum Tebus Emas
- Ilmu.
- Ringkasan
- Kesimpulan
- Update
Pilihan Akaun Simpanan Emas
Banyak pula pilihan bila nak mulakan simpanan emas sekarang. Alhamdullilah, pilihan dah makin banyak, kesedaran tentang kewangan dan emas pun semakin meluas. Tapi mana satu yang nak pilih?
Masa Ainin bermula masa 2014, tak banyak pun pilihan yang ada. Jadi Ainin memang bermula dengan Public Gold. Tapi, Ainin pun pernah nyaris curang juga dengan Public Gold baru baru ini, Ainin nak beli emas dengan Hello Gold.
Yelah senang kot app Hello Gold, beli minimum RM 1 pun boleh.
Ainin dah install dah pun, nak beli dah.
Tapi nasib baik research sampai habis.
Rupanya ada hidden charge masa nak fizikalkan emas tu pulak.
Mak aih, mahalnya caj premium.
Macam nak beli emas satu gram lagi.
Bukan fanatik.
Tapi kalau ada yang lebih baik, kenapa tidak
Aagituuuu.
Bawah ini pula adalah penerangan daripada Ustaz Khairul Anwar Basri:
Ramai orang tanya saya tentang akaun GAP Public Gold.
Katanya susah nak mula sebab terlalu tinggi belian minimum iaitu RM100. Lepas tu dia bandingkan pulak dengan akaun emas Bank Muamalat iaitu RM10 je kalau nak mula. Lepas tu dia bagi lagi peluru kat saya. Katanya HelloGold boleh mula beli RM1 saja.
Murah kan kalau nak mula? Harga segram pun murah iaitu baru RM253.08 segram hari ni. Public Gold bapak la mahalnya. Dah la nak mula RM100 minimum. Harga segram pulak RM270 hari ni.Hehehe. Petang ni saya cerita 1 benda saja yang anda semua kena tahu tentang beza antara akaun GAP Public Gold dan akaun HelloGold.
Akaun emas Bank Muamalat nanti saya cerita kemudian. Bila beli emas, kita mesti target nak pegang fizikal. Apa-apa jadi pada tempat yang kita beli, tak kira la Public Gold atau HelloGold, emas ada di tangan kita. Betul kan? Kalau emas di tangan kita, harga turun pun kita tak rugi sebab kalau nak pakai duit kita boleh gadai emas yang ada sebab kita yang pegang.
Ok.
Katalah kita nak keluarkan fizikal 1 gram dalam bentuk gold bar, GAP Public Gold boleh keluar, HelloGold pun boleh keluar. Tapi, cuba perhatikan berapa kos yang kita perlu tanggung untuk keluarkan emas tersebut.
Di HelloGold, walaupun bermulanya rendah iaitu RM1 dan harga segramnya rendah iaitu RM253.08 saja, tapi nak keluar dia ada caj iaitu 0.913 gram.
Ye, nak keluar gold bar 1 gram, dia akan tolak 1 gram + 0.913 gram sebagai caj pengeluaran. Kalau kita ada 2 gram dalam akaun HelloGold, maka dengan mengeluarkan gold bar 1 gram, baki dalam akaun HelloGold kita bukan 1 gram tetapi 0.087 gram!
Aduhhh! Jom kira dalam bentuk duit pulak.
1 gram= RM253.08 Pengeluaran 1 gram = (1 gram + 0.913 gram) x RM253.08. TOTAL KOS RM484.15 SEGRAM.
Jom banding dengan akaun GAP Public Gold yang katanya mahal nak mula iaitu RM100.
Harga segram hari ini ialah RM270. Jika nak keluar fizikal bayar caj gold premium RM10 sahaja. Maknanya kos terlibat hanyalah RM280.
Dari sudut gram pula. Katakan kita ada 2 gram dalam akaun GAP Public Gold. Nak keluar 1 gram, maka hanya 1 gram yang akan ditolak dari akaun GAP kita. Baki tetap ada 1 gram dan tak hilang.
So, mana lebih murah dan bijak? Pilihan di tangan anda sekarang.
Haa lepastu Ainin nak share lagi perbezaan antara Hello Gold, Muamalat i-Gold dan Public Gold. Ini pun sebenarnya perkongsian daripda sahabat dealer yang bertungkus lumus research masa dia nak bermula menyimpan emas. Yelah, mestilah kena pilih yang terbaik kan!
Perbezaan Antara Public Gold vs Hello Gold vs Bank Muamalat -iGold
Saya cuba untuk tidak berat sebelah ke mana mana company emas.
Ini hasil pencarian saya pada tahun lepas yang saya waktu baru tahu ada tempat simpanan akaun emas.
Selama ini saya hanga beli dari orang saja (berani kan?)
Sebelum tu, saya perkenalkan sikit tentang company ini.
PUBLIC GOLD ialah syarikat emas patuh syariah di Malaysia. Mereka ialah pengilang, makanya mereka mengeluarkan jenama sendiri. Product utamanya ialah jongkong emas dan dinar. Kemudiannya telah berkembang pada akaun simpanan emas, barang kemas dan e commerce.
HELLOGOLD ialah syarikat emas pertama yang memperkenalkan apps jual beli emas secara online dan patuh syariah di malaysia. Mereka ialah orang tengah antara kita dan PAMP SUISSE.
MUAMALAT gold-i ialah bawah bank muamalat. Seperti HG, mereka juga orang tengah di antara kita dengan Perth Mint.
🧡 Ketiga-tiga syarikat ini ialah patuh syariah
🧡 mereka ada sistem online untuk simpanan emas
Perbezaan mereka yang dapat saya lihat:
#1 Minimum Belian
🐠Public Gold: RM100
🐬Hello Gold: RM1
🐟Gold-i: RM10
Setiap duit yang dimasukkan dalam akaun akan ditukarkan pada nilai emas semasa.
#2 Caj Belian
🐬Hello Gold: RM1.20 secara online banking, free dengan pakai TnG dan Boost e wallet
🐠Public Gold: tiada caj tambahan
🐟Gold-i: tiada caj tambahan
#3 Caj Simpanan Tahunan
🐬Hello Gold: 2% setiap tahun
🐠Public Gold: Tiada
🐟Gold-i: tiada
#4 Caj Insurans
🐬Hello Gold: 2% setiap tahun atau 0.166% setiap bulan dilindungi oleh Chubb International (vault di BullionStar international,Singapura)
🐠Public Gold: tiada caj insurans, dilindungi oleh LONPAC.
🐟Gold-i: tiada caj insurans, tiada diberitahu secara detail, hanya sekadar menulis tidak dilindungi oleh PIDM
#5 Spread (Susut Nilai)
🐬Hello Gold: beli 0.79%, jual 2%
🐠Public Gold: 5-8% ikut berat emas
🐟Gold-i dalam 7-10% mengikut berat emas
#6 Caj Premium
🐬Hello Gold: mengikut keadaan demand dan supply boleh berubah termasuk harga transportation dan insurance utk pos kepada pelanggan. Caj premium akan ditolak dari akaun emas, iaitu 0.913 gram!
🐠Public Gold: mengikut nilai emas yg ditetapkan. Emas di ambil di cawangan terdekat. Saya akan share di bawah
🐟Gold-i formulanya ( tidak termasuk GST)
LME x berat emas dalam g × perbezaan harga emas fizikal dan emas akaun
#7 Berat Minimum Tebus Emas
🐬Hello Gold: 1g dan emas akan dihantar melalui pos yg dilindungi insurans
🐠Public Gold: 1g dan emas di ambil di mana 18 cawangan terdekat seluruh malaysia jika stok ada. Boleh dihantar melalui sistem pos dan dilindungi insurans
🐟Gold-i: 5g ambil di cawangan bank muamalat
Mungkin hasil pemahaman saya tidak tepat. Sesiapa yang sudi betulkan atau menambah, boleh PM saya akan betulkan supaya semua boleh dapat manfaat dari post ini.
Ringkasan
Hello Gold | Public Gold | Bank Muamalat | |
Minimum Belian | RM1 | RM 100 | RM 10 |
Caj Belian | RM1.20 secara online banking, free dengan pakai TnG dan Boost e wallet | tiada caj tambahan | tiada caj tambahan |
Caj Simpanan Tahunan | 2% setiap tahun | tiada | tiada |
Caj Insurans | 2% setiap tahun atau 0.166% setiap bulan dilindungi oleh Chubb International (vault di BullionStar international,Singapura) | tiada caj insurans, dilindungi oleh LONPAC. | tiada caj insurans, tiada diberitahu secara detail, hanya sekadar menulis tidak dilindungi oleh PIDM |
Spread (Susut Nilai) | beli 0.79%, jual 2% | 5-9% ikut berat emas | 7-10% mengikut berat emas |
Caj Premium | mengikut keadaan demand dan supply boleh berubah termasuk harga transportation dan insurance utk pos kepada pelanggan. Caj premium akan ditolak dari akaun emas, iaitu 0.913 gram! | mengikut nilai emas yang ditetapkan. Rujuk jadual di atas | formulanya (tidak termasuk GST) LME x berat emas dalam g × perbezaan harga emas fizikal dan emas akaun |
Berat Minimum Tebus Emas | 1g dan emas akan dihantar melalui pos yg dilindungi insurans | 1g . Berat bawah 21.25 gram emas dihantar melalui sistem pos dan dilindungi insurans, berat 21.25gram emas di ambil di 18 cawangan seluruh Malaysia | 5g ambil di cawangan bank muamalat |
Kesimpulan
Jadi, buat pilihan yang bijak. Walaupun nampak murah pada awalnya, consider juga caj-caj tambahan yang bakal terlibat.
Jangan asal murah, kita terus beli. Ambil masa untuk semak terutamanya 5 kriteria.
Baca:
Update
Februari 2023, Hello gold telah pun menamatkan operasinya di Malaysia.
Mahu mulakan simpanan emas Public Gold? Tekan butang di bawah untuk Ainin bantu sebaiknya.
Ilmu.
Bukan emas yang menjadikan kita kaya, tapi ilmu. Sebelum memilih dan melabur, galilah dan bacalah ilmu. Ainin nak bagi percuma ebook tentang emas. Silakan download dan baca dengan senyuman.
Itu yang percuma. Ini yang tak percuma. Ini adalah antara buku yang Ainin cadangkan. Buku wajib baca adalah dua buku pertama. Boleh dapatkan di link.
- Buku Menyingkap Pelaburan Emas
- Buku wang emas
- Buku Misi Bebas Hutang
- Buku Travelog Emas Hafizul Hakim
- Buku Cashflow Keluarga Samsuddin Kadir
- Buku Bijak Merancang Wang Penulis Afyan Mat Rawi
- Buku Dinar Dirham vs Wang Kertas
Artikel Berkaitan:
1 thought on “Public Gold(PG) VS Hello Gold (HG) VS Muamalat iGold”