Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Kenapa saya mulakan simpanan emas & perak?

Posted on November 27, 2020 by theaininsofia

Ini perkongsian daripada cikpuan Nita Sein:

Kenapa saya mulakan simpanan emas & perak?

Simpanan yang stabil dan kalis inflasi

Sebagai anggota perkhidmatan awam, saya takkan kaya dengan gaji bulanan. Maka duit gaji saya mestilah saya hargai sebaik-baiknya. Maka simpanan wajib diwajibkan serta perbelanjaan berhemah diamalkan.

Namun realitinya, simpanan yang wajib itu pun berkurangan kerana dalam bentuk “tunai” sangat senang simpanan dibelanjakan. Secara realitinya, dalam bentuk matawang sesuatu negara, susut nilai adalah lumrah harian. Jadi, satu kaedah simpanan lain yang lebih stabil (tak turun mendadak, naik perlahan2 pun takpa) perlu ada.

Mudah cair

Kaedah lain sedia ada memang digunakan macam ASB/Tabung Haji – tapi ia tetap simpanan dlm bentuk “tunai”. Tunai yang mempunyai daya tarikan kuat utk dikeluarkan dan dibelanjakan.

Bagaimana dgn hartanah? Payah nak beli hartanah ni! Ambil masa yang lama untuk research lokasi, kejiranan, kemudahan. Kemudiannya guna pinjaman bank, maka bayaran bulanan pinjaman serta keuntungan pelaburan syariah perlu ambilkira. Alhamdulillah, ada rezekinya namun kos penyelenggaraannya tinggi secara bulanan, bocor, tersumbat, pecah, retak. Nak jual? Huh! Jangan cerita la prosedurnya? Silap hb harga tak best sebab kita nak pakai duit urgent!. Jadi kaedah lain lagi diperlukan

Biasa dengan Emas

Beli batu permata, intan berlian, tapi nilai beliannya mahal dan kita tak tahu harga jualan baliknya berapa. Kita sendiri tidak yakin kearifan kita dalam bidang itu. Perlu masa untuk mengkaji dan belajar. Pasaran juga tak tahu mana yg terbaik. Selain itu, payah nak cari laman-laman web untuk orang-orang biasa berkecimpung dalam jualan batu permata ni.

Hadis dan Janji Allah

Timbullah pula kisahnya emas dan perak. Sebagai seorang muslim, kita kena sedar bahawa kita MUNGKIN kini hidup di akhir zaman. Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa di akhir zaman ini nanti, dinar dan dirham lah matawang sejati. Tidak lagi, Ringgit, USD dan sebagainya. Pesanan itu jadi pegangan.

Mudah

Alhamdulillah. Dengan adanya keahlian PG ini, urusan jualbeli emas dan perak menjadi mudah. Tak perlu remisier(saham), tak perlu agen (hartanah), tak perlu pinjaman bank, tak perlu nak belek harga emas/perak setiap jam (sebab saya beli emas/perak bukan sebagai pelaburan tetapi sebagai pengganti simpanan tunai.

Kalis bocor

Bila ada pegangan emas dan perak dalam tangan, memang payah nak guna macam gunakan tunai sebab emas dan perak perlu melalui proses mudah utk tukarkan ke tunai.

Ya, sebab Emas adalah Wang, secara ringkasnya, malas lah nak tukar-tukar ni. Ok la dengan simpanan Emas tu. Lagi pun, kalau tak ada yang sangat terdesak, sayang nak ditukarkan dinar/dirham/bulion emas dan perak yg sangat cantik tu.

Bahkan jadi semangat untuk tambah simpanan dalam bentuk emas dan perak yg kita boleh pegang dan yakin bertahan lama, banding dengan tunai yang sekejap aja dah lesap;

Tenang

Emas dan perak ini tidak akan membuatkan saya jadi Orang Kaya Baru (yg sesuai dihimpit janda/duda). Tapi pastinya, in shaa Allah, pegangan emas dan perak itu tidak menyebabkan saya terhimpit dengan keresahan masa hadapan, dan akhir sekali,

Boleh diwarisi

In shaa Allah, dinar/dirham/bulion yang ada takkan digunakan oleh diri sendiri tetapi akan jadi hak milik waris-waris nanti. Takkan waris itu jadi kaya raya tetapi sekurang-kurangnya mereka ada nilainya nanti, ada bantuannya nanti. Apa pun, tunai tetap kena ada utk hal-hal luar jangka & keperluan semasa. Saya amalkan 35% drp simpanan tunai digantikan dlm bentuk simpanan emas/perak.

Serba sedikit coretan untuk semua, kenapa saya menabung dalam bentuk tunai, emas dan perak.

Maka terjawablah “Kenapa saya mulakan simpanan emas & perak”

Semoga bermanfaat.

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: SIMPAN EMAS, TESTIMONI PENYIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • G100 Academy: Bina Content
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team Mentor
  • Seminar Membina Satu Juta Pertama Sandakan, Sabah Disember 2025
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    © 2026 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d