Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Cara Keluarkan Emas dari Akaun Emas GAP 2024

Posted on February 12, 2021January 19, 2024 by theaininsofia
download ebook 5 minit emas
Tutorial Keluarkan atau Fizikal Emas dari Akaun Emas GAP
[Open][Close]
  • GAP Adalah Emas Fizikal
    • Target Pegang Emas Sendiri
  • Info Pengeluaran Emas GAP
  • Tips Jimat Pengeluaran Emas GAP
    • Cara Pengiraan Kos Premium
  • Cara Keluarkan Emas GAP
    • #1 Untuk Emas 21.25gram ke atas: Ambil Emas di Cawangan (Walk in)
      • Tutorial Ambil Emas di Cawangan di Apps Public Gold
        • Tetapkan Masa untuk Temujanji
    • #2 Untuk Emas 21.25gram dan ke bawah: Pos Berinsurans dengan Gold in Transit
      • Tutorial Withdraw Emas dari Akaun Emas GAP di Apps Public Gold
      • Tutorial Semak Tracking Number selepas Withdraw Emas dari Akaun Emas GAP di Apps Public Gold
      • Tutorial Withdraw Emas dari Akaun Emas GAP di Website Public Gold

GAP Adalah Emas Fizikal

Alhamdullilah tahniah! Akhirnya tiba juga masa untuk keluarkan dan pegang sendiri emas yang disimpan selama ini.

Auto terbukti bahawa emas akaun GAP adalah emas fizikal, dan bukanlah paper gold. Teringat pada wawasan Pengasas Public Gold, Dato Wira Loius Ng, beliau sentiasa percaya dan have faith pada emas fizikal. Walaupun selama ini di akaun GAP kita hanya melihat nombor, begitu juga sama juga seperti akaun bank.

Ini masa yang sangat ditunggu-tunggu bagi penyimpan emas yang menyimpan emas dengan bajet yang kecil secara konsisten. Bayangkan kita berpenat lelah menabung, akhirnya bakal bertemu dengan emas kesayangan. Bagaimana rupa? Bagaimana pengalamannya?

Target Pegang Emas Sendiri

Bagi penyimpan GAP yang memilih GAP kerana takut dan risau untuk simpan emas sendiri, sebenarnya mentor Ainin atau sifu emas berpesan, agar keluarkan sedikit jumlah gram emas supaya kita sendiri dapat merasa aura emas. Emas ada aura dan magnetnya yang tersendiri.

Magnet kekayaan.

Tak perlu fikir jauh dan complicated. Contoh mudah, bila kita simpan sedikit, kita rasa nak tambah lagi. Fitrah manusia sukakan emas. Ini menarik kekayaan lagi dan lagi. Bukan itu sahaja, logam mulia ini disebut di dalam Al-quran, jadi ada keberkatan buat sesiapa yang memilikinya.

Di bank, nombor itu adalah kertas, di akaun emas GAP, itu adalah emas.

Sangat mudah untuk keluarkan emas dari akaun GAP.

Emas itu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa. Super mudah!

Info Pengeluaran Emas GAP

  • Minimum gram yang boleh dikeluarkan ialah 1gram
  • Baki minima yang perlu ditinggalkan dalam akaun supaya akaun kekal aktif ialah 1gram
  • Baki 1 gram tersebut boleh dikeluarkan sekiranya mahu menutup akaun emas GAP tetapi penalti RM50 dikenakan jika mahu menyimpan semula.
  • Boleh mengeluarkan emas GAP dari mana mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Contoh, anda dari cawangan Ampang dan bercuti di Kota Kinabalu. Anda set appointment dan mahu mengeluarkan emas di Kota Kinabalu. Ya, boleh.
  • Kita boleh pilih anda mahukan jongkong emas atau dinar untuk dikeluarkan dari akaun GAP.
  • Kita perlu membayar caj tambahan Gold premium mengikut item emas yang dipilih dan lokasi cawangan. Rujuk jadual di bawah.
  • Emas GAP hanya boleh dikeluarkan oleh pemilik akaun, wakil tidak dibenarkan.

Tips Jimat Pengeluaran Emas GAP

Untuk setiap item emas seperti jongkong emas atau dinar, setiap item emas dikenakan caj gold premium. Caj gold premium boleh refer pada jual di bawah.

Caj Gold Premium mengikut item emas dan cawangan Public Gold
Maksud Gold Premium
Jadual kos EPP premium dan Kos Gold Premium untuk West dan East Malaysia.

Katakanlah akaun GAP kita ada 11 gram. Kita boleh keluarkan 10 gram dengan berbaki minimum 1gram. Ada beberapa pilihan yang kita ada iaitu

  1. Keluarkan 10gram x 1 keping
  2. Keluarkan 5 gram x 2 keping
  3. Keluarkan 1gram x 10 keping
  4. Keluarkan 2 dinar x 2 keping
  5. Keluarkan setengah dinar x 4 keping

Jadi mahu pilih yang mana?

Kalau kita memang sudah ada target mahukan mana mana item, tidak mengapa, tapi ini tips untuk lebih jimat memandangkan kita perlu membayar caj gold premium.

Cara Pengiraan Kos Premium

Cuba kira, berdasarkan kos gold premium dalam jadual,

  1. Caj premium 10gram x 1 keping: RM 15 x 1= RM 15
  2. Caj premium 5 gram x 2 keping: RM 10 x 2=RM 20
  3. Caj premium 1gram x 10 keping: RM 10 x 10= RM 100
  4. Caj premium 1 dinar x 2 keping: RM 10 x 2= RM 20
  5. Caj premium setengah dinar x 4 keping: RM 10 x 4= RM 40

Nota: ini adalah pengiraan caj premium bagi cawangan West Malaysia. Bagi caj premium untuk cawangan East Malaysia, rujuk jadual.

Jadi, pilihan yang paling jimat ialah keluarkan jongkong emas 10 gram dengan caj premium RM 15 (WM)/ RM 30 (EM). Tapi kalau memang mahu keluarkan 2 dinar contohnya, tidak menjadi isu.

Cara Keluarkan Emas GAP

Tutorial Pengeluaran Emas Fizikal daripada Akaun Emas GAP
  • Untuk emas bawah 21.25gram, semua emas akan dipos dengan insurans (Gold in Transit atau GIT)
  • Emas atas 21.25gram boleh diambil di cawangan Public Gold
  • Baki mesti ditinggalkan 1gram dalam akaun emas GAP

#1 Untuk Emas 21.25gram ke atas: Ambil Emas di Cawangan (Walk in)

Cara pertama ialah keluarkan emas fizikal GAP di cawangan Public Gold. Dulu, ini adalah satu-satunya cara mahu keluarkan emas dari akaun GAP, sebelum ada kemudahan GIT.

  1. Buat keputusan mahu ambil dari cawangan mana.
  2. Set tarikh dan masa appointment untuk collect item emas di sini. (Link)
  3. Sebelum collection emas, pastikan update profile di bahagian My Account di Website. Upload salinan IC. Ini penting.
  4. Bawa IC, dan setibanya di cawangan, bayar kos premium untuk setiap keping emas.
  5. Bawa pulang emas kita 🤗

Ini pengalaman ainin sendiri keluarkan item emas dinar dari akaun emas GAP dari cawangan Public Gold Sunway pada October tahun 2017.

Sangat mudah!

Rasa puas hati bila dapat pegang sendiri emas yang dikumpul selama ini di akaun GAP.

Tutorial Ambil Emas di Cawangan di Apps Public Gold

Bagi emas fizikal dengan berat melebihi 21.25 gram , anda perlu datang ke mana mana cawangan terdekat kerana had insurans bagi GIT hanyalah 21.25 gram sahaja.

Perkara yang anda perlu lakukan sebelum hadir ke cawangan pilihan anda adalah :

  • Tetapkan temujanji kehadiran melalui website rasmi Public Gold setelah ‘availability’ emas fizikal anda telah disahkan.

Sila hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan dan bawa bersama kad pengenalan anda.

Tetapkan Masa untuk Temujanji

Setelah customer service mengesahkan availability emas fizikal yang anda ingin tuntut di cawangan pilihan anda, teruskan dengan penetapan temujanji untuk hadir ke cawangan Public Gold berkenaan.

Video Tutorial

#2 Untuk Emas 21.25gram dan ke bawah: Pos Berinsurans dengan Gold in Transit

Cara kedua ialah menggunakan kemudahan Gold in Transit Withdrawal terus dari akaun GAP. Kemudahan ini baru sahaja disediakan Public Gold pada tahun 2020.

Semua emas di bawah 21.25 gram akan terus dipos ke rumah dan dilindungi insurans. Apa apa yang terjadi atau bila kita tidak mendapat emas kita, Public Gold gantikan semula.

GIT adalah kaedah penghantaran emas terus ke rumah anda melalui postage berinsurans.

Untuk goldbar dengan berat 20 gram atau 5 dinar dan ke bawah , penghantaran akan dilakukan melalui GIT.

Caj penghantaran hanya RM10 bagi semenanjung dan RM15 bagi Sabah & Sarawak bagi setiap bungkusan (had berat bagi setiap bungkusan adalah 21.25 gram)

Sekiranya berlaku kehilangan semasa proses penghantaran, maklumkan kepada Public Gold melalui customer service dan goldbar baru akan dihantar kepada anda.

Proses tuntutan insurans ke atas goldbar anda yang hilang akan diuruskan Public Gold.

Proses penghantaran goldbar kepada anda akan mengambil masa selewat-lewatnya 14 hari bekerja (kebiasaannya hanya mengambil masa seminggu)

Rujuk langkah-langkah dibawah atau video tutorial:

Tutorial Withdraw Emas dari Akaun Emas GAP di Apps Public Gold

Tutorial Semak Tracking Number selepas Withdraw Emas dari Akaun Emas GAP di Apps Public Gold

Video Tutorial

Tutorial Withdraw Emas dari Akaun Emas GAP di Website Public Gold

MYGAP > GITWithdrawal. Ini ialah antara contoh pilihan goldbar yang boleh dikeluarkan. GP ialah kos gold premium
  1. Klik MY GAP
  2. Klik New Site
  3. Klik GIT Withdrawal dan paparan adalah seperti di atas.
  4. Boleh klik pada goldbar atau dinar pilihan kita.
  5. Add to cart
  6. Klik New Address
  7. Klik Proceed
  8. Isi Alamat dan Klik Save
  9. Klik Send TAC
  10. Tick I Agree dan Klik Check out Order
  11. Selesaikan pembayaran secara FPX

Sama juga, di GIT Withdrawal, kos yang kita perlu bayar ialah kos gold premium dan kos GIT. Contoh kos gold premium adalah seperti di dalam gambar di atas manakala kos GiT pula bermula RM 10.

Sangat mudah kan?

Bukan sahaja menjimatkan petrol dan masa, kaedah ini juga peace of mind kerana ianya dilindungi insurans.

Updatelah ainin bila dah keluarkan emas nanti ya. Selamat menyimpan emas!

Tutorial Pengeluaran Emas Fizikal daripada Akaun Emas GAP

Untuk yang belum ada akaun, boleh daftar akaun emas percuma:

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: AKAUN EMAS GAP, Emas Public Gold

2 thoughts on “Cara Keluarkan Emas dari Akaun Emas GAP 2024”

  1. Pingback: 1 gram Akaun Emas GAP Public Gold atau 1 gram Emas Fizikal Limited Edition? - The Ainin Sofia
  2. Pingback: Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli - The Ainin Sofia

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d