- Hutang PTPTN
- Selesaikan Hutang PTPTN dengan Emas
- 1. Perkongsian Pengalaman Tuan Rizqan
- 2. Perkongsian Pengalaman Tuan Azam Amiri
- Buat Bermacam-macam Bisnes dan Berjimat
- Konsisten Simpan 2 gram emas Setiap Bulan
- Membalas Jasa Ibu Bapa
- Kelebihan Selesaikan Hutang dengan Simpanan Emas
- Saya Student, Kena Simpan Emas ke?
Hutang PTPTN
Alhamdullilah kan bila kita dapat selesaikan hutang. Lebih lebih lagi hutang jahat. Ainin nak kongsi testimoni bagaimana seorang penyimpan emas selesaikan hutang pengajian PTPTN. Hebat!
Ramai orang yang dibelenggu hutang pengajian PTPTN. Walaupun ada duit, bayar sikit sikit dan selalu rasa nak delay kan. Alhamdullilah Ainin takde hutang PTPTN tapi Ainin selalu tengok orang buat macamtu.
Rasa nak tangguh bayar hutang. Atau duit selalu tak cukup.
Yelah, kalau nak simpan wang, mungkin sekejap sekejap, duit bocor. Angka di dalam bank bermain dengan nafsu belanja kita. Ada sahaja ‘perkara penting’ atau ‘emergency’ yang perlukan kita keluarkan duit.
Manakala emas ni mendisiplinkan kita untuk simpan wang. Rasa nak tambah gram selalu.
Selesaikan Hutang PTPTN dengan Emas
1. Perkongsian Pengalaman Tuan Rizqan
Ini perkongsian pengalaman Tuan Rizqan selesaikan hutang PTPTN dengan emas:
Pagi Khamis 08 Apr 2021, saya nekad jual semula emas seberat 100 gram dalam tangan pada Public Gold untuk melangsaikan keseluruhan pinjaman pendidikan yang saya galas sejak 9 tahun lalu.
Urusan jual semula emas pada Public Gold adalah semudah ABC.
1) locked harga kat website
2) serahkan emas kat branch terdekat
3) terima duit dalam akaun bank dalam tempoh 1 hari bekerja.
Ingat bukan semua syarikat emas mampu bagi jaminan beli balik emas yang telah di jual. Jadi ini antara sebab kenapa Public Gold jadi antara yang terbaik dalam industri dagangan emas kat Malaysia. Jaminan Beli Balik !
Kembali tentang HUTANG 😬
Walaupun kemampuan membayar semula keseluruhan hutang tersebut boleh dilakukan pada tahun 2016 dulu, tapi saya pilih untuk ‘hold’ sebahagian duit saya dalam bentuk emas sehingga ke hari ini.
Sebabnya, tahun 2016 dulu saya kena jual 200 gram emas dalam tangan untuk bayar keseluruhan 30k jumlah pinjaman.
Tapi, dalam tahun 2021 saya cuma perlu jual 130 gram emas untuk penyelesaian penuh. Terima kasih untuk peningkatan harga emas melebihi 50% dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni.
Kongsi Tuan Rizqan.
2. Perkongsian Pengalaman Tuan Azam Amiri
Alhamdulillah, tercapai hasrat saya untuk setelkan semua hutang pengajian setelah sahaja tamat belajar di universiti. Saya ambil masa 2 tahun buat simpanan khas untuk bayar balik pinjaman PTPTN dengan menggunakan simpanan emas saya sepanjang tempoh belajar. Inilah caranya…
Saya nak kongsikan pengalaman saya dan buktikan bahawa dengan menyimpan emas secara konsisten saya dapat buat simpanan dan setelkan hutang PTPTN setelah sahaja tamat belajar. Tak sempat kena bunga-bunga cinta.
Sebelum saya melangkah masuk ke alam univerisiti, saya sudah berfikir macam mana caranya untuk aaya sambung belajar tanpa menggunakan duit umi abah saya dan dapat uruskan yuran pengajian sendiri. Saya tiada pilihan lain dan pilih untuk ambil PTPTN, dan bisnes saya tidak stabil sangat lagi pada masa itu, cukup untuk bayar makan minum dan bayar internet setiap bulan sahaja, saya tidak berani dan tak sempat untuk berikan komitmen yang penuh untuk bayar yuran sendiri.
Itulah sebab saya ambil PTPTN
Buat Bermacam-macam Bisnes dan Berjimat
Kisah saya sepanjang belajar di universiti, saya buat pelbagai kerja dan bisnes semasa di universiti. Bukan sekadar belajar, tapi saya juga mencari pengalaman dan peluang untuk saya capai apa yang saya impikan. Semasa belajar juga saya belajar untuk berjimat semampu yang boleh kerana ingin membina simpanan sebanyak mungkin.
Saya telah letak target paling kurang pun kena ada minimum 50 gram simpanan emas untuk bayar balik pinjaman PTPTN.
Cara pertama saya lakukan adalah dengan mencari peluang perniagaan semasa di univerisiti bagi memenuhi hasrat untuk membuat simpanan emas minimum 2 gram setiap bulan. Apabila dapat untung berniaga saya akan beli emas secara konsisten setiap bulan.
Konsisten Simpan 2 gram emas Setiap Bulan
Minimum saya letak target beli 2 gram emas, ada kadang-kadang dapat beli lebih 2 gram setiap bulan, ada kadang-kadang saya dapat beli emas kurang 2 gram setiap bulan.
Tapi apabila di totalkan semua ianya menjadi satu jumlah yang besar setelah saya konsisten selama 2 tahun sepanjang tempoh pengajian saya semasa diploma di UPSI.
Apabila tamat sahaja saya belajar di univerisiti di peringkat diploma, saya sudah ada simpanan emas yang memang betul-betul dikhaskan untuk buat bayaran balik pinjaman PTPTN, malah simpanan emas saya telah melebihi target yang sebenar.
Saya tidak takut dan tidak ragu-ragu apabila saya beli dan simpan emas. Duit saya lebih selamat dan bertahan lama dalam bentuk emas, duit susah nak bocor dan susah untuk habis apabila duit kita digunakan untuk beli emas sebagai simpanan.
Ada duit belum tentu ada emas, ada emas sudah tentu ada duit. Inilah kata-kata saya yang selalu saya pegang dan bagitau kepada orang ramai supaya orang ramai faham tentang emas yang sebenar.
Pada awal permulaan saya beli emas dan simpan emas semasa di universiti, harga purata emas pada masa itu hanya RM180-RM190 sahaja untuk 1 gram, hari ini harga emas sudah capai RM250/gram dan pernah cecah sehingga RM304/gram hujung tahun lepas.
Sungguh untung saya jumpa cara ini untuk saya fungsikan simpanan saya untuk setelkan hutang dengan simpanan emas.
Situasi ini ibarat saya berjaya beli dan simpan emas 50 gram dalam masa 2 tahun dengan modal RM9000++ sahaja, tapi apabila saya jual balik emas tersebut pada hari ini saya dapat lebih kurang RM12,500++.
Saya sudah dapat extra keuntungan simpanan saya dalam masa tak sampai 3 tahun, malah ada lagi duit lebih. Inilah rahsia emas sebagai simpanan yang orang ramai tidak nampak terutamanya anak muda yang masih belajar di universiti.
Membalas Jasa Ibu Bapa
Alhamdulillah, hari ini saya telah ada income sendiri hasil daripada bisnes saya bersama Public Gold dan lain-lain bisnes sampingan, saya tidak perlu lagi buat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di peringkat degree, segalanya saya dapat guna duit sendiri hasil daripada bisnes dan simpanan saya.
Semasa saya menulis posting ini saya telah mula sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda di semester pertama dan saya tidak minta satu sen pun duit dari Umi dan Abah saya untuk membayar yuran pendaftaran dan yuran belajar di peringkat ijazaha sarjana muda ini. Saya hanya minta mereka doakan saya semoga terus maju jaya.
Kini adalah masa untuk saya pula “memberi” kepada mereka, tapi ianya masih tidak cukup lagi untuk dibandingkan dengan pengorbanan mereka untuk saya sebelum ini. Ia hanya sebagai satu hadiah untuk mengukirkan senyuman dan moga terus doakan kejayaan untuk anaknya. Terima kasih umi abah, saudara mara, sahabat, rakan-rakan dan kepada semua yang selalu bersama dan mendoakan saya. Terima kasih juga kepada Public Gold, bisnes yang saya lakukan sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah hari ini.
Nasihat saya untuk rakan-rakan dan untuk adik-adik yang akan sambung dan masih belajar, rancanglah kewangan sebaik mungkin, cuba paksa dan disiplinkan diri untuk buat simpanan sebanyak mungkin. Jangan banyak memberi alasan, cubalah untuk mencari peluang. Simpanlah emas sebagai simpanan untuk bayaran balik pinjaman sekiranya buat pinjaman. Jika tidak ambil pinjaman sekalipun, cuba juga untuk buat simpanan untuk hari akan datang, apabila tamat sahaja pengajian kita sudah ada sejumlah simpanan yang boleh membantu kita dalam melakukan apa jua perkara di hari mendatang.
Cubalah. InsyAllah.
Perkongsian daripada Tuan Azam Amiri | 29.03.2021 || ISNIN || 15 SYA’ABAN 1442
3. Perkongsian Pengalaman daripada Cikpuan Amira
Hebat!
Cik Amira selesaikan hutang PTPTN selepas setahun bekerja menggunakan medium simpanan emas.
Selesai sahaja pengajian di universiti, beliau sudah ada RM 15,000.00 hutang PTPTN yang perlu ditanggung dan dilunaskan.
Dengan tabungan RM 5000.00 pada masa itu, beliau terus beli 29 gram emas bernilai RM 170/gram.
Seterusnya pada tahun 2020, beliau jual emas tersebut dengan harga RM 293/gram.
Alhamdulillah setelah setahun bekerja, hutang PTPTN dah selesai dan boleh fokus pada komitmen yang lain.
Kelebihan Selesaikan Hutang dengan Simpanan Emas
Menginspirasikan dan tindakan yang bijak!
- Allocate duit nak bayar hutang dalam bentuk emas dan hold dulu sebab nak jual pada harga yang lebih mahal bila bertambahnya waktu.
- Memilih emas Public Gold sebab Public Gold janjikan belian balik
- Spread (selisih harga jual dan harga beli) goldbar 100gram rendah, hanya 7%. Bila spread rendah, kita dapat maksimakan keuntungan!
Begitulah bila ada ilmu. Dan yang lebih penting, ilmu tentang emas.
Tiada jenis simpanan yang terbaik jika kita tiada ilmu tentangnya. Bina keyakinan dan ilmu tentang emas, pasti kita tidak rasa rugi dengan emas.
Amacam, bolehla tiru dan buat aksi ini juga ya🤗
Tak perlu tunggu bekerja, kita usaha sediakan dana untuk selesaikan hutang PTPTN.
Ini salah satu caranya:
Saya Student, Kena Simpan Emas ke?
Perkongsian dikongsikan oleh sahabat dealer saya, Tuan Abu Hassan
Kisah benar:
SAYA STUDENT, KENA SIMPAN EMAS KE?
Soalan ni menarik.
Saya dapat soalan ni, apabila ada seorang junior saya yang masih menuntut di sebuah universiti awam tanya saya pasal simpanan emas.
Saya tanya kat dia, awak ada PTPTN atau JPA? Dia cakap dia ada JPA.
Saya tanya dia, tiap kali duit JPA dapat berapa ringgit yang dia dapat simpan sebagai simpanan masa depan.
Dia cakap, takde
“Mungkin sebab tak kawal belanja?” Jawab dia lagi.
“Ya, tak kawal sampai belanja pun dekat kopi Starbucks, Mc Donald, KFC, Subway, Baju, Seluar, Wayang dll kan?”
Dia cakap, “Ya. Tapi Starbucks tu jarang lah. Hehehe.”
“Belanja tak salah, yang salah tak simpan. Kita bukan simpan lepas belanja tapi belanja lepas simpan. Kalau tak, nanti bila habis belajar, sementara nak tunggu dapat kerja, nak guna duit mana? Nak pinjam duit mak ayah? Duit adik-beradik?”
Dia pun fikir panjang. Diam je.
Saya cakap kat dia, “Kita kena belajar simpan duit. Simpan kat tempat kita susah ambil.”
“Saya ada sorang kawan. Dulu belajar takde JPA, tak ambil PTPTN, harapkan kerja part-time, zakat Maidam je. Tu pun zakat dapat masa tahun akhir.”
“Habis belajar dia ada simpanan RM5000 lebih. Hasrat dia, duit tu nak buat beli cincin, nak kahwin.”
Dia tanya, “Macam mana dia buat?”
“Dia kerja part-time, ada duit lebih je dia simpan.”
“Awak beruntung, dapat JPA. Tak payah dah fikir mana nak dapat duit bulan-bulan bayar itu ini. Cuma kena atur je macam mana nak urus macam mana nak simpan dengan berkesan.”
“Pandangan abang Abu, nak simpan kat mana paling sesuai?”
“Cuba awak simpan guna emas. Sebab kalau simpan duit dalam bank, nak keluar, bukan main senang, sebab ATM merata, internet banking hujung jari.”
“Kalau emas, walaupun mudah nak jual, jaminan beli-balik emas 100% tapi sifatnya beku”
“Nak cairkan mesti kita fikir panjang dulu sebab apa nak cairkan emas aku ni.”
“Alah. Mesti mahal. Sebulan mana mampu saya nak beli rantai emas. Mahal tu.” Celahnya
“Saya tak cakap kena beli rantai emas. Saya cakap simpan emas. Dengan RM100 sebulan pun kita dah boleh beli emas”
“Ohhh. Iya ke? Macam mana?”
Saya pun terang panjang lebar pada dia pasal GAP, pasal EPP.
Lepas dengar, dia ada kesedaran, tapi macam biasalah, belum tergerak nak mula simpan lagi hari tu. Tapi, dua hari lepas tu, dia mesej semula, dia cakap dia nak mula simpan emas.
Mak dia cakap simpan emas bagus untuk masa depan.
Saya sangat gembira kalau junior-junior saya makin sedar bagaimana urus kewangan dengan baik. Saya teruja bila diorang tak ulang apa yang pernah saya buat zaman belajar dulu. Selalu saya kata pada diorang,
“Kematangan menguruskan wang, ukurannya bukan pada umur, tapi pada mindset.
Mindset orang berjaya, dia kurang berhutang, dan dia banyak menyimpan.”
Abu Hasan
Dengan emas, pelajar boleh selesaikan hutang PTPTN dengan lebih mudah!
Dengan Public Gold, kita boleh simpan emas walaupun dengan RM100 dan tak perlu juga simpan setiap bulan.
Jika nk mula simpan emas, boleh ikut step ini, atau contact saya untuk bimbingan.
1 thought on “Selesaikan Hutang PTPTN dengan Emas”