Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Mana Lebih Baik; Emas Fizikal atau Akaun Emas GAP?

theaininsofia, May 19, 2023August 1, 2023
Table of Contents
[Open][Close]
  • Kaedah dan Kesesuaian
    • Tujuan yang Sama: Emas Fizikal!
    • #1 Bajet
    • #2 Keselamatan | Simpan Sendiri
      • Harta Sebenar
  • Perbezaan Emas GAP dan Emas Fizikal (EPP & Outright Purchase)
    • Akaun Emas GAP
    • Emas Fizikal (Outright dan EPP)
    • Jangan Pening, Tujuannya Sama!

“Saya berminat nak simpan emas tetapi mana kaedah yang lebih baik?”

“Simpan dengan Akaun Emas GAP atau beli terus emas fizikal?”

“Mana yang lebih baik, beli secara terus emas fizikal atau dengan akaun emas GAP?”

Ini adalah antara soalan yang kerap ditanya oleh bakal penyimpan emas dan penyimpan emas baru.

Kaedah dan Kesesuaian

Tujuan yang Sama: Emas Fizikal!

Sebenarnya, setiap kaedah semuanya bertujuan untuk kita miliki emas iaitu emas fizikal.

Ya, akaun emas GAP ialah satu kemudahan yang Public Gold sediakan untuk kita miliki emas fizikal serendah RM 100, iaitu untuk orang yang rendah bajetnya tapi nak simpan emas.

Dulu nak simpan emas kena ada RM 700 ke atas (item 1 dinar yang paling kecil). Tiada fasiliti akaun emas GAP.

Simpan Akaun Emas GAP, Tukar Emas Fizikal
Simpan Akaun Emas GAP, Tukar Emas Fizikal

Dengan akaun emas GAP, kalau kita dah ada RM 100, kita dah boleh simpan emas!

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • Handbook Gold Accumulation Programme

#1 Bajet

Jadi sebenarnya pilihan ini bergantung kepada bajet kita.

GAP atau Emas Fizikal?
GAP atau Emas Fizikal?

Kalau kita dah ada bajet untuk sesuatu item emas contohnya 10gram goldbar.

Harga hari ini 10gram contohnya RM 3,098

Lebih murah untuk kita beli dan simpan secara terus (emas fizikal) daripada akaun emas GAP.

Kalau kita belum ada bajet dan nak miliki 10gram goldbar, kita boleh pilih pilihan menabung gram emas dengan akaun emas GAP serendah RM 100 mahupun EPP.

Sifirnya mudah.

Lebih besar gram,

lebih murah harga pergram,

lebih rendah % spread,

lebih untung nilai jual balik emas nanti.

Jadi,

Ia bergantung kepada bajet dan cara yang kita selesa.

#2 Keselamatan | Simpan Sendiri

Walaubagaimanapun, ada sahaja penyimpan emas berbajet besar sukakan akaun emas GAP.

Ini kerana penyimpanan emas di akaun emas GAP adalah tanpa caj dan percuma sahaja seumur hidup!

Mereka risau untuk simpan sendiri dan nak Public Gold simpankan.

Bila bila masa ready nak keluarkan, klik saja butang withdraw di apps ataupun website Public Gold.

Siapa Yang Sesuai Simpan Gold Accumulation Program
Siapa Yang Sesuai Simpan Gold Accumulation Program?

Artikel berkaitan:

  • Tutorial Keluarkan Emas dari Akaun Emas GAP

Harta Sebenar

Walaubagaimanapun, Public Gold sarankan untuk penyimpan emas keluarkan emas mereka dan simpan sendiri.

Ini kerana emas berfungsi dengan sempurna dalam keadaan fizikal. Harta yang sebenar ialah harta yang ada dalam tangan kita.

Jika berlaku krisis ekonomi, emas ada dalam pemilikan kita.

Ada duit yang banyak dalam bank, kita tak boleh buat apa- apa kalau terjadinya perang.

Sebab itu, selalu Public Gold keluarkan design menawan untuk penyimpan emas keluarkan emas mereka walaupun 1gram.

Perbezaan Emas GAP dan Emas Fizikal (EPP & Outright Purchase)

Ini adalah antara perbezaan antara emas akaun GAP dan emas fizikal (secara terus atau EPP).

GAP atau Emas Fizikal?
Beza Cara Belian Emas Public Gold

Akaun Emas GAP

  • Harga diupdate harian
  • Beli gram emas, belum pilih item emas.
  • Public Gold simpankan
  • Sesuai bajet kecil. Ada RM 100 dah boleh mula menabung emas.
  • Perlu tinggal baki 1gram bila keluarkan emas sebagai syarat untuk akaun aktif (boleh dikeluarkan bila nak tutup akaun)

Emas Fizikal (Outright dan EPP)

  • Harga diupdate setiap 20 minit mengikut harga dunia
  • Sudah pilih item emas
  • Bila beli, Public Gold terus poskan (kita simpan sendiri)
  • Sesuai bajet besar. Cadangan 1 dinar ( Bajet RM 1300+) kerana ada nilai pelaburan. Item emas kecil tidak recommended kerana harga pergram mahal (0.5gram, 1gram, 5gram)
  • Tidak perlu tinggal baki 1gram dalam akaun

Jangan Pening, Tujuannya Sama!

Ya, semua fasiliti Public Gold ini hanya nak bantu kita miliki emas fizikal. Tujuan akhirnya sama!

Kita hanya perlu pilih kaedah berdasarkan bajet dan keselesaan kita.

Kalau ada bajet yang cukup, terus beli atau simpan emas fizikal idaman kita.

Nak berdisiplin menabung emas setiap bulan, set autodebit di akaun emas GAP.

Yang penting, mula dan simpan emas untuk lindungi kekayaan dan harta kita.

Formula:

  • Small bars item, lebih untung beli dengan akaun emas GAP sebab harga pergram mahal jika beli terus walaupun harganya nampak murah
  • 1 dinar ke atas, kalau ada bajet, boleh beli terus emas fizikal

Ainin?

Ainin menabung sikit sikit di akaun emas GAP untuk target gram emas yang besar kerana gram emas yang besar, susut nilai yang kecil.

Bila susut nilai kecil, lebih cepat untung bila dijual pada harga tinggi nanti.

Ainin set GAP autodebit setiap bulan. Bila gram emas banyak terkumpul, Ainin keluarkan.

Contohnya, bila sampai 21gram, Ainin keluarkan 20gram.

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
AKAUN EMAS GAP ARTIKEL EMAS CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD Emas Public Gold SIMPAN EMAS Tips Mula Simpan Emas akaun emas GAP

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan EmasTestimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Kita ialah Himpunan Rutin
  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • “Biar tak sedar menabung!”

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d