- 1. Syarikat tak beli balik emas
- 2. Penjual tak beli balik emas jika emas itu calar, goris, bengkok atau pun jika resit belian hilang.
- 3. Anda jual emas syarikat A kepada syarikat B. Contoh, beli emas jenama Public Gold tapi pergi jual kat syarikat pembeli emas terpakai atau mana-mana individu yang beli emas terpakai.
Ya, inilah yang dikongsikan oleh Mahaguru Emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim.
Nak simpan emas ni senang saja, di sekeliling kita pasti ada kedai- kedai emas atau di hujung jari, pelbagai pilihan syarikat emas yang kita boleh pilih, kan?
Tapi, bukankah concern utama kita bila kita simpan atau beli emas ni ialah mudah atau susah tak kita bila kita nak jual balik?
Haa, rupanya tak mudah tuan puan.
Ini perkongsian daripada Tuan Syukor Hashim:
Jika anda nak jual emas semula bukan semudah membeli emas.
Silap haribulan anda boleh rugi banyak. Namun dengan ilmu yang betul, anda boleh elakkan kesilapan sewaktu menjual emas.
Mari saya kongsikan pengalaman jual emas yang pernah saya jumpa.
Syukor Hashim
1. Syarikat tak beli balik emas
Fuh! Ini yang paling naya sekali. Ada syarikat yang tahu menjual emas namun tidak menerima kembali jika anda nak jual emas kepada mereka.
Antara variasi kes ini adalah syarikat tersebutada jual emas digital (akaun simpanan emas digital). Pembeli boleh jual beli emas digital dalam akaun.
Namun apabila pembeli mengeluarkan emas fizikal daripada akaun tersebut, syarikat itu tidak membeli balik emas fizikal tersebut dan meminta pembeli menjualnya kepada kedai emas.
2. Penjual tak beli balik emas jika emas itu calar, goris, bengkok atau pun jika resit belian hilang.
Ada syarikat yang menjual emas dalam sarung plastik (laminated bar contohnya emas LBMA ke) kemudian jika anda buka sarung tersebut maka mereka tidak mahu membeli balik emas tersebut atau pun susut nilai tambahan dikenakan.
Alasan; gold bar tu tak boleh dijual semula kepada pembeli baru.
3. Anda jual emas syarikat A kepada syarikat B. Contoh, beli emas jenama Public Gold tapi pergi jual kat syarikat pembeli emas terpakai atau mana-mana individu yang beli emas terpakai.
Memang dapat harga rendahlah jawabnya.
Silap-silap boleh lari sampai RM20-30 segram. Rugi banyak.
Jadi, sebelum anda beli emas fizikal, apa kata anda buat homework sikit.
Tanya dealer syarikat berkenaan, apakah syarat jual balik emas syarikat anda?
Kalau buka sarung plastik macammana? Kalau tergoris macammana? Kalau resit asal hilang macammana?
Kalau anda tak tanya, besar kemungkinan mereka tak jawab.
Macam Public Gold, mereka beri jaminan belian balik walau calar, goris, bengkok, kemek, resit tak ada. No problem.
Harga sama seperti dalam website.
Peace of mind.
Tips tambahan jika anda nak jual emas.
Sekarang Public Gold menawarkan harga yang tinggi untuk barang kemas 916 yang rosak, buruk, lusuh dan putus.
Public Gold juga membeli jongkong emas jenama lain pada harga tertinggi.
Bandingkan harga pembeli emas terpakai lain dan harga Public Gold.
Jika anda jual kat menara Public Gold maka anda dapat cash on the spot.
Jika jual kat branch Public Gold, anda dapat tunai dalam akaun bank dalam tempoh 1 hari bekerja.
Sekian tips saya
Artikel berkaitan: