Part ni terinspirasi sangat daripada perkongsian seorang penyimpan emas tegar iaitu Cikgu Amimah pada Rabu malam lepas di G100 weekly Sharing, bertajuk Kaya dengan Emas. Boleh tekan gambar pertama untuk tonton.
Beliau ingin renovate dapur dan memerlukan belanja sekitar RM35 000. Beliau berkira-kira ingin membuat personal loan.
Nasib baik beliau teringatkan gold bar yang ada dalam simpanan dan terus pergi ar-rahnu. Dapat lah wang tunai terus RM 35 657.54.
Setelah campur kos upah simpan dan compare dengan membuat personal loan, beliau dapat menjimatkan RM27 518.05. Banyak tu kawan-kawan.
So, banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah Cikgu Amimah yang sangat konsisten menyimpan emas.
- Beliau dapat menjimatkan duit beribu-ribu ringgit. Emas pun tak hilang, masih ada dalam simpanan.
- Alhamdulillah beliau terlepas dari bebanan hutang selama 10 tahun.
- Emas adalah aset yang mudah cair. Sangat berguna pada masa kecemasan dan memerlukan duit.
- Urusan Ar rahnu tidak lah sesusah yang disangka. Malah Public Gold pun mempunyai rakan niaga dengan Ar-rahnu Pos Malaysia.
Begitulah, ada emas, automatik ada duit. Emas adalah harta yang sebenar, wang yang sebenar. Tapi, bila ada duit, tak semestinya kita ada emas, tak semestinya kita ada kekuatan nak beli emas.
Beli emas perlu paksaan, dan perlu ilmu.
Artikel berkaitan: Arrahnu Gap
Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006
1 thought on “Ada Emas, Ada Duit: Arrahnu vs Loan Bank”