Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Perkara yang Kita Perlu Tahu untuk Pajak Emas di Arrahnu; Mana, Bila dan Berapa?

Posted on November 16, 2021October 10, 2023 by theaininsofia
download ebook 5 minit emas

Kelebihan Emas; Ada Emas Ada Duit

Simpan emas dan simpan wang di bank memang berbeza. Simpan duit di bank, kita memang akan diberikan dividen bila cukup waktu disebabkan bank menggunakan duit kita untuk tujuan pelaburan. Jika kita mengeluarkan duit kita awal dari waktunya, kita tidak akan dapat dividen yang dijanjikan.

Sebaliknya, simpan emas di tangan, harta kita berada dalam pemilikan kita. Emas kita harta kita yang sebenar.

Emas public gold 250 gram
Emas public gold 250 gram

Walaupun bukan dalam bentuk wang kertas, emas bila bila masa sahaja kita boleh tukarkan dalam bentuk wang kertas.

Bila bila kita perlukan duit, kita boleh cagarkan emas kita untuk mendapatkan tunai segera.

Ini bermakna, emas juga duit, tapi dalam bentuk yang lebih kukuh.

Ainin Kongsi
  • Kelebihan Emas; Ada Emas Ada Duit
  • Masa Sesuai untuk Pajak atau Jual Emas di Arrahnu
  • Di Mana Nak Pajak Emas Public Gold?
  • Apa Perkara Yang Perlu Bawa ke Arrahnu untuk Pajak Emas?
    • Sijil Emas Hilang! Macammana Nak Pajak?
    • 3 Perkara Perlu Tahu Tentang Arrahnu.
  • Berapa Pinjaman Yang Diberi oleh Arrahnu?
  • Upah Simpan oleh Arrahnu.
    • Cara Bayar Upah Simpan Arrahnu.
  • Berapa Lama Tempoh Pinjaman?
    • Tebus Awal
    • Cara Sambung Pajakan bila Tamat Tempoh
  • Arrahnu GAP
  • Rujuk Introducer

Masa Sesuai untuk Pajak atau Jual Emas di Arrahnu

Bila masa yang sesuai kita nak pajak atau jual emas kita?

https://www.tiktok.com/@thaininsofia769/video/7030398662173822210?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7031085817296946690

Kita boleh pajak atau jual emas kita bila kita perlukan duit.

  1. Biasanya, orang pajak akan emas bila harga emas jatuh mendadak lebih 10% dan mereka pajak emas untuk beli lebih banyak emas. Teknik ini dinamakan teknik manipulasi arrahnu. Tapi hati-hati sebab pergerakan harga pasaran emas tidak dapat dijangka. Jika harga emas mendatar, bukan untung malah kerugian yang kita akan dapat. Jadi, perlu ada ilmu dan jangan ikut ikut orang. Sebaiknya, elakkan jika tidak ada keperluan
  2. Usahawan yang memajak emas untuk modal bisnesnya.
  3. Belanja hangus bila kita masa masa emergency. Kita pajak dan dapat duit segera tanpa buat loan atau pinjaman dengan saudara

Ini perkongsian pengalaman daripada penyimpan emas yang memajak emas untuk kegunaan mereka.

Testimoni Arrahnu Pajak Emas Public Gold oleh Tuan Faizz Daharin: Emas Aset Mudah Cair, Senang untuk Dipajak
Kongsi Puan Fiza, majikan memajak emas untuk membayar gaji pekerja
Kongsi Tuan Azinuddin tentang stigma memajak emas
Kongsi Tuan Sabri memajak emas sebagai modal untuk beli hartanah
Kongsi Puan Layla yang memajak emas sebagai modal bisnes borong barang dari Cina
Kongsi Tuan Jusri yang memajak emas sebagai modal pusingan bisnes semasa musim perayaan
Kongsi Tuan Suhairul yang memajak emas sebagai pinjaman dan wang segera tanpa pinjaman bank atau dari saudara mara
Kongsi Tuan Faizz, aura nak bayar emas berbeza dengan membayar wang
Kongsi Tuan Hamizal yang menyimpan duit percutian melalui kaedah emas dan memajaknya. Bercuti dapat, emas pun dapat!
Kongsi Puan Iman yang memajak emas untuk membeli bitcoin. Emas dapat, bitcoin pun dapat

Impressive kan? Berguna dan bermanfaat sangat emas dalam kehidupan kita. Kita sentiasa boleh tukarkan emas kepada wang segera bila kita perlukan.

Hobi menyimpan emas ni tak rugi, sebaliknya akan membantu kita bila bila masa kita perlukannya.

Di Mana Nak Pajak Emas Public Gold?

Saya nak guna duit, mana boleh saya pajak atau jual emas saya?

https://www.tiktok.com/@thaininsofia769/video/7029606428990049538?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7031085817296946690

Boleh terus ke syarikat pajakan Arrahnu (halal), bukan ke kedai pajak biasa. Banyak cawangan Arrahnu yang kita boleh pergi, google saja Arrahnu yang berdekatan dengan tempat kita. Tapi elakkan pergi ke Arrahnu bank untuk elakkan rekod CCRIS.

Atau boleh saja pajak atau jual emas di mana mana cawangan Public Gold. Public Gold terima 🤗 Senang kan. Boleh check cawangan Public di sini.

@theaininsofia769

Tempat #pajakemas #jualemas #publicgold #simpanemas #financeguru

♬ Night Changes – Elliot James Reay

Apa Perkara Yang Perlu Bawa ke Arrahnu untuk Pajak Emas?

Apa yang perlu kita bawa kalau kita nak pajak emas? Dokumen apa?

Berdasarkan pengalaman,
First thing 1st, of courselah kena bawa

  1. Emas
  2. Lepastu bawak sijil emas. Jadi sijil emas kena simpan dengan rapi tau sebab Arrahnu akan minta. Sijil emas ni ibarat surat beranak emas, yang akan disertakan sekali bila kita beli emas.
  3. Nak lagi selamat, bawak resit belian. Ada syarikat yang tak minta tapi standby jelah.
  4. IC kita.

Bila kita perlukan duit, bawa saja emas kita ke Arrahnu atau mana mana cawangan Public Gold untuk dapatkan cash segera. Tak perlu pinjam sesiapa.

https://youtu.be/TFThMIQdTrU
https://www.tiktok.com/@thaininsofia769/video/7029515197542845697?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7031085817296946690

Sijil Emas Hilang! Macammana Nak Pajak?

Tapi bagaimana pula kalau sijil emas hilang? Adakah Arrahnu akan terima?

Pertama, tanya atau survey dahulu Arrahnu di tempat kita dahulu jika mereka atau terima atau tidak.

Jika mereka tidak terima, boleh sahaja ke cawangan Public Gold untuk pajak atau jual emas kita yang kehilangan sijil emas itu.

Public Gold terima emas yang hilang sijil tetapi RM 10 akan ditolak dari harga total.

3 Perkara Perlu Tahu Tentang Arrahnu.

Ini perkongsian tentang Tips dan Teknik Arrahnu 3 November lepas oleh team G100 Public Gold. Banyak ilmu dapat tentang apa yang kita perlu tahu tentang Arrahnu.

Antaranya tentang
✔️Marhun
✔️Margin
✔️Kos upah.

Boleh tonton video di atas untuk penerangan lanjut.

Berapa Pinjaman Yang Diberi oleh Arrahnu?

Pinjaman yang diberi berbeza di setiap Arrahnu. Jadi kita kena survey sendiri berapa pinjaman yang diberi berdasarkan tempat kita.

Selalunya pinjaman yang diberi adalah di antara 65% hingga 70% atas nilai semasa emas yang dipajak.

Nilai emas semasa juga bukan berdasarkan harga semasa yang dijual oleh pengeluar emas tetapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh setiap Arrahnu itu sendiri. Harga setiap Arrahnu juga berbeza. Telefon dan tanya kerana kebanyakan Arrahnh tidak memaparkan harga semasa mereka di laman web.

Jadi kita pilihlah Arrahnu yang memberikan pinjaman yang lebih tinggi.

Emas kita nanti akan diuji ketulenannya melalui alat yang dikenali sebagai densimeter.

Tapi survey juga upah simpan.

Upah Simpan oleh Arrahnu.

Caj pajakan Arrahnu dinamakan upah simpan. Istilahnya juga dikenali sebagai marhun.

Upah simpan juga berbeza mengikut setiap Arrahnu.

Upah simpan yang diambil biasanya adalah di antara 0.7% hingga 0.8%. Jadi pilih juga upah simpan yang rendah.

Cara Bayar Upah Simpan Arrahnu.

Caj adalah tetap walaupun harga emas naik atau turun. Kita bebas membayar upah simpan pada bila bila masa, iaitu

  • Sepanjang tempoh pajakan atau
  • Sekaligus semasa menebus emas itu nanti di akhir pajakan.

Berapa Lama Tempoh Pinjaman?

Biasanya, tempoh pinjaman Arrahnu ialah enam bulan. Ada Arrahnu yang melanjutkan tempoh pinjaman sehingga sembilan ke setahun.

Selepas habis tempoh pinjaman, kita perlu menebus semula emas kita atau emas kita akan dilelong.

Kalau kita mahu lanjutkan lagi tempoh pinjaman, kita perlu perbaharui surat pajak kita.

Tebus Awal

Walaubagaimanapun, kita bebas menebus awal emas kita! Tidak semestinya kena tunggu sehingga habis tempoh pinjaman.

Jika kita tebus emas kita awal dari waktunya, kita hanya membayar untuk tempoh itu sahaja.

Contohnya kita menebus emas kita selepas sebulan, maka kita hanya membayar upah simpan untuk sebulan sahaja!

Selepas capai matlamat dan tujuan kita dan ada wang untuk tebus semula, cepat cepat pergi tebus semula. Tindakan ini akan menguntungkan kita supaya tidak membazir membayar upah simpan jika kita sudah berkemampuan menebus semula emas.

Cara Sambung Pajakan bila Tamat Tempoh

Kalau kita mahu melanjutkan lagi tempoh pinjaman, buat langkah ini:

  • Sebelum habis tempoh pajakan, pergi ke Arrahnu dan selesaikan upah simpan untuk tempoh sebelumnya.
  • Kemudian, emas akan dinilaikan mengikut harga semasa.

Contohnya sebelumnya kita memajak 1 dinar yang berharga RM 1000. Tetapi apabila kita mahu menyambung tempoh pajakan, nilai 1 dinar naik ke RM 1500.

Maka nilai pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atau 70% ke atas RM 1500. Caj simpan juga akan dikenakan ke atas nilai baru iaitu RM 1500.

Itu kalau situasi harga menaik, jika harga emas menurun, kita kena bayar dahulu harga perbezaan pinjaman di antara yang sebelumnya dan yang baru.

Sebab itulah bahaya kalau kita memajak emas tanpa ilmu dan tanpa tujuan. Hanya pajak emas bila yakin kita boleh balik pinjaman dan selepas capai tujuan, cepat cepat tebus emas kita itu.

Jika tidak mampu, jual sahaja emas kita dan InshaaAllah kita kumpul semula untuk menyimpan emas. Sekurang-kurangnya, emas kita telah membantu kita mencapai tujuan kita.

Arrahnu GAP

Yang Ainin terangkan di atas ialah cara pajak emas fizikal yang berada di tangan kita.

Di Public Gold, ada kaedah yang dinamakan Gold Accumulation Program yang mana emas fizikal kita disimpan secara percuma oleh Public Gold.

Ini penerangan Ainin mengenai GAP:

Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli 2024

Walaupun Public Gold yang simpankan, kita juga boleh pajak emas kita!

Untuk GAP, ada kemudahan Arrahnu yang kita boleh apply direct di website yang disediakan oleh Public Gold.

Kita tak perlu keluarkan, tak perlu ke branch dan seterusnya ke Arrahnu, semuanya boleh dilakukan online saja, termasuk membayar kos upah simpan dan membayar semula kos pinjaman. Sangat mudah!

Ainin kongsi tentang Arrahnu GAP:

Pajakan Emas guna Servis Arrahnu Gold Accumulation Program
Artikel Ainin berkongsi mengenai Arrahnu melalui kaedah Gold Accumulation Program Public Gold

Ini perkongsian oleh Dr Khairi tentang servis pajakan Arrahnu GAP.

Kongsi Tuan Khairi tentang Arrahnu GAP: Memang sangat senang!

Jadi, inilah salah satu kelebihan bila kita menyimpan emas iaitu kita dapat memajak emas kita untuk mendapatkan wang segera bila bila masa kita perlukan wang.

Kita tidak perlu membuat pinjaman peribadi daripada bank dan tidak perlu meminta atau meminjam dari sanak saudara atau kawan kawan.

Save gold today, InshaaAllah it will save you tomorrow.

Inilah maksudnya bila kita ada emas, sebenarnya kita ada duit. Ada emas, automatik ada duit. Jadi bila kita ada duit, berusaha tukarkan sebahagiannya kepada emas kerana hari tak selalunya cerah.

Rujuk Introducer

Bagi penyimpan emas yang sudah ada PGcode dan akaun bersama Public Gold, sila rujuk introducer anda untuk bertanyakan soalan.

Untuk penyimpan emas team Ainin dan yang belum ada akaun bersama Public Gold, boleh hubungi Ainin untuk Ainin bantu.

Untuk penyimpan emas jenama Public Gold atau bukan Public Gold yang ingin pajak atau jual emas kepada Public Gold, sila daftar dahulu dan walk in ke branch Public Gold.

Artikel berkaitan:

  • Pengalaman Pajak emas 20gram
Daftar Percuma Akaun Public Gold
WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, PAJAK DAN ARRAHNU, SIMPAN EMAS

2 thoughts on “Perkara yang Kita Perlu Tahu untuk Pajak Emas di Arrahnu; Mana, Bila dan Berapa?”

  1. Pingback: Perlu Wang Segera: Pajak atau Jual Emas? - The Ainin Sofia
  2. Pingback: Tempat Pajak Emas Public Gold Tanpa Buka Seal - The Ainin Sofia

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 111 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d