Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Pengalaman Pajak Jongkong Emas Public Gold 20g di Cawangan Public Gold Kuantan 2022

Posted on January 28, 2023January 28, 2023 by theaininsofia
Pajak Emas di Cawangan Public Gold
  • Pengalaman Pajak Emas
    • Proses
  • Tips Pajak Emas
    • Pajak mengikut Kegunaan
    • Guna Mengikut Keperluan
    • Cepat cepat Tebus
  • Kesimpulan
    • Pajak
    • Emas adalah Duit

Pengalaman Pajak Emas

Ini sebenarnya dah kali kedua Ainin pajak emas. 

Kali pertama ainin pajak emas masa Ainin bayar yuran Masters beberapa tahun lepas. Sebenarnya masa tu ada saja duit cash dekat tangan tapi saja nak merasa pengalaman pajak emas haha!

Kali kedua ni ainin pajak emas untuk beli barang keperluan rumah iaitu mesin pengering pakaian (dryer). Walaupun sebenarnya dryer ini adalah dalam kategori kemahuan tetapi ia jadi keperluan pada Ainin pada masa itu sebab Ainin pantang sendiri. Tambahan pula, pantang pada musim hujan dan banjir. Jadi, ibu Ainin menyarankan untuk menyegerakan pembelian dryer.

Selepas proses survey oleh suami Ainin, dengan mengambil kira jenis dryer yang paling sesuai dengan muatan pakaian yang besar serta penggunaan elektrik yang menjimatkan, kami mengambil keputusan untuk memilih dryer Midea 10kg jenis heat pump. Jumlah kos lebih kurang dalam RM 2000+-.

Sebenarnya cash ada tersedia tetapi mencukupi untuk keperluan lain. Long story short, Ainin mengambil keputusan untuk pajak emas bertujuan beli dryer tersebut.

Proses

Ainin memajak emas Public Gold di Public Gold Kuantan iaitu cawangan Public Gold yang paling dekat dari lokasi rumah Ainin pada Oktober 2022 lalu.

Kalau nak tahu kalau nak pajak atau jual emas kita boleh walk in saja ke mana-mana cawangan public gold di seluruh Malaysia. Public gold terima semua jenis brand emas. Setahu ainin, public gold adalah antara syarikat yang terima emas dengan harga yang tinggi!

Boleh bawa IC dan semestinya emas yang kita nak pajak.

Setibanya di cawangan public Gold kita perlu daftar dan staff akan membantu kita dalam proses pajak.

Staff akan menguji ketulenan emas seterusnya wang yang akan kita pinjam diterima cash on the spot selepas menandatangani beberapa borang. Mudahkan?

Staff Public Gold sedang menguji ketulenan emas menggunakan densimeter

Kali ini, Ainin pajak 20 g emas. Nilai marhun yang diperolehi ialah RM 7300 dan 60% pinjaman (berubah mengikut syarikat atau cawangan arrahnu). Jadi, jumlah pinjaman ialah RM 4380 manakala upah simpan pula (1 % mengikut daripada nilai marhun, bergantung kepada berat emas) ialah RM 73.

Artikel berkaitan

  • Perkara yang Kita Perlu Tahu untuk Pajak Emas di Arrahnu; Mana, Bila dan Berapa?
  • Ada Emas, Ada Duit: Arrahnu vs Loan Bank
  • Tempat Pajak Emas LBMA Public Gold Tanpa Buka Seal
  • Pajakan Emas guna Servis Arrahnu Gold Accumulation Program

Pajakan kali ini sebenarnya Ainin ada melakukan kesilapan. Ainin kongsikan di bawah.

Tips Pajak Emas

Pajak mengikut Kegunaan

Ingat tak ainin sebenarnya hanya perlukan dalam RM RM 2000 sahaja tapi Ainin terima dalam RM 4000 lebih. Sepatutnya ainin hanya minta jumlah yang diperlukan sahaja. Ini kerana upah simpan dikira berdasarkan berat emas yang kita pajak dan juga jumlah wang yang kita pinjam! Jadi ainin dah perlu bayar jumlah wang yang tak sepatutnya kena bayar walhal baki RM 2000 tu ainin tak guna pun.

Lain kali, kalau kita nak guna atau pinjam wang dalam jumlah yang sedikit sahaja, kita hanya perlu pajak item kemas yang kecil sahaja. Tak perlu pajak item emas yang besar.

Nanti kita akan rugi pada upah simpan.

Guna Mengikut Keperluan

Macam dalam situasi ainin, ainin telah terima dalam RM 4000 tapi ainin hanya perlukan RM 2000.

Jangan rasa seperti kita terima duit bonus, habis nak guna semua! Tak, kita hanya pinjam dan perlu bayar balik untuk tebus semula emas kita.

Jadi walaupun Ainin terima dalam RM 4000 tapi Ainin hanya guna RM 2000 supaya dapat cepat tebus semula emas.

Cepat cepat Tebus

Ainin pajak emas pada bulan Oktober. Lepas dapat modal untuk bayar balik pada bulan Januari, ainin terus cepat-cepat tebus pada bulan Januari walaupun tarikh matang ialah pada bulan April.

Kenapa nak tebus cepat cepat emas?

Jadi kita boleh jimat upah simpan dan elakkan bayar upah simpan yang sebenarnya kita tak perlu bayar pun bila kita ada kemampuan tebus emas awal.

Kesimpulan

Pajak

Bila kita ada emas, kita ada kemudahan untuk pajak emas kita, kemudahan yang tidak ada pada barang-barang lain dan juga tak macam aset harta yang lain seperti rumah dan tanah.

Kecairan emas lebih tinggi berbanding rumah dan tanah.

Emas adalah Duit

Daripada kita pinjam duit dengan orang lain ataupun lebih teruk pinjam dengan ahlong, lebih baik kita pinjam daripada diri kita sendiri.

Jadi emas sebenarnya harta yang paling baik sebab mudah cair. Emas juga adalah duit. Bila kita ada emas kita ada duit.

Bila kita beli emas, kita hanya tukarkan duit ke dalam bentuk yang lebih kukuh. Duit tak hilang pun, malah akan meningkat dengan masa!

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Emas Public Gold, Kelebihan Public Gold, PAJAK DAN ARRAHNU, SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d