- Hadiah bayi 1 Dinar
- #1 Emas sebagai harta
- #2 Emas bernilai di seluruh dunia
- #3 Emas sebagai hadiah berharga
- #4 Emas ada nilai sentimental
- #5 Harga emas naik dalam jangka masa panjang
- Kesimpulan
Perkongsian ini ialah daripada Mahaguru emas Tuan Syukor Hashim.
Ainin simpankan perkongsian beliau beliau pada khas di bawah tag #notaemassyukorhashim di blog Ainin ini.
Kali ini beliau berkongsi kisah menghadiahkan bayi rakannya hadiah satu Dinar sekitar sembilan tahun lalu.
Apa cerita emas hari ini? 21/1/2023
Hadiah bayi 1 Dinar
Throwback 9 tahun lepas ketika Hafizul Hakim mendapat baby Altamis Hani Harris, 19/1/2014
Saya bagi hadiah 1 dinar kepada baby Altamis.
Harga dinar waktu itu RM585 sahaja, siap ada gambar resit lagi.
Kenapa hadiah dinar emas?
#1 Emas sebagai harta
Sebab guru emas saya, En. Abdul Halim mengajar saya satu konsep iaitu emas ini patut dijadikan sebagai harta bagi seorang manusia.
Kenapa? Sebab pertama, emas bernilai untuk selama-lamanya. Tidak akan berlaku peristiwa emas akan hilang nilainya.
#2 Emas bernilai di seluruh dunia
Kedua, emas bernilai di seluruh dunia. Jadi kalau Altamis bawa emas nie ke mana-mana sahaja di seluruh dunia, ia boleh dicairkan dengan mudah.
#3 Emas sebagai hadiah berharga
Ketiga, emas dianggap sebagai berharga. Jadi penerima emas @ ibu bapa bayi yang terima hadiah emas tu, pastu akan simpan elok-elok emas ini.
#4 Emas ada nilai sentimental
Keempat, hadiah ini mempunyai nilai sentimental dan nilai harta.
Jadi berkemungkinan besar ia tidak akan dijual walaupun harga emas naik, tak seperti emas yang dibeli untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
#5 Harga emas naik dalam jangka masa panjang
Kelima, kita boleh tengok kenaikan nilai emas dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, harga dinar ini sekarang adalah sekitar RM1100 sekeping.
Jadi alangkah seronoknya menerima hadiah yang semakin lama semakin berharga berbanding barang lain berkemungkinan akan rosak dan hilang nilai.
Satu hari nanti, saya mungkin dah takde di dunia namun Altamis yang dah dewasa berkemungkinan besar masih simpan dinar emas ini sebagai harta dia 🥰
Kesimpulan, berikan hadiah emas kepada bayi yang baru lahir. Ia ibarat anda memberikan harta terbaik kepada bayi tersebut!
Kesimpulan
Ainin sendiri pun mula menyimpan emas sembilan tahun lepas. Jadi Ainin jadi saksi harga emas 1 dinar ni sebab Ainin pun bermula dengan beberapa kepingan dinar.
Betullah orang kata,
Simpan emas ni menyesal!
menyesal tak mula awal dan menyesal tak simpan banyak-banyak!
Bila Ainin sendiri jadi saksi dengan kenaikan harga emas sebab tu lah Ainin bersungguh-sungguh untuk berkongsi kebaikan emas kepada komuniti.
Percayalah, simpan emas tak pernah rugi!