Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Emas dan Impian; Kos Haji Menurun melalui Simpanan Emas

Posted on January 19, 2023March 2, 2023 by theaininsofia
Simpan Dana Haji dengan Emas
  • Tunaikan Haji dengan Emas
  • Kos Haji Menurun dengan Emas
    • Simpan Dana Haji dengan Jongkong Emas (goldbar)
    • Simpan Dana Haji dengan Dinar
  • Simpan Dana Haji dan Umrah dengan Emas
    • Emas Memegang Nilai
    • Teknik Simpan Dana Haji dan Umrah Dengan Cepat
    • #Teknik 1; Menabung 4 Tahun
    • #Teknik 2; Menabung 1 Tahun
  • Kesimpulan
    • Simpanan Jangka Panjang dengan Emas

Tunaikan Haji dengan Emas

Apa guna simpan emas? Bukan boleh beli barang di kedai pun!

Tuan puan, emas juga adalah duit walaupun kita tak gunakan emas bila kita beli barang-barang di kedai. Emas penyimpan nilai yang bagus dalam jangka masa panjang. Banyak dana yang boleh kita gunakan emas sebagai ‘tabung’ termasuklah dana haji dan umrah.

Mesti kita menyimpan impian untuk menunaikan rukun islam yang kelima inikan?

people inside the masjid al haram mosque in mecca saudi arabia
Photo by Mutahir Jamil on Pexels.com

Menariknya, kos haji juga menurun jika kita simpan dana haji dan umrah dalam bentuk emas!

Kenaikan Kos Haji

Kos makanan pun naik, begitu juga dengan kos mengerjakan haji dan umrah.

Ada banyak faktor yang menyebabkan kenaikan kos haji. Antaranya ialah

  • Kadar inflasi & sara hidup ni arab saudi
  • Pergerakan mata wang asing
  • Pengenalan caj & cukai baharu di arab saudi
  • Penambahbaikan kualiti perkhidmatan & kemudahan
  • Pembangunan makkah & madinah
Poster dari Lembaga Tabung Haji

Kos Haji Menurun dengan Emas

Eh, betul ke kos haji menurun kalau kita simpan dalam emas? Yang kita tahu kos haji dan umrah sentiasa meningkat setiap tahun.

Okay, jom kita tengok jadual di bawah.

Simpan Dana Haji dengan Jongkong Emas (goldbar)

Berikut ialah kos anggaran haji kali pertama yang dikenakan oleh Tabung Haji selepas ditolak subsidi.

Kos Haji Menurun bila Simpan dengan Emas
Kos Haji Menurun bila Simpan dengan Emas

Katakanlah, tahun 2009 kita telah simpan emas sebanyak 300 gram.

Tahun 2000, kita perlukan 224 gram untuk tunaikan haji tetapi pada 20 tahun berikutnya, tahun 2020 kita hanya perlukan 39gram emas!

Kita perlukan lebih banyak wang jika kita simpan dalam duit tapi kita perlukan kurang gram jika kita simpan dalam emas kerana harga emas turut sama naik!

Simpan Dana Haji dengan Dinar

Haa yang atas ni kalau simpan dengan goldbar, bawah ini kalau simpan dengan dinar.

Jangan risau, hanya item emas sahaja yang berbeza. Goldbar bentuknya petak, dinar bentuknya bulat (syiling).

Simpan Dinar untuk Haji dan Umraah

Katakanlah Ahmad menyimpan 13 dinar emas ketika tahun 2017.

Kos menunaikan haji pada tahun 2017 ialah 13 dinar manakala kos menunaikan haji pada tahun 2021 ialah 9 dinar emas. Hah, siap ada baki 4 dinar emas, nilainya lebih kurang RM 4K lebih!

Jumlah dinar menurun walaupun kos haji masih sama!

Simpan Dana Haji dan Umrah dengan Emas

Emas Memegang Nilai

Mana lebih untung kita simpan dana haji dan umrah dengan teknik biasa ataupun dengan emas?

Dengan emas, kita boleh ‘kurangkan kos’ tunaikan haji jika kita simpan dana haji dengan emas lebih awal.

Ini kerana nilai tunai jatuh manakala emas ialah penyimpan nilai yang sebenar, kekal selamanya dari dahulu sehingga sekarang.

Sangat rugi apabila kita bersusah payah, berpenat lelah mengumpul dana dalam medium yang akan turun dan susut nilainya.

Prinsip asas menyimpan ialah kita simpan pada medium yang akan meningkat nilainya seperti emas, tanah dan hartanah (rumah). Yang paling senang ialah emas.

Artikel berkaitan:

  • Ini 6 Kelebihan Simpan Emas daripada Hartanah

Jadi Ainin cadangkan,

daftar Tabung haji dengan bayaran RM 1300 yang mana wang ini tidak dapat dikeluarkan.

Selebihnya?

Kita simpanlah dana jangka panjang dana haji dan umrah ini dalam bentuk emas.

Jangan penatkan emosi pantau harga setiap hari, fokus kumpul dan tambah gram emas.

Yang penting,

daftar haji dan kumpul dalam emas.

Lebih senang, Public Gold tawarkan kelebihan kumpul dan menabung gram sebelum dikeluarkan menjadi item emas yang lebih besar. Tak perlu modal yang besar, ready rm 100 dah boleh mula.

Artikel berkaitan;

  • Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli

Teknik Simpan Dana Haji dan Umrah Dengan Cepat

Tips terbaik capai dana haji dan umrah dengan cepat ialah bila kita ada target dan matlamat yang jelas. Jadi kita akan sedaya upaya merealisasikan target kita, the power of magic numbers.

Saya kongsikan teknik terbaik;

#Teknik 1; Menabung 4 Tahun

  • Untuk individu yang merancang menunaikan haji 4 tahun dari sekarang
  • Sesuai untuk mereka yang berumur 25 ke atas
  • Berdisiplin menabung 1 gram emas sebulan selama 4 tahun
  • Akhirnya jumlah terkumpul ialah 48 gram (bersamaan dengan RM 13,8++ harga semasa Januari 2023).
  • Dalam tempoh 4 tahun, dana haji lebih mudah terkumpul.
Ainin, bantu saya simpan emas

#Teknik 2; Menabung 1 Tahun

  • Untuk individu yang merancang menunaikan haji 4 tahun dari sekarang
  • Sesuai untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas
  • Berdisiplin menabung 1 dinar 1 bulan selama 1 tahun
  • Jumlah terkumpul ialah 12 dinar (bersamaan dengan RM RM 148++ harga semasa Januari 2023).
  • Dalam tempoh setahun, dana haji telah terkumpul.

Jom mula sekarang, jangan bertangguh. Target tunaikan haji dan kumpul dana dengan emas.

Ainin, bantu saya simpan emas

Kesimpulan

Simpanan Jangka Panjang dengan Emas

Kegunaan Emas dalam kehidupan capai impian
Capai impian dengan Dinar

Bukan sahaja dana haji dan umrah, tetapi dana jangkan panjang yang lain seperti dana pendidikan anak-anak, dana persaraan dan sebagainya.

Memanglah mungkin kita akan dihadiahkan dividen berkat kesabaran kita menunggu magiknya compunding, tetapi adakah kita pasti kita tidak akan mengeluarkan dan menggunakan dividen daripada simpanan kita?

Apabila kita mengeluarkan dividen, sudahlah nilai wang semakin susut dan tidak dapat menampung kesan inflasi, jumlah simpanan pun semakin susut jika kita tidak berdisiplin menyimpan dan ada sahaja sebab yang buatkan kita mahu menggunakan simpanan kita.

Jadi, capai impian dan matlamat kita dengan simpanan emas.

Ianya lebih terjamin. Lagi-lagi jika matlamat dan dana yang sedang kita kumpul itu bersifat jangka panjang.

Simpan cash dan wang sekadarnya untuk urusan harian dan jangka pendek.

Selebihnya?

Simpan dalam bentuk emas dan aset yang akan meningkat nilainya.

Artikel berkaitan:

  • Emas dan Impian; Emas sebagai Mas Kahwin, Hantaran dan Dana Kahwin
  • 5 Tempat Simpanan Anak dan 5 Kelebihan Akaun Emas Anak
  • Rugi Jadikan Emas Sebagai Dana Kecemasan atau Emergency Fund?

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tahun depan Aidiladha jatuh pada 18 Mei 2026. Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d