- Orang-Orang Dulu
- Jangan Tertipu dengan Ilusi
- Harta
- Emas Sebagai Harta
- 6 Kelebihan Emas berbanding Hartanah
- #1 Mudah Di bawa ke mana mana
- #2 Mudah dicairkan
- #3 Tidak Berisiko Musnah
- #4 Tiada Kos Penyelenggaraan
- #5 Mampu Milik
- Dari Emas kepada Rumah atau Tanah
- #6 Boleh Simpan Sikit Sikit
- Kesimpulan
- Mula Simpan Harta Sebenar Mengikut Kemampuan
Orang-Orang Dulu
Perasan tak, walaupun orang-orang dulu tidak kaya dan mewah tapi mereka sebenarnya berharta. Mereka ada tanah, rumah dan emas serta perak.
Sebab orang dulu-dulu, mereka tahu yang mana harta yang sebenar.
Sebaliknya, orang-orang sekarang dipenuhi hutang di sekeliling pinggang. Berbelanja dengan duit yang bukan kita punya pun. Tiada duit, tapi duit sudah habis dibelanjakan. Belum habis belajar dan belum bekerja sudahpun ada hutang belajar.
Silap siapa?
Perkongsian twitter oleh Pelabur Bijak (@Pelabur_Bijak)
Tok nenek kita susah-susah pun cukup makan ada 12 orang anak siap ada berekar-ekar tanah boleh diwariskan
Kita gaji RM10,000 sebulan pun tak mampu ada semua tu.
Pelik.
Sekarang makin disimpan makin naik harga tanah & rumah pula, hujung minggu pun terpaksa kerja juga. Terpaksa lah berhutang untuk “lock harga rumah tu” sebelum semakin naik harga.
Ia berkait rapat dengan riba juga.
Bagaimana sesebuah rumah RM10,000 boleh jadi RM30,000 kerana interest pada loan. Kemudian generasi kedua akan teruskan cycle ini exponentially.
Pelabur Bijak
Jangan Tertipu dengan Ilusi
Ya.
Kesimpulannya, janganlah kita tertipu dengan ilusi dan definisi kaya orang lain.
Cipta definisi kaya dan mewah kita sendiri.
Jauhi hutang. Mula simpan aset harta yang sebenar.
Harta
Ada 3 jenis ‘ hard asset‘ yang kita biasa jadikan harta iaitu:
- tanah
- rumah
- emas dan perak
Aset harta ini ialah kekayaan di tangan kita, aset yang boleh kita pegang sendiri tanpa campuran pihak lain.
Apa apa jadi, aset-aset inilah aset yang sebenar dan susah untuk dimanipulasikan oleh pihak luar.
Emas Sebagai Harta
Walaubagaimanapun, tak semua orang berkemampuan untuk terus memiliki tanah dan rumah.
Tapi, emas boleh.
Dengan kemudahan yang Public Gold sediakan, kita boleh mula menyimpan aset harta emas bermula dengan minimum bajet RM 100!
6 Kelebihan Emas berbanding Hartanah
#1 Mudah Di bawa ke mana mana
Emas bersaiz kecil.
Walaupun berharga ratusan ribu, tapi kita boleh bawa emas ke mana-mana saja.
Bayangkan emas 1 kilogram Public Gold di bawah, harga semasa hari ini hampir mencecah RM 272K! Seolah-olah kita membawa sebuah hartanah atau rumah ke mana-mana!
Ciri-ciri ini sangat menguntungkan apabila ekonomi negara tidak stabil. Kita boleh lihat pelarian negara luar apabila negara sudah berperang dan tidak aman, emas seperti ini boleh dibawa dan dipindah.
Tidak seperti sebuah rumah dan hartanah.
#2 Mudah dicairkan
Selain itu, kelebihan emas berbanding hartanah ialah emas harta yang paling senang dicairkan untuk dapat tunai segera.
Bawa emas ke mana-mana Ar-rahnu atau walk in sahaja ke cawangan Public Gold seluruh Malaysia untuk tujuan jual semula atau pajak.
Duit akan kita terima dalam masa 10 minit ke 24 jam bekerja.
Berbanding dengan harta lain, berkemungkinan akan mengambil masa mungkin sehingga 6 bulan atau setahun!
#3 Tidak Berisiko Musnah
Emas tidak berisiko musnah seperti rumah atau tanah.
Sekiranya ditimpa bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh, aset rumah atau tanah berisiko untuk jatuh pada nilai kosong. Para pelabur takut untuk melabur di kawasan-kawasan bahaya.
Hal ini dapat kita lihat pada tragedi Highland Tower pada tahun 1993.
Sehingga ke hari ini, projek kondominium dan sekitarnya terbiar dan terbengkalai.
Sebaliknya, jika emas terpecah dua sekalipun, emas dan perak masih lagi bernilai dan laku dijual.
#4 Tiada Kos Penyelenggaraan
Emas juga tiada kos maintenance atau penyelenggaraan seperti tanah atau rumah.
Bukan sedikit kos penjagaan rumah, seperti utiliti elektrik dan air, CCTV, koridor dan sebagainya. Rumit dan leceh.
Tanpa penjagaan yang konsisten, nilai tanah dan rumah berisiko untuk jatuh.
Untungnya simpan emas, emas tiada kos-kos penjagaan rumit seperti ini. Hanya perlu jaga emas supaya tidak calar, bengkok dan patah serta tidak hilang sijil emasnya. Itupun supaya senang diterima oleh syarikat jual beli emas.
#5 Mampu Milik
Tanah dan rumah perlukan modal yang besar. Tambahan pula, hartanah semakin mahal.
Simpan duit untuk beli rumah pun, duit susut nilai tiap-tiap tahun. Selalu bocor di pertengahan jalan pula tu.
Nak kejar harga hartanah, simpan emas.
Selepas itu belilah rumah sendiri. Walau kecil pun, rumah kita.
Tak mampu beli tanah atau rumah, boleh beli emas dahulu.
Dari Emas kepada Rumah atau Tanah
Testimoni hidup daripada Cikpuan Nurul Hidayatul, beliau berjaya beli tanah dan menyiapkan rumah beliau sendiri dengan simpanan emas tanpa hutang, loan dan riba!
Semuanya hasil simpan emas daripada bisnes online beliau. Beliau simpan emas sikit-sikit dan usahakan rumah tersebut dari tahun 2014 hingga 2018.
MashaAllah alhamdullilah, sangat menginspirasikan.
#6 Boleh Simpan Sikit Sikit
Seperti pengalaman Cikpuan Nurul Hidayatul ini, beliau simpan emas sikit-sikit hasil daripada bisnes online beliau, sehingga dapat beli tanah dan akhirnya bina rumah sendiri di atas tanah tersebut.
Semuanya cash. Semuanya asbab emas, alhamdullillah.
Perlahan-lahan prosesnya tapi jadi!
Tanah tidak boleh dibeli sebidang-sebidang. Rumah pun kita tak dapat beli sikit-sikit, bata demi bata contohnya.
Tanah dan rumah perlukan kos yang besar untuk kita miliki.
Untungnya emas, boleh beli sikit-sikit, gram demi gram. Tapi emas boleh kita simpan sikit sikit.
Lagi lagi dengan kaedah GAP, RM 100 pun kita dah boleh mula kumpul aset dari usia muda.
Kesimpulan
Kumpul dan simpan harta yang sebenar.
Ambil teladan dan inspirasi daripada orang-orang tua dulu yang simpan harta yang sebenar walaupun mereka tak nampak kaya.
Jangan kita tertipu dengan kemewahan yang ditunjukkan oleh orang-orang sekarang walhal hutang keliling pinggang.
Have a real asset.
Mula Simpan Harta Sebenar Mengikut Kemampuan
Tanah dan rumah perlukan modal yang besar, mula dulu dengan harta bermodal kecil; Mula simpan emas!
Emas boleh beli sikit-sikit dengan akaun GAP Public Gold. Bila cukup 1000 gram, boleh keluarkan yang jongkong emas 1 kilo, seperti gambar di bawah. Juga nilainya seperti sebuah hartanah!
Artikel berkaitan:
- Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli
- Lulus Loan Rumah Dengan Dokumen Sokongan Akaun GAP
- Dari Emas ke Rumah Sewa
- 3 Cara Belian Emas di Public Gold
- Siapa Lagi Untung Antara Jutawan Duit dengan Jutawan Emas?
Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006