Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Pengalaman Berjimat Belanja Kelahiran Anak Kedua

Posted on November 24, 2022November 24, 2022 by theaininsofia
Pengalaman Berjimat Belanja Kelahiran Anak Kedua
  • #1 Kelengkapan dari Anak Lelaki Sulung
  • #2 Hadiah daripada Keluarga
  • #3 Secondhand
    • Carousell
  • Perbelanjaan Tambahan semasa berpantang
    • #4 Cashback bila Berbelanja
      • Makanan
      • Faber Upright Standing Freezer
      • Meja Katil
      • Kelengkapan Ibu:
        • Baju Menyusu Basahan (Homewear)
        • Kain Batik Siap Jahit Getah Pinggang.
        • Milk Collector Jenis Eggshell
        • Maternity Pads/ Underwear
        • Minyak Berpantang
      • Kelengkapan Bayi
        • Baju Bayi
        • Botol susu
        • Pampers
    • Kesimpulan
      • Perancangan
      • Bersederhana

Alhamdullilah untuk kurniaan anak kedua kepada keluarga kecil kami.

Sejujurnya, Ainin sangat bersyukur kerana perbelanjaan untuk anak kedua ini sangat minimal dan menjimatkan kerana kebanyakan barang kelengkapan sudah ada.

Sebolehnya, Ainin memang usahakan untuk berjimat dan berbelanja, kalau boleh, jadi pilihan terakhir. Yang mana dah ada, kita guna semula. Yang nak beli, siasat betul-betul, adakah keperluan tu memang perlu atau hanya kehendak semata-mata.

View this post on Instagram

A post shared by Nafisah Amran (@nafisah_amran)

#1 Kelengkapan dari Anak Lelaki Sulung

Disebabkan anak sulung dan anak kedua pun adalah anak lelaki, jadi tidak banyak barang yang berbeza khususnya kelengkapan pakaian dan sebagainya.

Yang sudah ada:

Kelengkapan Ibu:

  • bengkung lilit dan bengkung jenis strap (brand Razowa)
  • stokin pantang
  • kain batik
  • baju menyusu
  • kelengkapan menyusu: breastpump, breastmilk collector silicone pump, milk storage bag

Kelengkapan Bayi:

  • Kelengkapan pakaian; baju, bedung, stokin tangan dan kaki
  • baby swing
  • cloth diapers
  • kelengkapan menyusu: botol susu bayi
  • tilam bayi
  • tempat mandikan bayi
  • bouncer bayi

#2 Hadiah daripada Keluarga

Terima kasih kakak dan kakak ipar sebab banyak bagi barang baby!

Pemberian daripada kakak dan kakak ipar:

  • Baju bayi
  • Bengkung lilit
  • stokin pantang
  • disposable panties
  • maternity diapers

#3 Secondhand

Haa, bila masuk perkara yang tiada tapi kita nak beli, peraturan pertama ialah;

  • Never pay full price (beli secondhand!)
  • Survey harga antara platform, survey harga antara sellers.

Ainin nak share rezeki Allah yang Allah kurniakan bila Ainin nak beli barang secondhand haritu. Bayangkan banyak sangat sellers bagi barang percuma. Alhamdullilah mashaaAllah!

Carousell

  • 14 kain lampin percuma! (kalau beli biasa, 5 helai dah berapa dah masuk RM 50 kalau branded)
  • Pampers percuma! (dapat dua pack, bayar postage je)
  • 2 Bedung percuma!
  • 3 Baju bayi percuma!
  • 3 Baju menyusu selak tangan panjang , harga RM 10 sehelai (beli secondhand)
  • Milk Collector eggshell brand supermama (secondhand)

Tipsnya ialah, pergi ke section Free Items di Apps Carousell. InshaaAllah banyak yang boleh kita jumpa.

Selain dapat jimat duit, kita juga sebenarnya selamatkan alam sekitar daripada pencemaran dan usaha zero waste juga.

Bukan boleh terima dan beli je dekat apps ni, boleh memberi dan menjual juga. Bolehlah start cari barang-barang yang kita tak perlu dan jual.

Bagi kita mungkin sampah, tapi bagi orang lain ialah barang wishlist yang mereka mungkin kumpul duit untuk milikinya.

Perbelanjaan Tambahan semasa berpantang

#4 Cashback bila Berbelanja

Akhir sekali, bila kita dah timbang tara dan perlu juga untuk membeli dan berbelanja, makan berbelanjalah dengan bijak.

Selain Shopee dan Lazada, Ainin pilih untuk berbelanja di PGMall sebab dapat cashback bila berbelanja. Tak ramai yang tahu. Jadi, untung berbaloi-baloi.

Ini antara perkara keperluan tambahan semasa berpantang yang Ainin berbelanja.

Makanan

  • Susu kotak UHT
  • AIr Kotak Longan Kurma Merah Milkbooster RM 20 24 pcs
  • Cornflakes 1 kg (PGMall) RM 12.50 sahaja
  • Serunding Halia Ikan Bilis (PGMall) RM 10
  • Garlic Crunchy (PGMall) RM 10
  • Biskut Jacobs weetameal (PGMall) RM 9.41 2packs
  • Kuih Ladu kelantan
  • Lauk Frozen;
    • Ainin masak dan frozenkan ayam kukus halia 6 bekas

Faber Upright Standing Freezer

Kami beli di PGMall, RM 798

  • Ainin minta suami hadiahkan freezer ni sempena birthday Ainin hehe.
  • Memang nak guna untuk pantang dan selepas pantang.
  • Pilih yang jenis standing sebab senang nak ambil dan simpan barang.
  • Ada 3 laci dalam freezer ni.

Meja Katil

Ainin beli di PGMall hanya RM 26.54

  • Teringat makan yang dihidangkan di katil hospital sebenarnya, jadi ainin ambil keputusan untuk order meja katil juga sebab suami pun hidang makanan dalam bilik untuk ainin makan semasa berpantang 🙂
  • Masa anak pertama dulu, makan bermejakan kerusi je, huhu. Asal boleh. Jimat pun jimat, ye dak.
  • Alhamdullilah, sangat membantu bedside table ni sepanjang berpantang kalini.

Perkara tambahan lain ialah:

Kelengkapan Ibu:

Baju Menyusu Basahan (Homewear)

  • Semasa anak pertama, Ainin hanya gunakan baju kelawar yang dijahit zip untuk kemudahan menyusu. Kali ini, Ainin tambah 2 baju t-shirt selak cotton.

Kain Batik Siap Jahit Getah Pinggang.

  • Ini adalah kemahuan. Sebelum ni, elok je pakai kain batik tanpa getah di pinggang. Berpantang kali ni, Ainin beli kain batik siap jahit getah di pinggang. Jenis kain sedikit licin dan tidak serap darah sangat,tapi selesa sebab agak nipis dan selesa bergerak khususnya semasa di hospital.
  • Tak stress dan risau fikirkan untuk betulkan kain.

Milk Collector Jenis Eggshell

  • Sebelum ini pakai yang jenis corong, kali ini tergoda dengan ads untuk pakai jenis eggshell pula.
  • Jenis eggshell ni boleh selit dalam bra atau baju untuk collect milk. So, boleh berjalan-jalan sambil stokkan susu. Boleh collect milk sambil tidur juga hehe (sebab utama beli jenis eggshell ni).
  • Bagi Ainin, dua dua jenis pun selesa dan ada pro & cons.

Maternity Pads/ Underwear

  • Dulu beli jenama lain, berpantang kali ni beli jenama lain. Yang pasti, selesa dipakai dan stress-free untuk basuh panties bila terkena darah.

Minyak Berpantang

  • Minyak Nona Roguy (guna untuk pantang anak pertama dan kedua. Guna sampai habis sebotol)
  • Sari ayu Warming Herbal (beli lepas tengok CL guna)
  • Dua-dua ni best. Warming Herbal tu ada efek berangin dan tekstur dia macam losyen.

Kelengkapan Bayi

Baju Bayi

  • Tambah jugalah sikit-sikit. Lagipun, newborn baby tak berapa muat baju abang dia hehe plus dapat fund daripada maktok dia, alhamdullilah.
  • Ainin tambah yang jenis snap-up onesie. Senang sebab tak perlu pakaikan seluar.
  • Berdasarkan pengalaman kedua-dua bayi, baju lubang-lubang (eyelet) sangat-sangat penting dan diperlukan. Banyakkan baju-baju macamni.

Botol susu

  • Ainin baru tahu botol susu dan puting ni pun ada expired date dia. Jadi, Ainin beli satu yang baru, walaupun memang berniat untuk menyusu ibu.
  • Penting juga bila kita nak bagi susu yang dipam atau diperah.

Pampers

  • Kami beli 1 pack untuk newborn jenama Petpet.
  • Rezeki, bila dapat percuma dari free items di Carousell.

Kesimpulan

Perancangan

Perlunya perancangan bila it comes to big event macamni. Memang banyak pakai duit bila bersalin, berpantang dan menerima orang baru dalam keluarga.

Yang penting, list dan timbang tara kepentingan dan prioriti. Utamakan yang utama dan penting. Ingat piramid berbelanja di atas. Letak prioriti berbelanja di tangga terakhir.

Jika perlu beli juga, berbelanja dengan bijak.

Beli sikit-sikit dan survey harga.

Bersederhana

Bersederhana, elakkan berbangga dan setia dengan jenama. Masih ada barang yang berkualiti tinggi tanpa jenama yang gah.

Atau boleh cari barang secondhand yang berjenama.

Berusaha untuk berjimat, bukan sahaja dalam keperluan bersalin dan berpantang, tetapi juga dengan keperluan peribadi dan keperluan keluarga yang lain contohnya barang dapur dan sebagainya.

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: KEHIDUPAN, KEIBUBAPAAN, Personal notes, PG MALL, SHOPPING

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Mestilah boleh! Ainin sendiri bermula simpan emas ketika masih belajar di universiti Berjaya bantu penyimpan emas kukuhkan kewangan lebih RM 1juta hanya dari rumah! The prayer recited deserved its own special post here. Tengok the largest goldbar in Malaysia depan mata! How Public Gold Awards Recognition Night looks like in my phone gallery. Berjaya bantu penyimpan emas kukuhkan kewangan lebih RM satu juta hanya dari rumah! Those inspiring talks, finance events, short trips, conferences, and moments of recognition, Jangan buat 4 perkara ni kalau nak untung dengan emas That kind of wealth.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d