Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Rugi Jadikan Emas Sebagai Dana Kecemasan atau Emergency Fund?

Posted on July 16, 2022November 21, 2022 by theaininsofia

Ramai tak setuju emas dijadikan sebagai dana kecemasan (emergency fund (EF)).

Sebelum itu, dana kecemasan atau emergency fund ini sebenarnya apa?

Emas sebagai Dana Kecemasan?

Apa itu Dana Kecemasan?

Apabila kita mendengar pakar-pakar kewangan berkongsi , perkara paling penting dalam mengurus kewangan peribadi, hatta sebelum melabur pun, ialah dana kecemasan.

Simpan dana kecemasan sebanyak 3 hingga 6 bulan gaji.

Apa itu dana kecemasan?

Ia adalah dana yang akan menjadi talian hayat kita semasa kita benar-benar memerlukan.

Mana nak simpan Dana Kecemasan

Di tempat yang mudah dikeluarkan tetapi tidak terlalu mudah agar kita tak terbelanja untuk perkara-perkara yang tak perlu.

Dua syarat tempat simpan dana kecemasan ialah

  1. Berasingan dengan akaun simpanan biasa kita, yang kita selalu guna untuk perbelanjaan bulanan.
  2. Mudah dicairkan atau dikeluarkan.

Contoh biasa ialah Tabung Haji, ASB. Bukannya akaun simpanan bank biasa kita.

https://youtu.be/y_vaXjCKlOk

Bila kita nak guna Dana Kecemasan ni?

Masa masa yang tak terduga, kecemasan atau masa yang kita tak sangka kita perlu keluarkan wang seperti

  • kereta rosak
  • telefon bimbit rosak
  • kehilangan kerja secara tiba-tiba
  • baiki rumah
  • untuk sesuatu yang takaful tak cover

Jangan guna wang yang kita kumpul untuk dana kecemasan untuk perbelanjaan kehendak yang kita sangka seperti keperluan kita pula. Seperti percutian, upgrade telefon bimbit, belanja hari raya dan sebagainya.

Percutian, belanja hari raya, belanja birthday dan sebagainya kita boleh letakkan di bawah kategori sinking fund. Nanti Ainin kongsikan artikel tentang sinking fund.

Jadi, sangat penting untuk kita letakkan dana kecemasan di tempat yang accessible dan mudah dicairkan supaya senang untuk kita gunakan pada masa-masa kecemasan tersebut.

Emas sebagai Dana Kecemasan?

Berbalik kepada persoalan asal, emas sesuai dijadikan dana kecemasan atau tidak?

Ini pendapat influencer kewangan Puan Nafisah Amran:

View this post on Instagram

A post shared by Nafisah Amran (@nafisah_amran)

Puan Nafisah Amran; Boleh, Jika:

#1 Kita sanggup gadaikan emas kita itu

Kalau boleh, adakan cash lebih banyak sebagai emergency fund daripada emas.

Ini kerana kita nak jual atau pajak emas tu semasa kita sudah tidak ada income atau cash, iaitu yang paling emergency. (Sebab, emas ada faktor susut nilai dan perubahan harga semasa)

Pastikan jumlah cash cukup untuk cover emergency yang perlukan duit segera semasa masa-masa kecemasan.

Contoh yang diberikan oleh Puan Nafisah Amran:

Katakan emergency fund kita berjumlah RM 10,000;

  • jumlah emas yang sanggup kita gadai ialah RM 5000 (bersamaan lebih kurang jongkong emas 20gram tahun 2022)
  • Jadi, pastikan jumlah cash kita ialah RM 5000

#2 Bukan barang kemas yang kita perlu simpan bergenerasi atau maskahwin

Salah satu sebab barang kemas tak sesuai dijadikan emergency fund ialah:

  • maskahwin ada sentimental valuenya yang tersendiri, mesti kita paling sayang tetapi dah kalau namanya kecemasan, nak buat macammana kan.
  • susut nilai barang kemas tinggi iaitu sebanyak 20-30%, sangat tinggi. Ini bermakna, kita mungkin akan beli dengan harga yang mahal tapi jual dengan harga yang rendah.
  • Jadi, rugi untuk jadikan barang kemas sebagai dana kecemasan.
https://theaininsofia.com/2022/01/22/rugi-beli-barang-kemas-berbanding-dinar-dan-goldbar/
6 Kerugian Beli Barang Kemas (dari Sudut Pelaburan/Simpanan)

Ini pula pendapat daripada Financial Faiz:

Financial Faiz; Consider susut nilai dan naik turun harga semasa emas.

Boleh tonton perkongsian beliau di atas.

Kata beliau, emas memang mudah dicairkan dan memang laku apabila kita jual semasa kita memerlukan.

Tetapi, beliau menyeru untuk kita consider tentang isu susut nilai dan naik turun harga semasa emas terutamanya yang berlaku dalam jangka masa pendek.

Jadi, semasa kita memilih untuk membeli emas, jangan anggap semua susut nilai emas adalah sama. Perlu untuk kita tahu susut nilai emas yang kita simpan. Ianya berbeza mengikut brand, company dan gram emas.

Jangan tertipu dengan harga beli yang murah tetapi susut nilainya tinggi!

susut nilai emas Public Gold
Susut nilai emas Public Gold

komen-komen di video ini:

aku simpan sebab aku ni boros..tu je..simpan emas insyaallah kalis boros..ada duit, asyik nak beli itu ini..

Husni Mubarak

Pada saya tak sesuai emergency fund, tapi untuk long term investment sesuai. Beli emas guna duit lebihan lepas tolak semua belanja & savings.

Phar Hunt

Duit dan emas sama penting utk kita simpan.. Utk kecemasan

Mas Rahman

Emas ni buleh simpan tpi tuk jangka masa panjang

Samurai 5117

betul. saya sokong apa yang tuan faiz katakan. bagi pendapat saya, money still worth for emergency fund. apa yang saya buat adalah 6 month in cash ( emergency fund) and other 6 month in gold. is that ok?

Ahmad Fahmi

Yes looks good. Gold is a form of investment yang liquid, although not as liquid as cash. Tapi x nak lah simpan semua as cash kan. Kena bahagi² lah

Financial faiz

Emas pelaburan jangka Masa panjang…. Bukan Beli Hari ni …esok dah jual…..

Fardley idin

Emergency fund better cash lah. Emas ni simpanan jangka masa panjang 5-10tahun keatas. Contoh nak gi haji, rumah, pendidikan anak²

Abu Qowiyy

Pada saya emas boleh jadi emergency fund

Adib

Andai dulu beli rm250/g ,40g = 10k, Lepas 1tahun nk pakai duit tolak mas rm270/g, 40g = 10.8k, nmpk cam untung, sekali tolak susut nilai 8% jd 10k blk, em ni namenye melebur…..klu mas perhiasan lg la 25-30%

Mohd Zulfadli

Ini pula kata Pakar Perunding Emas Tuan Mohd Zulkifli Shafie:

Emas sebagai Alternatif Dana Kecemasan

Tuan Mohd Zulkifli Shafie; Boleh, jika:

#1 Tidak berjaya menyimpan cash secara biasa kerana nafsu untuk berbelanja

Sesiapa yang masih tidak ada simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji, simpanan cash tak pernah bertambah, tak berjaya untuk simpan cash, ubah cara simpan dengan simpan emas

Emas boleh dijadikan dana kecemasan kerana emas juga adalah duit. Apa-apa hal kecemasan boleh jual atau pajak di Arrahnu dan tukarkan kepada cash.

Emas boleh dijadikan alat untuk menutup kebocoran simpanan. Simpanan tak pernah bertambah, beli emas. InshaaAllah emas boleh menutup kebocoran simpanan.

Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Testimoni Perkongsian Berjaya Urus Hutang dan Bina Dana Kecemasan Keluarga dengan Emas

Testimoni Perkongsian Berjaya Bina Dana Kecemasan Keluarga dengan Emas

Perkongsian daripada Pn Zaimah iaitu salah seorang penyimpan emas. Katanya beliau baru kenal dengan emas pada umur 40 tahun dan seterusnya berjaya menyimpan dana keluarga dengan emas.

Kongsinya, pelbagai dosa kewangan yang telah dilakukannya sebelum ini apabila kita ada akses terhadap duit tetapi tidak ada ilmu. Contohnya personal loan, hutang kereta, mempunyai dua kereta dan bertukar-tukar kereta dan sebagainya.

Katanya, beliau ada duit tapi dengan duit yang beliau ada, beliau tak dapat pergi jauh kerana tabiat kewangan yang tidak baik.

Apabila kenal emas, emas membantu tabiat beliau untuk menyimpan. Apabila kita ada duit, otak ligat memikirkan perbelanjaan tetapi apabila bermula simpan emas, kita rasa nak tambah dan tambah.

Dengan emas, dana keluarga mudah terkumpul.

Dengan emas juga, saya dapat belikan kereta secondhand cash kepada anak saya.

Puan Zaimah Abbas
Ainin,
bantu saya mula simpan emas serendah RM 100,
tiada komitmen bulanan

Emas sebagai Dana Kecemasan?

Sesuai:Tak sesuai :
untuk orang yang memang tak berjaya buat simpanan 3 hingga 6 bulan gaji dengan cash (Tuan Zulkifli Shafie)Bila jadikan barang kemas sebagai emergency fund (susut nilai yang tinggi)
Pastikan emergency fund dalam bentuk cash lebih banyak (Pn Nafisah Amran)Bila jual emas dalam masa yang singkat (short term; beli harini jual bulan depan) kerana faktor susut nilai dan perubahan harga semasa (Financial Faiz)
untuk orang yang boros berbelanja dan terguna dana kecemasannya untuk perkara yang tidak diperlukan
Mudah dicairkan dan mudah dijual, mudah dipajak berbanding aset harta lain
Perbandingan kesesuaian emas sebagai dana kecemasan

Kesimpulan

Status Kewangan Individu

Emas sebagai dana kecemasan boleh jadi sesuai dan tidak sesuai bergantung kepada situasi individu dan status kewangan masing-masing.

Cash is King

Sebagai dana kecemasan, cash is king.

Cash masih lagi penting sebagai transaksi harian dan bulanan kerana kita perlu menerima hakikat bahawa duit kertas digunakan untuk transaksi harian walaupun emas ialah duit dan harta yang sebenar.

Selain itu, prioritikan juga cash sebagai dana kecemasan kerana mengambil kira faktor susut nilai dan perubahan harga semasa emas dalam jangka masa yang pendek.

Emas, Tabiat dan Alternatif Dana Kecemasan

Emas membentuk Tabiat

Emas boleh juga dijadikan sebagai emergency fund apabila seseorang individu tidak dapat menyimpan pun dengan cara biasa kerana tabiat yang boros berbelanja. Jadi, emas membantu mengubah tabiat boros seterusnya menjadikan simpanan dapat bertahan.

Point utamanya di sini, adakan simpanan dahulu. Tidak kisahlah dalam bentuk emas atau cash. Jangan sampai tidak sukakan emas sebagai dana kecemasan, kita langsung tidak ada dana kecemasan!

Apabila tabiat sudah dibentuk, pastilah simpanan dalam bentuk cash pun sangat penting!

Sangat penting untuk kita diversify kerana mengambil faktor spread atau susut nilai emas dan naik turun harga emas dalam jangka pendek.

Jadi, untuk sesiapa yang ada masalah live paycheck to paycheck (gajinya hanya cukup untuk bula tersebut dan tiada simpanan) dan individu yang duitnya sentiasa bocor dan habis kerana tidak dapat menyimpan, emas boleh dijadikan alternatif dana kecemasan.

Emas Simpanan Jangka Panjang

Point penting, jangan jadikan emas sebagai investment jangka pendek kerana emas sebenarnya simpanan jangka panjang.

Simpan emas menggunakan duit lebihan yang agak-agak kita tak guna dalam masa 2-3 tahun. Bukannya simpan emas dengan duit yang kita nak guna untuk beli pampers dan susu anak atau untuk keperluan harian dalam masa terdekat.

Elakkan Barang Kemas Jadi Emergency Fund

Susut nilai emas simpanan (goldbar dan dinar) pun sudah menjadi faktor kerugian, inikan pula barang kemas! Baca perkongsian Ainin di artikel 6 kerugian jadikan barang kemas dari sudut simpanan dan pelaburan.

https://theaininsofia.com/2022/01/22/rugi-beli-barang-kemas-berbanding-dinar-dan-goldbar/
6 Kerugian Beli Barang Kemas (dari Sudut Pelaburan/Simpanan)

jadi, untuk maksimakan keuntungan,

  • simpan jongkong emas atau dinar sebagai simpanan
  • pilih item emas yang mempunyai susut nilai yang rendah
  • pilih brand emas yang mempunya susut nilai yang rendah, bukan hanya harga belian yang murah
  • pilih brand emas yang mudah dijual, dipajak dan diterima di seluruh Malaysia

Harga Emas Menaik dalam Jangka Panjang

Walaubagaimanapun, jangan takut untuk simpan emas kerana faktor susut nilai dan perubahan harga semasa.

Jika kita rasa takut untuk simpan emas, itu tandanya kita hanya menyimpan emas kerana trend dan belum betul-betul faham tentang emas.

Orang yang faham tentang emas, mereka rasa takut untuk tidak simpan emas dan takut apabila sebahagian besar harta kita dalam bentuk cash.

Disebabkan faktor inflasi, RM akan sentiasa jatuh dan emas akan sentiasa menaik dalam jangka masa yang panjang.

Bukan itu sahaja, jelas Syeikh Imran Hossein, jika kita mempunyai wang lebihan, cepat-cepat tukarkan kepada emas kerana duit kertas adalah penipuan terbesar dalam sejarah.

https://youtu.be/klGvW7M5GN4
Jangan Simpan Semua Duit dalam bank oleh Syeikh Imran Hossein

Jadi, simpan emas dengan kefahaman dan ilmu. Saya sangat syorkan untuk kita membaca tulisan mentor Tuan Zulkifli Shafie untuk memahami asas ilmu emas. Klik sample 1 bab PERCUMA di bawah:

Buku Wang Emas oleh Tuan Zulkifli Shafie
Buku wang Emas tulisan mentor Tuan Zulkifli Shafie
Ainin, bantu saya simpan emas

Apa pendapat kalian tentang emas sebagai dana kecemasan? Bagaimanapun, soalan yang lebih penting ialah, kalian sudah adakah dana kecemasan?

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, TESTIMONI PENYIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tahun depan Aidiladha jatuh pada 18 Mei 2026. Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d