Buat apa beli emas? kalau nak beli barang pun guna duit.
Emas banyak gunanya tuan puan.
Emas membantu kita capai banyak impian. Salah satunya dalam urusan nikah kahwin.
- #1 Emas Sebagai Mas Kahwin atau Hantaran
- 3 Sebab Perlu Beri Emas Sebagai MasKahwin
- #2 Emas sebagai Tabung dan Dana Kahwin
- Kurang 2 Tahun
- Lebih 2 Tahun
- Tips Kumpul Emas bersama Pasangan untuk Tabung Kahwin
- Emas dan Nikah Kahwin
Emas sangat sinonim dengan nikah kahwin. Emas boleh jadi sebagai
- maskahwin atau
- emas boleh juga jadi tabung kahwin
#1 Emas Sebagai Mas Kahwin atau Hantaran
Kalau nak jadikan emas sebagai maskahwin atau hantaran, boleh terus dapatkan emas dengan syarat telah mendapat persetujuan dari pihak lelaki dan pihak perempuan.
Kalau dulu, sangat asing untuk kita tengok emas sebagai maskahwin atau hantaran tetapi sekarang sudah ramai yang jadikan emas sebagai maskahwin atau hantaran.
Dan juga, dulu ramai yang memilih barang kemas sebagai maskahwin tetapi sekarang sudah ramai yang sedar bahawa emas goldbar (jongkong) dan dinar lebih baik.
Artikel berkaitan:
Emas bukan sahaja kelihatan lebih mahal, tapi banyak kelebihannya bila digunakan sebagai hantaran. Antaranya ialah
3 Sebab Perlu Beri Emas Sebagai MasKahwin
- Backup kecemasan isteri- jika suami meninggal, isteri masih ada harta untuk teruskan kehidupan.
- Sentimental value- jika hantarannya ialah duit, kita cenderung untuk guna, cover perbelanjaan nikah kahwin tetapi kalau emas, kita lebih sayang nak guna berbanding duit.
- Emas bernilai sepanjang zaman- kita boleh simpan sampai akhir hayat!
- Emas naik harga dalam jangka masa panjang.
Alhamdullilah, Ainin juga menerima emas sebagai maskahwin pada tahun 2015. Dahulu harga 1 dinar lebih kurang RM 600-700. Sekarang sudah mencecah ribuan ringgit! Sudah untung dari sudut harga juga!
Memang banyak kelebihan menghadiahkan emas sebagai hantaran berbanding wang kertas.
Adik Ainin juga menghadiahkan isterinya emas 9 dinar 999 ketika perkahwinan mereka pada Disember 2021.
Antara artis yang menggunakan emas sebagai hantaran ialah M Nasir, Irma Hasmie, Najwa Latif dan Reen Rahim.
#2 Emas sebagai Tabung dan Dana Kahwin
Kurang 2 Tahun
Ada satu hari, ada bakal pengantin contact Ainin untuk simpan emas. Masa tu, Ainin tak tahu yang dia nak gunakan emas sebagai topup untuk tabung kahwin dia. Jadi, dua tiga kali dia survey.
Rupanya, dia nak gunakan untung kenaikan emas untuk tabung kahwin dia. Tak salah.
Tetapi yang tak kena ialah dia contact Ainin bulan Januari, majlis bulan Oktober. Memang tidak berbaloi nak simpan emas untuk tabung kahwin sebab emas ialah simpanan jangka masa panjang.
Dalam jangka masa pendek, emas ada naik dan turunnya.
Jadi, tak sesuai untuk jadikan emas sebagai tabung kahwin jika kurang dari 2 atau 3 tahun
Jika majlis kahwin akan berlangsung kurang dari 2 tahun atau dalam masa terdekat,
tak perlu beli emas. Simpan sahaja dalam wang kertas samaa di ASB atau Tabung Haji.
Lebih 2 Tahun
Tapi,
buat yang masih bujang, calon dan tarikh kahwin pun masih tak tahu lagi atau plan nak mendirikan rumah tangga dalam masa 2 tahun ke atas,
lebih baik simpan tabung kahwin dalam bentuk emas. Bukan sahaja sebab harga emas naik dalam jangka masa panjang,
tetapi kalau simpan dalam bentuk duit pun, saya rasa susah nak bertambah sebab asyik bocor!
Lagipun, dalam masa beberapa tahun pun, nilai duit ringgit kita juga jatuh disebabkan inflasi.
Tips Kumpul Emas bersama Pasangan untuk Tabung Kahwin
Pihak lelaki simpan 1 gram, pihak perempuan pula simpan 1 gram. Simpan setiap bulan selama 3 tahun. Akhirnya jumlah terkumpul adalah bersamaan dengan 72 GRAM.
Fuh banyak tu! Kalau hari ini, nilainya bersamaan dengan RM 21K (11 Januari 2022: RM 285/gram)
Seterusnya bolehlah kahwin!
Emas dan Nikah Kahwin
Oleh itu, lebih untung untuk kita pilih emas sebagai hantaran/maskahwin atau kita jadikan dana kahwin.
Berbincang dengan pasangan dan terus pilih emas!