Ramai yang nak simpan emas tapi tak mula-mula.
Kenapa?
Sebab takut. Sebab macam-macam yang difikirkan.
Kenapa takut?
- #1 Takut Bayar Zakat
- Simpan Emas Bukan Syarat Wajib Bayar Zakat
- Niat Simpan Emas Sampai Boleh Bayar Zakat
- #2 Takut Emas Dirompak dan Dicuri
- Simpan dengan Syarikat
- Simpan Sendiri
- #3 Takut Pelaburan Rugi
- Anggap Emas Seperti Saham
- Emas Tiada Dividen dan Tidak Memberi Pulangan yang Banyak.
- #4 Takut Scammer Emas
- #5 Takut Emas Sukar Dicairkan
- #6 Kurang Ilmu Pentingnya Emas dan Tiada Bimbingan
- Pentingnya Simpan Emas dengan Ilmu
Ada banyak sebab orang tak mula simpan emas. Antara 5 sebab utama takut untuk bermula ialah:
#1 Takut Bayar Zakat
Yang ni yang paling ramai takut.
Seolah-olah takut pula bila simpan emas terus kena bayar zakat. Kena bayar zakat jadi penghalang untuk kita simpan emas sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta menarik lebih banyak rezeki.
Sedangkan zakat hanya untuk orang-orang kaya! Sepatutnya kita patut berbangga sebab kita boleh menunaikan zakat. Itu tandanya kita berharta.
Simpan Emas Bukan Syarat Wajib Bayar Zakat
Sebenarnya, simpan emas bukan syarat wajib bayar zakat. Tapi syarat wajib bayar zakat ialah berharta. Tak kisahlah berharta dengan duit, emas atau harta-harta lain termasuk ternakan, tanah, dusun dan juga kebun. Semua ini turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.
Emas dikenakan zakat apabila cukup 85 gram (dan ke atas) dan cukup haul.
Bila kita mula simpan emas 1 gram atau kurang 85gram, kita masih tidak dikenakan zakat.
Niat Simpan Emas Sampai Boleh Bayar Zakat
Tapi niatkanlah kita simpan emas sampai kita boleh tunaikan zakat. Saham akhirat kita juga ni. Inilah yang dikatakan simpan emas berpahala, kan.
Instagram reels:
#2 Takut Emas Dirompak dan Dicuri
Sebab takut emas dirompak dan dicuri pun antara penghalang ramai orang tak mulakan simpanan emas. Kita sering dimomokkan dengan pelbagai jenis cerita dan berita rompakan emas di media sosial.
Belum mulakan simpanan emas lagi, sudah terbayang-bayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah.
Tapi lawak juga, telefon bimbit kita yang beribu dan lebih mahal harganya kita tak takut pula untuk kita beli dan miliki tetapi emas yang lebih murah harganya pula kita takut.
Simpan dengan Syarikat
Cara paling selamat untuk kita simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Public Gold juga ada sediakan perkhidmatan simpan emas iaitu di Public Safe, Pulau Pinang. Kebiasaanya, perkhidmatan ini berbayar mengikut gram emas kita.
Walaubagaimanapun, ada perkhidmatan simpan emas secara percuma!
Ya, ada.
Iaitu kita boleh simpan emas melalui akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gram, kita sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan.
Artikel berkaitan:
Simpan Sendiri
Tetapi jika kita memilih untuk simpan di rumah, pastikan emas kita disorok pada tempat yang tidak dijangkakan. Lebih-lebih lagi, sebenarnya harta yang terbaik ialah harta yang ada dengan kita. Apa-apa jadi seperti bencana alam atau peperangan, harta ada di tangan dan tidak berada dengan pihak ketiga.
#3 Takut Pelaburan Rugi
Anggap Emas Seperti Saham
Tak sedikit yang menganggap emas seperti saham dan unit amanah. Jadi, tak pelik kenapa mereka masih tak bermula simpan emas.
Mereka beranggapan bila harga emas jatuh maka pelaburan juga akan hangus. Macam MC dan sebagainya. Risiko saham memang boleh jatuh ke nilai kosong.
Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas.
Malah, kisah ayah kepada mentor emas Ainin yang dahulunya beliau adalah jutawan saham, tetap bertahan hartanya oleh kerana aset fizikal yang dimilikinya seperti emas dan tanah di mana jutawan saham lain hampir gila disebabkan harga saham yang jatuh.
Boleh baca kisah penuh di sini:
Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko untuk rugi selagi kita masih milikinya dan tidak menjualnya pada harga yang rendah.
Emas Tiada Dividen dan Tidak Memberi Pulangan yang Banyak.
Ada juga haritu Ainin baca ada penulis blog kewangan yang tidak mahu menyimpan dan melabur emas kerana menganggap emas ibarat ayam tak bertelur, tiada pulangan dan tiada dividen.
Ya, point ini memang kekurangan emas. Emas memang tiada dividen dan tiada pulangan tetap setiap tahun. Keuntungan emas hanya bergantung kepada kenaikan harga emas saban tahun.
Tetapi, kita harus ingat satu kelebihan emas yang tools kewangan lain tiada.
Iaitu hanya emas yang berfungsi sebagai penyimpan nilai di mana duit fiat, saham dan pelaburan lain tidak dapat menghalang inflasi.
Instagram reels berkaitan;
#4 Takut Scammer Emas
Dengan pelbagai berita buruk tentang pembohongan skim emas serta pelaburan lain, Ainin tidak menidakkan trauma yang dialami oleh rakyat Malaysia.
Paling popular pada suatu masa dahulu ialah Tok Belagak. Tempoh hari pula pelaburan emas Deet. Ramai orang hilang simpanan mereka disebabkan salah pilih pelaburan dan simpanan emas.
Tapi, Ainin tidak hairan dengan situasi seperti ini sebab sikap ramai rakyat malaysia yang sentiasa mahukan pulangan yang cepat. Jadi, ramai scammer yang mengambil peluang atas kelemahan ini.
Ramai sudah orang yang terkena dengan skim cepat kaya tetapi orang kita tidak serik-serik.
Dalam isu simpanan emas pula, ramai orang takut untuk beli emas dan takut tak akan dapat emas.
Jadi, sifir utama untuk orang yang berhati-hati dalam simpanan dan pelaburan emas ini ialah beli emas, pastikan dapat emas di tangan. Bukan hanya nombor atau bukan akaun digital.
Ini antaranya sifat skim cepat kaya bertopengkan emas (scammer emas):
Artikel berkaitan:
Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.
#5 Takut Emas Sukar Dicairkan
Ramai juga yang takut emas susah dicairkan berbanding duit. Susah jual dan susah pajak.
Jadi mereka bimbang, jika berlaku kecemasan dan perlukan tunai segera, emas sukar dicairkan pada wang kertas.
Emas sebenarnya sangat senang pajak dan senang untuk dijual, lebih-lebih lagi bila dibandingkan dengan aset harta fizikal lain seperti tanah dan rumah.
Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Kita boleh dapatkan wang cash dengan cepat dan segera serta boleh menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Walaubagaimapun, kena pastikan jenama emas yang betul ya, walaupun sebenarnya emas laku di seluruh dunia kerana emas ialah emas. Tetapi di Malaysia, kita tetap kena pastikan beberapa faktor. Yang paling penting, pastikan 5 ciri ini sebelum beli emas:
Confirm selamat dan mudah, pilih emas jenama Public Gold, Emas Public Gold sangat senang untuk dipajak dan dijual. Hanya pergi ke cawangan Arrahnu atau cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Boleh walk in bila-bila masa sahaja.
Walaupun sebenarnya emas dikategorikan senang dicairkan; senang dijual dan senang dipajak, kita mesti mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya sebanyak 3 bulan pendapatan sebelum memulakan simpanan emas fizikal.
Ini kerana harga emas ada naik dan turun dalam jangka masa pendek dan ada faktor spread. Emas lebih kepada simpanan jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun. Jadi, walaupun emas senang dijual dan dipajak, takut-takut kita yang rugi.
Bila kita rugi, kita salahkan emas. Padahal, kita yang tidak tahu.
Disebabkan sifat emas yang senang dipajak dan senang dijual, emas juga boleh dijadikan sebagai dana kecemasan jika kita tidak berjaya menyimpan 3 bulan pendapatan disebabkan simpanan kita selalu bocor.
Artikel berkaitan:
#6 Kurang Ilmu Pentingnya Emas dan Tiada Bimbingan
Sebenarnya ramai sangat yang masih belum tahu macammana nak mulakan simpanan emas.
Kurang pendedahan ilmu kewangan, simpanan, apatah lagi tentang emas. Ramai yang lebih terarah pada emas perhiasan (barang kemas) yang mereka tidak tahu, emas perhiasan lebih tinggi nilai spreadnya.
Malah ramai lagi yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk item emas yang hendak dibeli, konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.
Jadi, faktor ini menghalang untuk ramai orang tak mulakan simpanan emas lagi.
Pentingnya Simpan Emas dengan Ilmu
Sebab itulah ilmu sangat penting sebelum kita mulakan satu-satu pelaburan dan apa-apa berkaitan kewangan.
Paling penting, kita berusaha untuk dapatkan ilmu dahulu. Sekarang sudah senang, kita tak perlu susahkan diri merentas negeri menghadiri seminar, kita boleh research online dahulu walaupun seminar fizikal lebih baik.
Di Public Gold, kita sentiasa utamakan ilmu dahulu kerana dengan ilmu baru kita tahu mana satu tindakan dan pilihan yang tepat. Team G100 Public Gold pimpinan Tuan Zulkifli Shafie komited menyediakan education system sebelum simpan emas dan sepanjang perjalanan kita menyimpan emas. Antaranya ialah:
- G100 talkshow setiap rabu malam
- Private Webinar setiap hari Jumaat
- Public Gold Q&A setiap hari Rabu
- PG Leadership Training setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan
Untuk yang berminat sertai program-program ini yang kebanyakannya percuma, boleh hubungi Ainin atau follow update Ainin di telegram.
Perkara paling pantas untuk kita dapatkan ilmu emas juga ialah melalui buku. Ainin sangat syorkan dan buku Misi Bebas Hutang.
Artikel berkaitan: