Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli 2023

Posted on February 4, 2021 by theaininsofia
download ebook 5 minit emas

Ingat lagi dulu, masa Ainin nak bermula simpan emas 999 dengan Public Gold, Ainin bermula dengan dinar. Sebab dinar yang paling murah, around RM 700 lebih.

Ya, betul tu.

1gram goldbar belum ada (yang berharga RM 350 sekarang), GAP yang boleh bermula dengan RM100 pun belum ada. Bayaran mudah 4x dan 10x pun belum ada. Memang Ainin tiada pilihan.

GAP hanya wujud sekitar tahun 2015. Syarikat emas pertama yang asaskan akaun pengumpulan emas fizikal.

WhatsApp Ainin
Table of Content
  • Apa itu Akaun Emas GAP
  • Siapa yang bermanfaat dengan Akaun GAP?
  • Dua jenis Akaun GAP
    • 1. Akaun GAP (Biasa)
    • 2. Akaun GAP Junior
      • 5 Perkara Anda Tak Tahu tentang GAP
  • Syarat dan Kelebihan GAP
  • Kemudahan GAP
  • Soalan Biasa tentang Akaun Emas GAP
  • Langkah Mudah Buka Sign up dan Login Akaun GAP
    • Langkah Pertama (Akses Website Public Gold)
    • Langkah Kedua ( Daftar di Website Public Gold)
      • Daftar Akaun Emas GAP (18 tahun ke atas)
      • Daftar Akaun Emas GAP Junior (18 tahun ke bawah)
    • Langkah Tiga: Login dan Buat Belian Pertama

Apa itu Akaun Emas GAP

apa itu akaun emas GAP

GAP adalah salah satu cara nak beli emas di Public Gold. Ada 4 cara semuanya. Kalau tak selesa dengan GAP, boleh pilih lagi 3 cara. Rujuk artikel ini.

cara beli emas public gold
3 cara pembelian emas Public Gold. Lagi satu cara belian ialah di PGMALL, klik sini

Kejap. GAP sebenarnya apa?

GAP atau sebenarnya ialah initial kepada Gold Accumulation Program, sebenarnya adalah salah satu kaedah kita beli emas dengan beli Public Gold. Sebelum ini, hanya bank sahaja yang ada akaun emas fizikal sebegini iaitu Bank Kuwait. Tapi, nak bermula buka akaun emas Bank Kuwait lebih mahal dan perlukan modal yang lebih besar. Bank lain ada? Jangan tersilap dengan Akaun pelaburan emas. Itu paper gold.

Analoginya, kalau nak senang faham, macam kita simpan duit di bank juga. Kita simpan sikit sikit. Cuma dengan emas, kita simpan gram sikit sikit.

Kalau dengan cash dan simpanan duit, kita boleh transfer dan keluarkan simpanan, GAP pun begitu. Malah, kita boleh keluarkan emas fizikal, bukan paper gold seperti di bank. Paper gold itu hanyalah simpanan di atas kertas, bukan emas fizikal. Kalau harga emas jatuh, kita tiada gram emas di tangan. Sebaliknya emas fizikal, kalau emas jatuh, kita ada fizikal di tangan.

Bila cukup gram, kita boleh keluarkan emas fizikal di branch atau terus pos ke rumah kita.

Contohnya,

bila ada 2gram, kita boleh keluarkan 1gram. Bila kita ada 6gram, kita boleh keluarkan 5gram. Tapi, sebaiknya, kita kumpul sehingga dapat keluarkan emas yang bersusut nilai rendah.

keluarkan emas public gold
GAP boleh tukar kepada emas, duit cash atau barang kemas!

Siapa yang bermanfaat dengan Akaun GAP?

akaun emas GAP untuk semua
GAP selesaikan banyak masalah

Akaun GAP menjadi pilihan kepada banyak golongan. Iaitu:

  1. Bakal penyimpan yang mempunyai bajet kecil
  2. Penyimpan yang takut simpan sendiri
  3. Penyimpan yang ingin miliki aset dengan bajet yang kecil
  4. Penyimpan yang tinggal di luar negara ataupun yang tinggal jauh dari cawangan Public Gold
  5. Bakal penyimpan yang nak belajar buat simpanan paksa.
  6. Ibubapa yang nak sediakan dana pendidikan anak. ( Ada akaun GAP junior!)
  7. Penyimpan yang mahukan simpanan persaraan
  8. Penyimpan yang mahu kumpulkan hantaran perkahwinan (simpanan boleh ditukar kepada dinar atau goldbar)

Dua jenis Akaun GAP

1. Akaun GAP (Biasa)

Akaun emas ini adalah untuk 18 tahun ke atas

2. Akaun GAP Junior

Akaun emas ini adalah untuk bayi seawal 7 hari dan bawah 18 tahun.

Syarat dan Kelebihan GAP

kelebihan akaun emas GAP
syarat dan kelebihan akaun emas GAP
syarat dan kelebihan akaun emas GAP
syarat dan kelebihan akaun emas GAP

Kemudahan GAP

  1. Boleh beli emas online 24/7
  2. Boleh jual emas online 24/7
  3. Boleh pajak emas online 24/7
  4. Transfer emas kepada c-wallet emas dengan 5% susut nilai (spread)
  5. Pengeluaran emas fizikal di mana mana cawangan Public Gold bila bila masa sahaja.
  6. Semakan akaun online (belian, jualan, transfer)
  7. Penyata akaun (history) selama 3 bulan. (Recent 3 months)
contoh paparan akaun emas GAP
Contoh bila dah login di akaun GAP. Baki akaun GAP akan tertera di sini

5 Perkara Anda Tak Tahu tentang GAP

  • GAP ada app yang boleh install. Selepas tuan/puan dapat PGcode selepas didaftarkan melalui dealer Public Gold, baru boleh login di app ini. Belian, jualan, pajakan emas melalui app, sangat senang!
  • Bakal penyimpan emas tidak boleh register sendiri di website Public Gold untuk mulakan simpanan GAP. Untuk makluman, apabila kita register sendiri si website Public Gold, kita akan diberikan akaun sementara (temporary account) yang hanya boleh membeli goldbar dan dinar secara terus, bukan GAP. Perlu dealer registerkan untuk memperoleh PGCode
  • Kita boleh buat GAP autodebit bank untuk simpanan automatik ke akaun GAP setiap bulan. Autodebit RM 200, berpeluang menang lucky draw emas yang dijalankan setiap bulan.
  • Walaubagaimanapun, Akaun GAP tidak ada komitmen, tidak wajib simpan setiap bulan.

Soalan Biasa tentang Akaun Emas GAP

Site icon
Apa itu Akaun Emas GAP Public Gold dan Cara Beli 2023
  1. Apa itu GAP?
    Gold saving account. Masuk kertas keluar emas.
  2. Simpan banyak mana?
    Ikut suka. Paling sikit 100. Nak simpan lebih lagi orait.
  3. Dapat emas apa nanti?
    Emas jongkong. Dinar pun ada. Tulen dia 999.9
  4. Boleh ambik bila?
    Bila bila stok dah ready. Asal baki ada 1gram.
  5. Ambik di mana?
    Mana mana. Dari utara sampai selatan. Dari Singapura hingga Jakarta. 20 branch semuanya.
  6. Takmau ambik boleh ke?
    Boleh. Peram je macam pekasam. Free no charge. Nak ambik jer, roger branch.
  7. Nak jual balik macam mana?
    Bawak pi branch. Jual dan tunggu duit masuk bank. Nak jual online pun no hal kalau emas masih dalam akaun.
  8. Jual ada tolak apa apa ke?
    Ada. Susut nilai 9% paling tinggi. Lagi berat lagi rendah.
  9. Susah ke nak gadai?
    Dak aih. Usung pi ar rahnu diterima belaka. Cuma lain ar rahnu lain la harga dan lain cara.
  10. Tak simpan tiap tiap bulan takpe ke?
    Takpa. Bukan leh paksa. Sendiri punya akaun sendiri la jaga. Nak bagi penuh atau nak bagi kosong, terpulang.
  11. Tak jadi apa ke simpan dalam akaun?
    Insuran ada. 15juta dan makin meningkat. Kalau rasa tak boleh tidoq malam, ambik jer simpan bawah bantal
GAP dilindungi insuran LONPAC
GAP dilindungi insuran LONPAC

Bacaan lanjut:

Ebook PERCUMA tentang Panduan Lengkap Akaun Emas GAP. KLIK DI SINI

WhatsApp Ainin

Berminat mahu mulakan simpanan emas GAP? Ikuti langkah ini:

Langkah Mudah Buka Sign up dan Login Akaun GAP

Langkah Pertama (Akses Website Public Gold)

  1. Check harga semasa emas di laman web rasmi Public Gold di sini. Gambar di bawah ini menunjukkan emas berharga RM 261 untuk 1 gram dan RM 100 bersamaan dengan 0.3831 gram.
  2. Kira jumlah harga dengan gram emas yang ingin dibeli. Contohnya 2gram atau 3 gram atau 1gram.
  3. Juga, boleh dibeli minimum RM 100, RM150, RM300 dan seterusnya.
cara buka akaun emas GAP Public Gold
Contoh harga

Langkah Kedua ( Daftar di Website Public Gold)

Daftar Akaun Emas GAP (18 tahun ke atas)

Cara satu:

WhatsApp Ainin

Whatsapp Ainin maklumat di bawah untuk Ainin bantu guide dan bantu daftarkan. Tekan icon whatsapp di bawah atau tekan sini.

  • Nama Penuh (seperti dalam ic) :
  • No. IC :
  • Emel :
  • No. Telefon :

Atau

Cara dua:

Daftar sendiri di link ini.

Daftar PERCUMA & mula simpan emas

Kita akan terima emel atau sms daripada Public Gold. Klik untuk verify akaun.

Seterusnya login menggunakan temporary username & password yang diperoleh dan ikuti step yang Ainin explain di bawah.

Daftar Akaun Emas GAP Junior (18 tahun ke bawah)

Cara satu:

Whatsapp Ainin maklumat di bawah untuk Ainin bantu guide dan bantu daftarkan. Tekan icon whatsapp di bawah atau tekan sini.

  • Nama Penuh Anak (seperti dalam ic) :
  • No. IC/No. MyKid Anak :
  • Emel Anak (pastikan setiap anak guna emel berbeza) :
  • Nama Penuh Ibu/Bapa :
  • No. IC Ibu/Bapa :
  • No. Telefon Ibu/Bapa atau Anak :

Cara dua:

Daftar sendiri di link ini. Seterusnya login menggunakan PGcode yang diperoleh dan ikuti step yang Ainin explain di bawah.

Langkah Tiga: Login dan Buat Belian Pertama

Selepas mendaftar, tuan/puan akan menerima sms atau emel pengesahan.

Seterusnya, ikuti langkah ini:

1. Akses website Public Gold

2. Klik MYGAP

3. Klik “go to new site”

cara buka akaun emas GAP Public Gold

4. Klik buy GAP now (untuk belian emas) atau buy SAP now (untuk belian perak).

cara buka akaun emas GAP Public Gold

5. Selepas itu, klik “Pay Online (FPX) untuk bayar secara online.

cara buka akaun emas GAP Public Gold

6. Seterusnya, di page Purchase,

  • Sekiranya kita mahu membeli emas mengikut RM, kita isikan ruang Purchase Amount (MYR) dahulu
  • Sekiranya kita mahu membeli emas mengikut gram, kita isikan ruang Purchase Quantity dahulu.

Seterusnya, klik Place Order.

cara bayar emas akaun emas GAP Public Gold

7. Kita akan dibawa ke paparan ini. Klik make payment.

cara bayar emas akaun emas GAP Public Gold

8. Pilih bank dan klik: proceed & pay.

cara bayar emas akaun emas GAP Public Gold

9. Resit akan dipaparkan menandakan proses berjaya.

cara bayar emas akaun emas GAP Public Gold

Tahniah kerana anda telah bermula dengan simpanan emas! Baki emas di dalam akaun mengambilmasa 1-2 hari untuk dikemaskini dan dipaparkan di dalam akaun.

Pada classic site, baki gram yang kita beli tadi dipaparkan di ruang ‘floating’. Pada new site, gram yang dibeli hanya akan dipaparkan setelah dikemaskini di ruang ‘available’.

Ini contohnya:

Klik classic site untuk melihat ruang ‘float‘
floating baki akaun emas GAP Public Gold
Sekiranya gram yang dibeli masih belum dikemaskini, baki akan terpapar di ruang ‘float’.

Buat penyimpan emas yang menggunakan link Ainin berikan, boleh whatsapp Ainin untuk sebarang pertanyaan dan bimbingan. Ainin bantu sebaiknya.

Untuk lebih senang, kita boleh install app Public Gold untuk belian seterusnya.

app Public Gold
App Public Gold

Artikel berkaitan

  • Cara keluarkan (withdraw) emas dari akaun emas GAP
  • Cara jual emas GAP online
  • Cara Pajak Emas GAP online

Daftar PERCUMA & mula simpan emas

Simpan emas dengan ilmu, Ainin nak bagi ebook percuma tentang emas. Sila download dan baca dengan senyuman:) Klik butang di bawah dan download ebook percuma.

download ebook 5 minit emas
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: AKAUN EMAS GAP, AKAUN EMAS UNTUK ANAK, CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD, SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d