Kongsi mentor Tuan Zulkifli Shafie
HARGANYA SAMA SAHAJA
Beli emas dengan Public Gold, samada register di bawah dealer atau tak, harga emas tetap sama. Tak ada sebarang penjimatan walaupun 10 sen.
Bezanya penyimpan emas di bawah dealer, dia dapat bimbingan dan support percuma. Bahkan kalau dealer di berilmu dan pengalaman, dia terus dapatkan ilmu mahal untuk kaya dengan emas.
Bukan sekadar tahu proses jual beli.
Nak mula menabung emas dengan Public Gold, pastikan berdaftar dengan dealer yang betul.
Salah pilih introducer ibarat salah pilih pasangan. Susah hidup nanti.
Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Ya,
boleh saja simpan dan beli emas dari Shopee atau Lazada.
boleh juga daftar akaun sendiri di Public Gold tanpa ada introducer dan dealer.
Boleh saja cari ilmu sendiri dan belajar ilmu emas sendiri.
Tak perlu serabut deal dengan dealer atau introducer kan?
Tapi,
sangat ramai datang kembali kepada Ainin, kebanyakannya menyesal berbuat demikian.
Kisah Puan M
Takut Scammer
Tempoh hari, Puan M hubungi Ainin dan call Ainin, berceritakan kisahnya.
Kerana tidak mahu deal dan takut untuk percayakan mana-mana dealer, Puan M pergi ke salah sebuah cawangan Public Gold dan mendaftar dengan Public Gold tanpa dealer dan introducer. Dengan harapan staff akan membantu dan membimbingnya.
Staff vs Dealer
Betul, staff akan bantu kita, tetapi tidak serapat seorang dealer akan membimbing kita.
Staff biasanya sibuk melakukan kerja-kerja mereka berkaitan administration dan urusan cawangan, bukannya membimbing tentang emas.
Berlainan dengan dealer. Dealer khususnya dari team G100 akan dipersiapkan dengan ilmu untuk membantu penyimpan-penyimpan emas baru.
Dealer juga akan bantu dan membimbing tentang lebih ilmu emas, inshaaAllah.
Selain itu, kita boleh tanyakan soalan dengan dealer bila-bila masa pada luar waktu pejabat, berlainan di staff cawangan.
Ramai orang salah faham dan tidak tahu tentang ini.
Urusan di Cawangan
Buat pengetahuan, sekarang urusan jual beli emas Public Gold semuanya online.
Urusan di branch hanyalah
- ambil emas yang melebihi 21.25gram
- pajak emas fizikal
- jual emas fizikal (boleh lock harga di website atau apps dahulu.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang penyimpan emas yang berdikari, kita boleh tanyakan soalan kepada staff melalui saluran helpdesk di website ataupun apps.
#1 Rugi Tanpa Introducer
Ya, ramai penyimpan emas yang tiada introducer dan introducer tidak aktif datang kepada Ainin, bertanyakan soalan-soalan yang mereka tidak jelas.
Kadangkala mereka tidak tahu tentang perlunya introducer atau mereka daftar akaun tanpa buat research terlebih dahulu. Terjumpa link di mana-mana, terus daftar.
Akhirnya, mereka juga yang rugi di kemudian hari. Mereka akhirnya terkapai-kapai dan kemudiannya mencari introducer atau dealer orang lain untuk bertanya.
Yang paling merisaukan, takut mereka buat tindakan yang tidak bijak dalam jual beli emas lalu menyalahkan intrumen emas pula. Sedangkan kita yang kurang tahu mengenai emas.
#2 Risiko Introducer Tidak Aktif
Ada juga penyimpan emas yang bertanyakan soalan-soalan asas kepada Ainin kerana introducer mereka tidak lagi aktif atau tidak tahu banyak tentang emas atau Public Gold.
Ini lagilah rugi.
Sudah ada introducer, tetapi introducer dan team tak functional pula.
Mungkin dealer-dealer tidak aktif ini buat secara part time atau ubah fikiran untuk buat bisnes lain.
Sebab itulah sangat penting pilih introducer yang aktif dan juga berilmu.
Dengan pengalaman Ainin sejak 2014 dalam jual beli emas serta Ainin juga ialah salah seorang Master Dealer di bawah team G100, dengan mentorship tuan Zulkifli Shafie, inshaaAllah Ainin cuba bantu penyimpan emas di bawah bimbingan Ainin sebaiknya.
#3 Bimbingan Percuma
Bila berdaftar dengan saya,
Tuan Puan akan peroleh semua bimbingan dan support group dengan percuma.
Tuan puan juga bebas bertanya saya sebarang soalan bila-bila masa tanpa rasa bersalah kerana tanggungjawab saya memang untuk beri bimbingan kepada kumpulan penyimpan emas saya.
Ainin juga akan berikan bonus handbooks yang bernilai RM199 kepada penyimpan-penyimpan emas saya.
Buat pengetahuan, harga emas sama sahaja jika beli dengan dealer ataupun tanpa dealer! Kerana komisyen dealer bukanlah dari belian penyimpan emas tetapi dari Public Gold.
Jadi, lebih baik ada introducer daripada tiada kerana harga emas sama sahaja.
#4 Jimat Masa Belajar Ilmu Emas
Bersama team G100, kami sediakan kelas-kelas kewangan dan handbooks percuma untuk penyimpan-penyimpan emas tambah ilmu mengenai kewangan umumnya dan emas khususnya.
Ini sudah dapat menjimatkan masa kita mencari ilmu kewangan dan ilmu emas sendiri!
Lagi[un, G100 bawakan speaker yang proven results.
#5 Jimat Wang Belajar Ilmu Emas
Apa yang Ainin sendiri rasa sangat-sangat beruntung berada bersama team G100 ialah banyak training dan program yang di luar sana sepatutnya harganya beratus-ratus dan beribu-ribu, tapi kami hanya dapat percuma tanpa perlu bayar yuran seringgit pun.
Contohnya, penyimpan emas layak untuk sertai G100 Private Webinar ‘Membina Satu Juta Pertama’ secara percuma (mengikut kuota).
Penyimpan emas team G100 yang berumur sekitar 18tahun-25tahun pula layak sertai program mentoring menuju financial freedom percuma iaitu G100 Apprentice. Hanya di G100!
Simpan emas dapat, ilmu pun dapat.
Bagaimana nak layakkan diri? Simpan emas serendah RM 100 dan boleh join secara percuma!
G100 Gold-Property Project pula ialah program mentoring tentang pemilikan hartanah untuk dealer G100 yang sudahpun berjaya mencapai peringkat-peringkat tertentu. Team G100 bekerjasama dengan kumpulan FAR Capital bagi menjayakan program ini.
Fuh, tak cukup dengan ilmu emas,
ilmu hartanah lagi!
Program training dan workshop hartanah kalau di luar sampai beribu tau!
#6 Circle Penyimpan Emas
Kita boleh menyimpan emas sendiri-sendiri. Kita boleh menyimpan emas dengan bank contohnya atau dengan Public Gold sendiri contohnya.
Tapi, simpan emas dengan Public Gold bersama kumpulan Ainin khususya dan bersama team G100 umumnya, kita berpeluang berada dalam kumpulan/circle orang-orang yang mahu baiki kewangan dengan emas serta orang-orang yang mahu menyimpan emas.
Kadang-kadang kita juga kalah dengan nafsu dan tidak berdisiplin dengan emas.
Lihat orang berjaya tambah dan simpan emas, kita juga tumpang bersemangat dan kekal berdisiplin untuk menabung emas menuju matlamat tabungan emas kita.
#7 Peluang Grow bersama G100
Bagi AInin, ini yang paling penting.
Jika suatu hari penyimpan emas ingin upgrade jadi dealer, kita berpeluang berada dalam team G100.
Dengan team G100, perjalanan dealership lebih mudah dengan sistem dan kemudahan yang disediakan seperti toolset, training dan sebagainya.
#8 Pilih Introducer Macam Pilih Jodoh
Jangan main-main,
pilih introducer kena lebih hati-hati daripada pilih jodoh.
Jodoh boleh bercerai (nauzubillah) tapi silap introducer tidak boleh bercerai!
Boleh tukar introducer tetapi syaratnya dan proses sangat rumit.
Sekalipun penyimpan emas berdaftar di bawah Public Gold (tiada introducer dan dealer), penyimpan emas tersebut perlu upgrade dealership dahulu untuk tukar introducer dan dapatkan bimbingan daripada introducer ataupun team pilihannya.
Lebih teruk jika introducer tak aktif atau tak dapat melayan soalan-soalan kita.
Kesimpulan
Jadi, buat pilihan yang tepat.
Lebih baik ada introducer dan team walaupun mungkin sekarang kita tak perlukan mereka dan kita boleh simpan emas sendiri-sendiri.
Komisyen dealer atau introducer anda tidaklah besar mana melainkan 1% -2% berdasarkan pangkat, itupun diberi oleh pihak Public Gold bukan diambil untung daripada belian penyimpan emas.
Harga emas sama sahaja walaupun kita ada dealer ataupun tiada dealer.
Belum ada introducer dan ingin mula simpan emas serendah RM100?
Klik butang di bawah untuk daftar dan hubungi Ainin untuk bimbingan.