- Tips Newbie Emas
- Tips #1 Mula dengan Bajet dan Gram Kecil
- Tips #2 Mula dengan Item Emas Kecil
- Tips #3 Konsisten Tambah Gram
- Tentang Konsisten.
- Cerita Pertama
- Cerita Kedua
- Cerita Ketiga
Tips Newbie Emas
Sebenarnya, perkara yang paling sukar dalam menyimpan emas ialah bermula dengan gram yang pertama.
Lepas dah mula, jadi ketagih dan sukar nak berhenti!
Sini Ainin kongsikan tips untuk pemula.
- Mula dengan Bajet dan Gram Kecil
- Mula dengan Item Emas Paling Kecil
- Konsisten
Tips #1 Mula dengan Bajet dan Gram Kecil
Ada sesetengah kita mungkin risau dengan pengalaman pertama nak simpan emas. Tapi jangan biarkan kerisauan tu halang kita daripada tak menyimpan emas. Rugi tu. Lagi lambat mula, lagi rugi.
Apa kata minimakan risiko dengan bermula dengan bajet yang kecil. Tidak perlu mula dengan ribuan ringgit.
Dalam Public Gold, boleh mulakan dulu dengan bajet paling rendah iaitu RM 100 dengan kaedah Gold Accumulation Program. RM 100 tersebut akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa. Contohnya 0.3 gram.
Tidak perlu terus beli 1gram. Simpan 0.3 gram dahulu dengan bajet RM 100 (bergantung kepada harga harian). Check harga emas Public Gold di sini.
Dapatkan keselesaan dan keyakinan dahulu. See how things goes.
Tips #2 Mula dengan Item Emas Kecil
Item emas paling kecil di Public Gold antaranya ialah
- Goldbar 0.5gram
- Goldbar 1gram
- Goldbar 5gram
- Goldbar 10gram
- Setengah dinar
- 1 dinar
Jika check di website Public Gold, item ini biasanya dibawah kategori small bar/wafer.
Ainin cadangkan kalau ada bajet lebih, bermula dengan 1 dinar dan 10gram walaupun ada item emas yang lebih kecil daripada itu kerana sebenarnya, lebih kecil item emas, lebih mahal harga emas pergram.
Kalau ada promosi 10kali bayaran atau 6kali bayaran untuk 1 dinar dan 10gram, terus grab kerana ianya sangat berbaloi. Sisihkan sekitar RM 113 sebulan (mengikut harga semasa; hari ini 1 dinar RM 1134 7hb Feb 2022) dan selepas 10 bulan, kita akan dapat 1 dinar untuk kita simpan.
Target dahulu item emas kecil ini, barulah kita rasa lebih bersemangat untuk menyimpan emas bergram lebih besar.
Tips #3 Konsisten Tambah Gram
Tips yang ketiga ialah konsisten menyimpan emas.
Konsisten tambah gram tidak kira bagaimana pergerakan harga emas. Bila kita konsisten menyimpan, barulah gram emas bertambah.
Gram yang bertambah membuatkan simpanan kita bertambah.
Tak apa sikit, tapi konsisten itulah kunci. Persis cerita arnab dan kura-kura.
Tentang Konsisten.
Perkongsian daripada Master Dealer Public Gold Tuan Fairuz Aziz;
“Elehhhh 1gram ja. Bila nak kaya?”
Sebelum kita mula dan celik tentang emas, kita anggap simpanan emas perlu bermula dengan yang besar-besar.
Ramai yang perlekehkan berat 1gram emas.
Ramai yang perkecilkan berat 1gram emas.
Ramai yang persenda berat 1gram emas.
.
Pengalaman saya melihat,
Cerita Pertama
Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang telah capai simpanan 50gram emas dalam tempoh 10bulan. Nilai 50gram tersebut sekitar RM13,000.
Kata beliau, seolah-olah tidak percaya kerana dulunya nak simpan RM13 pun susah apatah lagi RM13,000. Cuma sekarang simpanan dibekukan dalam bentuk emas.
.
Cerita Kedua
Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang sedar dari tidur yang panjang. Bayangkan sepanjang tempoh 10tahun bekerja, simpanan Zero.
Masuk tahun ke 11, beliau mula risau dan mencuba menyimpan emas. Pada tiga (3) bulan pertama sahaja menyimpan emas, beliau dapat capai simpanan melebihi 30gram emas. Nilai 30gram sekitar RM8,000.
Anehnya 10tahun bekerja, setiap sen yang ada dalam bank semua dirembat. Beliau tinggalkan minima sahaja dalam bank. Jika bank benarkan keluarkan semua, pasti akan dikeluarkan semua.
Kini beliau sungguh-sungguh menyesal dan kembali menyusun langkah.
Cerita Ketiga
Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang berstatus pelajar pernah berjaya kumpul 50gram dalam tempoh 5bulan sahaja. Saya pernah menulis tentang beliau dan saya sangat kagum dengan kesungguhan beliau.
Saya ulang, beliau status pelajar dan kini masih berstatus pelajar. Boleh follow beliau Cik Shafawani Othman.
Saya percaya tamat sahaja pengajian di Universiti nanti, disaat rakan sebaya beliau masih mengharapkan duit poket ibu bapa, beliau telah pun bersedia dengan simpanan emas yang ada.
.
Kawan-kawan,
Banyak kisah yang menarik dengan hanya bermula menyimpan 1gram emas.
1gram memang kecil tetapi ketahuilah ianya permulaan untuk kita membina semangat dan impian kita dalam dunia emas.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada matlamat yang besar.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada impian yang besar.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada usaha yang besar.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada semangat yang besar.
Teruskan melangkah, berlari dan meroket. Jangan pedulikan apa yang orang kata tetapi fikir tentang masa hadapan kita. 💪🏻😊
Ingat ni!
1gram permulaan kepada 10gram.
1gram permulaan kepada 50gram.
1gram permulaan kepada 100gram, 250gram
1gram permulaan kepada 1kilo.