Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Sikitnya Emas Azizi Ali!

Posted on October 4, 2023October 5, 2023 by theaininsofia
Sikitnya Emas Azizi Ali!
[Open][Close]
  • Siapa Azizi Ali?
  • Eh Sikitnya Emas Azizi Ali!
    • Kongsin Azizi Ali
  • Sentiasa Keluarkan Emas Fizikal
  • Akaun GAP hanya Transit
  • Emas Fizikal Harta yang Sebenar
  • Keluarkan Emas Bergram Kecil
    • Kelebihan Emas Bergram Kecil
  • Emas Insurans Kekayaan
Ainin bersama Tuan Azizi Ali di Annual Recognition Night Public Gold


Siapa Azizi Ali?

Tuan puan kenal Tuan Azizi Ali?

Beliau merupakan antara pakar kewangan yang terkenal di Malaysia dan penulis buku kewangan yang terawal.

Sebagai penulis buku tentang emas, semestinya, Tuan Azizi Ali juga menyimpan emas dalam akaun emas GAP.

Tuan puan nak tengok tak akaun emas Tuan Azizi Ali?

Beliau kongsikan:

Eh Sikitnya Emas Azizi Ali!

“Eh, sikitnya emas Tuan Azizi Ali”

Mungkin itu yang kita fikirkan ketika melihat baki ini. Sebagai pakar kewangan, mungkin kita imaginasikan emas Tuan Azizi Ali berkilo-kilo!

Kongsi Azizi Ali

Perkongsian daripada Tuan Azizi Ali

1. Saya melabur di dalam dalam akaun GAP di Public Gold setiap bulan. Dan berikut adalah jumlah emas dalam akaun GAP saya pada 3 Okt 2023.

2. Sekarang mesti ada orang yang berkata, “Weh! 16 gm saja. Sikit betul jumlah emas itu!”

3. Saya bersetuju yang jumlah emas itu tidak tinggi. Kenapa?

4. Jawabnya ialah kerana saya menerbitkan emas dari akaun GAP apabila jumlah itu melebihi 50 gm. Selalunya saya akan terbitkan dua ketul emas 20 gm dan seketul emas 10 gm.

5. Kenapa saya bertindak begitu? Jawapannya ialah kerana saya mahu emas fizikal itu berada di tangan saya, dan bukan dipegang oleh third party.

Jadi jika ada apa-apa kekacauan kewangan atau ekonomi besar berlaku, emas yang di tangan saya itu boleh menyelamatkan situasinya untuk diri saya dan keluarga.

Azizi Ali

Sentiasa Keluarkan Emas Fizikal

Ini satu tindakan yang sangat bijak!

Mentor Tuan Zulkifli Shafie selalu pesan,

Emas yang terbaik ialah emas yang ada dalam simpanan kita sendiri.

Kalau terjadi keadaan darurat, semua orang akan selamatkan diri mereka sendiri dulu.

Duit banyak dalam bank pun tak boleh buat apa-apa.

#BukuWangEmas

Tuan Zulkifli Shafie

Akaun GAP hanya Transit

Ya, saya sendiri pun berbuat sedemikian. Selepas capai beberapa jumlah, saya keluarkan emas.

Tidak perlu keliru nak simpan emas dalam akaun GAP atau keluarkan fizikal.

Boleh buat kedua-dua sekali.

Emas fizikal hanyalah transit untuk kita menabung emas sebelum kita keluarkan fizikal.

Artikel berkaitan:

  • Akaun GAP atau Emas Fizikal?
WhatsApp Ainin

Emas Fizikal Harta yang Sebenar

Akaun emas GAP juga emas fizikal.

Cuma,

Emas dapat berfungsi dengan sempurna jika difizikalkan dan ada dengan kita.

Harta yang sebenar ialah harta yang ada dalam tangan kita.

Sekiranya terjadi darurat atau extremenya peperangan, harta dan emas emas inilah yang berfungsi. Yang ada dengan kita.

Yang kita boleh bawa sebagai harta.

Public Gold juga sebenarnya sarankan kita keluarkan emas dari akaun emas GAP walaupun 1 gram. Sebab tu Public Gold sentiasa keluarkan design cantik-cantik. Untuk memotivasikan untuk kita keluarkan emas fizikal!

https://youtu.be/a20wgJTzzJI?si=Nq2ixwQwTgSrgoAo
WhatsApp Ainin

Keluarkan Emas Bergram Kecil

Tuan Azizi Ali pun keluarkan emas bergram kecil!

Saya sendiri, apabila Tuan Azizi Ali dapat kumpul dan simpan emas sehingga 50gram, saya fikir beliau keluarkan 50gram. Tetapi beliau pecahkan juga menjadi gram kecil.

Bukan sahaja Tuan Azizi Ali, Tuan Zulkifli Shafie pun sama.

Kongsi Tuan Zulkifli,

Apabila beliau menjadi tahanan SOSMA disebabkan beri sedekah, isterinya Puan Najdah menjual emas bergram kecil seperti emas 10gram untuk kegunaan keluarga.

Emas 10gram pada harga semasa sekarang (2023) ialah sekitar RM 3000.

Kelebihan Simpan Emas

Kelebihan Emas Bergram Kecil

Ada beberapa kelebihan bila kita simpan dan gunakan emas bergram kecil. Antaranya ialah,

Apabila kita nak gunakan untuk keperluan bulanan atau seharian, seperti yang Ainin kongsikan kisah Tuan Zulkifli,

Kita hanya perlu jual atau pajak emas bergram kecil. Kita tidak perlu jual emas bergram besar.

Jual banyak, habis pun banyak! Mungkin kita tidak perlukan jumlah yang besar, tapi kita guna juga sebab ada.

Jika kita jual sedikit, kita akan lebih berjimat dan guna apa yang ada.

Emas bergram kecil lebih sesuai untuk dana kecemasan dan senang dibahagikan dan diwarisi ahli keluarga.

Emas bergram besar pula lebih untung dari sudut kurang spread. Jadi lebih untung ketika dijual. Ia sesuai untuk pelaburan ataupun dijadikan deposit rumah dan lain-lain perbelanjaan besar.

Jadi, sentiasa konsisten menabung dalam akaun GAP! Tidak perlu ada banyak sehingga beribu, baru hendak simpan emas.

Ada RM 100, terus menabung emas dan kita kumpulkan dan menabung di akaun emas GAP.

WhatsApp Ainin


Emas Insurans Kekayaan

Ada duit banyak dalam bank atau dalam pelaburan lain, semuanya berisiko jika tidak ada emas.

Ia ibarat kapal titanic yang tidak ada lifeboat. Menanti untuk tenggelam!

Simpan sebahagian dalam emas, emas-emas fizikal inilah yang dapat harta, diri kita dan keluarga sekiranya berlaku perkara yang tidak kita duga.

Sebab itulah, Tuan Mentor Tuan Zulkifli Shafie selalu sarankan untuk simpan 1kilogram satu keluarga supaya ia jadi insurans kekayaan dan insurans keluarga di saat tools kewangan lain tidak berfungsi.

Mula dulu 1gram, seterusnya target 100gram dan seterusnya target 1 kilogram untuk 1 keluarga.

Kerana kita tak tahu apa bakal berlaku.

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham.

(musnad imam ahmad ibn hanbal)

inshaaAllah, moga Allah mudahkan.

Ainin
Master Dealer Aktif Public Gold
4 Oktober 2023
Kerteh Terengganu

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Emas Public Gold, SIMPAN EMAS, Tips Mula Simpan Emas

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d