Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Sampai Bila Nak Simpan Emas?

Posted on October 4, 2023October 5, 2023 by theaininsofia
Sampai Bila Nak Simpan Emas?
[Open][Close]
  • Sampai Bila?
  • Ikut Trend atau Ikut-ikut Orang.
  • Tentukan Target dan Matlamat
    • 100gram Pertama
    • 200gram Pertama
    • 1 kilogram 1 keluarga
  • Membina Tabiat
  • Benteng dan Talian Hayat Terakhir
  • Tiada Orang Menyesal Ada Simpanan

Sampai Bila?

“Asyik simpan saja, sampai bila?”

Mungkin soalan ini bukan saja valid untuk simpanan emas, tetapi juga untuk simpanan wang!

Tapi, kali ini saya nak berkongsi tentang simpanan emas.

Sampai bila nak simpan emas ni?

Saya nak ajak tuan puan kembali kepada pengalaman semasa bermula menyimpan emas.

Adakah niat kita simpan emas semasa kita bermula adalah untuk menjadi kaya dengan emas? Mahu ambil untung dengan kenaikan harga emas?

Ikut Trend atau Ikut-ikut Orang.

Yang pasti, apabila kita tertanya-tanya soalan ini,

Mungkin sahaja kita simpan emas ikut trend atau mungkin juga kita tidak mempunyai target.

Ini juga salah satu tanda kita belum betul-betul faham tentang emas.

Tentukan Target dan Matlamat

Ini kerana, kalau kita bermula simpan emas dengan target dan tujuan, kita pasti tahu kita perlu simpan emas sampai berapa jumlahnya.

Antara matlamat yang boleh dicapai dengan emas:

Kegunaan Emas dalam kehidupan capai impian
Capai impian dengan Dinar

Sebab itulah penting niat dan matlamat dalam simpan emas.

100gram Pertama

Untuk pemula, setkan matlamat 100gram untuk keluarga atau diri sendiri.

Harga 100gram hari ini sekitar RM 30K.

Goldbar bungamas emas public gold
koleksi goldbar bungmas 10gram, 20gram, 50gram dan 100gram

Eh, cukup ke 100gram ini?

Ini bergantung kepada kekayaan seseorang.

Bagi golongan T20, 100gram ini tidak sampai 10% pun daripada jumlah harta mereka.

Bagaimana nak simpan 100gram pertama?

Mula dengan langkah pertama.

Mungkin 1 gram atau minimum simpanan dengan Public Gold ialah RM 100 iaitu 0.3gram.

Paling penting ialah bermula.

  1. dan mula menabung emas serendah RM100 atau 1gram
  2. Konsisten 1gram sebulan
  3. Konsisten 10gram setahun selama 10 tahun
WhatsApp Ainin

200gram Pertama

Kalau ikut formula Puan Marliya Ramli iaitu penulis buku Nak Kayaa Seribu Daya, beliau selalu sarankan untuk menyimpan 200gram emas.

Bila kita ada 200gram emas ni, kita tak kaya dan kita tak miskin.

Kalau terjadi apa apa musibah, kita tak jatuh miskin. Ia cukup sebagai persediaan peribadi dan berfungsi sebagai safety net.

Mungkin kita akan perlukan lebih, tetapi sediakan 200gram dahulu.

Bagaimana nak miliki 200gram emas?

  1. Mula menabung emas serendah RM100 atau 1gram
  2. Konsisten 2gram sebulan
  3. Konsisten 20gram setahun selama 10 tahun.
WhatsApp Ainin

1 kilogram 1 keluarga

Selepas miliki 100gram atau 200gram,

Target seterusnya ialah 1 kilogram untuk satu keluarga.

Bagaimana caranya untuk kita simpan 1 kilogram emas?

  1. Mula simpan emas serendah RM100 atau 1gram
  2. Konsisten simpan 10gram setiap bulan
  3. Simpan 100gram setahun selama 10 tahun

Pada tahun 2000, harga 1 kilogram emas hanyalah sekitar RM 35,000.

Sekarang pada tahun 2023, harganya mencecah RM 350,000 sama seperti sebuah rumah!

Bila kita miliki 1 kilogram emas, kita seperti memegang 1 buah rumah yang asetnya lebih mudah dibawa ke mana-mana dan lebih mudah untuk dicairkan.

emas Public Gold 1 kilogram
emas Public Gold 1 kilogram
https://youtube.com/shorts/qVY7_eF3NU0?si=cP6qrw3WicWqA4xh

*Info Promosi Oktober 2023:

Sekarang, Public Gold sedang adakan promosi percuma 5gram emas untuk belian emas 1 kilogram (untuk belian terus dan bayaran selama 10 bulan)

WhatsApp Ainin

Membina Tabiat

Dalam perjalanan ini, mungkin kita akan berjaya untuk simpan 100gram dan mungkin juga tidak.

mungkin kita akan berjaya untuk simpan 200gram dan mungkin juga tidak.

mungkin kita akan berjaya untuk simpan 1 kilogram dan mungkin juga tidak.

Yang lebih penting, kita sebenarnya sedang membina tabiat menabung dan tabiat mengumpul harta iaitu tabiat orang orang kaya.

Yang lebih mulia, kita sebenarnya sedang berusaha untuk melindungi keluarga kita daripada musibah.

Apa apa terjadi, kita ada persediaan.

Bukan meminta, hanya bersedia.

Benteng dan Talian Hayat Terakhir

Kongsi pakar kewangan Tuan Azizi Ali, kita perlu simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nettworth) kita dalam bentuk emas sebagai insurans kekayaan.

Sekiranya ekonomi jatuh atau ektremnya peperangan, nilai emas terjamin dan tidak terjejas.

Di saat tools kewangan lain tidak berfungsi, emas bertindak sebagai benteng terakhir melindungi kekayaan. Apa apa jadi, emas boleh menyelamatkan kewangan keluarga.

Emas tiada dalam rekod kerajaan, tidak boleh dimanipulasi dan dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset kewangan yang lain. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas yang kita ada.

https://youtube.com/shorts/iwgffkrwBE8?si=xbqvuebk4b9gkDH3

Jika tiada emas, harta kekayaan ibarat Titanic tanpa safety boat. Bila-bila masa akan tenggelam dan musnah semuanya.

MIliki emas, emas ialah seperti kapal keselamatan kecil untuk sebuah kapal besar.

Jika hampir tenggelam, sekurang-kurangnya kapal kapal kecil akan selamat.

Tidaklah tenggelam kesemuanya.

Tiada Orang Menyesal Ada Simpanan

Sampai bila nak simpan emas?

Sampai kita capai target simpanan kita.

Sehingga kita capai matlamat simpanan kita.

Bila kita boleh berbagi rezeki dengan zakat dan sedekah.

Bila kita boleh tinggalkan anak-anak keturunan kita tanpa dalam keadaan meminta-minta.

Orang mungkin menyesal tiada simpanan, tapi,

tiada orang menyesal ada simpanan.

Ainin Sofia
5 Oktober 2023
Kerteh

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, SIMPAN EMAS, Tips Mula Simpan Emas

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tahun depan Aidiladha jatuh pada 18 Mei 2026. Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d