Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Dulu Surirumah Active Income 4 Angka, Sekarang Surirumah Passive Income 4 Angka

Posted on April 15, 2023May 30, 2023 by theaininsofia

Table of Content
  • Master Dealer Mac 2023
  • Dealer Sejak 2014
    • Bermula Menyimpan Emas
    • Bukan dikira siapa lebih awal
  • Turning Point
    • Buat Keputusan untuk Aktif Ogos 2020
    • Proses Membina Diri
      • Bisnes Lain
      • Keputusan untuk Fokus Public Gold
      • Target
      • Worth the Effort
      • Pembakar Semangat
      • Bukti Passive Income
      • Kejayaan Sahabat
      • Kata-kata Mentor Tuan Zulkifli:
      • Ajak Orang Simpan Duit Bukan Habiskan Duit.
      • Saham Akhirat
  • Cabaran
    • Masa
    • Anak
  • Kesan Public Gold
    • #1 Gembira Memberi Manfaat
    • #2 Circle yang Mahal, Ilmu, Reminder dan Mentorship
    • #3 Keluarga
    • #4 Active Income kepada Passive Income
  • Penghargaan
    • Team G100 dan Mentorship Tuan Zulkifli Shafie
      • Follow PG1S
      • Hadir Core Programme Bulanan dan Mingguan
  • Misi Besar
    • Kejayaan dan Tanggungjawab
    • Saham Akhirat
    • Hanya Permulaan

Master Dealer Mac 2023

Alhamdullilah,

pembuka April yang indah. Ramadhan yang indah.

Sabtu pertama setiap bulan wajib hadir core programme untuk G100 dealers, PLT tapi hari ini special sebab hadir kali pertama sebagai Master Dealer Public Gold.

Master Dealer ialah dealer yang telah mencapai lebih 300 penyimpan emas dengan minimum 300ribu personal sales dalam masa setahun.

Title ini sangat ditunggu tunggu dan dikejar-kejar sejak bergerak aktif sebagai dealer Public Gold sejak Ogos 2020.

Dealer Sejak 2014

Bermula Menyimpan Emas

Ainin bermula menyimpan emas dengan 24 dinar 916 Public Gold (sudah tidak dikeluarkan) selepas terjumpa perkongsian blog mentor Tuan Zulkifli pada tahun 2014. Ainin tukarkan simpanan biasiswa kepada emas dan berfikir bagaimana nak gandakan simpanan tersebut. Pada masa itu Ainin masih berpendapat bahawa Ainin di posisi pelabur, beli harga rendah dan nak jual pada harga tinggi.

Harga pada tahun-tahun tersebut agak mendatar. Walaubagaimanapun, ainin telah jual dan pajak emas untuk beberapa perkara.

Emas telah memberi banyak manfaat dalam Ainin, contohnya

  • Ainin terima maskahwin dalam emas
  • emas bantu selesaikan downpayment rumah pertama
  • jual sedikit emas untuk beli kereta secondhand yang bertahan sehingga sekarang
  • bekukan dan simpan untung bisnes dalam emas.

Ainin bersyukur dapat bermula awal kerana Ainin jadi saksi kepada trend harga emas yang semakin menaik.

Bukan dikira siapa lebih awal

Kalaulah jadi Master Dealer itu disebabkan oleh pgcode siapa yang mula lagi awal, mestilah Ainin yang paling berjaya sekali.

Sebab Ainin jadi dealer Public Gold sejak dari 2014 lagi.

Walaubagaimanapun, terdapat halangan untuk Ainin bergerak aktif pada masa tersebut.

Turning Point

Buat Keputusan untuk Aktif Ogos 2020

Tapi tidak. Ia bermula dari tarikh bila kita buat keputusan untuk jadi dealer Public Gold yang betul-betul aktif.

Pada Ogos 2020 iaitu semasa pandemik covid dan fenomena gold rush, Ainin ambil keputusan dan laksanakan impian yang sudah disimpan lama untuk bergerak aktif berkongsi tentang emas.

Jadi sebenarnya, Ainin ambil masa 2 tahun lebih untuk capai Master Dealer.

Walaupun Ainin sebenarnya lambat untuk capai MD (jika dikira dengan standard team G100 iaitu 18 bulan), disebabkan progress dan tools G100 yang semakin berkembang.

Alhamdullilah, Ainin bersyukur dapat konsisten dan Ainin pastikan ada progress walaupun perlahan. Tak ramai dealer yang boleh konsisten dan istiqamah untuk sebarkan dan sampaikan ilmu.

Itulah cabaran yang sebenar, untuk terus konsisten di mana ada hasil atau tiada hasil.

Ini kerana buat bisnes Public Gold ni tiada istilah rugi, hanyalah dapat untung sikit atau banyak, bergantung kepada usaha kita. Kita langsung tak rugi pada modal kerana emas sentiasa jadi milik kita.

Proses Membina Diri

Bisnes Lain

Jiwa bisnes dalam diri Ainin itu ada walaupun ada halangan untuk mulakan bisnes Public Gold. Alhamdullilah, Ainin belajar bisnes daripada zero, daripada bisnes bisnes lain yang Ainin pernah buat sebelum ini.

Kalau ingatkan balik, bisnes pertama Ainin ialah dropship handsocks iaitu semasa Ainin sambung Masters. Ya Allah, konsep dropship pun tak faham!

Seterusnya, Ainin cuba bisnes spa, shaklee dan bisnes terakhir sebelum Ainin komited dengan Public Gold ialah tempahan lukisan.

Rupanya, itulah proses membina diri.

Ainin belajar bina mindset, handle customer, jaga database dan sebagainya. Alhamdullilah.

Keputusan untuk Fokus Public Gold

Bukan mudah untuk ambil keputusan untuk fokus satu-satunya bisnes Public Gold di saat bisnes lain pun sedang elok berjalan memberi income yang baik. Kalau Ainin ada pilihan dan ada lebih masa, memang Ainin akan teruskan juga tempahan lukisan.

Tapi apakan daya, atas sebab limitasi masa menjaga anak anak kecil yang sedang membesar, Ainin sedar Ainin trade-in masa untuk wang iaitu semua bisnes naturenya ialah active income.

Berlainan dengan Public Gold, bisnes ini naturenya passive income dan kerja hakiki dealer Public Gold khususnya team G100 ialah mendidik dan sebarkan ilmu mengenai emas sebab kami bukan jual emas, kami hanyalah ajak orang jadi penyimpan emas macam kami.

Yang jual emas ialah Public Gold. Kami hanya pemudahcara.

Target

Ada orang laju dan ada orang yang ambil masa. Ainin adalah antara orang yang ambil masa untuk jadi matang dalam bisnes Public Gold. Perjalanan itulah proses membina diri.

Ainin kata, aku nak buat betul betul bisnes Public Gold ni fulltime 3-5 tahun. Kita tengok apa jadi.

Disebabkan Ainin dah janji dengan diri sendiri akan naik MD untuk financial year 22/23 ni (kerana benchmark timeline Tuan Hafiz),

Ya Allah, magiknya target. Patutlah mentor Tuan Zulkifli Shafie selalu pesan untuk pendekkan timeline.

Dan Ainin juga belajar tentang bagaimana untuk sebuah kapal terbang perlukan massive energy untuk take-off.

Kita boleh buat bisnes suka-suka. Result pun juga suka-suka. Kita boleh buat bisnes dengan serius. Result juga serius.

Bisnes Public Gold ni mudah, tapi kita jangan ambil mudah. Respect bisnes sendiri.

Worth the Effort

Bisnes Public Gold ni macam blog dan youtube. Bersifat accumulative. Bukan macam ambil order, bulan depan nak kena cari orang beli order pula.

Yang kita buat lama-lama dahulu, akan bertambah dan tambah.

Ainin faham cerita tentang pipeline dan orang angkut air.

Ainin percaya kata-kata mentor. Jadi, usaha yang kita curahkan kepada bisnes ni akan worth the effort. Tak sia-sia.

Pembakar Semangat

Melihatkan figura berjaya dalam team G100 Public Gold seperti Ustazah Nor Azah, Tuan Azman Bilaji dan Puan Sakinah Publication Team yang Ainin jumpa semasa Master Dealer Conference, mereka ini umurnya sekitar 50 tahun ke atas tetapi sangat bersemangat sebarkan kebaikan emas. Umur bukanlah penghalang.

Ini sangat menjadi inspirasi untuk Ainin. Ainin komited untuk sebarkan kebaikan emas walaupun usia kian bertambah. Bisnes yang Ainin akan terus buat walaupun makin tua.

Bukti Passive Income

Sebenarnya, tahun 2015, Ainin ada daftarkan seorang kenalan Ainin yang sangat konsisten simpan emas

Disebabkan AInin tak hadir JLT, jadi Ainin takdapat nak teruskan lagi bisnes Public Gold secara betul-betul dan sungguh-sungguh. Tapi sempat AInin share 1-2 post dan ada 1-2 kenalan yang nak simpan emas.

Rezeki Ainin. dia konsisten simpan emas. Harga benchmark beliau dalam RM 150-170/g macamtu.

Ainin sambung semula bisnes dengan serius pada tahun 2020. Sepanjang tahun sebelum itu, AInin tak pernah check cwallet PGMall, ingatkan takdapat kan.

Bila Ainin buka PGMall selepas 5 tahun, Ya Allah, ada duit!

Taklah banyak, tapi ada tuan-puan.

Itu seorang penyimpan emas tuan-puan, dan insentif belian Ainin sendiri selama 5 tahun jugalah.

Macammana kalau Ainin buat betul-betul bisnes ni?

Kejayaan Sahabat

Rakan sekelas sekolah Tuan Hafiz dan sahabat universiti Puan Hazwani, figura dekat yang terlebih dahulu mencapai kejayaan. Ainin jadikan tempoh masa perjalanan Tuan Hafiz sebagai benchmark masa untuk Ainin juga capai MD iaitu 3 tahun. Jadi, dalam masa 3 tahun, kena achieve target.

Sebab itu penting melihat kejayaan untuk mencipta kejayaan.

Supaya minda kita percaya kita juga boleh capai.

Kata-kata Mentor Tuan Zulkifli:

Ainin terkesan dengan kata-kata Tuan Zulkifli Shafie

  • ND PD dan MD buat kerja sama sahaja, tapi income lain-lain. Jadi, tuan-puan kena bekerja cepat MD”.
  • Bisnes tak ada rugi, hanya untung sikit atau banyak
  • konsisten, tak ramai yang boleh konsisten>

Ajak Orang Simpan Duit Bukan Habiskan Duit.

Ainin tak rasa bersalah dan selesa berkongsi setiap hari sebab kita mengajak orang menyimpan duit dalam bentuk yang lebih kukuh bukan habiskan duit.

Kenapa malu bila kita bantu ramai orang improvekan kewangan mereka?

Saham Akhirat

Bantu orang improve kewangan, pahala yang besar!

Sepertimana Tuan mentor berada dalam penjara kerana fitnah, dan Ainin sentiasa refer blog beliau.

Pahala tetap mengalir.

Pada akhirnya, ia tentang kebaikan yang kita berikan kepada orang lain.

Ilmu kewangan dan emas yang kita ada, tak semua orang tahu.

Tahu sikit, kongsi sikit. Kita improve dari semasa ke semasa.

Ainin ingat lagi, masa Puan Hazwani Puan Star FMD kita masa baru nak bermula. Video call sebab takut-takut nak lock order 1 dinar. Tapi beliau rasa triggered bila ramai lagi taktahu apa beza emas 999 dan 916.

Beliau kongsi dan kongsi dan lihat di mana beliau sekarang.

Cabaran

Semua orang pun ada cabaran kan.

Cabaran orang bekerja lain, cabaran bekerja sendiri lain.

Cabaran student lain, cabaran yang belum berkahwin lain, cabaran yang sudah berkahwin lain, cabaran yang belum ada anak lain, cabaran yang sudah ada anak lain.

Cabaran anak sorang lain, cabaran anak dua orang lain, cabaran anak tiga orang lain dan so on.

Ya, semua cabaran itu betul.

Tapi cabaran dan sebab sebab alasan tu semuanya tak membantu kita untuk berjaya.

Untuk Ainin, Ainin bekerja sendiri di rumah bersama anak, cabarannya adalah masa dan anak.

Masa

Masa ni it’s about priority.

kalau benda tu penting, kita akan adakan masa.

Ainin ingat lagi perkongsian daripada dealer G100 Kakmaz, “kalau kita tak ada masa, kita jangan buang masa”.

Anak

Bak kata kak Najdah, jadikan anak sebagai penguat semangat, bukan sebagai cabaran yang lemahkan semangat.

Instead of aku takdapat buat sungguh-sungguh sebab anak, tukar >> aku kena buat sungguh-sungguh untuk anak anak aku.

Kesan Public Gold

#1 Gembira Memberi Manfaat

Ainin rasa sangat gembira berkongsi ilmu kewangan dan emas kepada ramai orang, lebih-lebih lagi daripada blog inu. Terima kasih readers:)

Dulu pun Ainin suka sharing, tapi kita tahu nak arahkan energy tu ke mana.

#2 Circle yang Mahal, Ilmu, Reminder dan Mentorship

Dalam G100, Ainin berpeluang kenal ramai insan insan hebat daripada setiap lapis masyarakat. Surirumah, doktor, CEO, founders, pelajar daripada pelbagai lapis umur yang ingin improve kewangan dan hidup.

Perkara yang paling mahal ialah mentorship.

Mentorship dalam G100 adalah percuma. Jika dalam program luar, ianya sangat mahal dan berbayar.

Dan kami dapat akses percuma secara berkala. Mingguan atau bulanan.

Mentor ialah talian hayat dan orang yang nak tengok kita berjaya.

#3 Keluarga

Dulu buat bisnes ambil order, perlukan masa yang khusus untuk siapkan order.

Kalau tak sempat dan ditambah pula dengan karenah customer, emosi akan terkesan terutamanya pada anak, pada keluarga.

Dulu Ainin ingat lagi, ada seorang customer urgent order, suami terpaksa balik rumah awal daripada kampung sebab nak siapkan order.

Sekarang tidak lagi, masa jadi lebih bebas. Alhamdulllillah.

#4 Active Income kepada Passive Income

Dulu kena ambil dan siapkan order baru dapat duit.

4 angka dan tak menang tangan, rasa sangat penat dan gembira.

Tapi kalau 4 angka dan tak ambil order, lebih gembira!

Sekarang rasa lebih bebas.

Masa kita tidak terikat kepada customer ataupun order.

Ainin sudah tidak trade masa untuk duit.

Ya Allah, Ainin sangat yakin ramai sebenarnya tak tahu peluang Public Gold ni.

Ainin sangat bersyukur dapat merasa walaupun kejayaan tidaklah sebesar mana.

Penghargaan

Team G100 dan Mentorship Tuan Zulkifli Shafie

Di sebalik achievement ini, Ainin sangat sangat berterima kasih kepada

  • Suami atas izin sejak hari pertama, doa, support, tadahan telinga dan tolong jaga anak kami walaupun beberapa minit, jam dan sehinggakan 3 hari iaitu semasa Ainin attend Master Dealer Conference tahun lepas.
  • Keluarga & adik-beradik atas support
  • Team dan circle G100 yang sangat mahal. Ada pelbagai latar belakang profesi, baik manager, doktor pakar, peniaga, guru, surirumah mahupun student juga jutawan. Yang ada simpanan 15 kilo emas pun ada uihhhh
  • Mentor Diamond Tuan Mohd Zulkifli Shafie penulis buku Wang Emas selaku founder G100. Tanpa usaha beliau menebas hutan belukar beberapa tahun lalu, runaway dan team G100 tidak terbina pada hari ini.

Follow PG1S

Ainin pun banyak buat silap sepanjang perjalanan tapi itulah proses membina diri. Rutinkan perkara yang betul, inshaaAllah kejayaan hanya persoalan masa sahaja.

Sentiasa ikuti modul PG1S.

Bila rasa blur dan confused nak mulakan dari mana, sentiasa refer apa yang kita belajar tentang PG1S. Biar PG1S hidup dalam diri.

Hadir Core Programme Bulanan dan Mingguan

Sentiasa hadir core programme bulanan dan mingguan yang ditetapkan oleh team G100. Bulanannya ialah PLT dan NDO. Mingguannya ialah G100 Weekly Business Meeting dan G100 Weekly Group Coaching bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie.

Hadir program-program ini juga ada dalam modul PG1S iaitu attend all function.

Bila kita sentiasa hadir, kita tak sempat untuk berasa lemau atau tak bersemangat. Api sentiasa membara bara dan tak sempat sejuk kerana reminder sentiasa ada untuk sebarkan dan obses berkongsi ilmu.

Sebagai dealer yang bertanggungjawab juga perlu sentiasa tambah ilmu supaya kita memberi ilmu yang betul kepada penyimpan-penyimpan emas.

Rutinkan belajar dan kejayaan hanyalah persoalan masa sahaja.

Misi Besar

Kejayaan dan Tanggungjawab

Semakin ramai penyimpan emas, semakin besar tanggungjawab untuk kita service penyimpan emas dengan betul. Jadi, sangat penting untuk pilih introducer yang betul yaa. Pilih introducer ni macam kita pilih jodoh. Paling rugi kalau register sendiri, sebab bimbingan daripada introducer tu percuma saja.

Ramai sangat datang dekat Ainin tanya macam-macam sedangkan dah ada introducer. Lagi rugi, tak ada introducer dan support group.

Insentif yang Public Gold bagi pada kami sikit saja. Kalau penyimpan emas simpan RM100, kami dapat RM 1 atau RM 2 saja, bukannya puluh puluh ringgit atau belas belas ringgit pun.

Saham Akhirat

Ainin niatkan apa yang Ainin buat sekarang dapat jadi saham akhirat untuk Ainin juga bila sebarkan ilmu kewangan dan ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang bermanfaat, pahala beyond mati, InshaaAllah.

Jadi, Ainin komited untuk obses berkongsi ilmu emas dan kewangan.

Hanya Permulaan

Master Dealer hanyalah permulaan.

Misi Ainin besar, untuk melahirkan 1000 penyimpan emas berdikari, yang kewangannya kukuh dengan emas.

Perjalanan masih jauh, InshaaAllah Ainin tak berhenti sebarkan kebaikan dan sampaikan ilmu, saham untuk dunia juga di akhirat.

InshaaAllah yang baik baik juga yang akan datang.

I love what im doing sebab tak rasa bersalah kompang kompang suruh orang simpan duit, bukan habiskan duit.

Tolong doakan Ainin Sofia juga, ya?

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Awards, BISNES EMAS, Motivasi Bisnes, PGG100NETWORK

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Mestilah boleh! Ainin sendiri bermula simpan emas ketika masih belajar di universiti Berjaya bantu penyimpan emas kukuhkan kewangan lebih RM 1juta hanya dari rumah! The prayer recited deserved its own special post here. Tengok the largest goldbar in Malaysia depan mata! How Public Gold Awards Recognition Night looks like in my phone gallery. Berjaya bantu penyimpan emas kukuhkan kewangan lebih RM satu juta hanya dari rumah! Those inspiring talks, finance events, short trips, conferences, and moments of recognition, Jangan buat 4 perkara ni kalau nak untung dengan emas That kind of wealth.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d