Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Ibu Ini Tukar Duit Raya dan Potong Gaji Tiap Bulan guna GAP Autodebit untuk Simpan Emas Anak, jadi Teringat Ibu Sendiri 20 Tahun Lepas.

Posted on April 29, 2023April 29, 2023 by theaininsofia
Table of Content
  • Tak Sabar nak ada Anak Sebab nak Simpan Emas
  • Risiko Terguna
  • Simpanan Masa Depan
  • Puan M Tukar Duit Raya Anak dan Set Autodebit Simpan Emas Tiap Bulan
  • Teringat Ibu Sendiri
  • Kaedah Terbaik Menabung Emas untuk Anak
    • Elak Barang Kemas
    • Bayi Satu Hari
  • Menginjak Dewasa
  • Tentang GAP

Tak Sabar nak ada Anak Sebab nak Simpan Emas

Alhamdullilah, nak masuk tahun ketiga Ainin tukarkan duit raya anak kepada emas.

Sangat excited perasaannya simpankan emas untuk anak. Sehinggakan, sebelum ada anak, rasa nak ada anak, tak sabar nak bukakan akaun emas junior dan simpan emas untuk anak!

Masuk dua orang anak, alhamdullilah, Ainin dah bukakan dua akaun emas untuk anak anak.

Risiko Terguna

Dalam masa bukan hari raya, bila simpanan di tangan dah terkumpul lebih seratus atau lebih RM 600, Ainin akan cepat cepat masukkan ke dalam bank untuk ditukarkan kepada emas melalui akaun emas GAP.

Anak anak masih kecil, jadi mereka memang tak minta duit mereka untuk beli mainan atau lain lain.

Jadi, kita sebagai ibubapa pula takut terguna hak anak-anak.

Simpanan Masa Depan

Bukan itu sahaja, kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang membuatkan Ainin lebih memilih platform emas sebagai simpanan anak anak.

Sejarah 20 tahun menunjukkan kenaikan harga emas ialah lebih kurang 10% setahun. Jauh meninggalkan TH mahupun ASB.

Simpanan anak sangat sesuai disimpan dalam emas sebab kita memang tak guna dalam masa terdekat.

Kita simpan simpanan mereka untuk kegunaan masa depan, iaitu dalam jangka masa panjang (5 tahun ke atas).

Lagipun, simpan di dalam bank masih berisiko dirompak inflasi. Walaupun dividen diberi, tapi dengan kadar inflasi yang makin meninggi, Ainin lebih suka simpan dalam emas.

Walaubagaimanapun, penting juga untuk daftar haji untuk anak-anak di TH dan diversify serta maksimumkan di beberapa tempat yang kita mahir.

Puan M Tukar Duit Raya Anak dan Set Autodebit Simpan Emas Tiap Bulan

Semalam, Ainin tersentuh dengan tindakan bijak Puan M yang hubungi Ainin dan terus daftarkan dua orang anak beliau untuk akaun emas junior.

Selepas daftar, beliau terus simpankan emas untuk anak-anak beliau. Ya, nampak seperti ibubapa lain yang simpankan emas untuk anak.

Yang Ainin kagum, Puan M terus buat autodebit bulanan untuk dua orang anak beliau!

Jarang ibu bapa yang bukakan akaun emas anak yang terus set autodebit.

Ini bukan seorang, tapi terus dua orang!

Jadi, tindakan Puan M wajar dijadikan inspirasi dan contoh kepada ibubapa di luar sana.

Artikel berkaitan:

  • Simpan Emas tiap Bulan dengan GAP Autodebit

Teringat Ibu Sendiri

Ainin jadi terharu sebab Ainin jadi teringat pada ibu sendiri yang buat potongan gaji setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank TH untuk 9 orang anaknya.

Tak banyak, hanya RM10 saja setiap orang, setiap bulan.

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Betapa sebenarnya seorang ibu itu memikirkan masa depan anak anaknya.

Ia bukan soal jumlah tapi tabiat, ingatan tentang masa depan.

Mentor Tuan Zulkifli Shafie pun mula menyimpan RM 20 saja setiap bulan disebabkan gaji kecil.

Utamanya, menyimpan!

Kaedah Terbaik Menabung Emas untuk Anak

Elak Barang Kemas

Elakkan tukar duit raya anak kepada barang kemas kerana untung lebih lambat dan selisih harga (spread) lebih besar iaitu sekitar 20-30%.

Jadi, berdasarkan pengalaman Ainin menyimpan emas sejak 2014, tempat terbaik tukarkan duit raya anak kepada emas ialah akaun emas junior GAP.

Bayi Satu Hari

Bayi seawal satu hari pun boleh buka akaun emas junior GAP asalkan ada surat beranak, dah boleh simpan emas untuk setiap orang anak.

Dulu tak mudah untuk anak anak dapatkan emas sebab tanpa akaun emas GAP, kita perlu bajet besar untuk dapatkan kepingan-kepingan emas. Rata rata hampir seribu.

Sekarang, dengan akaun emas GAP junior yang ditubuhkan sejak 2014, ada simpanan serendah RM100 sudah boleh mula menabung emas sikit sikit, topup tabungan anak anak.

Paling baik, setiap kali cukup RM100, terus tambah tabungan bukan bergantung kepada bulan atau tidak.

Kalau anak-anak terbuka untuk buat bisnes dan pandai tambah tabungan sendiri, lagilah cepat bertambah tabungan mereka!

Menginjak Dewasa

Apabila mereka cukup matang dan dewasa dalam menguruskan harta mereka sendiri, inshaaAllah barulah kita serahkan emas mereka kepada mereka.

Atau boleh dijual ketika kita perlukan untuk dana pendidikan mereka.

Atau tukarkan status Akaun Emas GAP Junior kepada Akaun Emas GAP ( Dewasa) apabila mereka berusia 18 tahun untuk diserahkan kepada mereka sendiri.

Dalam masa yang sama, kita sebagai ibubapa perlu sentiasa memupuk sifat menabung dan ilmu menguruskan kewangan dalam diri anak anak.

Kaedah mudah dapatkan goldbar dan dinar seperti ini ialah menabung melalui akaun Emas GAP

Tentang GAP

  • Apa itu Akaun Emas GAP
  • Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • Cara Buka Akaun Emas GAP
  • Simpan Emas tiap Bulan dengan GAP Autodebit
  • Tutorial Setup GAP Autodebit

Artikel berkaitan

  • Akaun GAP bukan Akaun Emas Digital
  • Emas dan Dana Pendidikan Anak
  • 5 tempat simpanan anak

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: AKAUN EMAS GAP, AKAUN EMAS UNTUK ANAK, KEIBUBAPAAN, SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Mestilah boleh! Ainin sendiri bermula simpan emas ketika masih belajar di universiti Berjaya bantu penyimpan emas kukuhkan kewangan lebih RM 1juta hanya dari rumah! The prayer recited deserved its own special post here. Tengok the largest goldbar in Malaysia depan mata! How Public Gold Awards Recognition Night looks like in my phone gallery. Berjaya bantu penyimpan emas kukuhkan kewangan lebih RM satu juta hanya dari rumah! Those inspiring talks, finance events, short trips, conferences, and moments of recognition, Jangan buat 4 perkara ni kalau nak untung dengan emas That kind of wealth.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d