- Harta Terbaik
- Beli Emas, Pastikan Dapat Emas
- Emas Fizikal Harta Sebenar, Nilai Emas Berdiri Sendiri
- Emas vs Duit
- Kisah Pelarian Vietnam dan Emas Kim Thant
- Testimoni Jual Emas Public Gold di Luar Negara
- Akaun Emas GAP Tempat Menabung Emas Fizikal, bukan Emas Digital
- Perang Tercetus, Emas di Tangan
- Akaun GAP Bantu Kita Ada Emas, Matawang Sebenar
- Akaun Emas GAP ialah Pilihan
- Akaun Emas GAP Dorong Menabung, Selamatkan Duit
- Langkah Terbaik
Bagaimana kalau terjadinya perang?
Jikalau terjadinya perang atau krisis negara, bagaimana dengan emas saya di Public Gold?
Harta Terbaik
Pesan mentor Ainin, Tuan Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas & buku Misi Bebas Hutang:
Harta terbaik ialah harta yang ada dalam simpanan sendiri. Emas terbaik ialah emas yang ada dalam simpanan sendiri.
Kalau terjadinya darurat, semua orang akan selamatkan diri mereka sendiri dulu. Kalau ada duit berjuta dalam bank pun, tidak dapat buat apa-apa.
Begitu juga jika kita simpan emas dan emas berada di tangan pihak ketiga.
Beli Emas, Pastikan Dapat Emas
Emas berfungsi dengan sempurna dalam bentuk fizikal, iaitu apabila difizikalkan.
Artikel berkaitan:
Emas Fizikal Harta Sebenar, Nilai Emas Berdiri Sendiri
Ini kerana emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, jadi nilai emas berdiri dengan sendiri. Hancur jadi debu pun, emas tetap bernilai.
Sebaliknya,
Emas vs Duit
Apabila duit kertas wang ringgit dikoyak-koyak, ia hanyalah cebisan kertas. Ini kerana, nilai duit hanyalah berdasarkan jaminan kerajaan. Jika terjadinya krisis negara, wang kertas berisiko untuk jadi tiada nilai.
Ini berbeza dengan emas. Nilai emas tidak bergantung kepada kerajaan.
Simpan emas ialah usaha kita untuk keluar daripada manipulasi dan tindasan sistem kewangan global. Harta kita sebenarnya dikawal oleh pihak ketiga! Kita tiada kawalan langsung terhadap harta kita sendiri.
Sekarang, kita lihat banyak kes kehilangan wang di bank atau wang dibekukan. Sehingga perlu menagih simpanan sendiri!
Artikel berkaitan:
- Jutawan Duit vs Jutawan Emas, Mana Lebih Untung
- 7 Sebab Penyimpan Emas Tidak Akan Rugi
- Orang Kaya Tak Simpan Duit yang Banyak
- Pekerja Bank pun Tidak Percaya Bank
- Bersiap Hadapi Infalsi, Pesan Sheikh Imran Hossein
- Rukun Untung dengan Emas
- Rahsia Kaya dengan Emas
Kisah Pelarian Vietnam dan Emas Kim Thant
Sebelum ini, Ainin ada kongsikan bagaimana pelarian Vietnam jadikan emas sebagai talian hayat terakhir semasa perang tercetus di negara mereka bertahun-tahun dahulu.
Emas senipis kertas dijahit dalam lipatan baju mereka untuk dijadikan matawang di negara orang lain, usaha memulakan hidup baru.
Artikel berkaitan:
Testimoni Jual Emas Public Gold di Luar Negara
Sudah ramai penyimpan emas yang jual emas mereka di luar negara, semuanya diterima dan laku. Ini menunjukkan emas ialah matawang yang merentasi tempat dan negara. Emas ialah matawang sebenar!
- “Saya Jual Dinar Emas ketika Bercuti di Dubai”- Tuan Syukor Hashim
- Jual Emas Public Gold di Madinah, Duit Lebih Untung Tukar pada Emas dari RM?
- Testimoni Puan Ain Jual 1/2 dinar di Madinah
- Testimoni Jual Emas Public Gold di Kashmir, India
Akaun Emas GAP Tempat Menabung Emas Fizikal, bukan Emas Digital
Walaubagaimanapun, jangan salah faham dengan akaun emas GAP.
Akaun emas GAP ialah emas fizikal, bukan emas digital.
Akaun emas GAP ialah medium atau fasiliti Public Gold yang membolehkan penyimpan emas berbajet kecil menyimpan emas fizikal. Akaun emas GAP ialah tempat tabungan untuk menabung dari gram kecil kepada gram besar emas fizikal.
Akaun emas GAP ialah transit atau tempat kita menabung gram emas sebelum kita keluarkan emas fizikal.
Artikel berkaitan:
Akaun emas GAP sangat sesuai untuk
- orang yang berbajet kecil untuk simpan emas. Ada RM100 sudah boleh mula simpan emas!
- penyimpan emas yang masih takut untuk simpan sendiri kerana kecurian
Perang Tercetus, Emas di Tangan
Jadi, sebenarnya,
Akaun emas GAP bantu kita untuk ada aset emas fizikal walaupun bajet kita tidak besar.
Sekurang-kurangnya, apabila perang tercetus, kita ada sedikit emas untuk dijadikan matawang atau bertukar-tukar barangan.
Duit kertas pada waktu itu, pasti tidak laku!
Artikel berkaitan:
Akaun GAP Bantu Kita Ada Emas, Matawang Sebenar
Kos sebenar untuk simpan emas sebenarnya lebih tinggi, iaitu sekitar RM400 hingga RM500. Hari ini 1gram hampir mencecah RM400. Harga emas semasa Public Gold boleh disemak di website.
Elak beli emas yang bergram terlalu kecil, iaitu emas yang lebih kecil daripada o.5gram kerana berisiko tidak diterima semasa jualan balik.
Artikel berkaitan:
- Elak beli Emas Gram Kecil. Ini 4 Kerugian Beli Emas Gram Terlalu Kecil
- Beli Emas 3 Juta tapi Rugi, Semak 5 Kriteria Emas Simpanan ini Sebelum Beli
Ainin sendiri bermula dengan simpanan 1 dinar yang berharga sekitar RM 600+ pada tahun 2015 dahulu.
Walaubagaimanapun,
dengan akaun emas GAP, kita tidak perlu untuk menunggu bajet kita untuk sampai RM400 atau lebih. Kita boleh menabung dengan bajet yang kecil. Kita boleh menabung serendah RM100 tanpa ada komitmen bulanan. Tabungan emas bayi, pelajar atau surirumah pun boleh menyimpan emas melalui kemudahan akaun emas GAP.
Rugi kalau kita berperang dengan akaun emas GAP!
Rugi jika kita tak suka GAP dan kita langsung tidak simpan emas langsung!
Mana lebih baik,
ada simpanan emas walaupun sedikit daripada tiada simpanan emas langsung?
Akaun Emas GAP ialah Pilihan
Jangan risau kalau kita tidak suka akaun emas GAP. Tanpa akaun emas GAP pun, kita boleh terus beli emas fizikal jika kita dah ada bajet yang cukup.
Cuma untuk item small bar Public Gold (5gram, 1gram, 1/4 dinar, 1/2 dinar), harga item-item ini lebih mahal dibeli secara terus. Jadi, harga akaun emas GAP lebih murah dan lebih untung.
Artikel berkaitan:
Sebaliknya, jika bajet kita kecil dan kita masih tidak selesa untuk simpan emas sendiri, fasiliti akaun emas GAP bantu kita ada emas, iaitu matawang sebenar walaupun bajet kita masih kecil.
Akaun Emas GAP Dorong Menabung, Selamatkan Duit
Dalam masa yang sama juga,
akaun emas GAP memupuk sifat menabung. Kita tak perlu tunggu duit beribu untuk mula simpan emas. Itupun satu cabaran daripada sisi lain.
Ini kerana, jika kita perlu tunggu cukup sampai jumlah simpanan yang besar, takut-takut bocor dulu! Terbelanja pada perbelanjaan yang tidak sepatutnya.
Tergoda dengan angka yang banyak di dalam bank.
Langkah Terbaik
Jadi, langkah terbaik,
Kita menabung emas di akaun emas GAP. Sikit tak apa, asalkan konsisten. Dalam masa yang sama, kita ambil faedah pemurataan harga.
Cukup sesuatu jumlah berdasarkan matlamat kita, kita terus withdraw atau fizikalkan emas dari akaun emas GAP.
Personally, Ainin sendiri, sebahagiannya, Ainin simpan dalam bentuk fizikal. Ada juga bahagian yang disimpan dalam akaun emas GAP.
Ini kerana, jika emas dalam akaun emas GAP lebih senang dipajak atau dijual pada masa-masa memerlukan. Tidak perlu bersusah ke Arrahnu atau cawangan Public Gold terdekat.
Walaubagaimanapun, sekiranya terjadinya perang, krisis negara atau krisis kewangan diri sendiri (bankrap), emas yang terbaik ialah emas fizikal yang ada dalam simpanan sendiri.
Kerana, emas berfungsi sempurna sebagai emas, apabila difizikalkan.
Jadi, menabung emas di akaun emas GAP, seterusnya usaha fizikalkan emas yang kita ada dalam akaun emas GAP.
Untuk mula menyimpan emas di Public Gold, boleh daftar dan buka akaun dan hubungi Ainin untuk bimbingan lanjut.
Artikel berkaitan:
Puan Ainin Sofia PG042006
25 Zulkaedah 1445H
2 Jun 2024