Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Akaun Emas GAP vs Emas Fizikal. Mana lebih untung?

Posted on December 5, 2024December 5, 2024 by theaininsofia
Akaun Emas GAP vs Emas Fizikal. Mana lebih untung?
[Open][Close]
  • #1 GAP (Gold Accumulation Program)
    • Kelebihan:
    • Kelemahan:
  • #2 Emas Fizikal (Gold Bar atau Dinar)
    • Kelebihan:
    • Kelemahan:
  • Kesimpulan:

Akaun Emas GAP vs Emas Fizikal. Mana lebih untung?

Bayangkan jika kita ada RM100.

Dan kita bawa ke kedai emas. RM100 kita tidak dipandang.

Tetapi,

Bila kita bawa RM100 ini kepada Public Gold, Public Gold pandang.

Dengan akaun emas GAP, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100. Ada RM100 sahaja, terus boleh menabung emas.

Sebenarnya, ia hanyalah tentang cara dan saluran.

Jika kita ada bajet lebih, boleh terus beli emas fizikal.

Namun,

Antara pembelian GAP (Gold Accumulation Program) dan emas fizikal melalui platform Public Gold, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing bergantung pada tujuan kita membeli emas.

Berikut adalah perbandingan untuk membantu kita menentukan mana yang lebih menguntungkan:

#1 GAP (Gold Accumulation Program)

Kelebihan:

  • Belum dikenakan Caj Premium: Harga pembelian GAP biasanya lebih rendah kerana belum dikenakan caj premium seperti dalam emas fizikal (contohnya, caj pengeluaran atau pembuatan). Caj premium ini tidaklah mahal, sekitar RM15 bergantung kepada item emas.
  • Simpanan Percuma: Kita tidak perlu risau tentang keselamatan emas yang disimpan melalui GAP disimpan oleh Public Gold tanpa caj simpanan.
  • Fleksibiliti Pembelian: Kita boleh membeli dalam kuantiti kecil (serendah RM100 atau 1 gram) dan menambah simpanan secara berperingkat.
  • Mudah Untuk Jual: Emas dalam akaun GAP boleh dijual semula secara online kepada Public Gold pada bila-bila masa dengan proses yang cepat dan mudah melalui aplikasi atau laman web.
  • Ketenangan Fikiran: Jika kita tidak mahu menyimpan emas secara fizikal, GAP memberi kemudahan penyimpanan digital tanpa risiko kehilangan emas.

Kelemahan:

  • Tiada Pegangan Fizikal: Emas akaun GAP belum ada dalam pemilikan kita. Sedangkan, emas berfungsi sempurna bila difizikalkan. Sebab itulah, usahakan pengeluaran emas apabila simpanan emas kita mencapai gram tertentu.
  • Caj Pengeluaran Emas Fizikal: Jika kita mahu keluarkan emas dalam bentuk fizikal (gold bar, dinar atau barang kemas999), kita akan dikenakan caj premium dan kos pengeluaran.

Artikel berkaitan:

  • Sikitnya Emas Azizi Ali!
  • Mana Lebih Baik; Emas Fizikal atau Akaun Emas GAP?
  • Adakah Akaun GAP Public Gold ialah Emas Digital?
  • Emas, Duit Ketika Perang
  • Jangan Simpan Emas di Akaun Emas GAP
  • Jika Perang Tercetus di Malaysia, Bagaimana Emas Saya di Public Gold?

#2 Emas Fizikal (Gold Bar atau Dinar)

Kelebihan:

  • Pegangan dan Pemilikan Fizikal: Kita boleh pegang emas secara fizikal, yang memberi kepuasan, rasa selamat serta rasa aura emas itu sendiri. Emas fizikal lebih mudah digunakan sebagai simpanan kecemasan kerana kita boleh terus gunakan. Pesan mentor Tuan Zulkifli Shafie, emas yang terbaik ialah emas yang ada dalam tangan kita.
  • Aset yang Nyata: Berbeza dengan saham, emas ialah aset fizikal yang nyata. Jika harga jatuh, gram emas masih ada, ia masih memiliki nilai intrinsik. Ini berbeza dengan aset kewangan yang lain seperti saham atau cryptocurrency.
  • Aura Emas: Emas ada aura dan getarannya yang tersendiri. Nak kaya atau nak baiki kewangan, simpanlah emas. Energy emas lebih kuat daripada energy kertas (duit). Ia akan menarik lebih banyak kekayaan dan keberuntungan dalam hidup. Sebab itulah, bila dah cukup gram dalam GAP, keluarkan emas dan simpan sendiri sebahagiannya.
  • Duit akhir zaman: Akhir zaman nanti, duit kertas akan hilang nilainya. Jika ekonomi dan sistem negara runtuh, emas dan perak tetap bernilai. Jadi, simpanan emas dan perak kita tidak ada risiko untuk rugi.

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham.

(musnad imam ahmad ibn hanbal)

Kelemahan:

  • Caj Premium: untuk keluarkan emas fizikal, kita perlu membayar caj premium dan caj penghantaran. Ia juga faktor yang membuatkan penyimpan emas sukakan emas digital syarikat lain. Emas digital tidak salah, tapi pastikan end-productnya ialah kita boleh keluarkan emas fizikal dengan selamat dan mudah. Beli emas, pastikan dapat emas.
  • Penyimpanan: Kita perlu menyimpan emas fizikal dengan selamat sama ada di rumah atau dalam peti keselamatan, yang mungkin datang dengan risiko kehilangan atau kos tambahan (seperti caj simpanan di syarikat).
  • Kurang Fleksibel untuk Jual: Jual emas fizikal memerlukan kita ke cawangan Public Gold atau menggunakan Arrahnu, berbanding jualan GAP yang boleh dilakukan secara online.

Kesimpulan:

  • Jika kita inginkan pelaburan jangka panjang dan mahu memanfaatkan harga emas tanpa perlu risau tentang simpanan fizikal, GAP lebih menguntungkan kerana faktor fleksibiliti, lebih murah dan tiada risiko kehilangan.
  • Jika kita lebih suka memegang emas fizikal sebagai aset nyata, emas fizikal lebih sesuai,

Walaubagaimanapun,

Keuntungan adalah bergantung kepada keutamaan dan matlamat kita.

Antara pembelian GAP (Gold Accumulation Program) dan emas fizikal melalui platform Public Gold, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing bergantung pada tujuan kita membeli emas.

GAP Hanya Platform

Jangan Pening, Tujuannya Sama!

Semua fasiliti Public Gold ini sebenarnya hanya nak bantu kita miliki emas fizikal.

Tujuan akhirnya sama!

Kita hanya perlu pilih kaedah berdasarkan bajet dan keselesaan kita.

Kalau ada bajet yang cukup, terus beli atau simpan emas fizikal idaman kita.

Ada bajet yang kecil, simpan melalui akaun emas GAP.

Nak berdisiplin menabung emas setiap bulan, set autodebit di akaun emas GAP.

Yang penting, mula dan simpan emas untuk lindungi kekayaan dan harta kita.

Formula:

  • Small bars item, lebih untung beli dengan akaun emas GAP kerana harga pergram mahal jika beli terus walaupun harganya nampak murah
  • 1 dinar ke atas, kalau ada bajet, boleh terus beli emas fizikal

Ainin pula bagaimana?

Ainin menabung sikit sikit di akaun emas GAP untuk target gram emas yang besar kerana gram emas yang besar mempunyai susut nilai yang kecil.

Bila susut nilai kecil, lebih cepat untung bila dijual pada harga tinggi nanti.

Kita juga boleh set GAP autodebit setiap bulan. Bila gram emas banyak terkumpul, kita keluarkan emas fizikal.

Contohnya, bila sampai 20gram, Ainin keluarkan 20gram.

Kita juga boleh keluarkan sebagai barang kemas 999!

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: AKAUN EMAS GAP, ARTIKEL EMAS, CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD, Emas Public Gold, Kelebihan Public Gold, Manfaat Emas, PEMBELIAN BIASA (FULL PAYMENT), SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d