Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Zakat Emas: Mengalirkan Energi Kekayaan

Posted on December 6, 2024December 6, 2024 by theaininsofia
Zakat Emas: Mengalirkan Energi Kekayaan
[Open][Close]
  • Besi dan “Energi” yang Tertarik Kepadanya
  • Zakat Emas: Aliran yang Menambah Kekayaan
  • Sedekah: Mensucikan Harta dan Diri
  • Indahnya Hukum Tuhan
  • Jom Simpan Emas Hingga Layak Bayar Zakat

Zakat Emas: Mengalirkan Energi Kekayaan

Emas, logam yang sering dianggap simbol kekayaan dan kestabilan, sebenarnya menyimpan lebih daripada nilai material.

Dari sudut pandang Islam, emas bukan sekadar aset, tetapi juga medium untuk mengalirkan energy kekayaan.

Besi dan “Energi” yang Tertarik Kepadanya

Tahukah kita bahawa besi, termasuk emas, mempunyai daya tarikan tersendiri terhadap makhluk lain?

Sebab itulah kita disarankan untuk memerhati barang-barang dalam rumah, khususnya yang diperbuat daripada besi. Barang yang tidak digunakan boleh membawa energy yang tidak baik jika dibiarkan begitu saja, khususnya besi.

Ainin sendiri ada pengalaman peribadi tentangnya.

Ada seseorang daripada keluarga Ainin terkena gangguan dek kerana periuk masakan usang yang tidak digunakan.

Jadi, jika kita tidak gunakan, buang.

Jika ada, guna.

Rumah Rasullallah, Minimalis

Jika kita perhatikan rumah Nabi Muhammad, ringkas dan minimalis sahaja sedangkan baginda ialah orang kaya. Dalam Islam juga, kita juga percaya setiap barang akan dihisab.

Dari sudut pandang energy, barang yang tidak digunakan dan bertumpuk akan memberikan energy negatif dan menyerap energy baik di sekelilingnya.

Zakat Emas: Aliran yang Menambah Kekayaan

Maka, mengalirkan energy ini melalui zakat adalah salah satu cara untuk “mensucikan” dan “menggerakkan” aset kita.

Dalam Islam, apabila emas kita sudah mencukupi haul (tempoh setahun) dan nisab (jumlah minimum), kita diwajibkan untuk mengeluarkan zakat. Proses ini bukan sekadar kewajipan agama, tetapi juga satu bentuk energy flow.

Bayar zakat adalah ibarat membuka saluran untuk kekayaan kita terus bergerak. Kekayaan itu sendiri berasal daripada kata currency, yang bermaksud aliran. Tanpa aliran, harta kita ibarat air yang bertakung — boleh rosak, tidak produktif, dan membawa mudarat.

Zakat & Sedekah: Mensucikan Harta dan Diri

Selain zakat, sedekah juga berperanan besar dalam menjaga aliran energy harta.

Setiap kali kita bersedekah, kita sebenarnya sedang membersihkan harta kita daripada unsur-unsur yang tidak baik. Lebih daripada itu, sedekah menghubungkan kita dengan nilai kemanusiaan dan keberkatan.

Harta boleh bawa masuk kubur, melalui pahala amalan daripada harta

Orang kata, harta tak boleh bawa masuk kubur.

Tetapi sebenarnya, kita boleh bawa harta-harta kita masuk kubur iaitu melalui amalan dan pahala yang dilakukan daripada harta tersebut.

Daripada zakat dan sedekah, kita beroleh pahala dan lebih keberkahan daripada amalan. tersebut.

Indahnya Hukum Tuhan

Kadang-kadang kita mungkin bertanya, kenapa perlu bayar zakat? Kenapa perlu keluarkan harta yang sudah susah payah kita kumpulkan? Kadang-kadang kita rasa berat untuk keluarkannya.

Jawapannya mudah: ini adalah cara Allah menjaga harta kita. Hikmahnya mungkin tidak kita fahami sepenuhnya, tetapi prinsipnya jelas — buat dulu, faham kemudian.

Sebagai suri rumah, saya sendiri pembayar zakat emas empat angka setiap tahun. Dan setiap kali saya keluarkan zakat, saya rasa harta saya makin bertambah, bukan berkurang. Itulah bukti keberkatan.

Jom Simpan Emas Hingga Layak Bayar Zakat

Untuk kita yang masih belum cukup haul atau nisab, jadikan ini sebagai motivasi.

Simpan emas bukan hanya untuk melindungi nilai harta, tetapi juga untuk mencapai tahap mampu mengalirkan energy zakat.

Bukan sekadar menyimpan emas, tetapi menyimpan dengan niat: Aku ingin jadi pembayar zakat yang layak. Indahnya Islam, setiap kewajipan ada hikmah tersendiri. Mari kita bergerak ke arah keberkatan dan kekayaan yang sebenar.

Artikel berkaitan:

  • Simpan emas bukan syarat wajib bayar zakat
  • sebab sayang harta, kita bayar zakat (video)
  • Sebab Sayang harta, Kita Zakat dan Sedekah (artikel)
  • Belum habis EPP, perlu bayar zakat?
  • video zakat emas
  • Hanya Surirumah, tapi Layak Bayar Zakat

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Manfaat Emas, SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • G100 Academy: Bina Content
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team Mentor
  • Seminar Membina Satu Juta Pertama Sandakan, Sabah Disember 2025
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    © 2026 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d