Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Hanya Surirumah, tapi Layak Bayar Zakat

Posted on July 18, 2023July 18, 2023 by theaininsofia
Hanya Surirumah, Tapi Layak Bayar Zakat
[Open][Close]
  • Bukan Semua Orang Boleh Bayar Zakat
  • Jenis Zakat
  • Zakat Emas
  • Bayar Zakat dengan Simpan Emas
  • Berkongsi Rezeki
  • Simpan Emas, Kukuhkan Kewangan

Alhamdullillah, bulan ni Ainin berpeluang untuk selesaikan sebahagian zakat daripada total jumlah zakat yang perlu dilunaskan untuk tahun ini.

Tahun lepas, Ainin selesaikan sekaligus selepas cukup haul.

Tahun ini, Ainin gunakan teknik yang dikongsikan oleh Tuan Azraie Muhamad, penulis buku Enam Angka Menjelang Disember.

Teknik ini simple saja, kita distributekan jumlah zakat yang perlu kita bayar dalam masa setahun, dan bayar bulan bulan. Jadi, tidaklah terasa sangat kalau perlu bayar zakat dalam jumlah yang besar.

Bukan Semua Orang Boleh Bayar Zakat

Tak semua orang boleh dan tak semua orang layak bayar zakat.

Ya, betul tu.

Tak semua orang layak bayar zakat.

Hanya orang yang berharta saja boleh bayar zakat.

Bila kita perlu bayar zakat, jangan terasa berat kerana sebenarnya kita sedang berkongsi rezeki dan melakukan ibadah mulia.

Jenis Zakat

Sebenarnya, ada banyak jenis zakat.

Zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan dan yang paling orang ingat, zakat emas dan perak.

Selain yang disebutkan di atas, ada lagi jenis zakat yang lain.

Bukan emas dan perak sahaja.

Harta yang lain juga, termasuk duit, perlu dizakatkan bila cukup haul.

Simpan emas bukan syarat untuk wajib bayar zakat.

Syarat wajib bayar zakat ialah berharta.

Bila cukup syarat tak kiralah simpanan, harta dusun atau emas, maka wajib untuk kita bayar zakat.

Cuma bila simpan emas, orang lebih ingat pada zakat.

Zakat Emas

Biasanya, orang tak simpan 1 gram lagi dah tanya pasal zakat.

Betapa sinonimnya emas dan zakat.

Sedangkan emas wajib dizakatkan apabila capai 85gram dan cukup haul (emas simpan goldbar dan dinar).

Kalau mula simpan 1gram atau 84gram, belum cukup syarat dikenakan zakat.

Bayar Zakat dengan Simpan Emas

Kongsi mentor Tuan Zulkifli Shafie, kalau kita simpan duit, bertahun-tahun kita tak perlu bayar zakat sebab kita asyik korek simpanan! Susah nak bertambah.

Tak sempat cukup haul, simpanan dah berkurang. Emosi nak berbelanja.

Tapi dengan simpanan emas, kita lebih mudah menjadi pembayar zakat. Sebab simpanan cepat bertambah dan lebih bertahan.

Berkongsi Rezeki

Dulu Ainin pun rasa berat nak bayar zakat. Tapi sebenarnya betapa mulianya kita berkongsi rezeki apabila kita tunaikan zakat.

Zakat bukan mengurangkan harta, sebaliknya membersihkan dan lebih memberkati harta.

Bila harta diberkati, ramai yang akan dapat manfaat termasuklah kita sendiri.

https://youtube.com/shorts/FWmYqe3iDss?feature=share

Jadi kaya itu mulia. Harta yang banyak dan diberkati boleh bantu kita untuk tambah saham akhirat kita dan membantu kita di alam sana juga inshaaAllah.

Bila ada harta, sekurang-kurangnya kita tak tinggalkan keluarga kita dalam keadaan meminta-minta.

Ibadah-ibadah korban, haji, umrah, zakat dan sedekah juga perlukan kita berharta.

Jadi, jadi kaya itu mulia.

Pesan Tuan Azizi Ali dam bukunya Jutawan dari Planet Jupiter, nak bantu orang miskin, kita jangan jadi miskin.

Simpan Emas, Kukuhkan Kewangan

Dengan simpanan emas, simpanan kita lebih mudah diuruskan dari sudut emosi.

Kita tukarkan duit, wang simpanan kita ke dalam bentuk gram emas yang susah untuk kita padankan dengan apa apa harga barang yang otak kita mula ligat cari alasan untuk beli.

Simpan emas pun simpan duit, cuma dalam bentuk yang lebih kukuh.

Sebab, kita selamatkan wang simpanan kita daripada inflasi, dan daripada kita sendiri.

Jadi wang simpanan kita bertambah dengan cepat sehingga kita layak bayar zakat dan berkongsi rezeki dengan orang lain!

inshaaAllah.

Dah ready RM 100, cepat cepat tukarkan dalam bentuk emas supaya simpanan kita lebih bertahan.

Hubungi Ainin untuk Ainin bantu.

Artikel berkaitan:

  • Zakat emas
  • 6 takut yang buatkan kita rugi simpan emas
  • Emas dan magnet kekayaan
  • Rugi simpan emas tanpa introducer
WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: SIMPAN EMAS, TESTIMONI PENYIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • G100 Academy: Bina Content
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team Mentor
  • Seminar Membina Satu Juta Pertama Sandakan, Sabah Disember 2025
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    © 2026 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d