Ainin rasa sangat terinspirasi dengan dua golongan jutawan yang disebutkan oleh Tuan Shamsuddin Kadir dalam bukunya Cashflow untuk Keluarga iaitu jutawan dunia dan jutawan akhirat.
Jutawan akhirat yang diceritakan juga sayangkan harta-hartanya. Mereka tak mahu berpisah dengan harta-harta mereka sehinggakan mereka mahu harta-harta mereka ikut sekali ke kubur, ke akhirat.
Harta Boleh Ikut Masuk Kubur, Matawang Akhirat
Walaupun ada orang beranggapan, “ala, ada harta banyak pun, bukannya boleh bawa masuk kubur pun”.
tapi sebenarnya boleh.
Ya, boleh.
Harta kita boleh ikut kita ke kubur dan ke akhirat, bila kita sedekahkan dan kita zakatkan harta-harta kita.
Kita Perantara Rezeki Allah
Harta yang kita zakatkan dan sedekahkan itulah yang akan kembali semula kepada kita, jadi saham akhirat kita nanti, inshaaAllah.
Matawang akhirat.
Hakikatmya, semua harta yang kita terima, yang kita miliki pun sebenarnya ialah Allah yang punya. Allah memberi amanah dan tanggungjawab kepada kita untuk sebarluaskan rezeki, harta Allah kepada lebih ramai orang. Kita hanyalah perantara rezeki Allah.
Dalam gaji kita, dalam harta kita, ada hak orang lain yang kita perlu sisihkan dan keluarkan.
Jadi, jangan kita rasa takut untuk bersedekah dan berzakat kerana,
Janji Allah, Allah akan tambah lebih lagi jika kita sedekah dan zakatkan harta-harta kita. Apabila kita bersedekah dan berzakat sebenarnya kita sedang menyucikan harta-harta kita.
Simpan emas biar sampai kita boleh bayar zakat!
Artikel berkaitan: