Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Dari Setengah Kilo Emas kepada 2 Buah Rumah Sewa. Ini Kisah Bagaimana Tuan Bashir Lakukan

theaininsofia, October 19, 2023October 18, 2023
Dari Setengah Kilo Emas kepada 2 Buah Rumah Sewa. Ini Kisah Bagaimana Tuan Bashir Lakukan
[Open][Close]
  • Bina Dua Buah Rumah Sewa daripada 531gram Emas
  • Simpan Modal Bina Rumah dengan Emas
    • #1 Lock Harga dengan Kaedah EPP
    • #2 Harga Emas Semakin Tinggi
    • #3 Force Saving dan Simpanan Tidak Bocor
    • #4 Kalis Inflasi
  • Jual Emas bila dah Capai Matlamat
  • Pendapatan Pasif dari Rumah Sewa
  • Simpan Emas dengan Ilmu

Sebelum ini, Ainin ada kongsikan bagaimana disiplin menyimpan emas di akaun emas GAP boleh menjadi dokumen sokongan untuk beli rumah dan hartanah.

Artikel berkaitan:

  • Akaun emas GAP sebagai sokongan loan beli rumah
  • Lulus loan rumah dengan dokumen sokongan akaun emas GAP
  • Kelebihan emas berbanding hartanah

Kali ini,

Ainin kongsikan kisah kejayaan Tuan Bashir membina dua rumah sewa secara tunai daripada simpanan emas beliau. Bukan sahaja dapat membina dua rumah sewa, beliau juga mendapat pendapatan pasif daripada sewaan rumah sewa tersebut.

Bina Rumah sewa dari simpanan emas Tuan bashir Mansor

Benarlah kata mentor, emas hanyalah kunci permulaan untuk unlock kunci-kunci kekayaan yang lain.

Bina Dua Buah Rumah Sewa daripada 531gram Emas

Perkongsian daripada Tuan Bashir di laman facebook beliau:

𝗔𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝟱𝟯𝟭 𝗚𝗿𝗮𝗺 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗮𝘀𝘀𝗶𝘃𝗲 𝗜𝗻𝗰𝗼𝗺𝗲

Alhamdulillah 🤲
Alhamdulillah 🤲
Alhamdulillah 🤲

Pada bulan September 2019, saya dan isteri bertekad untuk mula kumpul 500 grams sebagai dana untuk 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝟮 𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗲𝘄𝗮 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗮i.

Masa itu (2019) kami ada survey dengan beberapa kontraktor sebut harga untuk membina rumah seperti dalam gambar.

Sebut harga rumah tersebut pada tahun 2019 dalam lingkungan 500 gram Emas juga (RM90,000 hingga RM100,000).

Jadi,

bermula pada September 2019, saya dan isteri Aznida Abu Hasan ambil keputusan untuk kumpul gram Emas sebanyak 500 grams Emas.

Kami bermula dengan kaedah belian Emas secara 𝗘𝗮𝘀𝘆 𝗣𝗮𝘆𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗣𝘂𝗿𝗰𝗵𝗮𝘀𝗲 (𝗘𝗣𝗣𝟭𝟬𝗫) untuk 6pcs 10gram Gold Bar Bunga Emas Series (CSO 598366)

✅ Habis saja bayar EPP10X, kami buat lagi EPP10X.

Habis bayar,

buat lagi EPP10X sehingga simpanan Emas kami cukup 500 gram Emas.

Kenapa EPP10X⁉️ Sebab dengan EPP10X saja kami mampu paksa diri untuk simpan Emas setiap bulan dalam kuantiti yang banyak.

𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶.

Awal tahun 2022, simpanan Emas untuk membina rumah sewa sudah cukup 400 grams Emas & masih kurang 100gram Emas.

Bila kami semak semula harga dengan kontraktor, harga untuk membina 2buah rumah tersebut telah naik mencecah RM125,000… Belum termasuk TNB (Elektrik) dan PBA (Air).

Selamat kami bertindak bijak untuk 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻𝗮 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗚𝗿𝗮𝗺 𝗘𝗺𝗮𝘀 bukannya duit ringgit sebab:

🚫 Kalau kami target untuk simpan RM100,000 pada tahun 2019, kami masih tak cukup RM25,000 untuk membina rumah tersebut atas faktor kuasa beli duit ringgit yang dihimpit inflasi.

✅ Alhamdulillah.. Simpanan 500 grams Emas kami masih mampu membina rumah yang sama selepas lebih 3 tahun sebab nilai 500gram Emas sekarang sudah bernilai lebih RM125,000.

Kami ambil keputusan untuk kunci jadual dan harga binaan dengan kontraktor pada bulan Mar 2022 dan bayar deposit RM25,000 (BuyBack: CBO232609) sebagai tanda jadi (deal) dengan kontraktor.

Kami deal siap-siap dengan kontraktor untuk mula bina rumah pada bulan Julai 2022 dan siap dalam bulan Januari atau Februari tahun ini (2023) supaya kami boleh jual sedikit demi sedikit Emas yang kami simpan itu.

Lagi pun dana simpanan kami masih belum cukup 100 grams Emas dan kami ambil keputusan untuk beli lagi 100 gram Gold Bar Bunga Emas Series secara EPP10X (CSO 1000273407).

Bayaran EPP10X ini dijangka habis bayar pada bulan Disember 2022 dan kami boleh gunakan sebagai dana bayaran fasa terakhir nanti.

Alhamdulillah.

Semua berjalan dengan lancar seperti dirancang walaupun ada sedikit ujian dan rintangan dalam usaha mencapai matlamat yang kami impikan.

Betul kata mentor Emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang “𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀”

Alhamdulillah.

Selesai saja semua urusan, dua buah rumah ini selamat disewa oleh dua pasangan suami isteri yang baru kahwin dengan bayaran sewaan RM500 sebulan.

Alhamdulillah.

Selepas ini saya akan terima 𝗣𝗮𝘀𝘀𝗶𝘃𝗲 𝗜𝗻𝗰𝗼𝗺𝗲 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟭,𝟬𝟬𝟬 asbab daripada tindakan kami istiqamah menyimpan Emas setiap bulan.

Emas tidak mampu menghasilkan income setiap bulan tapi dengan ilmu, kita boleh jadikan Emas untuk membina 𝗣𝗮𝘀𝘀𝗶𝘃𝗲 𝗜𝗻𝗰𝗼𝗺𝗲.

Betul kata mentor saya – “𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗜𝗟𝗠𝗨”

Doakan kami untuk berjaya bina 2 buah rumah sewa lagi dengan simpanan Emas sebelum tahun 2025 berakhir.

Bukan niat untuk menunjuk kekayaan dunia tapi sekadar perkongsian untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan media sosial saya…

Tuan Bashir Mansor

Sangat menginspirasikan!

Tahniah Tuan Bashir!

Bersama Tuan Bashir
Bersama Tuan Bashir semasa G100 Talkshow September 2023

Simpan Modal Bina Rumah dengan Emas

#1 Lock Harga dengan Kaedah EPP

Tuan Bashir kongsikan yang beliau simpan emas dengan kaedah EPP Public Gold. Kelebihan EPP ialah kita boleh lock harga hari ini walaupun harga emas naik tinggi 10 bulan kemudian. Kita hanya perlu bayar jumlah harga yang kita lock pada hari berkenaan.

Teknik ini sangat menguntungkan sekiranya kita lock ketika harga emas sedang rendah.

WhatsApp Ainin

#2 Harga Emas Semakin Tinggi

Walaupun harga emas semakin tinggi 10 bulan kemudian, kita hanya bayar jumlah harga pada hari yang kita lock harga.

Teknik EPP ialah kemudahan untuk kita simpan emas dan bayar selama 6 hingga 10 bulan mengikut preference kita. Tiada interest dan patuh syariah.

#3 Force Saving dan Simpanan Tidak Bocor

Selain itu, akui beliau,

kenapa beliau memilih kaedah EPP ialah kerana hanya dengan EPP beliau dapat paksa buat simpanan iaitu force saving. Teknik ini juga kalis-emosi.

Jika simpan dalam bentuk duit, simpanan lebih mudah bocor dan tergugat untuk dibelanjakan untuk perkara lain.

#4 Kalis Inflasi

Tindakan dan keputusan Tuan Bashir dan isteri untuk simpan dana rumah sewa dalam bentuk emas ialah tindakan yang sangat bijak.

Jika mereka simpan di bank dalam bentuk duit, pasti mereka perlu tambah sekitar RM 25,000!

Sedangkan, apabila mereka menyimpan dana rumah ini yang bersifat jangka panjang, mereka tidak perlu tambah sebarang pertambahan harga.

Ini membuktikan yang emas mengekalkan kuasa beli dan nilai duit.

MashaAllah, mind blowing!

Bila kami semak semula harga dengan kontraktor, harga untuk membina 2buah rumah tersebut telah naik mencecah RM125,000… Belum termasuk TNB (Elektrik) dan PBA (Air).

Selamat kami bertindak bijak untuk 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻𝗮 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗚𝗿𝗮𝗺 𝗘𝗺𝗮𝘀 bukannya duit ringgit sebab:

🚫 Kalau kami target untuk simpan RM100,000 pada tahun 2019, kami masih tak cukup RM25,000 untuk membina rumah tersebut atas faktor kuasa beli duit ringgit yang dihimpit inflasi.

✅ Alhamdulillah.. Simpanan 500 grams Emas kami masih mampu membina rumah yang sama selepas lebih 3 tahun sebab nilai 500gram Emas sekarang sudah bernilai lebih RM125,000.

Tuan Bashir

Artikel berkaitan:

  • Akaun emas GAP sebagai sokongan loan beli rumah
  • Lulus loan rumah dengan dokumen sokongan akaun emas GAP
  • Kelebihan emas berbanding hartanah
WhatsApp Ainin

Jual Emas bila dah Capai Matlamat

Kongsi Tuan Bashir, kita akan rasa lebih bersemangat bila kita letak matlamat dan target untuk simpan emas. Simpanan emas dijadikan satu tools untuk beliau mencapai jumlah simpanan yang beliau targetkan.

Apabila matlamat simpanan telah dicapai, beliau jual emas. Ini adalah salah satu contoh masa dan keadaan yang terbaik untuk jual emas, seperti yang Ainin kongsikan dalam artikel di bawah.

Artikel berkaitan:

  • Bila Masa Terbaik Jual Emas

Ada tiga situasi dan masa terbaik untuk jual emas, iaitu

  1. Capai matlamat jangka panjang seperti dana haji, dana persaraan, dana pendidikan anak-anak
  2. Untuk dijadikan aset lain (deposit rumah/ pusingan bisnes/ hartanah)
  3. Berlakunya kecemasan

Untuk kes ini, Tuan Bashir telah menjual emas untuk dijadikan aset rumah sewa. Daripada aset emas ke aset yang lebih menguntungkan.

Pendapatan Pasif dari Rumah Sewa

Ini kerana, selain daripada kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang, emas tidak memberi sebarang pendapatan pasif ataupun dividen.

Dengan menukarkan aset emas kepada aset rumah sewa, Tuan Bashir menerima pendapatan pasif daripada rumah sewa selain kenaikan harga rumah dalam jangka masa panjang.

Simpan Emas dengan Ilmu

Bukan emas yang jadikan kita kaya tetapi ilmu tentang emas.

Emas tidak memberi kita pendapatan secara terus (melainkan apabila harga emas naik) tetapi apabila kita gunakan emas untuk bina aset lain yang boleh beri kita pendapatan pasif, itu lebih menguntungkan.

Benar kata mentor Tuan Zulkifli Shafie, simpanan emas bukanlah segala-galanya tapi menyimpan emas ialah permulaan untuk unlock pintu-pintu kekayaan yang lebih besar.

Nak bermula simpan emas dengan ilmu, Ainin dan team G100 boleh bantu.

Puan Ainin
18 Oktober 2023

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Cerita Emas TESTIMONI PENYIMPAN EMAS hartanahkenapa beli emastestimoni penyimpan emas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d