Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

2 Keburukan Simpan Emas di Public Gold

Posted on December 3, 2024December 3, 2024 by theaininsofia
2 Keburukan Simpan Emas di Public Gold
[Open][Close]
  • Video
  • #1 Tak Ada Dividen, Hanya Gram Emas
  • #2 Gram Emas Takkan Bertambah Sendiri
  • Jadi, Apa Keuntungan Sebenar Simpan Emas?
  • Tips Penting:
  • Pelaburan Emas Tidak Seksi
  • Back to Basic

Bila dealer Public Gold berkongsi tentang simpanan emas di Public Gold, semuanya kedengaran sempurna.

Semuanya bercerita tentang kelebihan.

Namun, apakah kekurangan simpan emas di Public Gold?

Kali ini, Ainin berkongsi tentang 2 kekurangan simpan emas di Public Gold.

Video

#1 Tak Ada Dividen, Hanya Gram Emas

Kebanyakan pelaburan berkisar tentang pulangan atau dividen.

Walaubagaimanapun,

Ilmu asas tentang simpanan emas ialah emas tidak pernah menjanjikan pulangan dalam bentuk dividen.

Simpanan emas tak menjanjikan pulangan harian, bulanan, atau tahunan. Kalau kita beli 1 gram emas, kita hanya dapat 1 gram emas. Beli 10 gram, dapat 10 gram. Tidak lebih, tidak kurang.

Berbeza dengan simpanan biasa yang mungkin menawarkan faedah atau dividen, simpanan emas hanya memberikan kita aset fizikal yang nilainya bergantung kepada pasaran. Maksudnya, kita akan peroleh keuntungan hanya daripada kenaikan harga emas khususnya dalam jangka masa panjang.

Artikel berkaitan:

  • Jangan Panik, Ini 6 Beza Emas vs Saham

Kalau ada mana-mana syarikat yang tawarkan pulangan tetap daripada simpanan emas,

hati-hati!

Itu mungkin perangkap scammer.

Ingat, emas ialah simpanan jangka panjang, bukan pelaburan yang menghasilkan pulangan bulanan.

#2 Gram Emas Takkan Bertambah Sendiri

Ini fakta.

Kalau kita mula simpan 1 gram emas hari ini, dan setahun kemudian kita tak tambah apa-apa, simpanan kita itu tetap 1 gram.

Ia takkan tiba-tiba jadi 1.5 gram atau 2 gram, walaupun harga emas naik.

Berbeza dengan konsep seperti faedah terkompaun dalam simpanan bank, emas memerlukan usaha konsisten untuk menambah gram.

Lagi banyak gram kita kumpul, lagi besar potensi keuntungan kita bila harga emas meningkat. Jadi, kunci kejayaan adalah fokus pada pertambahan gram, bukan sekadar berharap pada kenaikan harga sahaja.

Jadi, Apa Keuntungan Sebenar Simpan Emas?

Keuntungan emas adalah daripada kenaikan harga emas di pasaran.

Sebab itu, strategi terbaik adalah tambahkan gram emas secara berterusan. Bila harga naik, keuntungan kita juga bertambah berdasarkan gram yang kita miliki.

Artikel berkaitan:

  • Jangan Panik, Ini 6 Beza Emas vs Saham

Tips Penting:

  • Elakkan skim yang menjanjikan pulangan bulanan daripada simpanan emas. Terang-terangan, ini adalah scammer!
  • Fokus pada pembelian gram emas secara konsisten.

Artikel berkaitan:

  • Jangan Panik, Ini 6 Beza Emas vs Saham
  • Emas, Duit Ketika Perang
  • Emas bukan sekadar buy low sell high

Pelaburan Emas Tidak Seksi

Ramai yang abaikan emas kerana faktor ketiadaan pulangan dividen. Jadi, mereka lebih mengutamakan simpanan dan pelaburan lain yang pada akhirnya, simpanan mereka lebur.

Penyimpan emas Ainin sendiri mengaku telah diperdaya oleh scammer, rugi berpuluh ribu ringgit walaupun dia sudah tahu kewujudan platform simpanan emas melalui syarikat Public Gold beberapa tahun dahulu.

Cuma, kongsinya, dia tidak berminat menyimpan di Public Gold kerana pulangan syarikat emas Public Gold tidaklah setinggi yang ditawarkan oleh scammer.

Begitulah,

jika janjinya adalah bulan dan bintang, jangan cepat terpengaruh.

Simpanan emas tidak seksi, sebab itulah ramai yang mengelak.

Simpanan emas bukanlah segala-galanya. Emas bukanlah everything tetapi something dalam portfolio kewangan. Simpan emas tidak kaya tetapi simpan emas membuka pintu-pintu kekayaan seterusnya. Ianya berkaitan dengan tabiat dan disipin pengurusan kewangan.

Back to Basic

Jadi, bila simpan emas pastikan dapat emas.

Kedua, konsisten tambah simpanan emas untuk maksimumkan keuntungan simpanan emas kita di masa hadapan kerana gram emas tidak akan bertambah dengan sendirinya.

Di masa hadapan, harga emas pasti naik. Persoalannya, keuntungan kita sedikit atau banyak yang mana ia ditentukan oleh jumlah gram simpanan kita. Tidak mahu menyesal, konsisten sahaja simpan emas tanpa monitor harga. Jika simpan emas untuk jangka masa panjang iaitu dua tahun ke atas, maka, simpan sahaja.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Emas Public Gold, SIMPAN EMAS, Tips Mula Simpan Emas

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua. Okay ke simpan emas untuk persaraan pada umur 45tahun?

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d