Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Emas Akaun GAP Public Gold Ialah Emas Fizikal, Bukan Emas Digital

theaininsofia, May 13, 2025May 13, 2025
Emas Akaun GAP Public Gold Ialah Emas Fizikal, Bukan Emas Digital
[Open][Close]
  • Akaun emas GAP Public Gold emas digital?
  • Apa Beza Emas Digital vs Emas GAP?
    • #1 Emas Digital
    • #2 Emas dalam Akaun GAP Public Gold
  • Kenapa Kita Kena Faham Perbezaan Ni?
  • Kita Simpan Aset Sebenar, Bukan Angka Semata-mata.
  • Bila Kita Simpan Emas GAP, Apa Kita Dapat?
  • Akaun Emas GAP Bukan Emas Digital
    • Beli Emas, Pastikan Dapat Emas Fizikal.

“Saya taknak simpan dalam akaun emas GAP, saya nak beli emas terus”

Boleh.

Kalau memang dah ada bajet yang cukup, memang sangat-sangat disarankan untuk dapatkan emas fizikal terus.

Cuma, ramai orang keliru.

Seolah-olah bermusuh dengan akaun emas GAP kerana mereka ingatkan emas dalam akaun GAP ialah emas digital.

Betul ke macam tu?

Akaun emas GAP Public Gold emas digital?

Sebenarnya, tanggapan ni sangat biasa. Sebab kita tak nampak emas tu depan mata. Tapi sebaliknya, Akaun GAP (Gold Accumulation Program) dari Public Gold bukanlah emas digital.

Kita sebenarnya simpan emas fizikal.

Akaun emas GAP hanyalah transit.

Akaun emas GAP hanyalah platform atau kemudahan untuk kita menabung khususnya untuk penyimpan emas yang menabung emas, dengan bajet yang nipis.

Selain itu, akaun emas GAP menjadi pilihan untuk orang yang tidak bersedia untuk simpan emas sendiri atas faktor keselamatan.

Artikel berkaitan:

  • Sikitnya Emas Azizi Ali!
  • Mana Lebih Baik; Emas Fizikal atau Akaun Emas GAP?
  • Adakah Akaun GAP Public Gold ialah Emas Digital?
  • Emas, Duit Ketika Perang
  • Jangan Simpan Emas di Akaun Emas GAP
  • Jika Perang Tercetus di Malaysia, Bagaimana Emas Saya di Public Gold?

Apa Beza Emas Digital vs Emas GAP?

Untuk faham beza ni, jom kita tengok satu persatu:

#1 Emas Digital

Tak wujud dalam bentuk fizikal yang kita boleh pegang. Kita cuma ada nombor dalam sistem. Kita tidak boleh keluarkan emas fizikal walaupun kita dah simpan bertahun-tahun. Kalau platform tu tutup, ada risiko kita mungkin hilang kesemua emas kita, tanpa emas fizikal. Berputih mata!

Ibarat macam simpan resit, tapi barang tak pernah dapat.

#2 Emas dalam Akaun GAP Public Gold

Emas dalam akaun emas GAP, emasnya wujud secara fizikal, cuma kita belum keluarkan lagi.

Kita boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal; dinar atau jongkong emas. Contoh dinar ialah 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Manakala contoh jongkong emas ialah 1g, 5g, 10g, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram dan 1kg.

Kita boleh keluarkan bila-bila masa, pos ke rumah atau ambil di cawangan. Setiap gram emas kita dilindungi insurans.

Bezanya jelas:

Emas digital = tak boleh sentuh.

Emas GAP = emas fizikal yang kita boleh pegang bila kita mahu. Terus arahkan sistem untuk keluarkan emas fizikal dari akaun GAP.

Kenapa Kita Kena Faham Perbezaan Ni?

Sebab ramai orang tertipu dengan istilah ’emas digital’. Kita fikir emas tu ada tapi rupanya ianya cuma nombor dalam sistem. Bayangkan simpan 20gram emas digital selama 10 tahun. Bila nak keluarkan?

“Maaf, tak boleh.”

“Kami hanya tawarkan jual beli digital.”

“Kalau nak emas fizikal, kena beli lain.”

Walaupun mungkin penyimpan emas ini hanya utamakan keuntungan semata-mata, penting untuk kita tahu prioriti dan kelebihan emas fizikal berbanding digital.

Kita Simpan Aset Sebenar, Bukan Angka Semata-mata.

Emas fizikal ialah aset dan harta kekayaan sebenar. Emas digital atau duit kertas sekalipun hanya berfungsi sebagai rekod atau kekayaan yang bersifat ilusi. Ianya dikawal oleh pihak lain.

Sekiranya apa-apa terjadi, contohnya perang, dipenjarakan, bankrap atau muflis, semua harta kekayaan akan hilang sekelip mata.

Sebaliknya, jika kita ada emas fizikal di tangan, kita masih boleh manfaatkannya. Emas fizikal ialah kekayaan yang ada di dalam tangan kita tanpa manipulasi oleh pihak lain.

Bila Kita Simpan Emas GAP, Apa Kita Dapat?

Kita tahu emas tu wujud. Kita boleh keluarkan emas bila perlu. Kita boleh simpan sebagai dana kecemasan. Kita boleh gunakan sebagai backup untuk situasi mendesak.

Dan yang paling penting,

kita simpan nilai sebenar, bukan angka yang boleh hilang sekelip mata bila apa apa terjadi.

Akaun Emas GAP Bukan Emas Digital

Kesimpulannya, akaun GAP Public Gold bukan emas digital.

Ia adalah emas fizikal sebenar yang kita boleh pegang, miliki, dan gunakan bila perlu.

Kalau kita nak mula simpan emas, mulakan dengan ilmu yang betul. Jangan sekadar ikut-ikut. Jangan sekadar nampak murah, terus beli. Sebaliknya, pastikan kita tahu, adakah kita boleh keluarkan sebagai emas fizikal atau tidak, berapa kos untuk dikeluarkan sebagai emas fizikal.

Beli Emas, Pastikan Dapat Emas Fizikal.

Emas bukan sekadar ‘buy low sell high‘.

Prinsip paling penting elak dan berwaspada dengan scammer dan apabila kita simpan emas ialah, beli emas, pastikan dapat emas fizikal.

Ini kerana, jika kita dapat perolehi emas fizikal tersebut, bermaksud kekayaan kita dalam genggaman dan kawalan kita. Bukan dalam kawalan orang lain.

Datanglah mana-mana syarikat atau pakej sekalipun, pastikan beli emas, dapatkan emas fizikal.

Ada bajet tinggi, terus dapatkan emas fizikal, ada bajet rendah, menabung secara konsisten di akaun emas GAP Public Gold.

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Apa itu GAP

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
ARTIKEL EMAS Emas Public Gold Kelebihan Public Gold SIMPAN EMAS Tips Emas Terbaik Tips Mula Simpan Emas akaun emas GAPemas digitalemas fizikal

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d