Bila kita dengar kisah-kisah, cerita di sosial media tentang pengalaman masing-masing simpan emas, ada yang bercerita tentang betapa untungnya simpan emas.
Tak kurang, ada yang rugi.
Kenapa jadi begitu?
Bukan ke simpan emas ni confirm untung ke?
Kesilapan Simpan Emas
Sebab itulah, yang menjadikan kita kaya sebenarnya bukanlah emas, tetapi ilmu tentang emas.
Dalam posting di bawah, Ainin berkongsikan antara kesilapan yang dilakukan ramai penyimpan emas.
#1 Beli emas ikut-ikut orang
Simpan emas tanpa ilmu ibarat masuk hutan tanpa peta. Kita nampak orang lain beli, kita pun beli. Bila kita tengok orang lain jual, kita pun jual tanpa tahu apa matlamat dan tujuan orang lain jual.
Dalam buku ‘Psychology of Money’, iaitu di dalam topik ‘You & Me’,
beware taking financial cues from people playing a different game than you are.
Padang kita tak sama, permainan kita tak sama.
Orang lain jual mungkin sebab dia dah mula menyimpan emas 10 tahun lepas dan sudah perolehi keuntungan berlipat kali ganda serta sudah capai matlamatnya. Ada yang simpan emas untuk dana persaraan jadi dia belum jual.
Jadi kita perlu jelas kenapa dan matlamat kita simpan emas.
#2 Beli barang kemas, bukan emas pelaburan
Ramai orang melihat emas hanya sekadar emas. Tapi sebenarnya ada banyak jenis emas. Ada beza antara emas perhiasan dan pelaburan.
Emas perhiasan ialah emas 916 manakala emas pelaburan ialah emas 999.
Barang kemas memang cantik, tapi susut nilainya tinggi—boleh cecah 25% hingga 40%. Kalau beli RM1000, belum tentu bila jual dapat semula RM800. Tambah pula dengan kos upah, risiko tinggi kalau niatnya untuk melabur.
Nak simpan emas, cari emas di platform yang betul. Emas Public Gold contohnya ialah antara emas yang dipercayai dan sudah bertapak lebih sedekad lamanya.
Artikel berkaitan:
- Doktor ini Rugi 4 Ribu, ini 6 Kerugian Beli Barang Kemas (dari Sudut Pelaburan/Simpanan)
- 8 Tips Elak Kerugian bila Beli Barang Kemas
- Risiko Jual atau Pajak Barang Kemas 916
#3 Pajak tanpa sebab yang kukuh
Ramai terjebak dengan teknik arrahnu dan pajak emas sebab teruja nak gandakan keuntungan. Kononnya, pajak emas lepas tu beli lagi.
Ramai yang tak faham konsep sebenar pajak: hutang. Bila tak mampu bayar balik, akhirnya emas terlelong, duit tak dapat, emas pun hilang.
Nak pajak boleh, tapi pastikan ada sebab kukuh, ada plan untuk bayar balik. Bukan sebab ikut-ikut orang atau nak cepat untung.
Emas bukan kunci kekayaan tapi ilmu emas adalah kunci sebenar
Nak beli emas, senang.
Tapi nak beli emas dengan ilmu, nak cari dealer yang aktif dan rajin kongsi ilmu — itu yang susah.
Jangan pilih dealer semata-mata sebab harga murah. Tapi cari dealer yang konsisten update ilmu, sedia bantu bila perlu dan aktif hadir training.
Nak beli emas, di mana-mana pun boleh beli emas, tapi untuk kaya dengan emas dan simpan emas dengan ilmu, simpan dengan Public Gold.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

