Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
Menu

8 Tips Elak Kerugian bila Beli Barang Kemas

Posted on February 7, 2022February 6, 2023 by theaininsofia
download ebook 5 minit emas
8 Tips Elak Kerugian bila Beli Barang Kemas
  • Tips #1 Beli Barang Kemas 999 (24K) atau 916 (22K) sahaja
  • Tips #2 Beli Barang Kemas Padu Sahaja
    • Design Barang Kemas Padu
    • Design Barang Kemas Hollow/Kosong
    • Design Barang Kemas Stamping
  • Tips #3 Elak Beli Barang Kemas Yang ada Batu Permata
  • Tips #4 Simpan Resit Belian
  • Tips #5 Jangan Beli Emas Putih
  • Tips #6 Survey Kos Upah Paling Rendah
  • Tips #7 Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas)
  • Tips #8 Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi
  • Kesimpulan

Sebelum ini, Ainin berkongsi 6 kerugian bila beli barang kemas dari sudut simpanan dan pelaburan.

Walaubagaimanapun, jika kita memang mahu berhias, maka memang barang kemaslah pilihan yang terbaik.

Bukan apa, sebab ramai salah faham. Nak selamatkan harta dalam emas, tapi beli barang kemas. Nak untung dalam jangka masa panjang, tapi terbeli barang kemas. Silap tu.

Kalau boleh, jangan jadikan harta kita sekadar perhiasan, tapi biarlah jadi aset yang bernilai tinggi. Memanglah kalau boleh, pilih emas simpanan 999 jika kita memang berminat untuk dijadikan simpanan tetapi jika memang berminat dengan barang kemas, ini tips yang Ainin boleh kongsikan.

Dan jaga-jaga, tak semua barang kemas bernilai tinggi. Ada barang kemas susut nilainya dari 25% hingga 50% selepas kita beli.

Tips #1 Beli Barang Kemas 999 (24K) atau 916 (22K) sahaja

Tak ramai yang tahu ada banyak jenis gred emas yang dijadikan barang kemas.

Jenis Gred Emas dan Karat Emas

Untuk memilih barang kemas bernilai tinggi, pilih barang kemas emas 999 atau 916 sahaja kerana dua gred ini mempunyai nilai yang tinggi dalam jangka masa yang panjang.

Walaubagaimanapun, emas 999 jarang dijadikan barang kemas kerana bahannya terlalu lembut dan mudah lekuk, tidak sesuai untuk pemakaian seharian.

Cara untuk mengenalpasti barang kemas 916, periksa bahagian belakang barang kemas itu sebab biasanya barang kemas akan ditempa dengan cop 999 atau 916.

Barang kemas 916 juga mudah diterima Arrahnu berbanding barang kemas bergred lebih rendah.

Tips #2 Beli Barang Kemas Padu Sahaja

Pilihan ketika membeli barang kemas ialah pilih emas padu, elakkan emas hollow dan berbatu, pilih kos upah yang rendah
Pilihan ketika membeli barang kemas ialah pilih emas padu, elakkan emas hollow dan berbatur, pilih kos upah yang rendah

Terdapat banyak jenis corak barang kemas wanita. Antaranya ialah padu, hollow (berlubang) dan stamping.

Tips penting, pilih barang kemas yang padu sahaja. Kelemahan wanita, kadang kadang kita memilih yang cantik- cantik dahulu berbanding yang untung.

Kadang -kadang yang cantik itu jenis yang hollow/berlubang. Dari sudut pelaburan, elakkan barang kemas yang hollow/berlubang.

Selain itu, barang kemas padu lebih tahan lasak dan tidak mudah putus, patah atau bengkok.

Jika barang kemas patah atau putus atau bengkok, barang kemas akan di ‘trade-in’ dengan harga diskaun sekitar 25%. Rugi!

Jika tidak dipakai pula, barang kemas akan dikenakan zakat sebagai emas yang tak dipakai, yang mana nisabnya lebih tinggi daripada emas yanh dipakai.

Jadi, utamakan barang kemas padu/padat berbanding barang kemas yang hollow/ berlubang.

Jangan terkejut jika kita beli barang kemas jenis design hollow/ stamping tetapi barang kemas didowngrade kepada emas 875, 835, 750 ketika gadaian kerana pihak Arrahnu risau apabila menerima barang kemas yang berlekuk, berlubang.

Apabila ada lekuk atau lubang, akan ada kotoran yang memberi kesan kepada berat emas. Walaubagaimanapun, barang kemas biasanya akan dicuci terlebih dahulu.

Design Barang Kemas Padu

Mampat dan padat dengan emas. Tahan lasak, tidak mudah kemek atau rosak. Kecil tetapi berat.

  • Design Belut
  • Design Pandora
  • Design Beras
  • Design Mesin

Design Barang Kemas Hollow/Kosong

Dalamnya kosong dan berongga. Depan dan belakang design sama. Besar walaupun ringan.

  • Design Gajah
  • Design Lipan

Design Barang Kemas Stamping

Belakang kosong dan berlubang. Nampak besar walaupun ringan.

  • Design Pulut Dakap

Contoh barang kemas padu:

Contoh Rantai Design Belut (Padu). Klik jika berminat
Rantai Design Mesin. Klik jika Berminat
Design padu: cincin belah rotan PG Jewel. Klik untuk beli

Contoh barang kemas hollow

Rantai Tangan Design Gajah jenis Hollow (berongga di tengah)

Tips #3 Elak Beli Barang Kemas Yang ada Batu Permata

Elakkan barang kemas yang berbatu permata baik rantai, gelang ataupun cincin

Barang kemas yang berbatu permata biasanya rendah jualan baliknya dan tidak diterima untuk gadaian.

Bila kita nak jual balik, biasanya batu permata (zirconia) akan diasingkan dan hanya emas sahaja yang diambil kira.

Boleh juga study thread twitter oleh CikPuan Nurnadiana di bawah. Klik dan kita akan dibawa ke aplikasi twitter.

https://twitter.com/nurnadiana_/status/1364927470122672132?s=21

Tips #4 Simpan Resit Belian

Resit belian original sangat penting bila nak jual balik dan gadaian emas.

Kadang-kadang, harga barang kemas dengan resit belian original berbeza harganya dengan barang kemas tanpa resit.

Dan ada Arrahnu meminta resit belian original ketika hendak memajak emas. Tak ada resit, tak boleh pajak. Tapi ini bergantung kepada cawangan Arrahnu juga. Kena survey Arrahnh dan institusi yang kita nak jual atau pajak itu.

Kongsi mentor Tuan Zulkifli Shafie, beliau pernah survey harga jualan balik di kedai emas Poh Kong. Dengan resit belian asal, mereka terima dengan spread 20%. Tanpa resit, mereka terima dengan spread 25%. Banyak bukan beza jika ada resit dengan tiada resit?

Jadi, sangat penting untuk kita simpan resit belian asal.

Tips #5 Jangan Beli Emas Putih

Emas putih atau white gold

Emas putih dijual mahal iaitu dengan harga emas platinum. Harga emas platinum lebih mahal daripada emas 999 tapi harga jualan balik sangat sangat rendah. Tiada nilai second-hand value. Sangat merugikan dari sudut pelaburan.

Emas putih hanya mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas. Selebihnya adalah kandungan logam lain. Rupa bentuknya sama macam silver, yang berbeza hanyalah pada cop 750 atau 375.

Umumnya, susah untuk jual balik emas putih. Hampir tidak ada institusi yang menerima jualan balik emas putih. Kongsi mentor, Tuan Zulkifli Shafie, ada kedai emas yang beli semula emas putih dengan spread 30% dengan resit dan 50% kalau tiada resit.

Dari sudut pelaburan, emas putih merugikan.

Tips #6 Survey Kos Upah Paling Rendah

Kos upah antara kedai emas adalah berbeza. Jadi survey dulu kedai emas yang tawarkan kos upah yang paling murah.

Setahu Ainin, PG Jewel di bawah Public Gold antara yang menawarkan kos upah yang rendah dan telus, tiada kos yang tersembunyi.

Jangan cepat terpesona dengan harga gram emas yang dipaparkan oleh kedai emas. Kadang kadang ia masih tidak dicampur dengan kos upah lagi!

Kalau ringan mulut, bolehlah tawar menawar lagi untuk kurangkan kos upah.

Tips #7 Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas)

  • www.fgjam.org.my
  • http://www.hargaemas.com.my/harga

Dua website di atas boleh dijadikan rujukan harga standard pekedai emas di Malaysia.

Walaubagaimanapun, harga akan berbeza beza mengikut kedai emas sebab emas bukan barang kawalan, selain ianya juga bergantung kepada kos pengeluaran dan kadar keuntungan pekedai emas.

Tips #8 Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi

Tips terakhir untuk elak kerugian bila beli barang kemas ialan cari kedai yang terima belian balik dengan harga yang tinggi.

Umumnya, kedai emas akan menerima jualan balik dengan kadar spread 20% hingga 25%.

Ada juga kedai emas terima jualan balik barang kemas yang dibeli dari kedainya dengan kadar spread 15% dengan syarat disertakan bersama resit belian asal.

Kesimpulan

Semoga 8 tips ini membantu bakal pembeli barang kemas memilih barang kemas yang berkualiti dan bernilai tinggi.

Bukan sahaja dapat dijadikan perhiasan malah dijadikan serampang dua mata iaitu juga sebagai pelaburan.

Pilih dengan ilmu, ya.

Wallahu a’lam.

Saya nak beli Barang Kemas Berkualiti Tinggi
WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

download ebook 5 minit emas

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Barang Kemas, SIMPAN EMAS

1 thought on “8 Tips Elak Kerugian bila Beli Barang Kemas”

  1. Pingback: 6 Kerugian Beli Barang Kemas (dari Sudut Pelaburan/Simpanan) - The Ainin Sofia

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Nak beli emas atau perak?
  • G100 Academy: Bina Content
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team Mentor
  • Seminar Membina Satu Juta Pertama Sandakan, Sabah Disember 2025

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    © 2026 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d