Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Mahasiswa Penerima Zakat UTMKL

theaininsofia, March 29, 2022March 29, 2022

Rujukan perkongsian slide

Alhamdullilah pada 26 Mac 2022, hari Sabtu Ainin telah diberi peluang untuk menyampaikan ilmu kewangan oleh Pusat Pungutan Zakat – PPZ UTMKL kepada adik-adik diploma UTMKL.

Bukan pakar kewangan tapi hanya berkongsi pengalaman dan nak sebarkan kebaikan.

Dengan teknologi, tak perlu travel jauh jauh dan tak perlu bersusah payah untuk sampaikan ilmu.

Terima kasih untuk segala ilmu kewangan khususnya mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang tak jemu jemu memberi ilmu dan inspirasi dari dulu sampai sekarang. Terima kasih juga adik adik tekun je mendengar dari awal hingga akhir.

Didoakan dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam kehidupan sehari-harian. Betul, kebahagiaan adalah bila memberi.

Perkongsian yang Ainin sampaikan ialah mengenai

Urus Kewangan untuk Pelajar
  • Asas Kekayaan
    • Cashflow Positif
    • Berbelanja di Bawah Kemampuan.
  • Pengaruh dan Faktor kita dalam membuat keputusan kewangan
    • Tauladan
      • Ibu Bapa
      • Kawan-kawan
      • Buku-Buku Kewangan
      • Pakar Kewangan
  • Berbelanja dan Consumerism; Tips
    • Pengaruh Media dan Emosi
    • Kematian
  • Kekayaan dalam perspektif Islam
    • Kaya Segan, Miskin tak Mahu
    • Kekayaan Nabi dan sahabat
    • Kekayaan dan Akhirat
  • Saranan Menabung dan Urus Kewangan dalam Al-Quran
    • Nabi Yusuf Style
  • Tips Berbelanja
  • Strategi Elak Kebocoran Wang
  • Emas sebagai Aset kepada Pelajar
    • Manfaat Emas kepada Pelajar dan anak muda
    • Testimoni
  • Mahasiswa Kukuh Kewangan sebelum dan selepas graduasi
  • The Game of Wealth
  • Smart Routines I follow
    • Kurangkan perbelanjaan
    • maksimumkan simpanan
    • gandakan simpanan (pelaburan)
  • Kesimpulan

Asas Kekayaan

Kekayaan tidak hanya bergantung kepada besarnya gaji semata-mata, tetapi sangat bergantung kepada kemahiran kita mengurus kewangan, menyimpan dan menabung.

Asas kekayaan ialah tambah pendapatan dan kurangkan perbelanjaan.

Cashflow Positif

Ahmad walaupun gajinya RM 2000 tetapi berbelanja RM1000 (+RM1000) lebih baik daripada Badrul yang gajinya RM 10,000 tetapi berbelanja RM 11,000 (-RM 1000).

Jika kita bertanya tips kepada mana mana jutawan sekalipun, mereka pasti akan tekankan pada berapa banyak yang tinggal selepas belanja.

Itulah harta yang sebenar.

Berbelanja di Bawah Kemampuan.

Faktor gaji ialah faktor yang kedua. Yang lebih penting daripada jumlah gaji ialah berbelanja di bawah kemampuan (kurangkan perbelanjaan).

Ini adalah untuk kita pastikan aliran tunai positif, aliran wang yang masuk lebih banyak daripada aliran wang keluar.

Inilah yang ramai gagal lakukan kerana tewas dengan emosi.

Ramai orang ada kemahiran tambah perbelanjaan, tapi tak ramai ada kemahiran kawal emosi untuk kurangkan perbelanjaan, berbelanja di bawah kemampuan.

Sebab itulah wujud perumpamaan; “besar periuk, besarlah keraknya”.

Pengaruh dan Faktor kita dalam membuat keputusan kewangan

Ainin berkongsi tentang kejayaan dan pengalaman kewangan sejak dari kecil, pada zaman sekolah, kolej dan universiti serta semasa fasa memulakan kehidupan awal perkahwinan.

Ainin tidak kaya tetapi Ainin ada kelebihan untuk membuat keputusan berbelanja di bawah kemampuan contohnya mengelak daripada hutang kereta dengan memilih kereta cash secondhand walaupun mempunyai pilihan yang lebih baik.

Sesungguhnya, semua keputusan yang kita ambil tidak berlaku dengan kebetulan. Ada banyak sebab yang mendorong mengapa kita berbuat sedemikian.

Tauladan

Ibu Bapa

Ainin berterima kasih kepada ibu Ainin yang menerapkan contoh yang baik dalam menguruskan kewangan peribadi dan keluarga.

Dalam menanggung kami 9 orang adik-beradik, emak mencatatkan setiap perbelanjaan keluar masuk tanpa gagal dan akhirnya berjaya menyara kami sehingga kami dewasa.

Setiap perbelanjaan tiada yang sia-sia dan perlu diteliti.

Ainin juga diajar secara langsung dan tidak langsung untuk menabung sejak dari kecil hingga dewasa.

Semasa zaman sekolah, Ainin menabung baki belanja iaitu belanja dahulu kemudian simpan. Walaubagaimanapun, pada zaman universiti, Ainin diajar untuk simpan dahulu baru belanja. As hardcore as my mum, she asked me to save half and live with another half. Sebenarnya, boleh sahaja kita berbelanja sedikit jika kita peruntukkan sedikit.

Kawan-kawan

Kawan kawan sangat memberi pengaruh dalam semua aspek kehidupan termasuklah aspek kewangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang besi.

Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak.

Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959)

Begitu juga dengan kewangan kita.

Jika kita berkawan dengan kawan-kawan yang suka berbelanja, kita juga akan terikut sama walaupun kita tidak perlukan barang-barang tersebut. Makan mewah, menonton wayang, sentiasa berbelanja gajet baru dan sebagainya.

Sebaliknya, jika kita berkawan dengan kawan-kawan yang suka lengkapkan diri dengan ilmu kewangan, suka baca buku kewangan, suka hadir perkongsian kewangan, kita pun akan terikut sama. Sekurang-kurangnya, kita juga akan mendapat tempiasnya.

Buku-Buku Kewangan

Buku-buku kewangan akan sangat mempengaruhi cara kita berfikir dan membuat keputusan kewangan dalam kehidupan.

Ilmu sangat penting supaya kita mengambil langkah yang betul dalam setiap keputusan.

Buku-buku asas kewangan yang Ainin cadangkan ialah:

  • Misi Bebas Hutang oleh Tuan Zulkifli Shafie
  • Wang Emas oleh Tuan Zulkifli Shafie
  • Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima oleh Azraie Muhamad
  • Enam Angka Menjelang Disember oleh Azraei Muhamad
  • Semua buku tulisan Chef Li

Pakar Kewangan

Terdapat ramai pakar-pakar kewangan di Malaysia yang perlu kita ikuti kerana ilmu mahal mereka. Antaranya ialah

  • Tuan Azizi Ali
  • Tuan Zulkifli Shafie
  • Dato Dr Daud Abu Bakar
  • Dr Zaharuddin
  • dan lain-lain

Berbelanja dan Consumerism; Tips

Pengaruh Media dan Emosi

Sebenarnya banyak keputusan perbelanjaan kita dipengaruhi oleh media; televisyen atau media sosial. Banyak perkara yang kita sebenarnya dipengaruhi dan tidak dilakukan secara rasional.

Definisi cukup dan kaya, definisi kereta yang paling baik, definisi pakaian yang cantik, definisi telefon yang paling berkualiti banyak ditentukan media. Kita tidak sedar kita tidak berfikir dalam membuat keputusan perbelanjaan.

Kadang-kadang banyak perkara yang kita beli akhirnya dibuang kerana kita tidak dapat berfikir dengan baik semasa berbelanja dan hanya ikut-ikut orang.

Consumerism ialah perhambaan moden tetapi kita tidak sedar bahawa kita sedang diperhambakan.

Kematian

Kita fikir, bila kita ingat kematian, kehidupan kita akan menjadi tidak produktif. Sebaliknya, jika kita ingat kematianlah kita akan menjadi lebih produktif.

Bila kita ingat kematian, kita jadi tahu apa sebenarnya yang bermakna dalam hidup kita.

Bila kita ingat kematian, kita jadi tahu apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup kita.

Bila kita ingat kematian, kita akan fokus perkara-perkara yang datangkan kebaikan kepada dunia dan akhirat kita.

Cuba bayangkan, kita hanya ada tempoh 6 bulan untuk hidup. Masa ini kita boleh berfikir rasional tentang perkara apakah yang bermakna dalam hidup kita.

Perkara apa saja yang patut kita fokus dan perkara apa saja yang patut kita belanja.

Kekayaan dalam perspektif Islam

Kaya Segan, Miskin tak Mahu

Walaubagaimanapun, apabila disarankan hidup dan berbelanja di bawah kemampuan, kita selalu ada konflik untuk bermotivasi untuk jadi kaya.

Muslim di Malaysia sentiasa berada di fasa ‘Kaya Segan, Miskin Tak Mahu’.

Kita takut nak jadi kaya tapi juga tak mahu jadi miskin.

Kita ingat, miskin itu zuhud.

Hakikatnya, kata Hassan Al-banna, zuhud itu apabila di sisimu sama sahaja antara emas dan tanah. Zuhud itu ialah soal hati, bukannya soal harta.

Orang boleh mempunyai banyak harta tetapi dalam masa yang sama, dia merasakan sama sahaja hartanya dengan tanah. Dia merasakan pemilikan Allah dalam hartanya. Hartanya hanyalah dipinjam untuknya untuk berbakti kepada masyarakat.

Kekayaan Nabi dan sahabat

Walaupun kita selalu disajikan dengan sirah-sirah Nabi yang mengikat perut, tetapi kita sebenarnya Nabi ialah multi-billionaire

Semasa pernikahannya bersama Siti Khadijah, Nabi Muhammad saw menghadiahkan beliau 25 unta merah yang mana satu unta merah pada zaman itu diibaratkan seperti sebuah trailer dagangan!

Bayangkan ada seorang anak muda menghadiahkan kepada bakal isterinya sebuah kereta mewah cash. Itupun kita sudah rasa wow. Inikan pula sebuah trailer cash. Inikan pula 25 buah trailer cash!

Tetapi Nabi memilih untuk hidup bersederhana dan membelanjakan hartanya ke jalan Islam. Begitu juga dengan beberapa orang sahabat nabi yang kaya yang dijanjikan syurga.

Kekayaan itu sebenarnya sangat mulia. Tidak salah menjadi kaya.

Kekayaan dan Akhirat

Islam menuntut umatnya kaya dan berharta. Dengan harta yang banyak, kita boleh berzakat dan membelanjakan harta ke jalan Islam. Muslimlah yang hanya dapat membelanjakan harta ke jalan yang benar.

Dengan harta, kita boleh bersedekah yang diceritakan bahawa jika orang mati hidup semula pun, mereka meminta untuk bersedekat dan bukanlah ibadah-ibadah khusus yang lain.

Dengan harta, kita boleh menempah tiket ke syurga dengan syarat punyai ilmu yang betul.

Saranan Menabung dan Urus Kewangan dalam Al-Quran

Nabi Yusuf Style

Dalam Al-quran juga, disarankan kita menjaga dan mengurus kewangan dengan baik. Contohnya dalam surah Yusuf.

Peristiwa seorang raja yang meminta Nabi Yusuf mentafsirkan mimpinya :

Allah swt berfirman yang bermaksud:

Raja berkata kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi (lembu) betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi (lembu) betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering.

Nabi Yusuf berkata: ” Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit (susah) yang akan menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan.

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberikan hujan (dengan cukup) dan manusia memeras anggur.

(Surah Yusuf Ayat 43-49)

Iktibar yang kita boleh ambil ialah:

  • amalkan sikap berjimat cermat
  • hidup tak selamanya indah, ada masa-masa susah
  • buat simpanan konsisten dan maksimum selama 7 tahun tanpa pusing belakang (forgotten saving)
  • perlu ada persediaan kewangan untuk jangka masa panjang, pendek
  • long term saving: haji, persaraan, hartanah
  • short term saving: emergency fund, sinking fund
  • menyimpan perlu ada sistem:
  • 60% kegunaan harian (makan, transport, bil)
  • 10% savings
  • 10% emergency
  • 10% sedekah

Tips Berbelanja

  • bila terima duit, simpan dahulu baru belanja
  • list keutamaan dan komitmen, utamakan keutamaan dan komitmen
  • bajet dan catat perbelanjaan duit keluar masuk
  • daripada catatan, tentukan keperluan dan kehendak
  • berbelanja di BAWAH kemampuan
  • utamakan keperluan, kurangkan kehendak
  • utamakan aset dan kurangkan liabiliti
  • adakan emergency fund
  • adakan sinking fund
  • practice gratitude dan delayed gratification
  • re-define self reward

Strategi Elak Kebocoran Wang

  1. Bayar diri sendiri dulu
  2. Tukar duit kepada harta yang sebenar; emas, tanah
  3. Potong semua kad kredit
  4. Berbelanja secara tunai
  5. Langsaikan hutang paling kecil
  6. Buat hutang baik; tambah harta
  7. Tinggalkan window shopping

Emas sebagai Aset kepada Pelajar

Emas sangat sesuai menjadi aset kepada para pelajar kerana

  • tak perlu modal yang tinggi
  • boleh beli dan simpan sikit sikit,
  • serendah RM 100
  • boleh beli online dan jual online
  • tak perlukan slip gaji seperti hartanah atau rumah
  • boleh jual jika perlukan duit
  • elak tabiat boros berbelanja
  • rasa sayangkan aset emas
  • emas sesuai sebagai forgotten saving
  • emas simpanan jangka panjang
Saya berminat nak simpan emas

Manfaat Emas kepada Pelajar dan anak muda

  • Bayar balik pinjaman PTPTN
  • simpanan kecemasan
  • hantaran perkahwinan
  • deposit kenderaan pertama
  • modal miliki aset
  • modal bisnes

Testimoni

Testimoni 1

testimoni  pelajar mahasiswa simpan emas
Testimoni Pelajar dapat urus kewangan dengan baik dengan emas.

Testimoni 2

Testimoni dapat simpan duit dengan baik, simpan 500gram (RM 100K lebih) lepas kenal emas

Testimoni 3

testimoni bekukan duit bisnes dengan emas seterusnya dapat beli tanah dan bina rumah cash

Dengan emas, ramai yang dapat mengurus kewangan lebih baik dan mencapai pencapaian kewangan dalam kehidupan masing-masing.

Ada beza dan rasa yang berbeza bila kita menyimpan emas dengan menyimpan duit. Bila kita menyimpan duit, kita rasa terdorong untuk berbelanja apabila melihat angka angka semakin bertambah tetapi menyimpan emas mendorong kita lebih menyimpan dan menambah harta.

Menyimpan emas bukan habiskan duit, sebaliknya juga adalah menyimpan duit, tetapi dengan bentuk yang lebih kukuh.

Saya berminat nak simpan emas

Mahasiswa Kukuh Kewangan sebelum dan selepas graduasi

  • utamakan simpanan sebanyak mungkin, target 5 angka seterusnya 6 angka.
  • jauhi hutang jahat
  • tambah pendapatan dengan bisnes/ side income
  • tambah ilmu kewangan sebanyak mungkin
  • sedekah
  • ingat ibu ayah dan adik beradik
  • doa dan Al-quran
  • memberi sumbangan

The Game of Wealth

  1. jauhi hutang jahat, buat bajet
  2. work hard and smart, banyakkan berkorban, belanja bawah kemampuan
  3. maksimumkan simpanan, kurangkan perbelanjaan
  4. pelaburan, ‘multiple stream of income’

Smart Routines I follow

Kurangkan perbelanjaan

  • track perbelanjaan
  • ‘no spend days’
  • kenalpasti trigger

maksimumkan simpanan

  • adakan sinking fund
  • side income
  • selalu semak perbelanjaan

gandakan simpanan (pelaburan)

  • sabar
  • melabur dengan ilmu

Kesimpulan

Dengan perkongsian Ainin ini, Ainin berharap agar pelajar mahasiswa penerima zakat UTMKL dapat mengurus wang pemberian zakat dan kewangan peribadi dengan sebaiknya. Ilmu ini bukan sahaja untuk bekalan praktikal pada zaman universiti malah juga pada kehidupan selepas universiti.

Kita tak boleh kawal ekonomi negara tapi kita boleh kawal ekonomi diri sendiri. Jadi, kawal perkara yang kita boleh kawal.

Dan semua harta, aliran duit keluar masuk akan dihisab. Jadi, belanja dengan amanah dan sebaiknya. Rasakan kehadiran malaikat di setiap perbelanjaan kita.

Wallahuallam.

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Frugal Living KEWANGAN Seminar Online SIMPAN EMAS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d