Harga barang makin naik, dah habis cara nak berjimat belanja dapur, apa cara lagi?
Belanja Dapur, Tinggi?
Belanja Kedua Terbesar?
Ainin ada baca haritu, belanja dapur boleh jadi belanja kedua tertinggi selepas belanja komitmen rumah. Is it true? This info highlight yang groceries bill boleh jadi tinggi dan uncontrollable kalau kita tak kawal.
Niat asal kita nak berjimat daripada berbelanja makan di luar, tetapi macammana pula kalau cashflow tak cantik bila over-budjet dekat groceries?
Jadi adakah kita perlu berbelanja makan di luar? Atau masak di rumah?
Ainin ada survey juga banyak pendapat di media sosial. Sebenarnya isu ini sangat bergantung kepada berapa orang dan makanan apa yang dipesan/makan.
Bila lebih kepada ramai orang, memang masaklah menjadi jawapan dan option lebih murah.
Tapi macammana pula bila belanja barang dapur dah makin mahal? Adakah bila semua barang dapur naik harga, kita memang tidak boleh elak untuk berbelanja tinggi untuk barang dapur?
Bagi Ainin, kita masih boleh usahakan untuk kurangkan belanja dapur.
Kawal Bajet Belanja Dapur
Matlamat kita adalah untuk makan makanan sihat, murah dan dalam masa yang sama, jimat dan selamatkan poket tabung kita., seterusnya improve our cashflow dan kewangan kita.
Sebab matlamat asal, we want to spend less on groceries. Kita memang tidak boleh kawal ekonomi negara atau harga harga barang, tapi kita boleh kawal bajet kita dan apa pilihan barang serta apa pilihan menu kita.
Kawal apa yang kita boleh kawal.
Back to basic untuk cantikkan cashflow dan have a positive one,
- Tingkatkan pendapatan
- Kurangkan perbelanjaan.
Combination these two steps memang boleh improve banyak kadar kewangan kita sebab tak ramai orang ada kekuatan untuk kurangkan perbelanjaan bila pendapatan atau income dah meningkat. Kita selalu dengar pepatah, bila besar periuk, besarlah keraknya.
Atau dipanggil juga sebagai lifestyle inflation.
Januari 2022 ni, Ainin baca lepak dekat group group ni;
Untuk Malaysian pula, dua group ni sangat membantu
- #kemasrumahwithhani (free)
- Mak Mak Gaya Moden (berbayar)
- Ainin banyak belajar tentang masak, meal prep dan pes ready made yang kita boleh buat sendiri di group ini.
Dan alhamdullilah banyak Ainin dapat input.
Cara Jimat Bajet Dapur
#kemasrumahwithHani
Ainin tertarik dengan discussion yang dimulai oleh Puan Sitialwani tempoh hari:
Antara respon yang menarik:
1. Masak kuantiti cukup-cukup
Puan Siti Hawa
1) Kalau saya sekarang masak kuantiti ngam² untuk lunch sampai ke dinner 😁 Ikan atau ayam saya akan kira berapa ketuiii untuk seorang makan sebab taknak membazir. Kalau ada lebihan seketuiii dua saya akan bagi kucing jalanan belakang dapur. Berkongsi rezeki dengan haiwan, In Shaa Allah ada rezeki lain yang akan datang☺️
2. Lebihan lauk dan kuah, simpan dalam peti
Puan Siti Hawa
Kalau lauk tak abis, saya simpan dan esoknya sy panaskan semula dan cuma masak lauk lain sejenis untuk topup menu 😊
Husband kerja memang bawak bekal nasik kalau shift malam
Puan Izyan
1) Saya sentiasa beli stok rangka ayam organik dari yusof. Sepaket, rm12 ada 3-4 ekor rangka ayam. Kalau nak buat sup, saya masukkan seekor rangka dan tambah isi ayam biasa untuk anak2 makan. Kadang2 sup rangka tu boleh buat makan dengan mi, atau bubur. Kalau bubur boleh tambah condiments lain seperti bilis, set steamboat choice tu ke.
2) Ayam biasa pulak, kalau beli, saya biasakan asing 3-4 ketul bahagian isi utk dijadikan rencah nasi goreng atau mi goreng.
3) Lebihan kuah gulai jangan buang. Bekukan. Kalau tak sempat masak atau xsempat topup barang basah, blh masukkan telur rebus dalam kuah. Atau buat cicah lempeng masa breakfast.
4) Lebihan kuah sambal, atau masak kicap atau masak merah pun saya simpan. Nanti blh buat rencah goreng mi atau nasi. Sayang bawang dan cili banyak, kan dalam kuah camni. Kalau tak sempat masak pun, in case balik kerja lewat, goreng telur je,makan dengan kuah masak merah atau kuah masak kicap tu.
5) Nak jimat memang wajib masak. Kadang tu bila balik kerja lewat, atau terlalu penat, rasa malas la jugak nak prepare bahan nak masak. So sediakan pes bawang dan pes cili siap2 setiap hujung minggu. Setakat ni saya guna petua sape ntah yang share dlm fb. Blend cili kering yang dah direbus dan ditoskan dengan minyak masak. Tapi nak bagi tahan lagi lama dan cepatkan proses memasak, saya terus tumis siap2 pes cili ni sampai pecah minyak. So bila simpan dalam fridge, tahan lama dan tak berkulat. Nak masak pun cepat.
6) Pes bawang pun saya blend dengan minyak semata2. Memang nampak banyak, tapi nanti masa menumis, guna sikit je minyak. Pastu lepas blend saya terus tumis sampai kering air bawang dan pecah minyak. Sejukkan dan simpan dalam fridge. Nak masak just cedok2 panaskan kejap je.
7) Stok kecemasan yang wajib ada di dapur, telur, sardin, bilis dan cili kering. Garam gula juga. Santan serbuk pun ok buat simpan kat dapur.
8) Masak lauk dinner banyak sikit utk dijadikan bekal anak2 dan suami esok. So pagi tu tinggal nak masak nasi dan panaskan lauk je. Dah jimat sebab kalau bawak anak pi beli breakfast, macam-macam kuih dan makanan dorang nak.🤭
3. Suami bawa bekal
4. Ajar anak anak tidak memilih makanan
Puan Siti Hawa
Ajar anak anak untuk tidak memilih makanan dan yang paling penting makan wajib kena abiskan untuk elakkan pembaziran 😅
Dalam seminggu akan masak menu hanya sejenis macam nasik/mee/bihun/kuew teaw goreng untuk dinner so kat situ dah jimat lauk basah 😉
5. Pelbagaikan menu sejenis / all in 1 seperti nasi, mee, kueyteow supaya jimat lauk basah
Puan Nabilah
Saya pelbagaikan menu. Kadang ada hari makan mee je, ada hari buat nasi impit, kadang dinner nasi goreng, nasi lemak. Jadi modal lauk pun taklah besar sangat. Asalkan kenyang dan berkhasiat. Kadang hari² makan nasi berlauk pun jemu jugak kan
Puan Suraya
Masak makanan jenis All in 1.
Ada sayur ada ayam / daging / telur. 1 lauk je cukup.
Masak nasi ngam-ngam. Kalau nasi tak habis, simpan dalam peti sejuk, esok panaskan semula letak air sikit tekan cook.
6. Berkebun dan bercucuk tanam sayur-sayuran seperti
- Serai
- Daun limau purut
- Daun kari
- Daun sup
- Lengkuas
- Ulam raja
- Daun ketumbar
- Daun pandan
- Daun pudina
- Sawi
- Bendi
Puan Noor
buat kebun mini
Puan Atiqah
Marilah berkebun. Stok sawi & bendi tak pernah putus. Nak makan baru petik. 😁 Alhamdulillah.
Puan Nasriah
dulu duduk rumah taman dan sibuk berniaga semua kena beli.
Sekadang suami dah pencen & menetap di kampunh, tiba-tiba timbul minat menanam sayur & bahan kegunaan dapur.
Jadi saya tanam cili besar, kangkung, kunyit, daun sup dn banyak lagi yang lain.
Semuanya ditanam dalam kuantiti serba sikit. Kebanyakkannya saya tanam dalam pasu
Puan Aida
Sekarang kita perlu berjimat. Ada saranan kita kena mula menyimpan makanan kering / tahan lama dari sekarang sebab nanti akan berlaku krisis kekurangan bahan makanan mentah serta harga yang tinggi. Mula menanam bahan makanan atau ada sumber makanan sendiri pun merupakan satu usaha yang baik untuk berjimat.
Puan Azieta
suami saya suka tanam sayur, terung, kacang panjang, tomato ceri, cili, sawi manis, ulam raja etc.
Tanam tak banyak pun, cukup la makan sekeluarga. ada jugak bagi kawan-kawan n jiran. Memang best, nak makan petik je tepi rumah.
Puan Azzuliza
cara saya, saya suka tanam sayur-sayur, kat situ boleh cut kos. belanja barang wajib macam selalu.
suami dan anak-anak memang bawak bekal. alhamdulillah dapat juga berjimat, yang penting kena usaha bangun seawal pagi. skurang-kurangnya jimat duit tidak membeli makanan diluar.
7. Utamakan sayur ulam seperti
- Ulam raja
- timun
- kacang botol
- pegaga
Puan Yvonne
Sayur tanam sendiri macam daun limau, serai, daun kari, daun sup.
Lagi nak jimat sekarang makan yang bakar bakar je macam ikan bakar kosong.
sayur pun makan ulam macam pegaga, kacang botol, ulam raja, timun. Takpayah masak. Cecah dgn budu ke, sambal blacan ke buat banyak2 standby. Selain dari jimat duit, benda ni memang jimatkan masa. Tak payah nak spend masa lama sangat dekat dapur untuk masak sekali mengemas. Kadang tak lap2 sgt pon sbb dapo tak berminyak.
Nak makan yang mewah sikit pon maybe hujung minggu je beli tulang buat sup atau aktiviti menumis lama semua buat hujung minggu je 😁
8. Perancangan awal menu, groceries list untuk minggu, bulan (Meal Prep).
Puan Sara
List down groceries bru tak terbeli benda lain😁
Puan Nila
Buat perancangan dan list stok, selalu beli buat stock.
Puan Zakiah
List down planned menu for the week. Check cukup bahan2 & beli apa yang perlu.
Hadkan makan kat luar seminggu or 2 minggu sekali.
Puan Khalila
Rancang nak masak lauk apa sesiap. Buat grocery list, supaya takde pembaziran makanan bila barang basah lambat guna sebab kita taktau nak masak lauk apa.
Beli barang dapur bulanan di Target, Econsave, NSK, pasaraya borong, dan rajin2 tengok deals mana pasaraya terdekat yang ada promosi.
Tanam dedaunan yang selalu digunakan di dapur, seperti daun kari, daun kunyit, daun ketumbar, daun pandan, daun pudina, daun limau, dan serai jangan lupa 😁
Puan Yasmin
Ini pendapat saya, merancang dengan selesa.
✅ Rancang barangan untuk 2 minggu atau sebulan dan penting untuk kita tahu DIMANA dan UNTUK BELI APA.
contoh, di Pasar Awam, ikan keli sekilo RM6, di Mydin sekilo RM9.90..Tepung gandum di Mydin RM21.80 untuk 1 kotak, di pasaraya RM23.80 sekotak.
jadi saya akan catat nama tempat dan barangan yang harga paling rendah. saya memang suka survey sbb sy buat bakeri online. pembelian secara borong jugak sangat2 bagus. Sebab tu untuk barang yang lambat expired, lebih baik beli banyak terus, tapi ingat! beli barang yang ada dalam senarai je tau. DISIPLIN!
✅ Jika anda jenis yang utamakan kualiti dari kuantiti, jangan ikut cara yang kedua 😁 bagi saya, saya jenis tak kisah ikan tu ikan sangkar ke, laut ke, ayam dan sayur tu terus dari ladang ke, asalkan halal dan bersih. saya beli.
untuk ayam, saya akan beli seekor je utk dapatkan tulang2, untuk masak2 selalunya saya guna isi ayam beku yang dah dipaket, kedai frozen mmg ada, 2kg dada ayam lingkungan harga rm20-25 mcm tu..mmg 2kg tu boleh makan semua, takde tulang. jadi lebih mudah nak merancang menu jimat kita sekeluarga.
✅ Pemilihan menu juga antara yang penting.. saya suka pelbagaikan nasi goreng.
setiap jenis nasi goreng saya tak banyak rencahnya. cuma 2/3 jenis je.
contoh sayur campur paket+telur=nasi goreng cina, esoknya daging goreng + bunga kubis =nasi goreng daging (goreng nasi dengan minyak yang kita goreng kilas daging).
mak2 kena kreatif skit la.😁
sayur tu,saya guna sayur paket je. 250g dlm rm2.
✅ Uninstall food apps. ini sbb utama kita mencari alasan untuk tidak berjimat. sbb nak mudah. alhamdulillah saya dah beberapa bulan uninstall. Sebab jarang guna. kasi clear je la 🤣
Puan Shida
Cara saya, saya plan seminggu tu nak masak apa.
So bahan² beli utk seminggu saya make sure utilize kan.
Contoh nak beli daun limau purut, mmg murah je kan. tapi saya make sure saya guna apa yang saya beli utk elakkan pembaziran, menu minggu tu mesti ada yg guna daun limau purut.
Buatla tomyam ke, nasi paprik ke etc sampai abes 😆
Kalau tingin nak menu lain, plan the other week, so plan bahan siap²..fikir nak masak apa dengan bahan² tu 😁
Puan Juliza
Plan menu sebulan. Beli bahan kering kat tempat murah atau pasaraya borong. Menu tu biar low-cost-menu lah.
Menu tu, lebih kepada bahan apa. Nak masak menu apa, biarla menu tu bahannya tak perlu kene beli slalu. Boleh beli utk sebulan skali beli kecuali sayurla.
Boleh pilih sayur tahan lama,mcm kobis, carrot, terung. Nak jimat lagi, boleh start tanam sayur basic hidroponik. Sayur hijau sesuai. Takde tanah pun boleh lah tanam. Basic mcm daun pandan,serai,halia,kunyit tu semua boleh tanam dlm bekas recycled. Byk Jimat belanja.
Kalau nak makan luar, allocate siap² berapa je bajet makan luar.
Bahan makan untuk seminggu boleh susun menu apa.
Ini contoh: kat sini, dah boleh bajet beli byk mana utk seminggu atau sebulan terus kalau peti ais besar la. Rumah dekat dengan Mydin. Jadi, bila beli tu dapat harga rendah sikit dan dapat point.
Isnin – telur
Selasa – ayam
Rabu -ayam
Khamis – ikan
Jumaat- telur
Sabtu – ayam
Ahad – daging
Puan Adriana
Rancang nak masak apa awal. Bila tak rancang tu yang mari rasa malas, pastu memasak jadi proses yang lama.
9. Beli barang yang kita makan sahaja
Puan Aishah
Beli makanan yang confirm masuk mulut je. Rempah ratus yang basic sahaja. 2 lauk sahaja sekali makan.
Puan Asmalia
beli apa yang nak dimasak dan pastikan semua digunakan jangan sampai membazir
10. Had dan kurangkan makan di luar
Puan SitiAlwani
Kita cuba hadkan makan luar kepada sehari sebulan
11. Amalkan pemakanan sihat.
Puan Lily
bawak bekal untuk kerja memang jimat, makan makanan sihat pon ye 😂😂
Puan Diyana
Healthy lifestyle.
Secara tak langsung kita tak beli / tak terasa nak beli yang merapu-rapu contohnya makanan viral, processed food, fast food.
Dapat lah jimat sikit walau tak banyak.
Puan Hakyma
diet omad + vegan. sayur tanam sendiri.
Puan Amira
Sejak saya dan suami amalkan diet suku-suku separuh, lambat beras nak habis. Sebab makan nasi suku pinggan je. Tak menambah. Protein suku pinggan.
Sayur separuh pinggan. Sayur pun bnyk ulaman, salad, timun, sayur rebus2 cicah sambal mcm tu je. Sihat dan jimat.
Kurangkan beli jajan-jajan, biskut, kudap2, ganti kepada buah-buahan. Buah ni saya perasan nak murah beli kat pasar malam murah. Ini saya lah. Tempat lain tak tau.
12. Beli secara borong
Puan SitiAlwani
Cuba cari masa utk ke kedai borong utk dapat harga yang lebih murah > beli borong menjimatkan masa, minyak dan tenaga
Puan Mimi
Pernah dengar ade satu keluarga ni beli barang makanan utk sebulan di pasar borong. Ikan2 pula sanggup beli dari peraih dari kuala selangor.
Puan Aznaeym
Tak perlu jimat pun kalau kite memang amalkan makan ikut keperluan dan bukan ikut nafsu.
Beli barang secara pukal. Mungkin bulan pertama nampak ade lebih tapi kita pastikan barang yang kite beli banyak tu tahan lama. maksudnye list semua barang untuk satu bulan terus kecuali bhn basah.
Lagi banyak kali kite pergi pasar raya, lagi buat kite over bajet, sebabnye nk beli 3 brg, keluar jadi 4 brg.
Bahan basah basuh dan pack kecik2.
Elak masak banyak lauk., klau ade ank kecik, ajar seawal mungkin, makan makanan family.
boleh tengok resepi, yang ringkas, yang minima dalam penggunaan bahan mentah. Tapi sedap, dan kite pun tak pernah try..confrm licin family kite mkn 😊.
Puase isnin khmis, selain kurus, usus pun sihat.
kite yang dewasa boleh praktis makan makanan yg sihat. sbnrnye yang sihat takperlu santan, kerisik bagai so dah jimat lagi. Takperlu ikut menu sihat yang telan belanje mahal.
12. Kurangkan makan
Puan Eda
Kurangkan makan.. Kita sebenarnya terlebih-lebih makan
Puan Lin
Kurangkan waktu makan
Breakfast, lunch, minum petang, makan malam lagi.
Kami sekali masak je, tengahri sambung ke malam. Lauk pun 1-2 jenis.
Tulip
Buat IF.
Menanam
Kurangkan makan.
Elakkan budaya cafe hunting
Invest in health
13. Masak satu lauk sahaja/ lauk simple + bersederhana
Puan Lyana
Saya masak satu lauk saja. Kemudian topup fresh veges mcm salad, carrot, Timun, ulam kampung dan yang paling penting penyedap rasa, sambal gesek.
Puan Syifa
Jenis saya kalau makan tak suka lauk 2 3 jenis, satu jenis je. Kalau ada lauk banyak pun saya tetap makan nasi dengan satu lauk, tak suka campur. Satu jenis lauk yang ada protein, satu jenis sayur. Situ pun dah jimat 😁. Kalau style family saya, bila masak tengahari kuah mesti banyak. Malam just goreng ayam/telur. Makan dengan kuah lauk tengahari tadi. Tapi selalunya adik2 suka kicap je. Tu pun dah sedap.
Puan Sayyidah
Satu lauk sekali mkn. Banyakkan ulaman.
Puan Siti Rahimah
Masak lauk yang simple-simple yang tak perlu banyak bahan dalam 1 masakan. Pun dapat kurangkan kos jugak.
Puan Siti Aishah
Beli stok lauk basah 2minggu sekali. Situ dah jimat minyak kereta.
Masak lunch+dinner sama je. 1lauk 1sayur. Bawa bekal ke tempat keje.
Puan Aishah
Sayur saya amik yang simple macam timun salad / ulam.
Masak lauk je sis. Ayam sambal ke kicap ke 😂
Puan Nrlyn
Tak payah byk lauk. Dalam masakkan ikan tu dah letak bendi atau terung.
Kalau nak goreng ikan baru masak sayur berkuah. Jimat masa, tenaga dan bajet.
Puan Wan Nur Ain
Menu 1 hari 1 lauk / gulai. Khas untuk makan bersama. Maknanya suami/ayah anak² ada sekali.
Pagi makan nasi goreng. Tengah hari makan nasi perangat lauk/ nasi goreng juga / ikut dan yg penting “kenyang”.
So, anak² tahu, moment makan best bila Abi ada d rumah. Penghormatan untuk ketua keluarga.
Kami yang duduk di rumah makan apa ada nya saja.
Tak shoping sangat di mall. Kadang ya kadang tak
Yang penting bajet RM25/sehari.
Kat situ lah lauk(ayam/ikan/telur/lala/kerang) gilir².
Kat situ lah bawang, cili, atau apa yang dah habis di rumah, yg penting tak lebih RM30 spending sehari.
Bila ada keperluan baru inform suami, beras 5kg seminggu ke.
Pampers anak ke.
Sabun pencuci ke.
So, suami tak pening.
Yang confirm RM25 sehari.
Hujung minggu, suami akan bawa berjalan itu under him. Ikut keadaan poket dia. Biar dia decide. Anak² pun happy bila abi ada bersama.
Begitulah kami. Cukup. Alhamdulillah. Datang je rezeki yang tak disangka menceriakan menu menu harian.
Ada je orang baik share mengeshare rezeki. So, bila ada lebih, 1st sedekah juga. Aman.
Puan Amirah
kalau berdua boleh makan sdap tapi kalau beramai, jangan biasakan makan mewah2 selalu. biasakan dengan masakan sederhana.
Zaman saya kecik dulu, ayam mahal. Yang murah ikan, mak saya selalu masak ikan rebus goreng, ikan kering dengan ulam
kita makan pun tak banyak kalau lauk sama je. Tapi tetap cukup makan dan nutrisi.
ayam tu, mak saya masak seminggu sekali je. kadang2 langsung tak. ni zaman dlu.
Puan Suri
Makan telur je hari-hari, sebab nak save duit tunggu nak makan sedap².. takde lah. Bulan ni berjaya belanja barang dapur rm400 utk 3beranak. Saya stay dengan anak je 2 orang. Saya biasa makan sekali sehari sebab mmg jenis tak makan banyak, tak lalu.
Anak 2x shri. Lauk pun sejenis je petang & malam. Kadang malam buat nasi goreng. Lagi satu, bersedekah lagi² hari jumaat & selawat byk2 doa Allah cukupkan rezeki.
Saya baru praktik semua ni Alhamdulillah. Anak² tak cerewet walau mkn nasi dengan ayam/telur + kicap siap tambah nasi & nafsu nak makan sedap² Allah sekat. Jeling je bila lalu kfc, mcd tapi bila orang nak belanja, kita ambil je sebab rezeki jangan ditolak huhuuu
Puan Mas
Saya pun nak belajar makan gaya hidup sederhana.
Ada banyak masalah dunia, cuma masalah duit saya jarang hadapi.
Bukan keluarga senang pun, tapi sebab dari kecil suka cari duit jadi tak pernah tak berduit.
Sehari bajet makan saya sama dengan seminggu bajet makan sesetengah orang.
Hatta pekerja pun saya tanggung makan.
Staff masak,dia bagi.
Jiran masak,dia bagi.
Suami pergi masjid, ada lagi makanan.
Rumah selalu penuh dengan makanan.
Kami pun bukan kaki makan.
Berat mantain 42kg sebab jenis tak berapa nak makan.
Anak-anak pun sama.
Apa anda buat dengan makanan yang orang bagi?nak ditolak risau kecil hati.
Nak diberi kepada orang lain kadang kena keluar rumah dan ambil kunci.
Bila terlalu sibuk, makanan dalam peti ais habis rosak.
Tiada yang makan dan tak sempat masak.
Rasa sedih sangat bila terpaksa buang makanan selalu.
Binatang peliharaan pun tiada. 🤦
Puan Farhan
Masak benda simple
Tanam sayur keperluan mcm serai daun limau kari etc .
Puan Farah
Dari dulu memang masak 1 lauk je. lauk basah beli 2mggu sekali pastu asingkan siap-siap untuk 1x masak.
daun-daun ke apa beli terus basuh siapsiap n frozen kan. cili kering n santan pun masuk bekas kecik kecik untuk sekali masak n frozen.
pastu benda2 bergoreng macam karipap/ popia semua saya buat sendiri n frozen kan. bila dorang nk kunyah2 boleh goreng je takpayah beli2. Sekarang barang terlampau mahal. terkejut saya tengok sebab dah lama tak membeli.bselama ni memang suami je yang pergi beli.
Puan Mariawati
Kami memang dari dulu amalkan lauk sejenis je, walaupun suami mampu. Kalau daging masak asam, sayur goreng, dah. tu le lunch and dinner.
Tanamlah sayur-sayur apa yg boleh.
Puan Norma
1 hari 1 lauk.
Ajar anak jgn makan memilih.
Dan pelbagaikan mix n match menu jika berbaki.
Kalau boleh bercucuk tanam, tanam sayur.
kalau boleh menternak, ternak la ikan ke ayam arnab, haiwan yg boleh jd sumber makanan.
Jaga makan bukan sekadar jimat. tapi kesihatan pon dapat tapi jangan berkira bab makan. ade rezeki, makan, insyaAllah.
14. Rajin memasak
Puan Suzila
Rajin-rajin lah memasak. 😁😁
Puan Munirah
Masak sendiri. Dedulu asyik bunyi hon ja hantar makanan. Memang duit mengalir macam air. Sekarang insof ckit, masak sendiri. Hon tu bunyi jugak tpi sebulan 2,3 kali cmtu je.
Puan Aishah
saya masak pagi after subuh sis. Atau masak malam pagi panaskan. Breakfast saya amik roti sapu jam/ goreng telur kapit dengan roti.
Puan Linda
Dah lama tak order foodpanda or grab. Masak je. Pagi2 prepare breakfast simple2 utk saya n suami. Kami hanya keluarkan duit untuk makan lunch je kat tempat kerja masing masing.
Balik kerja msak simple2 je lebih lebih lagi saya tengah diet kadang kadang mkn telur rebus je. Suami jenis tak makan malam sgt. Sehari spend tak sampai rm10 pun. Barang basah pun jimat sebab weekend je masak beria 😆
Kebun Cinonet
Saya tidak keluar bekerja, jadi biasanya masak makanan sendiri. Ada banyak masa browse resipi jika mahu makan sesuatu.
Kalau KFC, pizza, atau makanan yg dijual di pasar malam, pelbagai roti, cookies, usaha dimasak sendiri.
Boleh tambahkan gajet dapur spt breadmaker, oven, mixer, food processor.
Puan Mastura
Syarat paling utama, kena rajin masak. kalau bahan ada tapi tak rajin nak masak pun tak boleh juga kan.
Kedua,beli bahan basah untuk 2minggu terus. kalau rajin pergi pasar tani/pasar lambak, kadang ada orang jual ikan siap-siap sebakul bawah rm10. ikan pon segar2.
Puan Juliza
Banyak boleh DIY.
Roti, boleh buat sendiri. jimat sangat. Satu paket tepung tu baru berapa je. Boleh buat 3x roti. Tp, harga roti sepaket RM 4. Cuba tgk jauh ke tak beza kos.
Mayonise, sos tomato dan sos cili, roti, chocolate spread, peanut butter dah banyak boleh buat sendiri dan low cost.
Frozen food mcm karipap, donut dah boleh buat sdri, dan frozenkan. Nak makan baru masak. Sejak PKP saya dah mula blaja buat sendiri. Jimat banyak dan lebih sihat 👍
15. Masak lauk tengahari hingga ke malam
Puan Siti Rahimah
Masak lauk tengahhari terus sampai mlm. Malam panaskan lauk balance tengahhari saja.
Puan Aten
Biase nye rajinkan diri masak bekal laki. (biasa buat nasi goreng lada kering jek, telur mata).
Masak sekali jek lauk smpai mlm bahagi dua siap-siap. Beli lauk sejimat yang boleh tapi cukup seminggu . Biase saya pergi pasar malam ada jualan lambak piring tu.
Belanja dapur saya beli siap-siap ape nak makan n terasa nak makan ke. Bile nak buat sendiri jek kek ke donut ke ape ke . Sebab barang nye boleh buat banyak kali. Jimat dah utk 2 3 buln nak makan kek ke ape. Bukan selalu pon . 😅
16. Puasa
Puan Nuwairani
Mana mana yang nak menjaga kesihatan, boleh try interminttent fasting (IF). Tapi kena study dulu IF tu macam mana. Buat 3 meal sehari, kemudian boleh kurangkan jadi 1 meal perday.
Stop beli 3 in 1 drinks, segala junk food, choc, segala biskut, kuih manis etc. Ini memang banyak sangat jimat.
Kurangkan portion nasik, doublekan portion sayur.
Eh, ni dah macam tips nak diet pulak. Tapi ok je kalau praktik.
Puan Alis
lagi satu macam sy dan suami, kami puasa 23jam isnin-jumaat. sabtu ahad off puasa. 5hari tu anak-anak asal nasi+protein daging (ayam/ikan) sejenis+sayur sejenis, cukup. fresh milk sebulan 3 karton.
Puan Syazana
saya dan suami praktikkan IF sejak 2 bulan lepas. Niat memang nak turunkan berat plus jaga kesihatan. selalu makan sekali sehari je OMAD. kadang-kadang je teringin makan makanan luar memang order jugak foodpanda. Dah tak rasa nak makan macam-macam lepas buat IF dan jimat belanja dapur jugak.
17. Survey tempat dan harga.
Puan Aleeya
Tengok tempatnya, ada tempat kalau makan beli lauk hari-hari lagi murah dari masak sendiri 😆
Puan Jun
dulu sy dok Bandar. belanja tak banyak sebab gaji kecik so mne yang suami bagi tu pandai-pandai la uruskan. alhamdulillah zaman tu kalau bab makan cukup je. beli kt pasar borong jauh murah dr kedai runcit. Beli kt pasaraya time sale. pandai-pandai la pilih apa yang penting dlu.
Puan Rozz
Saya baru tahu bihun ada jual kat kedai eco2. Beli kat supermarket Biasa harga 3.++ Hingga 4.+++
Sekarang boleh borong kat kedai eco2. Ada tanda halal jakim. Tapi baru ni habis stock pulak.
17. Kurangkan belian seafood; udang dan sotong
Puan Zulaika
Udang dan sotong sekali je sebulan 😅
Puan Rasidah
Beli sekadar lepas rasa je untuk saya n family kalau sotong n udang😁😁.Biasanya beli barang kering sebulan sekali. tapi barang basah macam sayur tu bila mmg nak masak baru beli. tu pun beli sekadar nak masak ..biasa sayur akan standby lobak, tomato,salad,timun jepun. ayam akan beli 1x seminggu atau 2 minggu sekali. telur mmg sebulan sepapan..ikan ni yg beli lebih. biasa beli 3@4 jenis untuk sebulan.
Puan Alicia
1. Saya buat grocery shopping bila dah kenyang & tak lapar. Jadi, kurang beli makanan yang tak perlu sebab bila lapar, macam-macam nak makan.
2. Masak sekali lunch & dinner supaya malam dapat diet sikit, kurang makan
18. Kekerapan beli Barang Dapur
Puan Novianti
Saya enam orang sekeluarga. dari mula kahwin sehingga sekarang dah masuk 14 tahun, saya praktikkan cara ni je, kami suami isteri bekerja.
cara saya.
Beli stok kering : susu formula, kicap, beras, minyak, tepung, biskut, diaper anak, mihun etc = 1 bulan sekali (peruntukan RM600). Saya membeli di Econsave (pilih yang terdekat dengan rumah,dapat jimat masa dan minyak kereta)
Beli stok basah : hidupan laut, hidupan darat, sayuran (yg thn lama seperti karot,kubis dan buncis), bebawang, halia, lengkuas, mee, k.tiaw, buah-buahan = 2 minggu sekali (peruntukan RM350). Saya membeli di Segi (pilih yg terdekat dgn rumah)
Jumlah peruntukan = 600+350+350 = 1300/sebulan.
Peruntukan ni bertambah seiring dgn pertambahan anak dan situasi harga barangan semasa.
Saya masak setiap hari dan suami serta anak-anak bawa bekal.
Kami hanya makan di kedai ketika sambutan harijadi, anniversary dan meraikan kejayaan exam sahaja.
Mula-mula tu memang penat, tetapi bila kita dah biasa dan mencapai rutin/sistem yg sesuai dgn kita, insya Allah semuanya akan jadi mudah.
Sebagai menteri kewangan dirumah,segala allocation perbelanjaan masuk dalam sampul masing-masing.
Yang ni kena sangat-sangat disiplin. jangan tarik duit sesuka hati dan guna utk perbelanjaan lain.
Puan Nirwana
Barang dapur (kering) beli stok untuk sebulan.
Sabun pencuci toilet, pencuci pinggan, sabun basuh baju, bodywash beli yg jenama tesco/econsave/giant sebab harga murah daripada jenama² terkenal.
Lauk basah seminggu sekali beli.
Puan Julieta
Beli barang basah stock untuk seminggu atau 2 minggu sekali. kemudian kena olah resepi ikut kreativiti kita, masak la apa pun.
Macam saya memang buat macamtu. Kadang orang tanya saya pegi pasar hari-hari ke? Padahal tak, saya beli barang basah 2minggu terus. senang nak masak.
Puan Eiza
Kami elak beli barang kerap. Sebab kerap beli kerap juga duit keluar.
Beli barang kering sebulan sekali.
Beli barang basah 2minggu sekali. Beli barang basah di pasar borong. Harga jauh murah dan dapat makan sedap2. Udang pasar borong rm25 kalau tempat lain rm35. Ketam sekilo rm20. Memang berbaloi.
Habis semua adik beradik dan kawan2 mama nas ajak p pasar borong. Dan mereka kata memang jimat dan berbaloi. Sayur-sayur pun murah.
19. Ayam Potong Kecil
Puan Sulong
Saya beli barang kering sebulan sekali.
barang basah 2minggu sekali.
total belanja 5 kepala (2dewasa 3anak² 8tahun kebawah) dlm 1k
Satu ekor ayam saya potong 32.
Kadang² lagi kecik.
Then Saya simpan ayam dlm ziplock.6ekor ayam boleh buat 2x makan setiap hari untuk 2minggu ++.
Semua lauk berkuah wajib ada ayam dan kentang.
Then add on telur dadar
Sayur just makan ulam salad/timun/kcg panjang.
Lauk² ayam saya masak sama je macam lauk ayam size besar.ayam masak merah,gulai ayam,rendang ayam..
alhamdulilah suami n anak² tak cerewet.
Puan Wan Anie
Masak sehari sekali harung pagi sampai petang. Memang banyak sebab ramai 🤗. Anak pun tak memilih asal ada je makan. Alhamdulillah.
Stok ikan dan ayam beli banyak, pek ikut sekali masak. Telur memang sentiasa ada. Ikan pekasam pun jadi bila lauk basah habis stok.
Bila masak sup ayam potong kecil. Makan jadi lauk dengan nasi. Bila petang rebus mee makan dengan sup yang sama.
Ibu sambal senang untuk masak ikan sambal, nasi lemak, telur sambal, nasi goreng, mee goreng.
20. Kurangkan makanan ready made /fast food
Puan Ruwaida
Nak jimat kena cut bajet untuk fast food dan jajan-jajan macam sosej nugget keropok, coklat, gula-gula yang tak perlu tu.
Puan Hadijah
Rumah saya jarang simpan jajan, biskut etc. Mostly memang makanan utama je. Masakan pun saya masak yang simple dan mudah, tak banyak bahan.
Kami jarang beli ikan. Biasa makan ayam je. Biasa masak goreng, sup, masak kicap, masak sos (sos cili/ sos bbq/ sos lada hitam).
Anak tak cerewet makan, tapi jenis makan banyak. Diorg tengah membesar, takleh nak cut makanan diorg. Saya jarang sangat beli makanan luar or apa2 makanan viral. Minuman pun mostly air kosong je. Abis2 pun teh dan kopi. Kopi saya minum sekali sehari. Teh anak2 minum, tu pun bila diorg rajin buat. Milo beli kadang-kadang je. Memang kitorang banyak minum air kosong je.
Oh ye, biasa kami makan 1 lauk je. Tak masak banyak lauk. Max pun 2 hidangan, lauk+ sayur.
21. Beli sayur yang tahan lama
Puan Idayu
Saya, selalunya beli barang dapur barang basah untuk 3 hari atau 6 hari. Kalau barang kering utk sebulan.
Sayur, saya akan beli yang tahan lama, contoh timun carrot, broccoli, tomato, cauliflower, Capsicum, terung, kacang buncis, panjang atau bendi.
Kalau saya nak sayur berdaun, saya akan make sure masak yang cepat rosak dulu. Kiranya, beli untuk satu sayur, 1 dish.
22. Utamakan ikan air tawar
23. Sarapan berasaskan tepung
Puan Aimi
Tip jimat saya
1) kurangkan beli benda ‘readymade’ /dalam tin : nugget, meatball,mushroom soup
2) beli sayur yang tahan lama : kobis, carrot, kacang panjang
3) kalau boleh, makan ikan air tawar
4) selang seli hidangan dalam seminggu dengan mi/bihun/kueteow. Boleh letak dada ayam/telur dadar. Letak taugeh.
5) kalau di tesco, dalam pukul 3-4 petang ke atas, sesetengah ikan akan dijual pada diskaun 50%.
6) buat sarapan berasaskan tepung gandum : cucur, lempeng
23. Buat pes, ibu sambal, stok lauk frozen, batch cooking, bulk cooking
Puan Norbaizura
Sejak jadi housewife & duk bahagian “oil&gas”nie. InsyaAllah banyak save dalam segi pemakanan & nursery anak2.
Beli barang basah budget untuk berapa hari. then siap asingkan ikut hari tak perlu “siang” sayur beli yang tahan lama. Ada budget lebih, stock bahan2 kering.
Rajin buat “ibu sambal” jimat masa&gas 🤭
Ada laman, rajin2 tanam yg guna pakai. bayam brazil senang hidup😍
bab simpanan cash tu ikut keadaan economi negara yg pasang surut nie.
Puan Hafizah
Sejak saya frozenkan lauk, so far macam jimat dari segi beli barang dapur.
Dan berjaya elak diri dari order foodpanda semua.
Penat-penat dulu order sekarang penat dah boleh adjust thaw yang mana kite nak makan letak kat chiller bawah.
Sebab letak dalam zip lock time nak masak nasi saya steamkn lauk belah atas. dah jimat masa.
Puan Zati
Masak pasta jimat jugak. Cooking cream tu bole guna dua kali kotak kecik merasa jugak la rasa premium.
Saya tak beli fast food nugget hotdog tu.
Lepas tu pes pes meggi tu saya gunakan agak menjimatkan bawang jugak la sbnrnya. Saya beli pes bihun tu, 1 pek tu saya rasa puas hati untuk satu bungkus terus. Tapi sy tak la masak satu bungkus, ahli keluarga tak ramai.
Kurangkan masak pecah minyak kot, jenis pecah minyak ni rencah dia byk. Rajin masak stim, pada sy masakan stim ni jimat bahan2 nye.
Pastu sy melabur peti ais besar, sayur cepat layu boleh simpan beku banyak banyak. Daun kari, kesum, kantan, lada blender, daun ketumbar, lengkuas boleh simpan banyak-banyak dah jimat masa bila nak shopping barang basah. Lada blender tu sy buat berkepuk kepuk terus simpan beku time nak guna defrost je. Duit pon alhamdullilah jimat
Puan Shila
Saya bekukan serai, halia, kunyit, daun sup, daun limau, daun kari. Bebulan2 tahan. Boleh guna sampai ke titisan terakhir. 😆
Takyah dah nak tanam ke pegi kedai ke. Saya tak suka matahari (jaga kulit) 😝
Benda bole beku kenapa nk tanam 🙈
Puan Sabariah
Saya masak skali banyak & tapau masuk deep freezer. Bila nak makan baru keluarkan sebekas, panaskan & makan. jimat masa memasak😁
Puan Amirah
Masak lauk basah utk 2hari.
Skali masak 1 ekor ayam.
Telur sepapan standby.
Sayur beli yang perlu masak. Sayur lauk jarang beli diganti dgn buah.
Ini pula diskusi tentang MASAKAN YANG DI FROZEN BAGUS ATAU TIDAK.
Ini ulasan yang dibuat oleh seorang yang ahli dalam bidang pemakanan.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai perkongsian di group MAHN seperti ss di bawah: makanan siap masak yang disediakan dan disejukbeku.
Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja. Bagi ibu yang ada ruang untuk masak setiap hari teruskan. Kita juga kena faham tahap kesibukan seseorang berbeza. Jadi kita raikan semua. Jangan berbalah untuk perkara yang memberi kebaikan kepada pihak yang memerlukan situasi sebegini.
Saya sendiri juga biasa bekukan makanan termasuklah sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tips:
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Tulisan asal Fatimah salim
Resepi dan tips Resepi Kuih Muih
Edit
akak juga sediakan makanan sejuk beku untuk anak dalam pantang memandangkan masa PKP akak tak boleh jaga anak. Samada ianya sesuai atau tidak ianya bukan lagi sesuatu untuk dibahaskan. Kita kena sesuaikan sesuatu dangan keadaan semasa. Alhamdulillah dengan menu berkhasiat walau disejuk beku anak akk melalui proses pemulihan dengan sempurna.
Bulan puasa nanti bagi ibu2 yang sibuk tak sempat masak, seminggu atau 2 minggu sebelum ramadan dah boleh mula buat stok makanan sejuk beku. Bagi akak sejuk beku lebih baik dari beli makanan di luar. Jika tak sempat juga nak masak sejuk beku pilihan yang ada adalah beli di luar. Kita raikan juga mereka yang berada dalam keadaan ini.
24. Beli barang dapur yang sama setiap bulan
Puan Aqil
Nak Jimat, beli barang yang sama beli setiap bulan, jgn tukar.
Sekali tukar lari bajet dan membazir sebab kadang tak makan pun nafsu je.
Contoh bahan basah dan keperluan harian. Time bonus/ada duit lebih bolehla beli lain dari kebiasaan.
25. Beli harga promo
Almari Bundle
Hero market (by grab)☑️
midas (by app)☑️
Kalau guna grab boleh apply kupon. time sale murah pastu masuk kan kupon jimat banyak
Midas sayur murah-murah kalau dia buat promo. Barang lain pon sama ari tu beli top yg viral tu rm9.90 je. kat pasaran rm22 kan.sy beli 4.
klo harga 22 sy tak beli sbb tak la berbaloi sangat. bila harga da rm9.90 memang sy terus grab. Sebab da ok la tu murah🤭🤭
Telur kat hero paling murah kalau promo rm1.70 10 biji.sy beli smpi 80bijik🤣
Ayam rm13.50 1.6-8kg
Peha ayam 500g rm3.50
Bila time promo memang laju la saya grab buat stock. kena rajin tengok apa promo dorg setiap ari.
Ari tu bedak compax pixy rm5 je..tp ofer tu sehari je.rugi tak sempat nk rembat.🤣🤣🤭
Puan Liana
Saya ramai kawan berniaga makanan, selalu selit order dengan kawan beli ayam dari supplier yang hantar ke kedai runcit. Dapat la harga peniaga.
Kadang-kadang masuk Econsave, Tesco beli buah, sayur, roti, kek, tengok yang markdown dlu.
Slalu elok² lagi diorang dah tag harga markdown.
Puan Norizah
Setiap kali ada offer utk barang wajib ada macam sabun mandi, sabun basuh, wajib beli ( jika kbetulan ad duit) contoh: buy 1 free 200 ml, buy 3 free 1, itu memang saya tak lepaskan
Puan Amyra
Nak jimat senang je, saya stop beli menu viral atau makan kat kedai viral. kebanyakan indah khabar dari rasa.
Untuk makanan mmg saya tak cut off pun, suami tak makan ikan kecil so terpaksa beli ikan bawal dan keatas.
sayur pun saya pairkan dgn masakan yg ada protein. basic je mcm salad, daun bawang, sawi (buat goreng² mcm mee, bihun,) sayoq pn mahai leni.
processed food dan jajan mmg saya kurangkan, ajar anak makan buah utk snacking. kami x minum air gas atau kordial. kami jenis minum air kosong je. basic macam milo n teh jelah.
sabun, toiletries mmg beli time sale. sekali borong 6 botol keatas. penah beli sunlight 1 dozen terus kat lazada sebab murah ya amat.
Puan Shidah
Cara saya jimat berbelanja:
Beli barang guna happyfresh apps. Selalunya saya pilih Lotus dan beli hanya barang2 yang under promotion. Saya pernah beli Susu farm fresh 2L RM8. Happyfresh juga Ada banyak vouchers. Bila tengah sale, saya akan stock up barang. Minggu Lepas saya beli nugget tempure first pride, 3 bungkus RM28 sebab Ada offer buy 2 free 1.
Saya subscribe ambik membership Lazada, bayar RM20 sebulan. Dapat vouchers setiap minggu. Saya guna untuk beli barang-barang di Lazada Grocery. Saya prefer Lazada dari shopee sebab free shipping Lazada.
26. Utamakan Keberkatan + Doa
Puan Norfa
Cari keberkatan dalam rezeki. Insyaallah dicukupkan malah terasa lebih2 pulak.
Dulu tanak nasi 2 cup utk 1 sesi mkn tak cukup utk 4 beranak. Dengan berkat 2 cup utk 2sesi mkn dari pagi sampai ke mlm dh cukup!
Banyakkan ziikir selawat. Insyaallah selera makn jd kurang sb zikir selawat tu mengenyangkan roh. Lama2 jd sedap zikiir daripada makan. Makan dah jadi tak best. Sua la ape pun, melainkn yang orang bagi memang sedap 🤣 sebab berkat sedekah ikhlas 🥰
Puan Sitialwani
Bila cerita bab masak untuk keluarga, saya rasa bila kita set dalam pikiran kita bahawa ini satu ibadah , Insyaallah kita berdoa Allah beri ilham nak masak apa dan tenaga nak masak makanan tersebut.
27. Bahagikan portion makanan siap-siap
Puan Naveela
Saya ramai, 5 anak kecik+ suami isteri.
Saya masak pagi, tghari, petang dengan cara membahagikan.
yang anak-anak saya akan cedukkan lauk-lauk. masakkan sederhana. kadang-kadang ada rezeki lebih baru boleh yang BEST2.
.
Makanan utama kami adalah PUCUK PAKU..lebih mudah dan hari-hari boleh dapat. sebab ada orang tempat saya rajin cari dan jual pucuk paku seikat RM3.. mmg banyak.
Anak anak pula suka makan pucuk paku ni. alhamdulillah.
28. Tidak cerewet, makan sekadar untuk tidak lapar
Puan Mazleen
Saya untung tinggal tepi sungai gombak yang banyak ikan tilapia.
Suami balik kerja pergi jala ikan. cili tanam dalam pasu je sbb rumah tgkat atas. Jarang sangat beli barang basah.
Anak-anak walau ramai tapi mereka tak kisah. Makan apa saya masak. Minggu minggu nasi goreng pun takpe.
Saya kasihan kat suami keja buruh gaji hari. Mmg betul betul saya main peranan untuk pastikan keluarga tak putus makanan. Sebab ada masa suami putus jap kerja. Konsep kami makan untuk tak lapar. Kalau dapat makan sedap-sedap itu bonus. InshaaAllah kami masih happy🥰
Puan Rina
Bagi saya, dengan pengalaman membesar dengan family ada kedai runcit milk atok sendiri depan rumah, pastu belajar jauh dari mak ayah, kahwin dengan org yg mengalami proses hidup susah sampai makan tulang pun nikmat tak ada tips melainkan enjoy je apa ada hari tersebut.
Bila makan tak memilih
Bila makan habiskan
Bila makan ikut sunnah.
InshaaAllah sedikit pun barakah
InshaaAllah banyak pun barakah.
29. Sistem Sampul
Puan Umairah
Lepas gaji, peket duit siap-siap untuk belanja rumah, minyak kereta, duit mak ayah, simpanan dan lain2. Ada baki belanja masuk tabung. Anak pegi skolah bawa bekal termasuk saya bawa bekal g kerja. Alhamdulillah cukup.
Yang saya perasan, kalau beli makanan kat luar memang belanja over bajet la.
30. Sediakan stok simpanan yang murah
- Telur
- Garam
Puan Anas
Suhun, fuchuk, asam jawa, belacan, garam, telur, wajib ada dlm simpanan.
Barang barang ni murah, jimat, boleh buat sup suhun+sayur, asam jawa boleh buat air asam. cili api tanam sendiri.
31. Elakkan pembaziran makanan
Puan Aishah
Saya suri rumah, suami saya yang uruskan beli barang dapur, setakat ni dia tak cut cost apa-apa, dia tak bkira bab makan, saya just boleh kontrol tak membazir je, mana tak abis simpan dalam peti & esok panaskan, jimat letrik & air, kurangkan makan luar,
Sebenarnya dari dulu buat mcm ni, sediakan bekal ank sekolah , tak guna penapis air yang top2 tu. Takde wifi, pendek kata kena utamakan keperluan dari kehendak.
32. Banyakkan makanan yang berkuah untuk ahli keluarga ramai
- Mee kuah
- Bubur nasi
Puan Raisha
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kecukupan. Topik ni buat saya sedih.
Sebab time saya kecik kami adik bradik makan amat sederhana. Kalau ikutkan tak cukup protein. Kami makan dibahagi dan kongsi2. Macam mee mak buat mee kuah, nasi buat bubur untuk banyakkan porsi.
Alhamdulillah adik bradik semua dpt balas jasa mak ayah. Sekarang dah mampu membeli penjimatan yang saya praktikkan ialah kurang makan kat luar sebab bukan semua yang sihat-sihat. ape pun saya akan cuba masak yang berkhasiat untuk anak2.
33. Tambahan: Shelf Cooking
Term ‘Shelf cooking’ ni dipopularkan oleh Jordan Page.
Dalam bahasa senang, sebenarnya shelf cooking ni kita guna dulu groceries dan barang dapur yang kita sudah beli. Buat menu mingguan atau bulanan berdasarkan barang yang ada, bukan buat menu dulu baru cari barang.
Jadi lebih jimat.
App Cookpad
Ainin pun suka guna cara ni, dengan bantuan app Cookpad. Tak ramai tahu pasal app Cookpad ni.
Cookpad sangat membantu teknik Shelf Cooking ni. Taip sahaja barang yang kita ada contohnya telur atau sawi, dan menu akan keluar berdasarkan bahan tersebut.
Cookpad ni sebenarnya kumpulan resepi yang dikongsi, macam sosial media untuk resepi. Ainin suka guna. Banyak idea dapat.
34. Banyakkan pengambilan Protein dari Telur dan Tofu + Plant based, daripada protein daripada haiwan
Pengalaman Sendiri
Alhamdullilah, kebanyakan sharing daripada sahabat facebook group, dah banyak Ainin buat.
Batch Cooking, Bulk Cooking, Freezer Meal
Sekadar berkongsi pengalaman sendiri sediakan makanan untuk ibu yang sakit dan tidak larat di kampung,
Ainin sediakan menu:
- Ayam kari
- Ayam pedas
- Ayam serai
- Ayam goreng kunyit
- Spagheti bolognese
- Pes ibu sambal
Ainin batch cooking dan bulk cooking kan semua ni dan simpan dalam deep freezer.
Haritu sempat siapkan makanan untuk seminggu je. 3 ekor ayam, 4-5 menu dan 10-12 bekas.
Satu bekas dalam 4 pcs ayam.
Di rumah sendiri, Ainin sediakan menu
Stok Frozen:
- Ayam nandos
- Pes ibu sambal
- Pes bolognese
- Sambal balado
- Ayam serai
- Sambal ikan bilis
- Pes kari
Balang:
- Ayam pedas
- Ayam kari
- Sambal ikn bilis
- Telur masin
- Kuah laksa
- Kuah laksam
- Kuah yeemee
Tools yang Ainin sediakan ialah
Bekas Plastik
Pro:
Senang untuk masukkan lauk, sturdy
peti nampak kemas
Cons: Makan ruang, prone to freezer burn
Ziploc
Pro: Sangat jimat ruang peti, minimakan freezer burn sebab tiada ruang udara, reusable
Cons: tak sturdy, tidak senang untuk dicuci
Balang Kaca
Pro: tidak perlukan tenaga elektrik untuk preserve makanan (tidak perlukan peti sejuk), boleh disimpan di suhu bilik, boleh terus makan
Cons: perlu balangkan dengan suhu dan masa tertentu.
Bekas Makanan Borosilicate Glass (Ainin guna di bahagian chiller)
Pro: pastikan makanan di ruang chiller lebih segar dan terjaga
Cons: Makan ruang
Menanam
Tanaman yang Ainin dah tanam di sekitar rumah ialah
- Serai
- Pandan
- Daun kesum
- Ulam raja
- Ubi keledek
- Daun limau purut
- Sawi
- Halia
- Cendawan
- Bayam
Tak berjaya ditanam (setakat ini);
- bendi,
- tomato,
- kunyit,
- lada,
- lada benggala,
- bunga kobit,
- karot
Banyak juga pengalaman jatuh bangun dengan berkebun sendiri ni hagitu. Sebab nak tanam tu senang, nak maintain tu nak kena ada ilmu juga.
Bukan saja dapat berjimat, tapi memang sangat best perasaan bila kita masak guna tanaman kita sendiri. Alhamdullilah.
Berbelanja Keperluan Dapur di PGMall
Antara pengalaman yang Ainin rasa tak ramai ada ialah dapat duit free untuk shopping. Alhamdullilah, sebagai dealer Public Gold, komisyen ada diberikan dalam bentuk c-wallet di shopping ecommerce PGMall.
Bukan sahaja dapat menggunakan duit komisyen membeli barang dapur, dalam masa yang sama dapat lagi cashback!
Duit cashback ini akan diterima pada bulan hadapan, yang Ainin akan juga untuk beli barang keperluan. Sangat jimat dan membantu kewangan Ainin yang hanya bekerja dari rumah.
Kita mungkin simpan sedikit dan sebahagian lain kita berbelanja untuk komitmen kita, tapi macammana kita nak maximise keuntungan bila kita berbelanja?
Salah satu cara belanja dekat PGMall ‼️
bila kita ada akaun dengan Public Gold dan ada Pgcode, automatik kita akan ada akaun di PGMall!
PGMall ni macam shopee lazada tapi local punya so ada macam macam kod diskaun dan yang psti for every purchase, kita akan dapat cashback yang akan dibayar setiap 26hb
Beli sendiri dapat cashback, dan bila share link dan ada orang beli pun ada cashback (good news utk sesiapa yang nak buat duit! Macam affliate programme)
Bukan nak suruh makin berbelanja, tapi maximise keuntungan berbelanja sebab setiap bulan, memang kita tak dapat lari dari komitmen macam bil, groceries etc
Sesiapa yang ada grabpay pun boleh guna
Komitmen bulanan yang Ainin memang beli dkat PGMall ni ialah
✔️topup
✔️pampers
✔️groceries
Paling best, ainin beli free lah sebab guna cashback yang dapat daripada bulan bulan sebelum.
dah ada akaun PGMall, cuba kita belanja komitmen bulanan dekat sini pula 🤗
Ini antara pengalaman Ainin shopping di PGMall:
dan dapatkan penjimatan berganda bila membeli barang dapur dan keperluan yang lain.
Kesimpulan
Begitulah.
Inflasi tidak dapat dibendung dan tak dapat dielakkan. Kesannya, harga makin naik dan naik tetapi gaji kita tidak berganjak.
Mahu atau tidak, kita kena bijak dan berusaha sehabis baik untuk jaga kewangan dan ekonomi kita. Kita kawal apa yang kita boleh kawal.
Artikel berkaitan: