Video
5 Dinar Fizikal vs. 5 Dinar dalam Akaun Emas GAP: Mana Lebih Baik?
Ainin sendiri baru sahaja memiliki item emas 5 dinar ini. Dengan kemudahan akaun emas GAP, Ainin menabung dengan bajet yang kecil sehingga mencapai 21.25gram dalam akaun emas GAP. Sebelum ini, Ainin lebih memilih item 20gram (goldbar) bungamas.
Kali ini, Ainin keluarkan 5 dinar pula.
Apabila mencecah jumlah 21.25gram, kita punya pilihan untuk terus keluarkan 5 dinar secara fizikal atau terus simpan dalam akaun emas GAP.
Ada juga penyimpan emas Ainin yang sudah ada bajet tersedia untuk 5 dinar iaitu sekitar RM 8000 (harga September 2024), mereka terus beli 5 dinar secara fizikal.
Jadi sebenarnya, 5 dinar fizikal atau 5 dinar dalam akaun emas GAP, mana lebih baik?
5 Dinar Fizikal:
Jika kita sudah ada bajet untuk 5 dinar, boleh terus simpan atau beli 5 dinar secara cash.
Jika kita sudah ada 21.25gram dalam akaun emas GAP, kita juga boleh klik withdraw untuk fizikalkan emas 5 dinar.
Bila kita memiliki emas secara fizikal, kita ada kawalan penuh terhadap harta kekayaan kita dan aset tersebut berada dengan kita. Apa-apa jadi, emas ada dengan kita. Kita boleh gunakannya dan manfaatkannya. Bukan berada dengan third party.
Emas berfungsi sempurna apabila difizikalkan.
Memang emas fizikallah yang terbaik.
Walaubagaimanapun, ramai juga penyimpan emas yang risau simpan sendiri.
Akaun Emas GAP:
5 dinar dalam akaun emas GAP pula ialah emas yang disimpan oleh Public Gold. Jika ada penyimpan emas yang risau simpan sendiri, kemudahan ini memberi ‘peace of mind‘ kepada mereka.
Emas dalam akaun emas GAP mudah diuruskan, tiada caj simpanan dan lebih fleksibel.
Kita boleh jual, pajak atau fizikalkan emas pada bila-bila masa sahaja.
Mana Lebih Baik?
Pilihan 5 dinar fizikal adalah yang terbaik kerana harta yang terbaik ialah harta yang kita ada kawalan penuh terhadapnya. Walaubagaimanapun, akaun emas GAP beri kita banyak kemudahan dan fleksibiliti. Ainin sendiri menabung 5 dinar melalui akaun emas GAP.
Akaun Emas GAP ialah Transit atau Kemudahan Simpan Emas dengan Bajet Kecil.
Jika kita tiada bajet besar sekitar RM8000, kita boleh mula menabung 5 dinar dengan bajet kecil serendah RM100 melalui kemudahan akaun emas GAP.
Menabung sehinggga mencecah 21.25gram, kita ada piihan untuk keluarkan 5 dinar fizikal atau boleh terus simpan di akaun emas GAP mengikut situasi masing-masing.
Ainin sendiri, Ainin keluarkan 5 dinar fizikal kerana itulah tujuan akaun emas GAP, bantu kita memiliki emas dengan bajet yang kecil.
Artikel berkaitan:
- Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
- 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
- 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian harri. (Artikel berkaitan:Â Rugi simpan emas tanpa introducer)