Pelajar Simpan Emas?

Bila sebut tentang emas, ramai terus bayangkan simpanan untuk orang kaya atau untuk mereka yang berduit.
Kena ada duit yang banyak baru boleh beli!
Hakikatnya, emas bukan sekadar simbol kekayaan, tapi ia adalah alat perlindungan kewangan yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja—termasuklah pelajar!
In fact, lagi awal mula simpan emas, lagi untung.
Ramai yang mungkin fikir, “Aku ni pelajar je, cukup makan pun dah bersyukur, mana ada bajet nak beli emas?”
Sebenarnya, dengan strategi yang betul, simpan emas tak perlu modal besar. Apa yang penting adalah disiplin dan konsisten—bukan berapa banyak yang kita simpan, tapi sejauh mana kita mampu bertahan menyimpan dalam jangka panjang, walaupun dengan jumlah yang sedikit.
Ainin sendiri pun mula simpan emas sejak Ainin masih lagi bergelar pelajar di universiti.
Kenapa Pelajar Patut Simpan Emas?
Sebagai pelajar, kita memang perlukan duit untuk banyak keperluan iaitu duit yuran, makan minum, nota kuliah, dan macam-macam lagi.
Tetapi kemahiran yang penting ialah kemahiran urus kewangan dan jaga duit.
Jika kita pandai dan bijak urus kewangan, kita mampu untuk simpan emas sejak usia muda. Ainin sendiri berjaya simpan 100gram ketika belajar!
Berikut antara sebab kenapa pelajar patut mula menyimpan emas:
#1 Selesaikan Pinjaman Pelajaran Tanpa Stres
Kebanyakan pelajar di universiti bergantung kepada pinjaman pendidikan. Bila habis belajar, belum ada kerja lagi tapi hutang kena bayar. Kalau ada simpanan emas dari awal, ia boleh jadi back-up untuk pelajar selesaikan pinjaman. Lagipun, dengan kenaikan harga emas, pelajar boleh selesaikan pinjaman dengan lebih cepat. Tak perlu tunggu bertahun-tahun untuk bebas hutang.
#2 Kahwin Tanpa Hutang
Ramai yang bila nak kahwin baru sibuk kumpul duit. Bila dah kerja, komitmen makin banyak iaitu kereta, rumah, bil, dan lain-lain. Akhirnya, ada yang terpaksa berhutang untuk kahwin. Kalau dari zaman belajar kita dah simpan emas sedikit demi sedikit, nanti tak perlu risau pasal duit hantaran dan majlis perkahwinan.
Sekurang-kurangnya, kita telah bersedia walaupun belum ada calon.
#3 Modal Bisnes Selepas Tamat Belajar
Tak semua orang terus direzekikan kerja makan gaji selepas habis belajar. Selain itu, ada juga yang nak jadi usahawan dan buka bisnes sendiri. Mulakan bisnes perlukan modal. Jadi, simpanan emas boleh dijadikan modal permulaan tanpa perlu buat pinjaman bank.
#4 Persediaan Untuk Latihan Industri / Praktikal
Bila tiba masa praktikal, ada pelajar yang perlu pergi jauh dari rumah. Contohnya, dari Pahang ke Kuala Lumpur. Kos sewa bilik, transport, makan, dan lain-lain bukanlah murah. Jika kita ada simpanan emas, kita boleh tukarkan kepada tunai bila-bila perlu. Tak perlu bergantung sepenuhnya pada keluarga.
Strategi Bijak Pelajar Simpan Emas
Cara Pelajar Boleh Mula Simpan Emas

Tak perlu modal besar pun untuk mula simpan emas. Apa yang penting adalah niat dan kesungguhan Ada dua cara utama yang pelajar boleh buat:
Student A: Bekerja Sambil Belajar
• Buat kerja part-time di kedai makan, kedai runcit, atau freelancing
• Simpan sebahagian gaji dalam bentuk emas setiap bulan
• Target: 1 semester = 1 dinar atau 10g goldbar
Student B: Kerja Part-Time Masa Cuti Semester
• Fokus belajar semasa semester, kerja hanya masa cuti panjang
• Simpan sebahagian gaji dalam bentuk emas sebelum habis cuti
• Target: 1 semester = 1 dinar atau 6g goldbar
Kalau tak mampu beli 1 dinar atau 10g sekaligus, mulakan dengan RM100 sebulan dalam Akaun Emas GAP Public Gold. Sedikit demi sedikit, gram emas kita akan bertambah.
Ainin sendiri, Ainin bekerja sebagai guru tuisyen ketika belajar. Selain itu, Ainin simpan separuh daripada duit biasiswa.
Duit yang kita peroleh, elak daripada dibelanjakan semula. Simpan sebahagian untuk kegunaan masa depan.
Bermula Dengan Bajet Kecil
Ramai yang tunggu ‘duit lebih’ baru nak mula menyimpan emas.
Hakikatnya, kita tidak akan pernah ada duit lebih jika kita tak biasakan diri menyimpan dari awal. Bila dapat duit biasiswa atau gaji part-time, cuba asingkan RM100 atau RM200 untuk simpan emas.
Bayangkan kalau kita mulakan sekarang dengan RM100 sebulan, dalam setahun kita dah ada lebih kurang 2.4g emas. Kalau buat secara konsisten selama 4 tahun pengajian, kita mungkin dah ada sekitar 5g ke 10g emas, cukup untuk jadi persiapan kewangan masa depan. Harga 10gram harini adalah sekitar RM 4K-5K.
Kesimpulan: Yang Konsisten Akan Menang
Dalam perlumbaan antara arnab dan kura-kura, kita semua tahu siapa yang menang. Ianya bukan yang paling laju, tetapi yang paling konsisten.
Begitu juga dalam menyimpan emas. Tidak mengapa simpan sedikit tetapi yang lebih penting ialah disiplin dan konsisten.
Tak perlu tunggu kaya baru nak mula. Mula sekarang, biar sedikit asalkan berterusan.
Bila gram emas kita makin bertambah, kita sebenarnya sedang membina kekayaan tanpa sedar. Jadi pelajar yang bijak urus kewangan dan luar biasa.
Jika pelajar lain simpan duit, kita simpan emas.


Jika kita simpan simpanan kita dalam bentuk duit, duit susut nilainya dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, jika kita simpan simpanan kita dalam bentuk emas, semakin lama, harganya semakin meningkat.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

